Khuzairi
muncul di rumah Kyra seawal jam lapan pagi. Pada asalnya, dia mahu bergerak
terus ke pejabat untuk menandatangani Purchase
Order yang diberikan pelanggan namun apabila dia perasan kawasan rumah Kyra
tidak jauh dari pejabatnya, ada baiknya dia pergi ke rumah bekas isterinya itu.
Sejak kehadiran Kyra di
pejabatnya semalam, fikirannya tidak putus-putus mengingatkan tentang perubahan
yang mendadak pada tubuh badan Kyra. Bekas isterinya itu kelihatan sangat cantik
sehingga dia teringin untuk melihat wajah Kyra berkali-kali.
Kyra yang baru hendak mengemas ruang
tamu agak terkejut dengan kehadiran Khuzairi di luar rumahnya. Apa lagi lelaki
itu mahukan darinya pun dia tidak tahu. Rasanya tidak ada lagi masalah di
antara mereka berdua.
“ Awak buat apa kat sini? Kita kan
dah tak ada apa-apa hubungan.”soal Kyra sambil berpeluk tubuh di muka pintu.
Suaranya acuh tak acuh sahaja.
Tanpa menjawab soalan Kyra, Khuzairi
tiba-tiba melutut didepannya. Kyra jadi tidak tentu arah. “ Awak ni dah kenapa?
Nak bercakap pun nak kena melutut ke?”
“ Aku melutut kat depan kau ni sebab
nak aku nak kau balik kat pangkuan aku.” Ucap Khuzairi dengan terus-terang.
Biarlah seluar slacknya di bahagian lutut kotor akibat melutut terlalu lama.
Dia tidak kesah. Janji apa yang diinginkan daripada Kyra tertunai juga.
Kyra mencebik. Nak melamar pun cakap
kau aku lagi? Tak ada gaya melamar langsung! “ Encik Khuzairi, daripada awak
melutut kat depan saya ni, baik awak melutut kat depan sejadah lagi bagus. Dapat
pahala!” terkedu Khuzairi mendengarnya. Wah, sejak Kyra dah kembali kurus,
bekas isterinya ini makin bijak berkata-kata sehingga lidahnya kelu untuk
meneruskan kata.
“ Aku serius nak melamar kau balik,
Kyra. Pulanglah pada aku semula…”
“ Dah terdesak sangat ke awak nak
kembali pada saya semula?” tanya Kyra selamba.
“ Aku memang terdesak nakkan kau
balik. Tolonglah Kyra, kembali semula pada aku.” rayu Khuzairi tanpa henti. Wajah
Kyra dipandang sayang.
Kyra rasa geli hati. Sanggup
lelaki itu melutut di depan pintu rumahnya semata-mata mahu dia kembali semula
ke pangkuannya. Oh, please! Dah cakap
aku pembunuh masa kat Makhamah Syariah dulu, nak kembali pada aku? bisik Kyra
dalam hati.
“ Encik Khuzairi, awak ni dah
macam orang gila talak. Tapi maaflah, saya tak berminat nak bersama dengan awak
semula. Bila saya dah jadi kurus ni, saya rasa ada baiknya saya cari lelaki
yang lebih hensem daripada awak. Maaflah ya.” Kyra tergelak kecil.
Khuzairi menjadi gelisah. Kyra
mahu mencari lelaki yang lebih hensem daripadanya? Oh, no! Dia tidak sanggup membiarkan Kyra berdampingan dengan lelaki
lain. “ Tak ada peluang ke kita nak bersama semula? Abang betul-betul menyesal
sebab ceraikan sayang tiga bulan yang lepas. Abang janji abang takkan
sia-siakan Kyra semula.”
Kyra tiba-tiba ketawa kuat. Bagi
Kyra, ayat yang dilontarkan Khuzairi semuanya bohong belaka! Abang? Sayang?
Huh, nak pujuk baru cakap abang, sayang? “ Oh, kalau saya jadi ‘beruang’ macam
dulu, awak sanggup terima saya balik?”
“ Sayang sanggup ke gemukkan
badan balik? Abang lagi suka sayang yang sekarang ni. Kurus, cantik,
menawan.”puji Khuairi melambung-lambung.
Kyra dah agak dah! Khuzairi
nakkan dia balik sebab dia cantik saja. Jangan haraplah aku nak bersama dia
balik. Jangan harap! Kyra nekad dengan keputusannya. Biarpun beribu kali
Khuzairi mengungkapkan kata cinta ataupun merayu kepadanya untuk bersama
semula, dia tidak akan sekali-kali tunduk dengan Khuzairi. Tidak sekali-kali!
“ Maaflah Encik Khuzairi. Untuk
pengetahuan awak, hati saya dah betul-betul dah tak boleh nak terima awak masuk
dalam hidup saya balik. Awak carilah gadis atau janda yang lebih cantik
daripada saya. You’re not my taste. Bye!”
Tanpa menghiraukan riak wajah Khuzairi yang sudah berubah kelat, Kyra menutup
pintu rumahnya.
Khuzairi bangun dengan perasaan
sebal. Kyra betul-betul tidak mempunyai perasaan terhadapnya lagi. Ah, cara apa
lagi yang mampu aku buat untuk dapatkan dia balik? gumamnya dalam hati. Kakinya
mula mengorak langkah menuju ke kereta Camrynya. Sampai di pintu kereta, Khuzairi
sempat memandang keseluruhan rumah Kyra.
Kyra, aku akan dapatkan kau
balik. Itu janji aku!
****
Despatch yang diarahkan Kyra untuk
memberikan bekal kepada Khuzairi masuk semula ke bilik majikannya itu tanpa
disedari Khuzairi yang duduk dimejanya. Waktu itu Khuzairi sedang sibuk
meneliti email di computer MACnya.
“ Bos, ada kad jemputan untuk
bos.” Despatch itu memulakan kata.
“ Kau lagi?!” Khuzairi mengangkat
muka sambil mengigit bibir. Tajam renunganya pada pekerjanya itu.
Despatch itu kelihatan teragak-agak.“ Sorry lah bos. Saya sebagai despatch cuma jalankan tanggungjawab
saya sebagai pekerja saja. Ini kad jemputan untuk bos. Syarikat Slim
World yang bagi.”
Khuzairi lega. Ingatkan
pekerjanya itu diarahkan Kyra untuk mengenakannya seperti semalam. “ Aku tahu
kau ada kaitan dengan perempuan tu, kau siap kau! Gaji kau aku potong lagi.” ugut
Khuzairi.
Despatch itu rasa takut. “ Tak naklah,
bos. Saya ni bukannya berduit. Ibu bapa saya kat kampung perlukan duit. Saya
janji lepas ni saya tak ada kaitan dengan perempuan cantik tu lagi.”
Bersungguh-sungguh despatch itu
berkata-kata. Tapi dalam diam, dia tetap ikut arahan Kyra. Perempuan cantik itu
telah memberikannya sedikit duit setelah gajinya dipotong semalam.
“ Perempuan cantik? Sempat lagi
ya kau kata dia cantik? Hesy!” cemburu Khuzairi meluap-luap. Mana mungkin dia
mahu membiarkan Kyra disukai lelaki lain. Tak boleh, tak boleh!
“ Okey, okey. Saya takkan ada
kaitan dengan dia lagi. Bos ambil aje surat jemputan ni. Saya keluar dulu.” Despatch itu tidak mahu menyambung
bicara dengan majikannya lagi. Dia takut tersalah kata kena potong gaji lagi!
Khuzairi mengambil kad itu dengan
kasar ditangan lelaki itu. Seketika dia mula membelek-belek surat jemputan yang
berwarna biru gelap itu dengan tanda tanya.
Dengan segala hormatnya, kami menjemput
Encik Muhd Khuzairi Ahmad
Ke majlis Annual Gala Dinner Syarikat kami
Pada tarikh : 25
November 2014
“
Annual Gala Dinner?
Untuk aku?” Khuzairi mula berasa pelik. Rasanya ini kali pertama dia mendapat
jemputan seperti ini. Sebelum ini dia hanya duduk di rumah sahaja.
“ Pergi ajelah. Hmm…” Khuzairi
kembali meneruskan kerjanya seperti biasa. Kad jemputan itu dilupakan buat
seketika. Apa yang penting hanyalah kerjanya. Esok baru majlis itu akan berlangsung.
Bukannya hari ini.
***
Kyra datang ke Slim World untuk mengesahkan
kehadirannya setelah berapa jam Khuzairi keluar dari rumahnya pagi tadi. Kyra
tidak sangka setelah tiga bulan menjadi kurus dan langsing, dirinya ditawarkan
dari bahagian pengurusan Slim World
untuk menjadi salah seorang duta Slim
World yang baru. Memang agak mengejutkan dirinya namun dia tahu itu satu
kelebihan buatnya untuk menceritakan pengalamannya semasa dia gemuk dulu.
“ Assalamualaikum, selamat pagi.
Saya Kyra. Chairman Slim World nak saya
bertemu dengan pengurus awak. Dia kat mana sekarang?” soal Kyra kepada receptionist yang berada di kaunter
pertanyaan ketika dia sampai di depan lobi utama.
Receptionist itu bangun ketika Kyra bertanya.
“Oh, Cik Kyra. Pengurus saya, Encik
Abdul Fatah dah lama menanti Cik kat dalam bilik dia. Mari ikut saya.” pelawa receptionist itu dengan hormatnya.
Kyra tersenyum nipis. Dia ikut
sahaja receptionist itu dari
belakang. Pengurus Slim World lelaki?
Mak oii, tak sangka ada juga pekerja Slim
World yang berjantina lelaki. Ingatkan semua pekerja pusat kuruskan badan
perempuan sahaja. bisik hatinya.
“ Silakan masuk, Cik Kyra.”
Pelawa receptionist itu sekali lagi.
Pintu bilik Encik Fatah dibuka seluasnya. Kyra teragak-agak untuk mengangguk
sebelum masuk ke dalam bilik pengurus Slim
World. Dia senyum nipis sahaja. Bukan dia tidak mahu untuk senyum terlebih
hari ini tapi dia rasa debaran jantungnya sedikit lain macam sebelum masuk ke
dalam bilik lelaki itu. Entahlah, dia pun tak tahu kenapa berdebar sangat
jantung ni.
Kyra berdiri tegak didepan lelaki
itu yang sedang merenung ke luar jendela biliknya. Lelaki itu tidak
memandangnya langsung.
Aduh, Kyra. Kau kenapa ni?
Janganlah gelabah sangat! bisik seseorang yang tidak dikenalinya. Betul juga.
Aku ni kenapalah rasa gelabah semacam. Macam tak pernah jumpa lelaki. Katanya
dalam hati. Debaran di dada cuba ditenangkan semula.
“ Err… Encik Fatah. Saya Kyra. Chairman Slim World suruh saya datang
jumpa Encik pagi ni.” sebagai duta Slim
World yang baru, dia kenalah menunjukkan sikap yang baik.
Lelaki itu diam tidak berkutik.
Sedikit pun lelaki itu tidak teringin untuk menoleh ke belakang. Masih lagi
merenung ke luar jendela. Kyra mengigit bibir.
Apahal dengan mamat ni? Orang
panggil buat derkk aje. Eii… kalau
aku ada kawan macam ni, memang tak pasal-pasal aku luku kepala dia bagi
bengkak. Sabar sajalah wahai hati.
Kyra dengan selambanya berjalan
mendekati lelaki itu. Biarlah lelaki itu nak marah ke apa ke. Dia cakap
baik-baik, tingkap tu juga yang dia pandang. Hmm… tingkap, tingkap. Kenapalah
kau wujud dalam bilik ni. gumam Kyra.
“ Assalamualaikum!” suara Kyra
sedikit tinggi. Mengejutkan Abdul Fatah yang sedang mengelamun di luar jendela.
“ Siapa suruh awak berdiri kat
sebelah saya? Tepi!” tidak pasal-pasal Abdul Fatah menolak tubuh Kyra dengan
sedikit kasar. Hampir tersembam Kyra di kerusi Highback milik lelaki itu.
Kurang ajar punya lelaki! Tak ada
adab langsung! omel Kyra dalam hati.
Kyra mengemaskan bajunya yang
agak berkedut di bahagian pinggang, kemudian matanya merenung tajam lelaki itu
yang tidak sedikit pun memandang kearahnya.
“ Encik Fatah ni tak ada adab ke?
Saya bagi salam pun tak nak jawab. Entah apa yang best sangat pandang tingkap pun saya tak tahulah. Bukannya ada
perempuan cantik kat luar pun. Saya ni lagi cantik daripada tingkap tu tau.”
Marah Kyra bertalu-talu. Bengang betul kalau ada orang tak endahkan
kata-katanya.
“ You better watch you mouth,
Cik Kyra!” Abdul Fatah menengking Kyra. Kyra terkaku didepan meja lelaki itu.
“ Apasal pulak? Mulut saya, saya
punya sukalah.”marah Kyra lagi. Tidak mahu mengaku kalah.
“ Huh, aku benci perempuan
bercakap banyak. Patutnya chairman tak
ambil kau sebagai ambassador syarikat
ni.” panas hati Abdul Fatah mendengar jawapan Kyra.
Wah, dia ni macam Khuzairi lah
pulak! Apa yang lelaki ini cakapkan, mengingatkan dia pada Khuzairi. Sama-sama
mulut laser. “ Awak sesedap rasa aje cakap saya ni tak layak. Awak tu, layak ke
kerja kat sini sebagai pengurus? Dahlah badan macam beruang. Muka serius aje.
Macam manalah chairman boleh ambil
awak sebagai pengurus? Ish, ish.” Kyra geleng kepala. Memang patut pun lelaki
ni kena sound sedas dengan dia.
Jika diteliti penampilan Abdul
Fatah, Kyra merasakan tubuh badan lelaki ini sepertinya tiga bulan yang lepas
cuma lelaki ini lebih tinggi daripadanya.
Abdul Fatah berang. Seumur
hidupnya, tidak pernah seorang pun menegur tentang tubuh badannya. Inilah kali
pertama tubuh badannya ditegur seorang perempuan.
“ Aku gemuk ke aku muka serius
ke, itu bukan masalah kau!” tegang wajah Abdul Fatah. Marahnya meruap-ruap
sehingga dia rasakan mahu menjerit pada dunia yang dia memang tertekan dengan
perempuan dihadapannya ini.
Kyra meneguk air liurnya.
Kenapalah aku mesti bertemu dengan pengurus berwajah serius ini? Kenapa?!!
“ Sudahlah, Encik Abdul Fatah.
Masa untuk berbual dah tamat. Saya rimaslah berdiri kat sini dengan orang yang
berwajah serius macam Encik ni. Anyway,
sebelum saya keluar ni, tolonglah cari kerja lain, yang boleh buat wajah awak
tu sentiasa tersenyum dengan orang ramai. Dahlah, tak nak cakap banyak. Tata.”
Kyra menjeling lelaki itu dengan tajam sebelum dia melangkah penuh yakin keluar
dari bilik lelaki itu.
Abdul Fatah didalam bilik sudah
menghentak meja dengan kuat. Berdentum bunyinya sehingga receptionist di kaunter pertanyaan dapat mendengarnya walaupun
dari jarak jauh.
Kyra mencebik setelah dia menutup
pintu bilik lelaki itu. Dia mengerling sekilas ke belakang. Bunyi hentakan meja dapat didengarinya dengan jelas. Marahlah tu!
Lantaklah lelaki tu nak hempas kerusi ke nak hentak meja ke, itu dia punya pasal. Ada aku kesah? kata Kyra dengan
suara yang cukup perlahan. Seraya itu, dia keluar dari pejabat Slim World dengan hati yang puas.
Tak sabarnya nak melaram malam esok!
**ALHAMDULILAH...akhirnya siap juga en3 JANGAN TINGGALKAN AKU... sorry ya klao citer kli ni biasa2 aje. Eya buat yg termampu aje. Tak semua akan suka karya kita kan?
** Teruskan membaca karya2 Eya ya...
Pada sesiapa yang ingin mengenali eya lebih dekat, add lah eya di Facebook : Nur Daeya. Insyallah eya akan approved dengan hati yang terbuka.
7 ulasan:
erm, eya.... tertanya2 adakah fattah hero cite ni? nyampah kucai tu. muka tak tahu malu.
hehe...
semestinya fatah adalah hero citer ni? nk k eya buat daun kucai? klao nak, eya buat aje...haha
best
tqvm kak nana syg...wlaupn komen mu sikit, tp ttp terbaik pd eya ;)
fatah hero...mesti kucai parahhhhhh..tp kan...fatah xmo kurus ke..dh ler pengurus slim world..hehee
insyallah fatah akn jd heri zam...dan insyallah juga fatah akan kurus melidi mcm kyra...hahaha
hi sis eya....akk dh bc dr awal hingga bab 6 ni, tp tertanya2 lah kyra ni tak bekerja ke???? - jumay jue
Catat Ulasan