Alhamdulilah, dengan kuasa Allah
perbicaraan kes perceraian Kyra selesai juga. Tidaklah Kyra perlu menangguhkan
perceraian lagi.
Sebaik sahaja keluar dari bilik yang
dikhaskan untuknya dan Khuzairi, dirinya berasa sangat tenang. Lebih tenang
berbanding perkahwinannya dengan Khuzairi setahun yang lepas. Mungkin sebab
tiada kongkongan dalam hidupnya lagi yang menyebabkan Kyra menjadi setenang
ini.
Hakim dan berapa saksi yang berada
didalam bilik tadi sudah pun keluar. Kini, tinggal mereka berdua sahaja di
depan bilik itu. Senyuman tidak lekang dari bibir Kyra tetapi tidak pada
Khuzairi. Masam sahaja wajah lelaki itu. Geram dengan akulah tu!
“ Khuzairi…” kali ini tutur kata Kyra
lembut sahaja. Tidak seperti setengah jam yang lepas.
“ Kau nak apa dari aku? Tadi panggil aku
daun kucai, lepas tu panggil aku Khuzairi pulak. Memang kau puaskan dapat ejek
nama aku.” Khuzairi mendengus sambil tangannya mencekak pinggang. Marahlah tu!
Kyra ketawa dalam hati.
“ Ala, Khuzairi. Kenapa awak suka marah
ni? Dah tak hensem macam tadi. Muka pun nampak macam orang hilang akal. Relax lah.” Kyra sempat meneliti
pemakaian Khuzairi yang tidak begitu kemas. Tadi lelaki itu bukan main smart lagi.
“ Kau cakap aku macam hilang akal? Kau
gila ke apa?!” Marah sungguh Khuzairi ketika ini. Kyra tidak terasa langsung
dengan kemarahan itu sebaliknya dia bersikap selamba sahaja.
“ Awak marah saya macam saya buat salah
kat awak pulak.” Kyra menjeling manja.
“ Memang kau ada buat salah kat aku pun!”
Kyra tersentap. Bila pulak aku buat salah kat dia ni? Takkan sebab aku tolak
badan dia tadi pun jadi satu kesalahan? gumamnya dalam hati.
Rasanya selepas mereka bercerai, tak ada
satu kesalahan pun dia lakukan pada Khuzairi. Kalau lelaki itu yang buat
masalah pada dia, adalah.
“ Cakaplah apa kesalahan saya? Kalau ada,
saya minta maaf ya.” Kyra berpeluk tubuh sambil bersandar di dinding.
Khuzairi naik bengang. Dia mendekati Kyra
dengan renungan yang tajam. “ Kau… pembunuh!” Kyra membeliakkan mata.
“ Apahal pulak awak kata saya pembunuh?
Saya tak pernah bunuh orang pun.”pintas Kyra. Dia berani merenung mata
Khuzairi.
“ Pembunuh anak aku!” Kyra termangu tanpa
kata apabila Khuzairi berkata dalam nada berbisik. “ Ingat Kyra. Aku akan
pegang janji aku sampai bila-bila yang aku takkan maafkan kau. Selamat
menjanda, Amylia Nur Kyra. Aku pergi dulu.” Khuzairi mula berpaling daripada
Kyra sebelum dia mengorak langkah untuk meninggalkan Kyra yang seakan terkejut
dengan kata-katanya.
Kyra mengetap bibir. Perkataan anak yang
diucapkan Khuzairi bagai mencarik ulu hatinya. Dia kata aku pembunuh? Desisnya
dalam hati.
“ Nanti dulu, Khuzairi!”
Kaki Khuzairi bagaikan digam kuat tatkala
Kyra memanggilnya. Tanpa berpaling ke belakang, dia mengerling ke tepi dengan
kening yang terangkat.
“ Kau nak apa lagi?! Tak puas nak
berlawan kata dengan aku?” penuh riak sekali kata-kata Khuzairi.
Kyra dengan yakin sekali menghampiri
Khuzairi yang sudah mula teragak-agak. Nampaknya lelaki itu tidak mahu
memandangnya lagi.
“ Saya tak nak berlawan kata dengan awak
tapi saya cuma nak ucapkan berbanyak-banyak terima kasih sebab sudi ceraikan
saya. Tanpa perkataan cerai dari mulut awak, hidup saya takkan sebegini tenang.
Betullah kata ibu saya, hidup dengan suami yang suka mengongkong membuatkan
hidup kita akan berasa tertekan.” riang sahaja wajah Kyra berkata.
“ Kau cakap aku suka mengongkong kau? Aku
bukan mengongkong kau. Aku cuma nak jaga kau.”potong Khuzairi. Dia akhirnya
berpaling juga kearah Kyra.
“ Itu bukan namanya menjaga, Encik
Khuzairi. Itu namanya membuatkan saya menjadi bertambah tertekan.” Makin sakit
hati Khuzairi mendengarnya. “ Dahlah, saya nak balik dulu. Dah nak pukul dua
satu ni. Balik lambat pulak, ibu saya marah. Selamat menduda ya, Encik
Khuzairi.” gelak sakan Kyra sebelum dia berlalu meninggalkan bekas suaminya
yang sudah tidak ada makna dalam dirinya lagi.
“ Ya Allah, terima kasih kerana berikan
aku ketenangan yang luar biasa ini.” sempat lagi Kyra menadah tangan semasa
berjalan.
Khuzairi sudah tidak terkata apa. Dia
melihat sahaja Kyra pergi meninggalkan dirinya. Kata-kata Kyra sedikit sebanyak
meninggalkan kesan yang mendalam di sudut hatinya. Benarkah aku ini suami yang
mengongkong isteri? bisiknya dalam hati. Wajahnya menekur ke lantai marmar
dengan rasa sebal.
***
Kyra pulang ke rumah dengan rasa gembira.
Jika isteri yang diceraikan suami akan rasa berduka dengan perceraian yang baru
berlaku, tetapi tidak dia. Keluar dari perkarangan Makhamah Syariah tadi,
jiwanya berasa tenang yang amat sangat.
Sewaktu Kyra mahu membuka pintu rumah,
dia dikejutkan dengan peti simpanan ringkas dalam telefon bimbitnya.
“ Siapa pulak yang mesej aku ni? Masa
orang nak masuk rumahlah, baru nak hantar mesej. Sabar ajelah.”
The only way
you get that fat off is to eat less and exercise more. Do your work
hard to less your fat, okay? Haha ~ Yr ex
“ Kurang ajar betul si daun kucai ni.
Ingatkan tak menyesal lagi nak mengata diri aku lepas dah lafaz cerai. Daun
kucai memang nak kena dengan aku ni.” gumam Kyra dengan sedikit dengusan. Dia
masuk dengan hentakkan kaki. Geram betul dia saat ini.
“ Kau tengok aku balas apa pulak kat kau
ya daun kucai.”dia mula menekan kekunci pada telefon bimbitnya. Telefonnya
bukan touch screen. Telefon biasa-biasa saja.
Khuzairi yang berada di dalam kereta
ketawa terkekeh-kekeh keseorangan. Baginya, ayat yang diberikan kepada Kyra
baru berapa minit yang lalu amat mengelikan hatinya. Itu sebab dia ketawa
sahaja.
Namun, ketawanya mati dengan serta-merta
apabila satu pesanan ringkas muncul di skrin telefonnya. Dia sudah agak pasti
Kyra yang membalasnya. Dia buka pesanan ringkas itu lalu membacanya.
It's okay to be fat. So you're fat. Just be fat and shut up about
it. Uwek!
Membuntang mata Khuzairi
melihat setiap ayat yang diberikan Kyra. “ Dia kata aku gemuk? Sempat lagi dia
tulis Uwek? Kurang ajar betul beruang
ni!” Khuzairi mengetap bibir.
Niatnya kini hanya satu. Mahu menelefon Kyra. Tekadnya, dia mahu membalas
pesanan ringkas Kyra tadi dengan kata-kata kasar dari mulutnya.
Sebaik sahaja Khuzairi
menelefon Kyra, panggilannya dibalas dengan suara yang paling dibenci.
“ This is the voicemail that number 012…”
“Argh!” bergema suara
Khuzairi dalam keretanya. Sudah jadi macam orang hilang akal sahaja dirinya.
Kyra tutup telefon? Eii… beruang tu memang betul-betul menaikkan darahnya.
Kyra tahu selepas ini
Khuzairi pasti akan membalas kata-katanya. Sebelum Khuzairi membalas
kata-katanya, lebih baik dia off kan
telefonnya. Tidak perlulah dia membaca lagi pesanan ringkas daripada Khuzairi
selepas ini.
“ Ah, leganya dapat duduk
sorang-sorang.” Kyra duduk berteleku di atas sofa tiga berangkai tanpa memasang
aircond. Biarpun cuaca diluar agak
panas, dia sengaja tidak membuka penghawa dingin tersebut.
Televisyen dibuka bagi menghilangkan rasa sunyinya di dalam rumah dua tingkat
ini. Remote control yang terletak
elok di atas meja empat segi berhadapan dengan sofa yang didudukinya dicapai.
Leka sungguh dia melihat
skrin televisyen yang memaparkan program popular Wanita Hari Ini di tv3. Program sebegitu memang bagus untuk wanita
sepertinya. Banyak ilmu dan panduan berguna yang boleh diperolehi daripada
program itu.
Setelah lima belas minit dia
leka dengan program popular itu, iklan mula menjengah. Dia mula merungut. “
Ala, baru nak dengar apa yang pengacara tu cakap tiba-tiba iklan. Benci
betullah!”
Satu persatu iklan muncul
membuatkan Kyra rasa bosan. Jika dibilang dengan jari, sudah sepuluh iklan yang
tidak henti-henti muncul.
Tetapi satu iklan yang muncul
sebelum program popular itu kembali membincangkan perihal kesihatan membuatkan
Kyra terpaku seketika.
Slim World…slim, beauty, health. Take care of
your body. It's the only place you have to live.
Agak ramai jugak pelanggan
yang pergi ke Slim World dan paling
dia terkejut tengok badan seorang wanita yang dipaparkan di skrin itu yang
menurun lebih dua puluh kilogram dalam masa tiga bulan!
Wah, badan wanita itu lebih
gemuk berbanding dia. Memang drastik sangat penurunan berat badan dia.
Kyra meneliti badannya. Agak banyak lemak yang terkumpul di
pinggangnya. Pahanya juga agak menggeleber. Walaupun anaknya hilang dalam
perutnya, badannya tetap gemuk seperti sediakala.
Jika diambil kira, badannya
memang seperti beruang. Betul juga kata daun kucai tu.
“ Hmm… rasanya aku perlu ke Slim World!”
Tekadnya hanya satu. Badannya
yang tembam ini perlu dikuruskan. Biarlah duit banyak habis pun. Janji dia
dapat apa yang dia mahukan.
“ Aku akan buktikan pada
Khuzairi yang aku akan kurus dalam masa tiga bulan ni.” katanya sendiri.
Slim World… tunggu kehadiran Amylia Nur Kyra di tempatmu!
**Alhamdulilah....dengan rasa syukurnya, dapat juga eya siapkan en3 BAB 4 ni...Macam biasa, komenlah ya...
Komen Negatif / positif eya terima dengan sebaiknya ;)
Kalau nak berkenalan lebih lanjut ngn eya, pg kat sini ya :
Add FB eya : Nur Daeya
Group : karyanurdaeya
**Insyallah eya akan approve... ;)
17 ulasan:
Best2..padan muka ngan kucai..tunggu la kyra dh slim..meletop abis..Haha..NEXT!! Hehe :)
alhamdulilah...ad jgk yg sudi komen.
insyallah lepas ni muncul Kyra yg bru plak ya! hehe
mesti meletop n cantik mcm Erra Fazira lepas ni kan.hehehehehhe ok la kyra teruskan biar kucai terjojol mata tengok
insyallah kyra akn cntik mcm erra fazira! hehe..tunggu n lihat ajelah ya
ai baru bc bab 3/4...
besttt..
pasti Kyra slim melim nti..
teruskan berkarya :)
insyallah zamzurisz...kyra pasti akn slim melim!
Jom ke SLIM WORLD! haha
make sure kyra is so beautiful sesangat biarkn si kucai tu menyesal hahaha..GO KYRA
Dear Writer:
hahaha boleh saya tanya sapa nama male model tu?
insyallah kyra akn soooo beautiful. kn dh msuk slim world! haha
hehe...wahai cik pembaca :
nama male model tu x boleh bgthu laa...hehe...
Best kak eya! Next chappy please? :D
boleh aje ain...nnt akk bg ya..insyallah...
slim world hehehe ..... lwk lah ^_^ best x sabar nk tau smbungan
insyallah akan bersambung dlm bab 5..kyra akan slim nnt! haha
haaaa yalah
selamat menjanda dan selamat menduda
kongajo punya pencacai....
manis sungguh budi bahasa
cis..... aku musnahkan
kau dari dunia ini...
eya,
ini last warning yg pertama
jgn suka2 hati limpa pankreas
nk buat dorang rujuk balik ea
hati akak dh bengkak ni
melambak lelaki hot kat luar sana,
kalau x tau, akak jadi ejen cari
jodoh..... ahaksss....
best cite ni eya....
memey puasatijantungusus sume
congratssss yg telebey s
sila....sila... tuantanah
sambung.....
ngeh3......
rasa nk hiris halus2 je daun kucai ni..haha
hehe... hiris aje daun kucai tu, buat tauge goreng sedap!! haha
Catat Ulasan