Malam yang dingin dan hening, Khuzairi menemani isterinya, Kyra berbaring diatas katil. Setiap langkah Kyra berjalan, diperhatikan olehnya.
Bukan
main teruja suaminya, Khuzairi untuk menyambut kedatangan anak mereka. Kyra berasa seronok. Dia bahagia melihat wajah suaminya yang ceria itu sedang
mengusap perutnya ketika dia sedang berbaring diatas katil. Rasa tidak sabar
untuk menimang cahaya mata baru mereka terlalu menggunung. Dalam masa empat
bulan sahaja lagi anak mereka akan melihat dunia.
“ Abang seronok ke pegang perut Kyra yang bulat ni? Perut
Kyra dah tak cantik macam dulu lagi. Tengok badan Kyra ni, dah macam beruang.”
Kyra dengan selamba tergelak didepan Khuzairi.
“ Hesy, apalah Kyra ni. Abang rasa perut Kyra yang ini
lagi cantik daripada yang dulu. Abang suka perut Kyra janganlah rendah diri
okey? Kyra gemuk ke keding ke abang tetap sayangkan isteri abang ni.”Khuzairi
mencuit pipi tembam Kyra dengan penuh kasih sayang.
Rasa bahagia menerjah di sanubari Kyra. Terharu kerana
suaminya tetap mencintai dirinya walaupun badannya sudah berubah bentuk.
Lantas, dia tersenyum senang.
“ Sayang abang…”
“ Sayang Kyra juga. Abang janji, Abang takkan sia-siakan
Kyra dan anak kita selepas ini.” Khuzairi mengusap-gusap rambut hitam paras
bahu isterinya penuh sayang lalu dikucup dahi mulus itu penuh asyik sebelum dia
berbaring disebelah isterinya sambil
menongkat tangan.
Kyra memejamkan mata buat seketika. Dia mahu
menghayati kebahagiaan ini bersama suami tercinta. Namun, apabila teringatkan
sesuatu perkara Kyra pantas membuka matanya.
“Abang, kita tidur awal ya. Esok abang nak pergi kerja
Kyra pula nak keluar pergi rumah kawan ibu.”Kyra mengambil bantal peluk ditengahnya lalu dipeluk.
Terbuntang mata Khuzairi mendengarnya. Khuzairi tidak
jadi baring. Dia duduk menegak disebelah isterinya. “Apa, kawan Ibu? Kyra kan tengah mengandung ni. Nak jalan-jalan
lagi buat apa?!”
Marah sungguh Khuzairi ketika ini. Tergamam Kyra
disebelah. Sepatutnya dia tidak memberitahu suaminya tentang pemergiannya ke
rumah kawan Ibu. Tapi apa nak buat, nasi sudah jadi bubur. Terpaksalah dia menipu
suaminya malam ini.
“ Err…” kelu lidah Kyra untuk meneruskan kata. Jawapan
apa yang aku nak bagi ini? “ Err… Ibu kata kat Kyra, kawan Ibu ada jual baju
bayi yang comel dan murah. Itu yang Kyra nak pergi tu.”Kyra gigit bibir. Walhal
dia nak pergi mengurut. Ah, tak pasal-pasal tipu suami sendiri.
Semenjak
dia diketahui mengandung lima bulan yang lalu, Ibu kandungnya Azlina Hamzah
seringkali datang ke rumah mereka untuk menjemputnya ke rumah tukang urut yang
merupakan rakan baik kawan Ibunya. Kata Ibunya, untuk melancarkan proses
bersalin kenalah berurut berkali-kali supaya tidak berasa terlalu sakit ketika
meneran nanti.
Sehingga
ke hari ini suaminya langsung tidak tahu akan hal ini. Dia takut suaminya
marah. Selepas kandungannya mencecah sepuluh hari, suaminya ada berpesan supaya
tidak pergi mengurut ke rumah-rumah kampung. Takut terjadi apa-apa nanti. Tapi
sekarang? Pesanan suaminya itu tidak diambil endah. Dia tetap berdegil untuk
pergi mengurut bersama Ibunya.
Khuzairi terasa lega yang amat sangat. Ingatkan apa tadi.
“ Lain kali kalau Kyra nak keluar, Kyra bagi tahu abang sebelum kita tidur ya.
Abang tak suka nak marah-marah Kyra masa Kyra tengah mengandung ni. Kyra dengar
kan cakap abang?”suaranya mula menurun.
“ Faham, abang. Kyra minta maaf sebab buat abang marah
tadi.” Kyra menunduk lalu mengenggam erat tangan suaminya.
“ Dahlah, pergi tidur. Esok nak bangun pagi. Kyra ingat
ya pesan abang. Jangan ligat sangat. Selamat malam.”Khuzairi berpaling ke kiri.
Wajah isterinya tidak dipandang. Matanya sudah terlalu kuyu.
“ Baik, abang…”Kyra kemam bibir.
****
“
Ibu, Kyra takutlah nak kena urut…”luah Kyra ketika dia dan Ibu sampai di rumah
tukang urut yang merupakan kawan Ibunya, Puan Kamsiah. Lagi berapa meter mahu
menghampiri rumah kayu milik Puan Kamsiah, jantungnya berdegup kencang. Ya
Allah, kenapa hati aku rasa tak sedap ni?
Puan
Azlina menampar lembut bahu anaknya.“ Hesy, kamu ni! Nak takut apanya? Mak Cik
Kamsiah tu nak urut bukan saja-saja tau! Dia nak urut seluruh badan kamu supaya
bila nak bersalin nanti tak rasa sakit.”
Kyra
mengepal tangan. Bibirnya menggigil. “Kalau abang tahu Kyra pergi mengurut ni
mesti abang mengamuk. Abang dahlah tak suka Kyra urut dengan sembarangan orang.
Kalau pergi doktor tak apalah juga.”
“
Suami kamu tu memang! Ada aje peelnya! Ibu bawa kamu ke sini supaya nak
senangkan kamu. Kamu tahu tak Ibu dah lama geram dengan perangai dia semenjak
dia tahu kamu mengandung ni. Asyik nak mengongkong hidup kamu aje! Bila Ibu
ajak kamu pergi keluar, dia marah Ibu. Ikutkan hati Ibu, memang Ibu balik aje
rumah lama. Tak nak Ibu jaga kamu kat rumah tu.”rengus Puan Azlina.
Dia
tinggal di rumah Khuzairi pun disebabkan menantunya itu menyuruh dia menjaga
Kyra yang sedang mengandung. Ikutkan hati, memang malas dia mahu menetap di
rumah dua tingkat itu disebabkan sikap kongkongan anak menantunya namun apabila
memikirkan kesihatan anaknya yang sedang sarat mengandung, dia akur. Dia perlu
bersabar sedikit masa lagi. Dalam dua tiga bulan lagi, dia akan pulang semula
ke rumahnya yang sudah lama kekosongan tanpa sebarang kongkongan.
“
Abang kan sayang Kyra. Itulah sebab dia kongkong Kyra waktu Kyra mengandung ni.
Ibu jangan marah dengan sikap dia ya. Lama-lama nanti dia eloklah tu.”pujuk
Kyra.
“
Ada aje nak sebelahkan suami kamu tu. Dahlah, jom masuk. Lambat nanti suami
kamu marah pulak! Dahlah dia tak tahu kita datang sini.”Puan Azlina
perlahan-lahan menarik lengan anaknya itu masuk ke dalam. Dada Kyra yang
berdebar sejak dari dalam kereta tadi lenyap apabila muncul seorang wanita
berusia dalam lingkungan lima puluh an tidak bertudung di muka pintu utama.
Nampak
baik. Tak payah takutlah kena urut.bisiknya dalam hati.
****
Sekitar
pukul empat petang setelah pulang dari mengurut, Kyra tidur seketika didalam
bilik. Badannya terasa amat penat setelah memandu kereta dari Petaling Jaya ke
Selayang. Ibunya pula sudah berehat di kamar beradunya.
Jam
loceng ditetapkan ke pukul lima petang agar dia tidak terlewat bangun untuk
menunaikan solat asar.
Sewaktu
dia asyik tidur, dia didatangi satu mimpi aneh yang memperlihatkan tiga orang
wanita muda yang berbaju putih. Wajah mereka sangat cantik dan bersih. Dalam
mimpi tersebut, mereka meminta izin untuk mengambil anaknya tinggal
bersama-sama mereka. Puas dia merayu kepada mereka supaya tidak mengambilnya,
tetapi mereka memberitahu akan menjaga dia dengan baik di sebuah tempat yang
cantik dan indah," kata salah seorang diantara tiga wanita muda itu.
“Jangan,
jangan!” Kyra berpaling ke kanan dan paling ke kiri. Dia rasa takut. Kenapa aku
jadi macam ni? Serta-merta dia bangun dari pembaringan.Terkejut lagaknya. Peluh
merenik ke muka. Jantungnya berdegup kencang.
Tatkala
matanya turun melihat perutnya, dia membulatkan mata. Err… kempis? Tangannya
mengusap perut yang tidak seperti beberapa jam yang lalu. Apa telah terjadi?
“Argh!!”jeritan
Kyra bergema dipelosok rumahnya.
****
Khuzairi
mencekak rambut Amylia Kyra sehingga dia menjerit kesakitan. Ikutkan hati, dia
mahu membuat lebih daripada itu. Suami mana yang tidak sedih apabila anak yang
bakal lahir di dunia ini dalam masa berapa bulan sahaja lagi telah hilang dalam
perut isterinya?
Tekanan
yang melanda di pejabat tadi serta kehilangan anak dalam kandungannya memberi kesan
yang hebat dalam diri Khuzairi. Baru hendak merasa nikmat seorang ayah, anaknya
telah hilang dalam perut isterinya. Mana dia tidak mengamuk?!
Apabila
mendapat panggilan daripada Ibu mertuanya tentang tangisan Kyra yang tidak
henti-henti, dia bergegas balik ke rumah. Dia ingatkan Kyra menangis kerana
mengidam sesuatu tetapi nampaknya tidak. Perut isterinya sudah tidak berisi
lagi. Suami siapa tak marah kan?
Sudah
berkali-kali dia memberi amaran agar Kyra tidak keluar rumah sepanjang
ketiadaannya, isterinya tetap degil! Nak juga ikut Ibu pergi keluar.
“
Abang tolonglah abang… jangan buat Kyra macam ni. Ini bukan salah Kyra.”rintih
Kyra berulang-kali.
“
Kau ingat aku nak dengar rintihan kau yang mendayu-dayu tu ke? Kau dah
‘lenyapkan’ anak tu lepas tu kau kata tak salah? Kau memang pembunuh tahu
tak?!” lantang Khuzairi bersuara. Tidak puas dengan mencekak rambut isterinya,
dia menampar pula muka itu berkali-kali sehingga isterinya tersembam di atas
katil milik mereka berdua.
“
Sakit, abang. Sakit.”rintih Kyra tanpa henti.
“
Jangan ingat kau akan terselamat. Akan aku binasakan tubuh badan kau sampai aku
puas, faham?!”turun naik nafas Khuzairi ketika ini. Rasakan. Inilah padahnya
buat suami kau macam ni! Tangan Kyra diikat dan mulut isterinya itu digam
menggunakan double tape.
Khuzairi
membisikkan sesuatu di telinga Kyra. Kyra memejam mata. Tidak sanggup untuk
bertembung mata dengan suaminya.
“
Aku ceraikan kau, Amylia Nur Kyra dengan talak satu.”tergelak besar Khuzairi
apabila berjaya melancarkan ayat itu. Dia seperti orang gila sekarang ini.
Membuntang
mata Kyra apabila mendengar ayat yang terpacul di mulut suaminya. Astagfirullahalazim! Aku diceraikan?
15 ulasan:
ya ALLAH best la eya...anak dy ilang mcm tu je ke? misteri
tq ya kak sebab sdi baca...
ALHAMDULILAH...eya akn truskn membuat karya yg terbaik utk masa akn dtg ;)
Best.nnt cpt2smbung tau
Dear nak buat cerita seram ke?
insyallah eya akn smbung ;)
kesiannya... npr la suami dia mcm nie....
mmg kesian tp kyra nsibaik sbb dh kne cerai ngn suami ;)
ambik masa terjah bab 1...
ada kelainan ckit dr nvl biasa dr permulaaannya..teruskan berkarya
tqvm sbb sdi bce karya eya...
insyallah eya akn truskn berkarya selagi terdaya
eya.......
who wrote this?????
ngape best sgt ayatpemanasenjin ni?
ni enjin apa nih?
boeing bape nih?????
owwhhhh mmg best giler
tapi akak lum nk jadi giler lg
kita sambunggggggg
Akk bru stat bca nie .. Tp sudah jatuh hati .... !!! Xsbar nk sambong bca bab y strusnya ..
baca jgn x bce kak! hehe
** truskn membaca karya2 eya ya ;)
Kak Eya :) The bestt :) Best cite nie .. teruskan tau akak . Adk slalu support akak :)
tq adik syg!!
insyallah akk akn buat yg terbaik utk en3 ni ;)
permulaan yg sgt menarik. Ni baru 1st time masuk blog eya...good job.
Catat Ulasan