Kyra
datang ke Makhamah Syariah Petaling Jaya tepat pukul sepuluh setengah pagi
dengan menaiki teksi. Sepatutnya
perbicaraan akan berlangsung jam sebelas namun dia sengaja datang setengah jam
lebih awal bagi mengurangkan sifat gemuruhnya.
Kyra
duduk di luar perkarangan makhamah sebelum perbicaraan berlangsung. Bus stop di luar perkarangan mahkamah
menjadi tempatnya untuk duduk buat sementara waktu. Kalau masuk dalam bukannya
dia kenal sesiapapun. Baik duduk kat tempat yang tak ramai orang.
Lagipun
hari ini memang tak ramai yang datang ke makhamah, jadi memang akan sunyilah
kawasan Mahkamah Syariah itu.
Hari
ini Kyra mengenakan jubah longgar berwarna hitam serta tudung bawal berwarna
kelabu bagi menghormati peraturan yang ditetapkan pihak mahkamah. Walaupun
tidak biasa memakai tudung namun dia cuba juga untuk memakainya.
Tidak
jauh dari bus stop yang Kyra duduk,
sebuah kereta Camry berwarna biru mula memasuki perkarangan mahkamah itu. Kyra
mengecilkan mata untuk melihat pemilik kereta itu.
“
Eh, macam kenal aje kereta tu. Takkan dia kut?” dia bingkas bangun dari tempat duduk besi itu
kemudian dia mengekori kereta itu sehingga kereta itu berhenti di tempat parking yang disediakan.
Memang
betul kereta itu milik Khuzairi, bekas suaminya. Dia masih ingat lagi nombor
plat kereta lelaki itu.
“
Memang betullah dia. Hmm… awalnya datang. Dah tak sabar-sabar nak bercerailah tu.”
omelnya sendirian. Dia mula mendekati kereta itu dengan jantung yang penuh
berdebar.
Dada
Kyra menjadi tidak menentu saat Khuzairi keluar dari kereta. Bekas suaminya tampak
segak sekali dengan memakai songkok di kepala beserta baju melayu berwarna
merah yang padankan dengan sampin hitam. Turut serta, kaca mata hitam yang
begitu menonjolkan ketampanan lelaki itu. Macam nak pergi kahwin pun ada.
“
Ehem, ehem!” sengaja Kyra berdehem untuk mendapat perhatian Khuzairi agar
lelaki itu tahu akan kemunculannya di sini.
Baru
sahaja Khuzairi ingin melangkah masuk ke dalam mahkamah, dia dikejutkan dengan
suara deheman dari belakangnya. Siapa pulak tu? Dia berpusing ke belakang.
Terkejut
bukan kepalang kerana Kyra berada disitu. Dia ingatkan bekas isterinya itu tak
nak datang kerana masih bersedih dengan perpisahan mereka. Rupanya datang juga.
“
Assalamualaikum!” Kyra memberi salam tanda mahu memulakan bicara.
Waalaikumsalam.
Wah, datang jugak kau akhirnya. Ingatkan tak nak datang tadi. Baru aku ingat
nak tangguhkan kes cerai ni. Kalau kau datang ni, baguslah. Tak payah
tangguh-tangguh lagi.” Khuzairi mendekati Kyra dengan nada berlagak. Kyra yang
berada didepan lelaki itu mencemikkan bibir. Menyampah pula Kyra mendengar tone suara Khuzairi. Rasa nak tempeleng
saja muka dia tu. gumamnya dalam hati.
“
Ikutkan hati sebenarnya saya malas nak datang sini tapi apa boleh buat, saya
tak nak tangguh-tangguh lagi. Lagi cepat bercerai lagi bagus. Itu yang saya
datang ni.” Mendatar sahaja suara Kyra. Khuzairi buat muka tak puas hati. Kyra
memang nak kena dengan dia ni. dengusnya dalam diam.
“
So, dah tak sabar nak dengar suara aku lafazkan cerai kat depan kau? Aku tahu
kau mesti sedih nak berpisah dengan aku kan. Tapi aku nak kau tahu yang aku
takkan tarik balik kata-kata aku untuk hidup bersama dengan kau semula. Buat
apalah aku nak hidup dengan ‘beruang’ macam kau lagi. Baik aku cari isteri yang
macam snow white lagi bagus.” Dengan angkuh sekali Khuzairi berkata-kata.
Menambahkan rasa jelik dihati Kyra.
“
Hmm…” hanya itu sahaja yang mampu diucapkan Kyra. Khuzairi masih memanggilnya
beruang? Memang Khuzairi nak kena dengan aku ni. bisiknya dalam hati.
“
Kenapa tak nak balas kata-kata aku? Tak betul ke apa yang aku cakapkan tu?
Memang betul lagi sahihlah kan badan kau macam beruang. Kalau kau timbang berat
badan kau dengan beruang hidup memang nak hampir samalah ya? Haha.” ketawa
besar Khuzairi saat ini.
Kyra
mengumpal tangan. Dia mula rasa tercabar. Khuzairi ingat dia boleh
mengejek dirinya sesuka hati. Lepas ini
kau tahulah nasib kau macam mana, Khuzairi.
Jari
telunjuk Kyra betul-betul dituding kearah Khuzairi. Marahnya meluap-luap ketika
ini. Benci sungguh dia untuk melihat lelaki itu ketawa sakan kerana
memanggilnya beruang. “Keep your mouth shut!” jerkah Kyra.
Ketawa
Khuzairi mati secara tiba-tiba apabila Kyra menjerkahnya. Matanya membulat
apabila jari telunjuk Kyra betul-betul didepan matanya. Cepat-cepat dia
bertindak menepis jari telunjuk itu dengan kasar. “ What should I keep my mouth shut? You better shut your mouth!”
Kyra
mencebik. Tangannya yang baru sahaja ditepis Khuzairi diusap perlahan. Sakit
juga Khuzairi menepis tangannya. “ I wish
I could shut up, but I can't, and I won't.”
“
Your attitude totally change! Kau bukan Kyra yang aku kenal dulu.”sinis suara Khuzairi.
“
Yes, I am. So what?! If you don't like my attitude then judge yourself
not me.” jika Khuzairi berkata kasar dengannya, kenapa tidak dia? Dia bukan
Kyra yang dulu, yang suka mengikut kata-kata suami serta bersetuju dengan apa
yang diperkatakan suami. Dia kini adalah Amylia Nur Kyra yang kuat semangatnya.
Ibunya
ada berpesan sebelum keluar dari rumah tadi.
“
Kalau Khuzairi marah-marah kamu, kamu lawan dia balik. Jangan biar dia pijak
kepala kamu! Tunjukkan ego kamu kat dia. Biar dia tahu kamu tu Kyra yang baru.
Jangan dia ingat lepas ceraikan kamu, kamu boleh ikut cakap dia lagi.”
Betul
juga kata ibu. Jika dia senyap dan berdiam diri didepan Khuzairi, lelaki itu
akan bertambah semangat untuk mengenakan dirinya.
“
Wah, dah pandai beruang ni melawan kata. Tak sangka ya…” sakat Khuzairi.
“
Nama saya Amylia Nur Kyra, bukan beruang.” Tegas sekali nada yang ditonjolkan
Kyra.
Khuzairi
berbisik ke telinga. Hampir mengena pipi gebu Kyra. “ Aku tetap nak panggil kau
beruang jugak. Jangan marah.” Kyra membeliakkan mata. Tanpa diduga Khuzairi,
Kyra pantas menolak tubuh Khuzairi dengan kuat sehingga lelaki itu jatuh
terjelepok di atas lantai marmar.
“
Hey, apa ni?!” tempelak Khuzairi. Marah betul dia saat ini.
Kyra
mengiba-gibas tangannya. Egonya kini memang tinggi melangit. Dia membongkokkan
badan. Wajahnya betul-betul di depan muka Khuzairi.“ Jangan nak marahlah
sayang. Saya tertolak badan awak aje. Sakit tak?” Kyra tiba-tiba ketawa.
“
Kalau awak panggil saya beruang, apa kata saya panggil awak daun kucai pula?
Yalah, nama Khuzairi dengan daun kucai tu kan nak dekat jadi saya rasa elok
juga kalau saya panggil nama tu.” bidas Kyra tanpa perasaan. Rasa seronok pula
dia memanggil Khuzairi dengan nama daun itu.
“
Kau!” Khuzairi mendengus di atas lantai itu. Berani betul Kyra panggil aku daun
kucai? Kurang ajar perempuan ni! Dia mahu bangun tetapi punggungnya terasa
sakit. Dia merenung Kyra tajam. “ Aku
tampar mulut kau, bisu karang! Kau jangan berani nak panggil aku daun kucai.
Aku tak suka!” tempelak Khuzairi penuh emosi.
Kyra
tersenyum sinis. Pandai pula kata tak suka. Habis yang dia panggil aku beruang
boleh pulak?
“
Daun kucai janganlah marah. Nanti kalau daun kucai marah, tak ada perempuan nak
dekat. Okaylah, waktu nak masuk makhamah dah tiba, saya masuk dulu ya. Lambat
nanti Hakim marah. Bye daun kucai. Kita jumpa kat dalam makhamah ya. See you!” Kyra berkata dengan suara yang
menggoda. Setelah itu, dia berjalan masuk ke dalam sebuah bilik perbicaraan
tanpa sedikit pun membantu Khuzairi yang masih terduduk di atas lantai marmar
itu.
“
Shit!” Khuzairi menghentak tangannya
dengan kuat sekali di atas lantai marmar tanpa menghiraukan akan kesan yang
berlaku pada tangannya nanti. Kesabarannya tidak apat ditanggung lagi. Kau
tunggulah Kyra, aku akan kenakan kau cukup-cukup! Tekadnya dalam hati.
** Wahai pembaca2 yang eya sayang, hope korang bagilah komen ya. Eya perlukan komen korang.. Kalau ada komen, makin semangatlah eya nak menaip...hehe..
** Dan yang dah baca & teringin nak kenal ngn eya kat FACEBOOK, add lah eya okey!
Insyallah eya akan layan korang baik2! ;)
15 ulasan:
kyra Kena balas kaw2 sket... jgn bg chance dia pijak kita...
kyra ke khuzairi syania? hehe..
klao eya, eya nk kenakan khuzairi aje... haha
best! nk sambungan laagi ^_^ daun kucai jgn mare nnt beruang comel dtg menyerang hhihi... beruang ni kuat + comel tau ^_^ i like beruang hihi~ x saba nk sambungan ^_^
insyallah akk bg smbungannya ya...tunggu...akk pn ske beruang! klao peluk2 boleh jd teman tido...hehehe
As-Salam..da baca dr bab 1 sampai 3, tp rs musykil sikit, knape kyra perlu dengar/ patuh pada ibu dia? bukan ke sorang istri perlu patuh pada suami tanpa melanggar hukum? sorry la kalau soalan ni x berkaitan..cume, mcm pelik sikit dgn jln crite nye..
Salam...
sorry ya klao jln citer yang eya bwk ni agak pelik sikit.
Sebenarnya Kyra patuh pd arahan ibunya disebabkan Khuzairi telah melafazkan talak satu selepas Kyra tahu yang perutnya sudah tidak ada janin lagi. Selepas talak jatuh, dia menjadi murung dan tertekan. Cerita ni byk cacat celanya tp saya bersyukur sbb awak sudi komen...tq ya
macam ni baru best. xde la asyik mengalah je kan. so eya best.teruskan sebab akk akan terus sokong eya.
alhamdulilah...tqvm kak sbb sdi bce karya eya yg ni! ;)
bagus Kyra
jadi iron lady
padan muka kucai pencacai tu...
eya......
kita sambung lg......
ps: hisshhhhh..... aku mmg bkn
robot lah......
menci kuasa doplo
kak Nana!!
Love your komen!
aku yg dulu
bukanlah yg sekarang
dulu ku disayang
skg ku dilempang
:)
uishhhhh tanpa nama,
siapakah itu yg bersembunyi
disebalik nama????
ten-q
kita bako dia......
haha...eyalah kak nana syg...
love your komen!
I likeeee. ..kyra harus pndg kedpn..jgn bg org yg xreti mghargai kita menang . .semangat. .semangat. .
Good. Kyra harus tabah dan jgn mengalah dgn daun kucai tu. Tunjukkan bahawa wanita juga ada ego mrk sendiri dan kuat.
Catat Ulasan