Tiga bulan selepas itu…
“ Kyra, ibu dah tempah teksi untuk kamu. Dalam masa setengah jam lagi
teksi datang. Kamu sempat ke siapkan semua tu. Nak ibu tolong?” tanya Puan
Azlina sewaktu kakinya melangkah ke dapur. Dari ruang tamu, Puan Azlina dapat
mendengar bunyi sudip yang seringkali diketuk Kyra pada kuali yang dimasak. Dia
sudah agak Kyra mahu masak apa Cuma sengaja dia pergi ke dapur untuk melihat
samada anaknya sudah masak atau belum.
“ Tak payah tolonglah, ibu. Lagi sikit aje nak siap ni. Lepas ni Kyra nak
naik mandi. Dah berpeluh-peluh muka Kyra ni, ibu.” Kyra memasukkan lauk yang
dimasak ke dalam satu bekas kecil yang berbentuk empat segi. Ketika itu dia
merasa gembira sangat kerana dapat menyiapkan satu lauk tidak sampai dua puluh
minit.
“ Kamu mesti tak sabar nak jumpa dia kan?” Kyra mengangguk pantas apabila
ibunya bertanya begitu. Semestinya dia tidak sabar untuk berjumpa bekas
suaminya, Khuzairi. Sudah lama dia rindu untuk mengenakan lelaki itu. Bila
peluang sudah ada, pasti dia tidak akan sia-siakan peluang itu.
“ Biar dia terbeliak tengok kamu sekarang ni. Ibu pasti mesti dia tak
percaya tengok kamu dah jadi lawa sekarang ni.”
“ Ibu jangan risau. Kyra tahu nak buat apa pada Khuzairi tu nanti.”
“ Ibu suka Kyra yang sekarang ni. Kyra yang sekarang ni lebih kuat
berbanding masa kamu kahwin dengan Khuzairi. Ibu bangga dengan kamu, Kyra.”
Kyra terharu mendengarnya.“ Kyra pun bangga dengan diri Kyra, ibu. Hmm…
rasanya Kyra tak boleh cakap banyak. Semua dah settle. Kyra naik dulu ya. Lambat nanti marah pulak pemandu teksi
tu.” Kyra cepat-cepat meletakkan bekal yang berisi lauk itu ke atas meja ruang
tamu. Tergesa-gesa dia mendaki anak tangga dan berlalu masuk ke bilik.
Misinya selepas ini sangat penting. Kau tunggulah, Khuzairi. Beruang yang
dah lama kau tak jumpa ni akan berubah jadi kerengga kat depan mata kau selepas
ini. Tunggu sajalah!
****
Sampai sahaja dia syarikat Khuzairi yang beroperasi di Mont Kiara, Kyra
dengan langkah penuh yakin berjumpa dengan salah seorang pekerja yang berada di
kaunter reception. Dia kenal pekerja
itu. Khuzairi pernah menyuruh pekerja itu menghantar dokumen penting ke
rumahnya. Dari situlah dia mengenali pekerja yang bernama Khalid itu.
Tapi kini dia tahu lelaki itu tidak mengenalinya kerana bentuk badannya
yang berubah langsing. Dengan menggunakan kecantikannya, dia tahu lelaki itu
pasti akan menuruti permintaannya yang
satu ini.
“ Hai cik abang.”
“ Ya cik adik manis. Ada apa yang abang boleh bantu?” Kyra bersorak
gembira di dalam hati. Nampaknya lelaki ini memang senang untuk menjayakan
rancangannya.
“ Boleh tak bantu saya bagi bekal ni kat bos abang? Saya kawan dia tapi
saya tak tahu bilik bos abang tu kat mana.” Tipu Kyra.
“ Oh, kawan ke? Marilah ikut abang pergi tingkat atas. Bos ada kat
tingkat atas tu.”
“ Tak naklah. Saya ada hallah abang. Abang bagi ajelah bekal tu kat dia.
Saya pergi dulu ya. Assalamualaikum.” Kyra ucap salam. Sengaja dia berkata
begitu pada despatch itu walhal dia sebenarnya akan mengekori langkah lelaki
itu senyap-senyap dari belakang.
“ Okeylah. Abang naik dululah. Bye adik
manis.” Lelaki itu mula naik ke tingkat atas.
“ Bye.” Sengaja dia melambai tangannya. Buat manjalah kononnya.
Tanpa diketahui lelaki itu, Kyra perlahan-lahan mengekori langkah lelaki
itu dari belakang.
****
“ Encik, bekalan ni untuk encik.”ucap despatch itu ketika masuk ke dalam
bilik majikannya.
Khuzairi yang sedang menyemak tender mengerutkan dahi. Rasanya dia tidak
pernah memesan makanan atau barang dalam beberapa hari ini. “ Bila masa pulak
saya pesan benda ni? Dah, dah. Keluar. Saya banyak kerja nak buat ni.” baginya,
waktu sebegini bukan masa untuk berbual panjang dengan pekerjanya. Banyak kerja
yang perlu dilakukan ketika ini.
“ Tapi ini memang bekalan untuk encik. Kalau saya tak bagi, saya rasa
serba salah sangat.”ujar despatch itu dengan takut-takut.
“ Awak siapa nak memaksa saya untuk terima benda tu? Awak tak keluar dari
bilik saya potong gaji awak!”marah Khuzairi. Pekerja itu sudah mula bertukar
pucat. Takutlah tu kena potong gaji.
“ Saya yang paksa dia wahai Encik Khuzairi.”sampuk satu suara dari
belakang. Khuzairi terkedu. Riak wajahnya berubah keruh.
Despatch itu agak terkejut dengan kehadiran Kyra lalu dia memberikan
kembali bekas yang berbentuk empat segi itu kepada Kyra dan segera beredar dari
bilik itu. Almaklumlah, bos bad mood!
“ Who are you, young lady?” Khuzairi bingkas berdiri dan
menjengilkan mata. Dia meneliti penampilan perempuan itu dari atas ke bawah.
Walaupun mekap perempuan itu tidak terlalu tebal, perempuan itu tetap tampak
menawan dan eksklusif. Tapi siapakah perempuan itu? Main masuk aje bilik aku
tanpa kebenaran. Nasib baik perempuan itu cantik kalau tidak memang aku halau
dia keluar dari bilik ini. bisiknya dalam hati.
“ Terimalah bekal ni dulu. Nanti saya bagi tahu awak siapa saya.” Aduh,
menggoda sungguh suara perempuan ini! Dia ni sengaja nak menggoda aku ke atau
memang suara dia memang macam tu? Khuzairi berfikir seketika.
“ Untuk apa saya perlu terima bekal tu? Mana tahu awak letak sesuatu
dalam bekal tu ke.” Khuzairi tersenyum nakal. Kyra hanya mengangkat bahu.
“ Terpulang. Tapi saya memang berharap agar awak dapat terima bekal yang
saya bawa ini.” Kyra dengan selambanya menghulurkan bekal itu kepada Khuzairi.
Nampaknya perempuan ini masih tidak jemu untuk memberikan bekal ini
padanya. Dengan hati yang separuh rela, Khuzairi terpaksa menerimanya.
“ Seriously, can you tell me honestly who you are? I’m suspicious.”
Khuzairi ulang semula soalannya nanti.
Kyra hanya tersenyum sinis. Khuzairi mengangkat kening seperti Ziana
Zain. Apabila mengingatkan senyuman itu, Khuzairi tiba-tiba teringatkan
seseorang. Siapa lagi kalau bukan bekas isterinya, Kyra.
“ Awak mengingatkan saya pada seseorang yang dah lama saya tak jumpa.”
“ Oh yeah? Siapa?” nampaknya perempuan itu teruja nak tahu siapa
yang dia teringatkan kini.
“ Awak tak perlu tahu. Ini personal. Jadi, saya dah ambil bekal ni.
Awak boleh keluar dari bilik saya. Saya banyak kerja nak buat ni.”
Kyra tersengih-sengih. “ Kalau awak nak tahu, awak bukalah dulu bekal tu.
Penat tau saya masak makanan dalam tu.” Suruh Kyra . “ Kalau awak tak nak buka
bekal tu, saya takkan keluar dari bilik ini.”
Khuzairi mula naik angin. “ Awak ni siapa hah? Paksa-paksa saya nak buka
bekal yang awak bagi ni? Ikutkan hati memang saya dah panggil security suruh
halau awak keluar dari sini tapi sebab awak cantik, saya…”
Belum sempat Khuzairi meneruskan kata, perempuan itu sudah berani
menyentuh bibirnya. Terkedu Khuzairi di situ. Hampir terjatuh bekal yang
dipegangnya.
“ Saya cantik ke? Alhamdulilah. Terima kasih sebab puji saya cantik.
Takkan awak tak ingat saya lagi? Saya aje yang ingatkan awak. Rasanya dah lebih
tiga bulan saya tak tengok muka awak. Tak sangka awak makin bertambah tembam.
Nasib baik bekal yang saya bawa ni bagus untuk pemakanan awak. Boleh jaga
pemakanan awak.”
“ Who the hell are you? Don’t you dare to touch my mouth!”
meluap-luap marah Khuzairi. Dia menepis tangan perempuan itu yang masih melekap
di bibirnya.
“ You haven't changed much, your attitude still seems the same, Encik
Khuzairi.”menggoda benar suara Kyra.
Makin berangin Khuzairi mendengarnya. Lantas, dia segera menekan intercom
dan memanggil receptionist untuk mengarahkan security yang berada di
luar lobi utama supaya membawa perempuan ini keluar dari biliknya. Dia tidak
mahu perempuan ini berada disini lagi. Makin panas hatinya dengan perempuan
itu.
“ Awak nak panggil security ke? Rasanya, tak payahlah kut.
Kebanyakan pekerja awak dah keluar makan. Awak aje yang tak makan lagi.”
Dum!
Kyra tergamam. Bukan main kasar sekali Khuzairi menghentakkan gangang
telefon itu. Mujur dia tidak mendapat penyakit jantung, jika tidak melayang
nyawanya ketika ini.
“ I say get out, get out!” jerit Khuzairi nyaring. Tersentak
perempuan itu.
“ Okey, okey. Saya keluar dululah. Awak ni garang sangatlah. Macam mana
nak dapat isteri kalau asyik marah-marah aje.” Kyra mempamerka riak selamba.
Bibir Khuzairi bergetar. Siapakah perempuan ini sebenarnya? Bagaimana dia
tahu aku belum berkahwin lagi? Soalnya dalam hati.
“ Kau siapa sebenarnya?” panggilan awak sudah bertukar kau.
“ Awak akan tahu bila awak buka bekal tu.” Kyra tersenyum manja.
Jantung Khuzairi berdegup kencang. Bekal ditangannya dibuka kasar. “
Tauge goreng? Apa kena mengena tauge goreng dengan aku? Kau boleh tak jangan
naikkan darah aku? Aku tak suka.”
Kyra ketawa sinis. Khuzairi mengerutkan dahi. “ Kenapa kau ketawa. Ini
bukan kelakar. Aku cakap serius ni.” perempuan itu mematikan ketawanya. Orang
nak ketawa pun tak boleh!
“ Dalam tauge goreng tu ada apa, Encik Khuzairi?”
“ Ada tauge, tauhu, udang dan daun kucai.” Khuzairi memerhatikan
bahan-bahan yang ada didalam tauge goreng tersebut. Namun apabila dia melihat
daun kucai, dia terkedu. Mulutnya terlopong besar. Dia mengangkat wajahnya lalu
merenung tajam perempuan yang masih lagi tersenyum sinis kearahnya.
“ Kau? Err… Kyra? Amylia Nur Kyra?!” tidak terkelip mata Khuzairi saat
mata mereka bertembung.
Kyra tergelak kecil lalu dia membuat posing terbaik. Ala, macam modellah katakan.
“ Amacam? Terkejut tak tengok penampilan saya hari ini? Cun tak?” Kyra
berasa sangat puas hati kerana Khuzairi dapat mengenalinya.
“ Kau dah berubah. You changed a
lot…” Khuzairi seakan tidak percaya yang didepannya kini adalah bekas
isterinya yang dipanggil beruang tiga bulan yang lepas. Matanya seakan tidak
mahu lepas memandang keseluruhan tubuh badan bekas isterinya.
“ Macam supermodel kan?”
“ Aku tak percaya. Aku tak percaya!” Khuzairi mengeleng-gelengkan kepala.
Sememangnya dia memang tidak percaya Kyra lagi kurus daripadanya! Bagaimana dia
boleh sekurus ini? Petua apa yang bekas isterinya gunakan untuk menjadi bentuk
badan seperti seorang model? “ Kau keluar dari sini. Please? Fikiran aku buntu dengan kehadiran kau.”
Makin melebar senyuman Kyra. Memang satu langkah yang sangat bijak dia
datang ke sini untuk bertemu Khuzairi semula setelah tiga bulan tidak bersua
muka. Usaha untuk menguruskan badannya di Slim World memang sangat berbaloi.
“ Kalau macam tu, saya keluar dululah daun kucai. Terima kasih sebab sudi
terima bekal yang saya masak tu. Insyallah saya takkan jumpa awak lagi kalau itu
yang awak nak.” Santai sahaja kata-kata Kyra. Khuzairi jadi bingung.
Kyra mula bergerak ke muka pintu bilik Khuzairi namun apabila teringatkan
sesuatu, langkahnya terhenti. Dia berpaling kearah Khuzairi yang terkaku
didepan mejanya.
“ Oh ya, lupa pulak saya nak cakap pasal ni. Saya sebenarnya bukan nak
sangat jumpa awak pun tapi saya terpaksa sebab saya nak awak tahu yang saya
mampu mendapat lelaki yang saya idamkan walaupun bergelar janda. Badan supermodel macam ni takkan orang lelaki
tak nak kan?” kata Kyra dengan penuh sinis. “ Selamat tinggal ya. Hingga tak
berjumpa lagi. Assalamualaikum.” ucap Kyra sebelum dia melangkah bergaya keluar
dari bilik Khuzairi.
Mata Khuzairi mengiringi langkah Kyra yang sudah keluar menutup pintu.
Setelah itu, dia membaling bekal yang diberi Kyra tanpa memikirkan biliknya
yang akan kotor nanti. Rambutnya diraup kasar. Dia duduk diatas meja sambil
memanggung kepala. Timbul rasa kesal kerana bertindak menceraikan Kyra tanpa
memberi peluang kepada bekas isterinya itu memberi penjelasan terhadap kandungan
yang sudah lenyap dari perut Kyra.
“ Kyra, kenapa kau cantik sangat sekarang ni? Aku menyesal sangat
ceraikan kau.” Kerja yang bertimbun tidak jadi untuk diteruskan akibat
memikirkan perubahan mendadak isterinya.
**ALHAMDULILAH...segala puji ALLAH S.W.T, akhirnya siap jugak karya eya yang tak seberapa ini. Sorry sebab banyak kesalahan tatabahasa n bahasa inggeris yang eya main taip aje...
**Hopefully korang suka en3 kali ini... Jangan lupa KOMEN ya!!
**KOMEN korang pembina semangat eya untuk terus berjaya didalam dunia penulisan.
9 ulasan:
LOL mr.kucai dh menyesal hahaha..anw, best cerita ni
besttt ciyer ni..teruskan.. ;)..bodoh khuzairi skrg baru nyesal
eyaaa.......
ni mcm ada bunga2 cinta nk bertaut
kembali kehapani???
jgnnnnnnnnnnnnn
tidakkkkkkkkkkk
ku tak relaaaaaa
alahai, nape lah Kyra gi
tunjukkan diri pada pencacai tu
sungguhlah, biarlah rahsia.
suddenly, ter....ter ok ter
terserempak somewhere....
nnti kan pencacai guni beras tu
melopong n ..... OMG OMG OMG
haaaaaa...... I tell U
apapun tahniah Kyra n slim world
kerana dirimu aku bergaya
ahaksssss.....
sila sila tuan tanah...
sambung the series.... ^_^
hahha pdn muke khuzairi hahhaha ... tulah sebelum buat keputusan pikir 1000000 xkali hahaha daun kucai hihihi nk sambungan kak daeya ^_^ best i like it hahaha
Pdn muka kucai.hahaha.bru nak menyesal.harap bkan kucai la hero
wah...rmai yg mengharap daun kucai bukan hero...hehe
isyallah daun kucai akan bersatu dengan tauge goreng jgk akhirnya...hehehe
wow..mesti bengang giler kucai..hahaha...mkn ler tauge tu wat pe laa buang2...ngeee
ai xmkn tauge..kucai ai mamah sampai lumat..hehehe
bestttt...
padan muka daun kucai...hahahahahahaha...tgk Kyra dah seksi baru nak nyesal...tu la len kali jgn ikut kata hati dan nafsu marah...hahahahaha..senang hati ai.
bila dah bercerai. haram bersentuhan. apatah lagi bercium.
Catat Ulasan