“ Dah lama saya tengok kamu
berdua kat dalam bilik ni. Aren’t both of
you having affair each other?” sindir Abdul Fatah ketika dia berdiri di
depan Kyra dan Khuzairi. Matanya tidak memandang Khuzairi sebaliknya dia
merenung tajam wajah Kyra yang agak pucat itu.
Kyra terkedu dengan kata-kata
lelaki itu. Walaupun dia bersyukur Abdul Fatah telah menyelamatkan dirinya
daripada Khuzairi, namun sikap lelaki itu tetap tidak berubah! Suka buat muka
serius. Sakit hati pula Kyra melihatnya.
“ Boleh tak awak keluar dari
bilik ini, Encik Abdul Fatah? Hal kami tak ada kena mengena dengan awak.” Kata
Khuzairi setelah dia mendapati lelaki yang baru dia bertemu tadi merenung Kyra
tanpa berkelip. Dia rasa cemburu. Bukan cemburu yang sedikit. Cemburu yang amat
sangat!
Tangan Kyra dirangkul kemas.
Khuzairi tahu bila dia sudah pegang tangan mulus itu, Kyra takkan terlepas dari
pegangannya.
Kyra terkejut besar. Suka-suka
hati aje mamat ni pegang tangan aku. Desisnya dalam hati.
“ Apa awak ni? Main pegang aje
tangan saya. Lepaslah!” Kyra mula marah. Khuzairi betul-betul merosakkan
moodnya malam ini. Dia berusaha untuk meleraikan pegangan tangan Khuzairi namun
apakan daya, tangannya tidak kuat seperti tangan lelaki itu.
Khuzairi tersenyum gembira. Dia
berasa puas kerana dapat memegang tangan Kyra. Hmm… makin tak sabar-sabar aku
nak dapatkan kau, Kyra yang cantik jelita. Dia senyum lebar.
“ Lepaskan dia, Encik Khuzairi!”
Abdul Fatah mula melenting. Dia meluru kearah Khuzairi lalu menarik tangan Kyra
daripada dipegang lelaki itu.
Kyra mengaduh sakit apabila Abdul
Fatah meleraikan tangannya dengan sedikit kasar. Ya Allah, lelaki ni memang
ganas betullah! gumamnya dalam hati.
Kini, Kyra berdiri dibelakang
Abdul Fatah. Terbau haruman Giorgio
Armani di baju lelaki ini. Dia sedikit terbuai namun hanya seketika cuma. Lelaki
itu bertindak menarik tangannya lalu membawanya keluar dari bilik persalinan
itu. Dia tergamam!
Khuzairi terkejut yang amat
sangat. Nampaknya Abdul Fatah tidak senang dengan apa yang dia lakukan pada
Kyra tadi. Adakah lelaki itu menyukai Kyra dalam diam? Oh tidak! Dia tidak
layak untuk mendapat tempat dihati Kyra. Hanya aku seorang saja yang layak!
jerit Khuzairi dalam hati.
“ Kyra, wait for me!” laung Khuzairi. Dia sudah gila bayang pada Kyra.
Apapun yang terjadi, dia harus mendapatkan Kyra daripada Abdul Fatah.
“ Kyra!” laung Khuzairi lagi
setelah dia keluar dari bilik persalinan itu. Dia tetap tidak berpuas hati
selagi Kyra tidak bersama dengannya.
Tatkala Khuzairi meliar mencari
bayang Kyra dan Abdul Fatah di sekitar pentas, satu tumbukan padu hingga di
wajahnya ketika dia mengalihkan wajahnya ke kiri. Terjelepok dia jatuh
menyembah bumi.
“Auch!” Khuzairi memegang pipinya
yang terasa pijar.
“ Puas hati aku, Encik Khuzairi!”
Khuzairi tergamam. Abdul Fatah! Berani betul dia tumbuk muka aku. Sakit hatinya
dengan perbuatan Abdul Fatah.
“ Bangunlah kalau berani! Datang
sini tak ada adab! Ini majlis gala, Encik Khuzairi bukan majlis mengorat
perempuan cantik faham!” tengking Abdul Fatah dengan selambanya. Mujur
dibelakang pentas ini tidak ada orang yang memerhatikan mereka berdua. Jika
tidak, habis reputasinya sebagai anak kepada pengasas Slim World.
Usai dia dan Kyra keluar dari
bilik persalinan itu, dia mengarahkan Salma untuk membawa Kyra duduk disebelah
ibunya. Sebentar lagi Kyra akan naik ke atas pentas untuk memperkenalkan
dirinya sebagai duta Slim World yang
baru bersama empat artis yang lain.
“ Mana Kyra aku, hah? Kau buat
apa dengan Kyra?”
Perkataan Khuzairi berubah
menjadi kasar. Tiada lagi kata-kata hormat yang meluncur dibibirnya buat Abdul
Fatah. Lelaki itu baginya tidak perlu dihormati.
Abdul Fatah senyum sinis. Dah
berubah panggilan nampaknya Khuzairi ini. Jika lelaki itu boleh cakap kau,aku.
Dia apa salahnya kan?
“ Kyra kau? Huh! Sejak bila Kyra
tu jadi hak kau hah? Aku rasa kau aje yang melebih, Khuzairi.” Katanya dengan
angkuh sekali.
Sakit hati pula Khuzairi
mendengarnya. Dia cuba untuk bangun dan berdepan dengan Abdul Fatah namun
tumbukan lelaki itu ternyata memberi kesan kepada tubuh badannya. Punggungnya
terasa perit. Susah betul nak bangun.
Abdul Fatah tiba-tiba memanggil dua
pekerjanya, Hanip dan Syawal yang berdiri tidak jauh darinya. Sengaja dia membawa
dua pekerjanya untuk lebih berhati-hati sekirannya Khuzairi bertindak untuk
memukulnya pula.
“ Hanip, Syawal! Bawa lelaki ni
duduk kat tempat yang Puan dah sediakan untuk tetamu. Jangan bagi lelaki ni
duduk terlalu dekat dengan bahagian pentas. Nanti tak pasal-pasal rosak majlis
malam ni!” tegas kata-kata Abdul Fatah. Dalam kata-katanya itu mengandungi
makna yang tersirat. Manalah tahu, Khuzairi mahu melarikan Kyra semasa majlis sedang
berlangsung.
Hanip dan Syawal akur dengan
arahan majikannya. Mereka berdua mendekati Khuzairi dengan riak wajah yang
tegang.
Khuzairi terdiam. Nampaknya Abdul
Fatah mempunyai pengaruh yang begitu kuat di SlimWorld sehinggakan pekerja-pekerjanya boleh tunduk dengan arahan
yang agak ringkas di mulut lelaki itu. Akhirnya, dia terpaksa mengaku hakikat
bahawa lelaki ini lebih kuat daripadanya!
Tapi dia tidak akan mengalah
untuk menjadikan Kyra hak milik mutlaknya semula. Kyra hanya milik Khuzairi
sahaja. Bukan Abdul Fatah atau sesiapa pun! Tekad Khuzairi dalam hati.
****
Saat nama Kyra bergema di seluruh
dewan itu, lampu yang berkelipan di sekelilingnya terpadam secara tiba-tiba.
Kyra jadi gelabah. Duduk disebelah Chairman
Slim World, Puan Faridah pun sudah membuatkan jantungnya berdegup kencang
apatah lagi bila namanya diumumkan kepada khalayak bahawa dia adalah duta
terbaru Slim World, memang makin berdegup-deguplah jantungnya!
Bila namanya disebut pengacara
majlis, maknanya dia terpaksalah naik ke atas pentas untuk memberikan sepatah
dua kata. Ya Allah, takutnya aku. Kata Kyra dalam hati. Darah gemuruhnya begitu
menebal saat ini. Bermacam-macam perasaan yang muncul dalam dirinya.
“ Kyra, do your best ya! Show them
that you are adorable person!” bisik Puan Faridah tatkala Kyra berdiri
untuk naik ke atas pentas. Sempat lagi wanita berusia lima puluhan itu memegang
kemas tangannya.
Kyra angguk dengan senyum terpaksa.
Dengan separuh rela, kakinya melangkah penuh bergaya menyelusuri tetamu
kehormat yang berada dibelakangnya sambil mengukir senyuman lebar.
Abdul Fatah yang selesai memberi
pengajaran kepada Khuzairi ternampak kelibat Kyra mula menaiki pentas. Setelah
dia berpuas hati Hanip dan Syawal membawa Khuzairi ke meja bulat yang
disediakan untuk tetamu kehormat, dia kembali ke meja yang ibunya duduk. Ada
dua kerusi kosong di meja itu dan dia dengan selambanya duduk di sebelah ibu
kandungnya, Puan Faridah.
“ Hah, Fatah. Kamu buat apa kat
belakang pentas tadi? Nasib baik Kyra tak mula cakap lagi.”
“ Ala, ibu. Fatah nak
periksa belakang pentas tu pun tak boleh ke? Manalah tahu, pekerja kita tak
buat kerja.” Abdul Fatah memberi alasan.
“ Yalah tu. Ingat ibu tak tahu
yang kamu tak suka pergi majlis ni?” Abdul Fatah terdiam. Ibu ni macam
tahu-tahu aje yang aku tak suka majlis macam ni tambahan pulak Kyra tu ada kat
sini, lagilah aku tak suka! Kataya dalam hati.
Benci benar dia dengan Kyra. Tapi
kalau benci, kenapa mesti kau tolong perempuan mulut bisa tu? Kau dah jatuh
cinta pandang pertama kat dia ya? Satu suara yang tidak dikenali membidas
kata-katanya. Abdul Fatah kemam bibir.
Jatuh cinta ? Tidak! Tidak sama
sekali dia akan jatuh cinta dengan Kyra. Perempuan itu tidak layak untuk
bercinta dengannya.
“ Hesy, Fatah ni. Ibu cakap tak
nak balas.” Puan Faridah menolak lembut tubuh badan anaknya. “ Ibu tengok muka
Kyra lagi bagus. Sejuk sikit hati ibu daripada pandang muka kamu yang serius
aje tu.” suara Puan Faridah sedikit merajuk.
Abdul Fatah meraup rambutnya ke
belakang. Badannya yang tembam itu disandarkan ke kerusi yang dibaluti dengan
kain cream berbentuk reben
dibelakangnya sebelum dia memanggungkan kepalanya di atas meja bulat itu. Malam
ini dia terasa bosan. Suasana yang gelap ini tidak membawa makna apa-apa
kepadanya.
****
“ Jika anda inginkan berat badan
yang ideal, datanglah ke Slim World.”
Suara penuh yakin seorang duta memberikan ucapan pertamanya di khalayak ramai.
Kyra kagum dengan dirinya sendiri. Tidak sangka dia mampu menangani masalah
gugupnya di atas pentas.
Tepukan gemuruh diberikan
kepadanya. Kyra berdiri di tengah pentas sambil menundukkan wajahnya. Setelah
itu, dia tersenyum lebar memandang hadirin yang datang.
Sambil Kyra tersenyum, matanya
melekat pada kelibat Khuzairi yang berada nun di meja yang tidak jauh dari muka
pintu utama dewan ini. Lelaki itu masam sahaja mukanya. Kyra pasti muka lelaki
itu masam kerana dia.
Kyra turun ke bawah setelah
selesai semuanya. Ingatkan selepas dia habis berucap, pengacara majlis akan
bertanyakan soalan kepadanya tetapi rupanya tidak. Lega juga hatinya kerana
tidak ditanya soalan.
Kyra rasa malu apabila ada
jurukamera menangkap gambarnya ketika dia berjalan untuk ke meja yang dia duduk
tadi. Tapi bila dah pakai cantik ni, dia hanya posing ala kadar sahaja.
Abdul Fatah mengerutkan dahi
apabila Kyra berjalan menuju ke meja yang dia duduk. Aik, takkan duduk kat
tempat yang sama kut? detik hati kecilnya.
Kyra kembali ke meja yang
diduduki Puan Faridah. Malangnya, Abdul Fatah ada sekali di situ. Dia mengeluh
perlahan. Rasanya, masa dia berucap tadi, tak nampak pulak kelibat lelaki ini
di sini. Bila masa pulak dia muncul kat sini? Bukan tadi kat belakang pentas ke?
Kenapa pulak ada kat sini?
“ Ehem, ehem.” Kyra berdehem
setelah dia duduk disebelah Abdul Fatah.
Tiada respon daripada Abdul Fatah
yang sedang menutup wajahnya diatas meja bulat. Kyra mencebik. Dia ni tidur ke apa?
Puan Faridah yang berada di sebelah
Abdul Fatah meminta diri untuk ke tandas. Kyra hanya tersenyum sahaja.
“ Awak!” panggil Kyra sambil
menolak perlahan tubuh Abdul Fatah.
“ Apa?” tanpa menegakkan
badannya, Abdul Fatah memalingkan mukanya kearah Kyra. Suara lelaki itu
kedengaran perlahan sahaja.
“ Tak malu ke awak menekup muka
awak kat meja ni? Malu tau tak orang tengok? Awak sebagai pekerja kenalah
tunjukkan prestasi yang bagus pada orang yang hadir malam ni. Bukannya tekup
muka macam nak tidur.”
“ Awak siapa nak bagi nasihat
pada saya? Suka hati sayalah nak buat apapun.”kata Abdul Fatah dengan suara
yang sedikit tinggi.
Kyra terpana. Lelaki ini dah
pandai membalas kata dengannya. Dia? Sebagai perempuan, dia tidak boleh nampak lemah
di mata lelaki serius ini.
“ Saya siapa? Saya duta Slim World.” Kyra menepis rambutnya yang panjang mengurai
. Ada nada bangga di hujung suaranya.
Abdul Fatah kembali menegakkan
badan. “ Saya tak heranlah awak ni duta Slim World ke duta Alam Flora ke, saya
secuit pun tak kesah. Saya lagi suka awak menjauhkan diri daripada saya. Mulut
laser. Loser!” Abdul Fatah menjuihkan
bibirnya sedikit.
Kyra naik berang. Lelaki ini
sudah pandai menjawab setiap kata-katanya. Dia mengalihkan wajahnya ke
belakang. Riak wajahnya yang bertukar muram menjadi ceria apabila memandang ke
belakang. Agak ramai tetamu kehormat yang masih muda datang ke sini.
Hensem-hensem pulak tu!
Abdul Fatah mengerling Kyra yang
berwajah ceria. Dengan dia, tak ada pulak nak bermanis muka. Hai, Fatah. Kau ni
cemburu ke?
“ Cik Kyra, kalau awak rasa mata awak tu asyik
melekat kat orang sana aje, saya sarankan awak duduk ajelah kat sebelah orang
tu, kan senang…” bisik Abdul Fatah. Begitu dekat di telinga Kyra.
Kyra terkejut. Jelingan tajam
diberikan kepada Abdul Fatah. Hesy! Kenapalah aku kena duduk kat sebelah mamat
serius ni? Menyampah aku! gumamnya dalam hati.
“ Awak dengar tak apa yang saya
katakan ni, Cik Kyra? Saya lagi suka kalau awak duduk sana. Pergilah sana. Saya
izinkan.” kata Abdul Fatah dengan suara yang cukup perlahan.
Kyra senyum terpaksa. “ Wahai
Encik Abdul Fatah yang fat lagi
tembam, awak ingat saya suka ke duduk dengan awak kat sini? Ikutkan diri saya
yang cantik jelita ni, baik saya pergi duduk dengan lelaki kaya kat meja
sebelah sana. Saya duduk sini terpaksa aje tau.” Katanya dengan sedikit riak.
Padan muka kau, Fatah. Ingat kata-kata dia tu best sangat ke? omelnya dalam hati.
Abdul Fatah kemam bibir. Geramnya
dia dengan Kyra. Kemarahannya cuba dikawal sebaik mungkin ketika didalam dewan
besar ini. Sempat lagi ya minah ni cakap aku fat? Tunggulah kau, Kyra. Lepas habis majlis ni kau kena dengan
aku! Abdul Fatah menjeling Kyra tajam. Dendamnya penuh membara buat perempuan
ini.
**ALHAMDULILAH...siap juga akhirnya...sorry kalau citer kali ni x hangat macam yang lepas2
**Pada yang sudi baca tu...eya ucapkan thank you very much ya!
** Sudi2lah komen ya!
**Kalau sudi, ajaklah kawan2 yang minat novel tu baca karya eya!!
13 ulasan:
terbaik lah dik...pasti fatah rsa tercabar..hihihihi....nampak nya daun kucai pun x nak mengalah...huhuhu
best...abdul fattah dah mula rasa jeles tu hehe
Terbaikk ! Akk ske ;)
akk seri murni...
insyallah keegoan fatah akan tercabar selepas ini...tunggu n lihatlah...hehe
kak weeda,
insyallah fatah akan jeles dlm bab 9...tunggu...hehe
kak damia...;)
tqvm ya sbb kata best! appreciate sgt2!
xsabo nk bc fatah jeles...hehehe
kucai nk kena wat cekodok hrni...hahaha
cm besa..besttt :)
tq zam sbb sudi kata best!! alhamdulilah.. ;)
eya akan bg d jeles teruk2! haha
Bagus2.......
rasakan kau pencacai.....
apa kau igt beruang kutub x bleh
jadi bidadari salju.....huhuhuhu
Cissssss...
Waktu buruk kau buang
waktu cantik kau kejar
Cintamu dusta belaka........
Ahaaaaaa..........
Kan akak dh marah......
jeng3.......
Bagus adik.manis.
Thumb up......
Tahniah
tq akk manis sbb sudi bg komen yg sgt berhaarga...hehe
daun kucai tu d susah hati sbb kyra lg cntik skrg ni kak..
d tu ad aje...ske nk cntik aje...hehe
lelaki cam kucai pencacai tu
haruslah kelaut je.....
hahahahaha
cis! daun kucai...shuh3...jgn kau dtg pada kyra lagi! haha
daun kucai ni tak faham bahasa ke? Fatah pun sama juga mcm daun kucai mulut tak bertapis langsung.
Catat Ulasan