Jumaat, 1 Mac 2013

BERILAH SAYANG PELUANG BAB 3




Datin Zafiah tersenyum gembira melihat pengumuman mengenai kehilangan anaknya, Zeril Iskandar di kaca televisyen. Senang hatinya dengan pengumuman itu. Tidaklah terlampau banyak sangat kerja untuk mencari anaknya. Habuan yang diberikan juga amatlah berbaloi. 

Gerenti ramai yang suka dengan habuan yang berjumlah RM 10,000.

Butang merah remote control ditekannya. Kini dia perlu menelefon pengawal peribadinya, Hadzrul Affendi yang masih lagi di stesen tv10 untuk maklumat lanjut berkaitan dengan kehilangan anaknya.

Hadzrul yang sedang berbincang dengan salah seorang pengurus di bahagian komunikasi tv10 terdiam seketika apabila bunyi deringan telefon bimbitnya menganggu perbincangannya. Tertera di cermin telefon bimbitnya, Datin Zafiah. Hadzrul hanya tersenyum. 

“Sebentar ya Encik Rozaiman, Datin call.”Hadzrul segera keluar dari bilik dengan keadaan tergesa-gesa.
Pengurus itu hanya mengangguk. Dibiarkan tetamunya menjawab panggilan.

Setelah Hadzrul keluar dari bilik itu, terus telinganya melekap pada telefon bimbitnya. Suara Datin Zafiah kedengaran.

“Assalamualaikum Hadz, macamana dengan perbincangan tu, berjalan lancar?”soal Datin Zafiah.
“Waalaikumsalam, Datin. Kami masih dalam proses perbincangan lagi. Saya dah cakap dengan dia, kita akan bayar duit itu dalam 2-3 hari lagi.”jelas Hadzrul.

“Bagus. Cakap dengan dia, sorry sebab terlampau excited sangat nak buat pengumuman pasal kehilangan Zeril hari ini. Kata dengan dia, jangan risau. Duit akan diberi juga pada dia nanti. Suruh dia umumkan setiap kali berita utama berlangsung sampai Zeril dijumpai ya, Hadz.”pesan Datin Zafiah.

“Baik Datin. Lepas ini saya akan beritahu pada Encik Rozaiman tentang hal ini.”ucapnya dalam nada hormat.
“Oh ya, sebelum terlupa. Pastikan awak pesan pada Encik Rozaiman supaya sebarkan kepada umum yang saya amat memerlukan penjaga anak saya yang terlantar sakit. Cakap macam itu aje. Apa-apa hal, just call me back, ok?”jawab Datin Zafiah lembut.

“Saya faham, Datin. Assalamualaikum.”ucap Hadzrul sebelum menutup telefon. Dia masuk semula ke bilik yang tertera nama pengurus.

 “Waalaikumsalam.”

Datin Zafiah masih risau dengan keadaan anaknya yang tidak tentu arah itu. Sekejap ada dirumah, sekejap tiada.Semenjak teman wanita Zeril Iskandar, Irma Amanda menghilangkan diri daripada anaknya, terus anaknya menjadi tidak siuman sejak kebelakangan ini. Ada sahaja perkara yang tidak dijangka berlaku.
Sudah banyak kali pembantu untuk menjaga anaknya dicari, tapi semuanya lesap! Katanya tidak tahan dengan sikap Zeril Iskandar yang suka memaki hamun dan suka menjerit.

Masuk kali ini sudah 20 orang yang bekerja sebagai penjaga khas kepada Zeril Iskandar. Kesemuanya perempuan yang umur bawah 25 tahun. Namun, tidak semua berjaya memulihkan anaknya. Tidak tahan katanya. Dia pasrah. 

Dia sanggup berkorban duit demi menyembuhkan kembali anaknya. Biarlah berhabis duit, dia tidak kisah kerana anaknya lebih penting dari segala-galanya. Bukan dia tidak mahu menyuruh pembantu rumahnya menjaga anaknya, tapi dia mahu pembantu rumahnya membuat kerja yang telah ditetapkan sahaja. Pembantu rumah kerjanya tidak sama dengan penjaga khas. Penjaga khas ini dia lagi istimewa dari pembantu rumah. Apa-apa hal yang terjadi pada anaknya, penjaga khaslah yang akan menyelesaikannya.

Sengaja dia tidak mencari penjaga khas lelaki. Takut nanti bila anaknya marah dan memaki hamun, tidak pasal-pasal muka Zeril Iskandar kena tumbuk dengan penjaga khas itu. Dia tidak mahu perkara sedemikian berlaku. Dia sayang anaknya. Siapa yang tidak sayang anak kan?

Mungkin dia orang pertama dalam sejarah yang membuat pengumuman tentang pencarian penjaga khas semata-mata untuk anaknya yang sakit. Tidak mengapalah. Biarlah orang awam
memandang sinis terhadapnya. Asalkan, apa yang dia buat itu ikhlas demi menyembuhkan anak sendiri dari membuat perkara yang tidak baik.

Dalam beberapa hari ini dia yakin, pasti ramai yang akan menelefonnya demi menjaga anaknya. Yalah, dia menayangkan gambar anaknya yang handsome itu pada umum, semestinya ramai perempuan yang tertarik. 

Jam di dinding sudah menunjukkan pukul 2.00 petang. Datin Zafiah menepuk dahinya. Alamak! Leka sangat tengok berita tadi, lupa pulak nak sembahyang zohor. “Dia bangun dari sofa yang didudukinya. Terus dia menuju ke biliknya di tingkat atas dan menunaikan kewajipan yang wajib itu.

********
Setelah puas makan masak lemak ikan masin kegemarannya di warung tadi, terus Nur Adriana memasuki semula lorong kecil yang dilalui sebentar tadi, tempat dia merehatkan diri walaupun hanyalah seketika. Dia masih lagi berjalan berjingkit-jingkit. Namun, untuk mendapatkan kepastian tentang wajah yang dipaparkan di televisyen tadi, dia kembali semula ke sini. Mana tahu, pemuda itulah yang dicari-cari oleh Datin Zafiah!
Senyap-senyap dia masuk dan melalui jalan short-cut itu, berharap wajah pemuda yang menjerit dan menghalaunya tadi masih ada disitu. Namun dirinya hampa. Kelibat pemuda itu sudah tiada didepannya.

Ke mana pulak mamat ni pergi? Hanya tin-tin arak dan pil ekstasi yang masih ada disitu. Tak sanggup dia mahu pegang benda-benda haram ni. 

Nur Adriana mengeluh buat kesekian kalinya. Ingatkan dia akan melihat wajah pemuda itu. Nak buat macamana kalau bukan rezeki kita nak dapat habuan tu.

Dia keluar dari situ dengan perasaan hampa.Terbayang juga difikirannya jika dia mendapat wang sebanyak RM10,000 itu. Wow! Boleh shopping balik ni!detik hatinya. 

Kalau ibu tiri aku tahu aku ada wang sebanyak itu, mesti dia nak mintak macam-macam kat aku. Ambil kesempatanlah katakan! Kalau dapat pun, dia tak terhinginlah nak bagi duit itu pada mak tirinya.Baik dia sedekah pada fakir miskin. Lagi berkat.

Tapi dia masih buntu memikirkan kemana harus dia tinggal. Hari sudah petang. Selepas ini nak berteduh kat mana pulak? Hendak bermalam di lorong kecil ini dia takut sebab kebanyakan lelaki akan singgah ke sini.

Selalunya waktu malam tiba, kebanyakan lelaki akan singgah di lorong-lorong kecil ini.

********

Terhuyung-hayang Zeril Iskandar berjalan menuju ke keretanya yang terletak tidak jauh dari tempat dia berehat tadi. Kedudukan keretanya berada ditengah-tengah jalan lorong kecil itu. Bila tiada satu pun penghuni yang melalui lorong kecil itu, dapatlah jugak dia meletak kereta ditengah jalan.

Hari ini dia tiada langsung tiada mood untuk bercakap dengan orang. Telefonnya sengaja di off kan supaya tiada yang akan menganggu dan mencarinya.Disebabkan ada seorang perempuan yang menganggunya tidur selepas meminum 10 tin arak dan menelan pil ekstasi dalam kuantiti yang agak banyak, dia jadi bengang. Ingatkan bila dah makan pil ekstasi tu, dia boleh release tension, tapi bila perempuan itu datang secara tiba-tiba dan mengejutkannya, dia jadi baran. Itu pasallah dia menjerit macam orang kurang siuman. Tak guna betul perempuan tu! Kalau aku jumpa dia semula, memang aku tampar terus muka dia.

Ada baiknya dia berehat sebentar didalam kereta sebelum meneruskan perjalanan ke tempat lain, dia tidak mahu pulang ke rumah dalam masa beberapa hari ini. Buat dia tension aje! Biarlah dia tenang dulu. Kalau dia balik rumah saja, mesti dia akan mendengar bebelan dari ibunya.

Dulu, hampir keseluruhan biliknya dipenuhi dengan gambar-gambar Irma Amanda yang cantik tersenyum. Dia memang suka menangkap gambar teman wanitanya dan sebab itulah dia sanggup membeli frame dalam kuantiti yang agak banyak semata-mata untuk meletakkan gambar perempuan yang disayanginya.
Tapi itu dulu, sekarang gambar-gambar perempuan itu sudah dibuang dan dia tidak mahu mengingati nama dan wajah perempuan itu lagi. 

Tapi betul ke dia takkan mengingati nama Irma Amanda lagi? Hanya Zeril Iskandar yang ada jawapannya…

*********
Terpaku Nur Adriana melihat sebuah kereta yang berada ditengah-tengah jalan semasa dia sedang melalui jalan keluar . Bukan kereta yang biasa orang awam pakai, ini kereta mewah yang jarang-jarang orang Malaysia pakai. Lamborghini Aventador! Harga sebuah kereta ini pun membuatkan air liurnya tersekat. RM 1.2 juta! Dia dapat info pasal kereta mewah ini pun sebelum dia disumbat ke dalam penjara. Sempat juga dia melihat gambar kereta ini di carian google ditelefon bimbitnya.

Fuh..Kalaulah dia dapat bawa kereta tu, memang ramai yang akan jeles. Terutama mak tirinya.Tapi itu hanya angan-angan yang akan ada dalam mimpi saja. Entah bila angan-angan untuk membawa kereta mewah seperti yang berada dihadapannya ini akan tercapai.

Nur Adriana mendekati kereta mewah itu . Dia ingin menyentuh kereta itu. Tidak dapat bawa, sentuh pun jadilah. Siapa pulak yang bawa kereta mewah ini? Dia hairan dan pelik. Dipandang belakang, kiri dan kanannya. Rasa-rasanya memang tiada penghuni disitu. Jadi siapa pemilik yang sebenarnya? Takkanlah pemuda yang dia jumpa tadi kot? Sebab dia rasa hanya dia dan pemuda tadilah yang ada dalam lorong kecil itu.

Nur Adriana terfikir. Jika benarlah pemuda itu anak Datin Zafiah, seperti yang tertera di kaca tv tadi, dia akan lekas-lekas menelefon Datin tersebut dan memberitahu anaknya berada di lorong kecil ini.

Dia tersengih-sengih keseorangan. Pastinya habuan itu akan menjadi miliknya hari ini. Moodnya akan ceria sebagaimana dia ceria bila pegawai penjara itu membuat pengumuman yang dia akan keluar penjara semalam. 

Ditundukkan badannya sedikit dan memegang cermin kereta mewah yang berwarna silver itu. Memang dahsyat betul kereta ini! Dahlah cantik, menarik perhatian pulak tu.

Sudah berkurangan sakit yang dialaminya. Tadi bukan main sakit. Sampai kaki jalan berjingkit. Selepas ini, bolehlah dia berjalan seperti biasa dan memakai kasut tumit tingginya semula. Kejap lagi dia akan singgah di kedai yang berdekatan untuk membeli plaster. 

Hampir sahaja Zeril Iskandar tiba di keretanya, dia terkaku. Matanya terbeliak. Perempuan tak guna itu masih ada lagi di lorong kecil ini? Memang tak faham bahasa betullah perempuan tak guna tu! 

Dia geram. Perempuan ini berani sentuh kereta dia? Tak guna! Kereta Lamborghini edisi terbaru tu. Tercalar sikit dia memang akan memberontak secara habis-habisan.

“Hoi, perempuan tak guna!”suara dari belakangnya mengejutkan Nur Adriana yang sedang meneliti dan menyentuh kereta mewah itu. Terangkat kening Nur Adriana ketika itu. 

Adakah itu suara pemuda yang memarahinya tadi?

Nur Adriana memusing ke belakang. Terkejut dia melihat wajah pemuda itu yang seiras dengan pemuda di tv tadi. Maknanya betullah pemuda ini yang dicari-cari Datin Zafiah. Dalam diam dia menyimpan hasrat untuk mencari telefon awam yang ada disekitar ini.

Kejap lagi dia akan segera menelefon Datin Zafiah untuk melaporkan bahawa anaknya kini berada dengannya.Kelu lidahnya untuk membalas. dengan pemuda itu.Bukan ke dia tidur kat belakang tadi? Kenapa pulak dia datang kat sini semata-mata nak tengok kereta mewah ini? Adakah pemuda itu mempunyai perasaan teruja sepertinya yang suka memandang dan melihat kereta mewah?

“Kau buat apa kat sini hah perempuan? Tak reti-reti nak berambus ke dari kawasan ni?”jerkah Zeril Iskandar. Matanya membulat memerhatikan perempuan dihadapannya ini.

Terbeliak mata Nur Adriana apabila mendengar ayat kasar dari pemuda itu. Pemuda ni memang nak kena dengan aku. Tak habis-habis asyik nak marah orang aje. Tak marah, menjerit. Nasib baik dia bukan suami aku, kalau tidak telinga aku boleh jadi bernanah sebab asyik dengar teriakan dari dia aje.

“Awak ni kenapa? Suka hati sayalah nak duduk mana pun. Ini bukan kawasan awak sampai nak arahkan saya berambus dari sini.”jawapannya dibalas dengan agak kasar. Dia bersandar dikereta mewah itu. Nak tengok pemuda itu jeles ke tak tengok dia bersandar pada kereta mewah itu.

Zeril Iskandar bengang. Hatinya panas melihat perempuan tak guna itu menyandar disebalik keretanya. Dengan kasar, dia menolak Nur Adriana sehingga jatuh tersembam. 

“Apa ni. Sakitlah!”marah Nur Adriana. Ini sudah kali kedua dia jatuh tersembam. Mamat ni memang kurang ajar betullah. Sedap-sedap dia aje nak tolak badan orang. Aku ni perempuan tau tak! Hormatlah sikit!
Zeril Iskandar mendengus kasar. Memang patut pun perempuan aku tolak. Tak pasal-pasal nanti kereta aku ni kotor pulak. Nak mencuci pulak satu hal.

“Ini kereta aku. Apa hak kau nak sentuh-sentuh kereta aku ni. Kau tak layak nak pegang, apatah lagi nak sentuh, faham!jerkah Zeril Iskandar lagi.

Nur Adriana terkedu. Tak sangka kereta idaman aku ni milik pemuda dihadapannya. Dia bangun semula dengan kekuatan yang masih menebal dalam dirinya.

“Oh, Kereta ini awak punya. Nur Adriana mencebik. Huh! Kenapalah saya tak terfikir dari tadi ya ini kereta awak. Kalau saya tahu dari awal-awal lagi, masa awak tengah syok pejam mata tadi, patutnya saya dah seluk poket awak ambil kuncik kereta. Bolehlah saya merasa bawa kereta mewah kan?”Sengaja dia menyakitkan hati pemuda itu. Tadi dia dimarahi dengan teruk, sekarang ini dia mahu membalas apa yang pemuda dihadapannya buat pada dia tadi.

“Apa kau cakap? Kau nak ambil kereta aku? “kemarahan Zeril Iskandar makin memuncak. Fikirannya yang masih dalam keadaan longlai tadi kini hilang dengan tiba-tiba apabila perempuan ini mahu membalas kata. Masing-masing tidak mahu mengalah.

“Yup. Sebab kereta ni cantik sangat-sangat.I like it!”dua ibu jari Nur Adriana ditunjukkan pada Zeril Iskandar.

“Mengada-ngada!”Menyampah dia tengok perempuan dihadapannya. Rasa bencinya pada perempuan ini makin meluap-luap.

Nur Adriana mencebik lagi.“Awak kata saya mengada-ngada? Hei! Tolong sikit. Saya yang mengada-ngada ataupun awak? Dahlah menghilangkan diri, buat ibu sendiri risau pulak tu. Ingat saya tak tahu?

Zeril tergamam. Mana perempuan ini tahu yang dia menghilangkan diri dari mamanya? Perempuan ni siapa sebenarnya? Pelik..pelik..

“Kau cakap apa ni ? Bila masa pulak aku menghilangkan diri? Kau jangan memandai nak buat cerita dongeng pulak kat sini.” Kesabarannya makin menipis. 

“Awak ingat saya tak tahu awak siapa?dengan angkuh Nur Adriana berkata. 

Sememangnya lelaki ini perlu diajar. Tak payah nak tunjuk diri itu bagus sangatlah!

“Wei, perempuan. Kau jangan macam-macam ya. Aku dah hilang sabar dengan sikap kau ni. Baik kau blah sekarang, kalau tidak, aku kerjakan kau cukup-cukup!ugut Zeril Iskandar.

“Saya takkan keluar dari sini sehingga saya dapat jawapan dari awak.”Nur Adriana akan tunggu juga jawapan dari mamat ego ini.

“Jangan naikkan kemarahan aku boleh tak? Apa yang kau tahu tentang aku? Ini first time aku jumpa kau tau. So, kau jangan nak memandai sangatlah yang kau tahu sangat tentang diri aku.”

“Awak anak Datin Zafiah kan?soal Nur Adriana.

Zeril Iskandar tersentak apabila nama mamanya disebut. Macamana pulak perempuan ni boleh kenal mama aku? Rasanya aku tak pernah tengok muka perempuan ni. 

“Mana kau tahu? Siapa yang cakap?

“Saya tahu sendirilah. Awak hilangkan diri kan?

“Apa yang kau cuba cakapkan ni perempuan? Bila masa pulak aku hilangkan diri. Aku just keluar ambik angin aje.

“Awak tahu tak ibu awak risaukan awak sampai dia suruh stesen tv buat pengumuman pasal kehilangan awak. Satu Malaysia dah tahu pasal awak tau. Baik awak balik sekarang. Lagi lambat awak balik, lagi risaulah ibu awak.

“Ah! Aku peduli apa. Yang penting aku tak nak stress duduk rumah tu.”lahlah katakan. Sengaja dia berkata begitu pada perempuan dihadapannya. Tidak mahu mengalahlah katakan. Namun, jauh disudut hatinya, dia terharu dapat mama yang begitu mengambil berat akan dirinya. Menyesal dia keluar tanpa keizinan mamanya. Mamanya tidak mahu dia keluar buat masa ini kerana keadaannya yang tidak mengizinkan. 
Disebabkan perempuan yang bernama Irma Amanda lah aku jadi begini!

“Stress sampai makan benda-benda yang haram disisi agama? Macam tu?

“Hei. Kenapa kau nak tahu sangat ni. Aku tak ganggu hidup kau kan, so kau jangan nak ganggu hidup aku. Baik kau blah sekarang!

“Hmm..tak apa. Saya akan pergi. Tapi ingat! Saya akan datang dalam hidup awak sedikit masa lagi. Tunggu ajelah. Selamat tinggal mamat ego!ucap Nur Adriana dengan nada sinis. Beg galas dicapai lalu dia pergi dari situ. Dipandang sekilas mamat ego itu dengan mulut yang sengaja dicebikkan.

Zeril Iskandar menarik nafas panjang. Baguslah kalau perempuan itu sedar yang dia perlu pergi dari sini. Tidak perlu serabutkan kepalanya lagi dengan perempuan itu. Dia masuk ke dalam kereta dengan kelegaan. Ada baiknya dia berehat didalam kereta sebelum meneruskan perjalanan ke tempat lain.


BERSAMBUNG... ;D




1 ulasan:

Unknown berkata...

eahehe...camner taktik adriana nk soh zeril balik umah kn....hehe suspen gak nih....