Hati Dhia melonjak kegembiraan saat mendapat
panggilan dari operator syarikat yang dia hubungi semalam.Dia menjadi teruja
untuk ditemuduga.Sebelum ini, dia tidak pernah melakukan temuduga.Muzaffar yang
membantunya bekerja dibawah pengurusan Puan Kamelia.Teringin juga untuk
ditemuduga dihadapan pegawai yang bertugas.
Walaupun
begitu, kegembiraannya tidak kekal lama.Dia terlupa tentang satu benda yang
penting untuk berhadapan dengan pegawai bertugas itu nanti. Resume! Macam mana
ni? Takkan kena pergi rumah bekas suami aku kut?Dhia mengaru kepalanya yang
tidak gatal. Dahlah dia malas lagi nak jejakkan kaki kat rumah tu. Kalau jumpa
bekas ibu mertua, tak pasal-pasal kena sound direct! Apatah lagi si perampas
suami orang tu, Mariana!
Nak kena
cakap dengan Rayyan ke pasal resume sendiri kat rumah Muzaffar? Aduhai,
dugaan…dugaan…
“Aik?
Tadi ibu tengok dari jauh muka tu gembira aje bila letak telefon. Dhia dapat
kerja erk?”soal Puan Suria sambil menatap seraut wajah anaknya yang mencuka.
Dhia
mengangguk. Wajahnya tidak menunjukkan kegembiraan.
“Dah tu,
kenapa muka anak ibu ni masam aje?Ada yang tak kenalah tu!”sambung Puan Suria
lagi. Dia membawa Dhia duduk di sofa.Digenggam erat tangan anaknya.
“Hmm…”Dhia
mengeluh.
“Hah!
Tengok anak ibu ni. Mengeluh aje bila muka masam.Senyum sikit tak boleh ke? Ibu
sedihlah anak ibu ni masam aje.”Puan Suria sedikit marah.Bukan marah
betul-betul. Marah-marah sayang…
“Ibu…”Dhia
mengenggam pula tangan ibunya. Puan Suria tersenyum.
“Cakaplah,
kenapa masam muka ni?”
“Ibu…Dhia
kena pergi temuduga hari Isnin minggu depan.”katanya dengan berterus-terang.
Puan
Suria tercengang.Terbuka mulutnya sedikit. “ Dhia nak pergi interview? Dhia nak kerja balik ye?”Allah telah memakbulkan doanya.Tak
sangka Dhia ingin bekerja kembali. Dia berharap kegembiraan dalam diri Dhia
akan bercambah semula dan melenyapkan kedukaan selepas bergelar janda baru-baru
ini.
“Ya,
ibu. Dhia rasa nak pulihkan balik diri Dhia yang agak tunggang-langgang ini dan
Dhia perlukan keizinan dari ibu sendiri untuk…”terhenti ayat Dhia disitu. Ayat
seterusnya mampu membuatkan ibunya marah dengan dia. Dhia tahu, ibunya tidak
suka dia menjejakkan kaki ke rumah yang penuh dengan manusia yang bertopengkan
iblis. Tapi, apa boleh buat? Dia perlukan sangat resume itu! Tanpa resume
itu, dia tidak mampu menunjukkan pengalaman dan kejayaannya dalam bidang
pelajaran kepada pegawai yang akan menemuduganya nanti.
Semalam
dia telefon dan khabarkan kepada operator
yang bertugas bahawa dia mempunyai pengalaman sebagai coordinator dibahagian production.
Jika tidak dibawa resume yang
lengkap, malulah dia! Mana nak letak muka ini.
Puan
Suria meramas rambut anaknya lembut dan penuh kasih sayang.“Dhia, ibu izinkan
Dhia bekerja.Ibu takkan menghalang Dhia dari membuat perkara yang baik.Kerjalah
selagi terdaya. Asalkan niat Dhia itu ikhlas dan mampu membawa Dhia ke tahap
yang membanggakan orang sekeliling Dhia.”ungkapan ayat dari ibunya membuatkan
Dhia sayu sedikit. Bukan ini yang dia mahu ibu katakan padanya.
“Ibu!!”Dhia
terus memeluk ibunya.
Puan
Suria tersentak.
“Eh,
sayang. Kenapa ni? Ibu kan dah bagi keizinan. Dahlah, Dhia tak payah risau. Ibu
doakan dari jauh.”Puan Suria mengusap rambut Dhia dari atas hingga ke akhir
rambut. Menenangkan anaknya.
Bertambah
erat Dhia memeluk ibunya. Ya Allah! Harap ibu kasi aku pergi rumah jantan tak
guna tu.
“Ibu,
Dhia tahu ibu bagi izin Dhia pergi kerja, tapi Dhia nak beritahu ibu yang…”kelu
lidahnya untuk berkata. “Dhia nak pergi rumah Muzaffar ambik resume.”Dia masih
tidak berganjak dari memeluk ibunya.Dia tidak mahu memandang wajah ibunya saat
ini.Dia takut kena marah dengan ibunya.
Puan
Suria terkejut. Dhia nak pergi rumah Muzaffar ambik resume? Bahaya ni! Tak
pasal-pasal anak aku kena tampar pulak dengan Muzaffar.
“Ibu tak
izinkan!” Puan Suria bernada tegas.Dilepaskan pelukan Dhia. Memang pantang dirinya
apabila menyebut nama yang membuatnya marah memuncak! Dia bangun sambil
mulutnya merengus tidak puas hati.Dia berpeluk tubuh menghadap dinding putih
bersih itu.Tidak memandang anaknya langsung.
Dhia
terkedu. Kan betul apa yang aku fikirkan. Mesti tak bagi punya!
Dia
bangun dari situ dalam keadaan sedikit lemah.Dihampiri ibunya yang telah
menunjukkan protes terhadapnya.Bab pujuk memujuk ni yang aku lemah sekali.
Aduh! Cara macam mana lagi nak yakinkan ibu supaya dia bersetuju.
“Ibu..”Ini
sahaja cara yang ada. Memeluk ibunya dari belakang dan meletakkan mukanya
diatas bahu.
Puan
Suria menarik nafas. Pelukan anaknya
“Ibu
tetap tak izinkan! Puan Suria melepaskan pegangan anaknya dan beralih tempat.
Dhia mengeluh. Mukanya memandang ibunya
“Ibu,
please. Fahami Dhia untuk kali ini sahaja.Dhia pergi rumah Muzaffar bukan untuk
suka-suka. Dhia just nak ambil balik resume Dhia. Itu aje.”pohon Dhia
bersungguh-sungguh. Cuba menyakinkan ibu bukannya perkara senang.Walaupun
ibunya lembut diluar, dalamannya terlalu keras untuk diyakinkan.Sekali dia
berkata ‘tidak’, sekali itulah dia berpegang teguh pada janjinya.
“Ibu dah
cakap banyak kali yang ibu tak suka Dhia pergi rumah jantan tak guna tu. Resume
Dhia tak ada kat rumah ini ke sampai tercari-cari sampai ke sana?”sedikit
tinggi suara Puan Suria. Dia menoleh ke belakang.Pandangan tajam ditujukan
kepada anaknya.Dhia mengetap bibir.
“Semua
barang Dhia masih lagi tinggal kat rumah tu termasuk resume. Dhia nak minta
tolong ibu, berilah Dhia peluang untuk pergi ke rumah itu. Dhia tak kisah
mereka nak maki, kutuk atau apa yang boleh menyakitkan hati Dhia, Dhia tak
kisah. Janji Dhia dapat resume tu.”
“Dhia
sedar tak apa yang Dhia cakapkan ni? Dhia tahu tak, semua orang kat dalam rumah
itu dah jelas-jelas tak suka Dhia datang situ lagi?Ibu tak rasa Muzaffar masih
simpan barang Dhia. Entah-entah dah kena buang dalam tong sampah!”
“Dhia
sedar,ibu. Dan Dhia sanggup redah apa jua cemuhan yang menimpa diri Dhia
asalkan Dhia dapat resume itu dan Dhia boleh bekerja dengan senang hati. Dhia
janji, Dhia takkan pergi keseorangan. Rayyan akan pergi bersama Dhia. Dialah
kekuatan Dhia untuk berhadapan dengan tiga orang manusia kat dalam rumah itu.”
“Ibu tak
nak cakap pasal hal ini lagi. Ibu takkan benarkan Dhia pergi rumah itu lagi.
Dhia pergi rumah tu, jangan harap ibu akan cakap dengan Dhia sampai
bila-bila!”arahan tegas dari ibunya menyentapkan hati Dhia. Puan Suria naik ke
atas tanpa memandang Dhia yang kaku disitu.
Terjelepok
Dhia saat ibunya naik ke atas.Matanya mengalirkan airmata jernih.Dia sedih
dengan sikap tegas ibunya. Dengan siapa dia perlu luahkan agar ketegasan ibunya
akan kembali surut? Takkan dia harus meminta pertolongan dengan Rayyan lagi?Dia
sudah banyak susahkan lelaki itu.Mahu meminta pertolongan dengan lelaki itu,
dia rasa segan.
Airmatanya
diseka pantas.Mungkin nenek boleh membantu dalam hal ini.Kalau dengan nenek,
ibu pasti setuju dan tidak membantah. Dia bangun dengan satu semangat! Semangat
untuk mendapatkan resume di rumah Muzaffar dan bekerja!
****
“Bolehlah
nek? Dhia perlukan sangat resume tu. Ibu tak izinkan Dhia pergi rumah Muzaffar.
Dhia bukan pergi sana nak berbaik-baik dengan Muzaffar, Dhia nak dapatkan
resume tu aje. Lagipun minggu depan Dhia dah kena pergi temuduga.”luah Dhia
tanpa rasa segan kepada nenek Rayyan yang dianggap seperti neneknya sendiri.
“Betul
jugak kata ibu kamu tu, Dhia. Kalau nenek jadi ibu kamu pun, nenek takkan
benarkan Dhia pergi rumah Muzaffar. Resume tak ada pun tak mengapa.Kerja dekat
syarikat nenek tak payah resume pun.Dhia tak nak kerja dengan Razree ke?Kat
syarikat nenek, memang memerlukan coordinator.Sama dengan kerja yang Dhia buat
dulu.
“Nenek,
tolonglah Dhia! Sekali ini aje. Pujuk ibu supaya Dhia dapat pergi rumah
Muzaffar.Dhia akan pergi bersama Rayyan.”luahnya lagi dengan wajah gusar. Jika
nenek nampak raut wajahnya yang sebegini, pasti nenek tidak akan sekali-kali
membantah dengan apa yang diperkatakan.
Puan
Hadijah mendiamkan diri buat seketika.Dia perlu berfikir secara
realistik.Sekiranya Dhia mengetahui keadaan Muzaffar yang sekarang ini masih
lagi didalam kawalan hospital, pasti Dhia terkejut.Suasana sunyi sepi dihujung
talian membuatkan perasaan Dhia makin terdesak untuk memaksa nenek Rayyan
membantunya.
“Please,
nek. Jangan berdiam diri lagi.Dhia harap sangat-sangat.Bantulah Dhia kali ini
aje. Dhia janji lepas ini Dhia tak akan minta pertolongan dari nenek lagi.”
“Nenek
akan bantu Dhia.”
“Betul
ni? Dhia tak silap dengar ke?
“Betul.
Tapi nenek nak beritahu Dhia sesuatu ni.”
“Apa
dia?”
Puan
Hadijah menarik nafas panjang.Dhia mendengar helaan nafas nenek ditalian.
Kenapa pulak nenek ni?Ada yang tak kena ke?
“Sebenarnya,
Muzaffar kena pukul dengan orang-orang nenek. Sekarang ni, dia ada kat
hospital.”
“Muzaffar
ke…kena be…belasah?”tergagap-gagap Dhia menuturkan kata.Puan Hadijah mengetap
bibir.Serba-salah juga untuk dia memberitahu Dhia pasal hal ini.Lagipun, mereka
sudah bercerai. Buat apa lagi untuk Dhia tahu tentang apa yang berlaku pada
bekas suaminya. Namun, dia tidak mahu pendamkan apa yang berlaku pada Muzaffar
didalam hati. Lebih baik dia katakan pada Dhia secara menerus supaya Dhia mengerti apa yang dia buat selama ini
untuk membantu Dhia dan Rayyan dalam mengenipikan ego yang bersarang di hati
Muzaffar.
“Ya.
Muzaffar kena belasah. Tapi itu semua nenek lakukan sebab Dhia dan Rayyan.”
“Nenek
cakap apa ni?”suara Dhia sedikit meninggi. Puan Hadijah tersentak.Sampai hati
Dhia meninggikan suara padanya. Dia tak tahu ke yang dengan siapa dia
bercakap?Tapi dia tahu, Dhia pasti memarahinya kerana bertindak sejauh itu.
“Nenek
mengaku nenek bersalah. Tapi nenek buat semua ini demi kebaikan kamu
berdua.Nenek tak mahu Muzaffar ganggu kehidupan korang lagi. Maafkan nenek
sebab tak beritahu Dhia awal-awal lagi.”Puan Hadijah tunduk menekur lantai.Dia
rasa bersalah sangat. Jika Rayyan tahu, entah apalah reaksi yang akan
ditunjukkan nanti. Marah atau suka dengan apa yang dibuat.
Dhia
pula yang rasa bersalah.Bersalah kerana meninggikan suara kepada orang yang
lebih tua darinya.Tapi bagus juga nenek ‘mengerjakan’ Muzaffar itu. Harap
jantan keparat tu menyesal selepas apa yang nenek buat pada dia.
“Tak
payah rasa menyesal, nek. Nenek tak salah apa-apa pun. Mungkin itu yang terbaik
untuk menyedarkan Muzaffar.”
“Dhia
tak salahkan nenek? Betul ni?”Puan Hadijah mengangkat muka.Bersinar-sinar
matanya apabila Dhia berkata begitu.Jadi dia tidak perlulah terlalu risau untuk
memaklumkan kepada Dhia lagi.
Dhia
tersenyum. “Betul. Dhia lagi gembira nenek buat macam tu.Nenek tak payah risau
erk?Nanti nenek cakap dengan Rayyan yang Dhia dah dapat kerja tau. Mana tahu
kalau ada satu lagi jawatan kosong untuk coordinator kat sana, Dhia boleh bantu
Rayyan dapatkan kerja.”
“Bagus
jugak cadangan kamu tu. Insyallah…nenek akan khabarkan pada dia tentang
temuduga yang kamu akan pergi tu”Puan Hadijah turut tersenyum juga.
“Haa..nek.
Rayyan mana? Dia terperap kat dalam bilik lagi ke?”Dhia tidak lagi
memperlihatkan wajah yang sedih. Dia tahu yang nenek akan membantu memujuk
ibunya, dia tidak lagi gusar.
Puan
Hadijah mematikan senyumannya. Dia mengeluh.Inilah masalah terbaru yang
meresahkan dirinya.Sejak kebelakangan ini, sikap Rayyan agak pelik.Tidak
seperti biasa-biasa. Selalunya cucunya akan bangun lambat dan merungut
sekirannya ada yang mengejutkan dia bangun dari tidur. Tapi ini lain. Dia
bangun lebih awal daripada biasa.Bila dia masuk ke bilik Rayyan menggunakan
kunci pendua, dia terkejut melihat batang tubuh Rayyan tiada diatas katil.
“Dia tak
ada kat rumah. Keluar jumpa kawanlah tu.”padahal dia tidak tahu dengan siapa
dia Rayyan berjumpa.
“Aik?
Dia tak cakap dengan Dhia pun yang dia jumpa kawan. Biasa kalau keluar nak
jumpa kawan, dia akan ajak Dhia sekali. Aneh, “kata Dhia sedikit pelik. “Macam
ada yang tak kena aje dengan Rayyan tu. Nenek kena siasat mana dia pergi.”
“Nenek
pun rasa aneh jugak. Dia pergi langsung tak bagi tahu nenek.Nanti kalau dia
balik, nenek tanyalah dia pergi mana. Sekarang ni, Dhia bagi telefon ni kat
ibu. Nenek nak cakap dengan ibu.”
“Haa..baguslah
tu! Nenek cubalah sedaya upaya nenek supaya ibu bagi Dhia pergi rumah
Muzaffar.Kalau boleh, Dhia nak pergi esok.Lagi cepat ambil, lagi bagus.Senang
Dhia nak buat persediaan.Kejap tau, nek.Dhia panggil ibu kejap.Nanti Dhia
telefon nenek lagi ye. Sayang nenek sangat-sangat.”
Puan
Hadijah tergelak kecil. Dhia…Dhia…tahu nak cepat aje.
Selelsai
berborak dengan nenek, Dhia melaung nama ibunya yang masih berada didalam
bilik. Berkali-kali dia memanggil nama ibunya. Akhirnya, laungan kali ketiganya
baru pintu bilik dibuka dan kaki ibu memijak tangga turun ke bawah.
“Ada
apa?”kata Puan Suria dengan muka masam. Suaranya tegas, tidak seperti biasa.
“Err…nenek
nak cakap.”kelu lidah Dhia untuk bersuara. Janganlah ibu tahu yang aku mengadu
pada nenek pasal resume tu.kata
hatinya.
“Bak
sini telefon tu.”sambung Puan Suria tanpa menghiraukan perubahan pada wajah
anaknya.
“Nah.”Dhia
memberi telefon itu pada ibunya seraya dia naik ke atas.Takut jugak melihat
wajah ibunya yang masih masam itu. Marah lagilah tu.
Puan
Suria memandang Dhia yang berlari anak naik ke atas. Tau takut! Telefon segera
dilekapkan ke pipi.Bercakap dengan Puan Hadijah, kenalah sopan-santun.Wajahnya
sengaja dimaniskan.
“Ada
apa, Puan?”
Dhia
yang masuk ke bilik bersandar dibelakang pintu bilik sebentar.Dihela nafas
panjang. “Harap-harap lepas ni ibu boleh izinkan aku pergi rumah
Muzaffar.”ngomelnya dalam hati. Tidak mahu mendengar perbualan nenek dan ibu,
dia duduk diatas katil.Telefon bimbit yang terdampar diatas katil
dicapai.Rayyan pergi mana sampai tak beritahu nenek?
****
“Bila
dia nak balik ni, Adam? Lama betul aku tunggu dia balik. Tak nampak pun batang
hidung dia.”rungut Rayyan sambil mengerling jam ditangan. Adam yang sedang
membelai mesra rambut Natasha tertoleh kearah Rayyan yang nampaknya bosan.
Natasha turut sama menoleh kearah Rayyan.Mesti Rayyan bosan tunggu Nur Imani.
Dah gila bayang ke Rayyan ni?
“Kejap
lagi Imani balik la tu. Biasanya hari rabu ni, ada kokurikulum kat sekolah. Tu
yang lambat balik.You sanggup ke tunggu dia sampai lewat petang?”celah Natasha.
Satu lagi penipuan yang dilakukan olehnya.Adam yang berada disitu berasa
serba-salah sebab satu lagi penipuan berlaku hari ini.Pandai betul teman
wanitanya mereka cerita.
“Alamak!Dia
ada kokurikulum kat sekolah?Kenapa you tak beritahu I?Penat tau I tunggu dari
pagi sampai petang.Patutnya you maklumkan pada I awal-awal.Kalau I tahu, baik I
balik rumah.”rengusnya sambil mengangkat tubuh. Dia tidak betah untuk duduk
disitu lama-lama. Buat apa duduk disitu tanpa melihat insan yang makin mendapat
tempat dihatinya. Haishh..baru nak tengok muka dia, dia tak ada pulak.
“I baru
aje dapat mesej dari dia tengah hari tadi.Sorry, I lupa nak cakap pada
you.”katanya perlahan.
“Memanglah
you lupa nak cakap pada I sebab Adam ada kat sebelah you. I yang ada kat tepi
Adam pun you macam nampak tak nampak aje.”dengusnya geram. Suaranya Dia
berpeluk tubuh.Adam menjeling tajam ke arah Rayyan. Bad mood lah tu!
“Kau
kenapa? Dah buang tebiat nak marah-marah awek aku ni.”Adam pulak yang
meninggikan suara.Kesal dengan sikap kawannya yang sesuka hati memarahi teman
wanitanya.
“Dahlah,
aku nak blah dulu.Dulu lama-lama kat sini bukannya dapat tengok Imani. Dapat
tengok ‘benda’ lain pulak.”peril Rayyan tanpa mempedulikan raut wajah Adam dan
Natasha yang sudah berubah. Tidak lain tidak bukan, kemesraan yang ditonjolkan
mereka berdua sejak dari tengah hari tadi.
Rayyan
keluar dari rumah Natasha tanpa memberi salam. Adam dan Natasha berpandangan
sesama sendiri.
Baru
sahaja Rayyan menapak keluar ke pintu pagar, bunyi telefonnya kedengaran.Tangan
kanan yang mempunyai telefon bimbitnya diseluk lalu dibuka.
Dhia?Rayyan
menatap cermin telefonnya. Mesti ada hal yang nak dia beritahu aku ni. Diangkat
telefon itu sambil kakinya bergerak meninggalkan perkarangan rumah Natasha.
“Haa,
Dhia. Kau nak apa telefon aku petang-petang ni?”katanya dengan nada tidak
berpuas hati. Bengang pada Nur Imani yang tidak memberitahu tentang kokurikulum
di sekolah membawa ke Dhia. Dhia apalagi, pelik dengan sikap Rayyan yang
seakan-akan tidak suka dia menelefon
“Kau
pergi mana?Tak bagi tahu aku pun yang kau keluar.Nenek risau tau tak?”
“Ala…aku
dah besarlah.Aku keluar ke aku tak balik rumah ke, itu urusan aku.”
Dhia
menjadi pelik.Apa kena dengan mamat ni?
“Kau ni
kenapa? Tetiba nak marah-marah ni. Aku ada buat salah kat kau ke?”kata Dhia
sedikit merajuk.
“Hmm…Dhia.
Sorry. I’m not in the mood. Aku datang rumah kau nak cakap sesuatu boleh?”
“Okay
jugak tu. Aku pun ada benda nak cakap dengan kau. Tapi aku nak kau datang
dengan muka yang manis tau. Kau marah kat aku, aku tak nak kawan kau lagi.”ujar
Dhia sedikit tegas.
“Yelah…yelah.Aku
janji aku tak marah-marah.Aku kan sayang kau, buat apa aku nak marah kau.”pujuk
Rayyan. Jika Dhia tidak berkawan dengannya, dengan siapa lagi dia harus
meluahkan apa yang tersirat dihatinya. Baginya, Dhia lah sahabat sejatinya.
“Kan
bagus macam tu.Aku pun sayang kat kau jugak.Cepat tau datang.Aku tunggu.”ujar
Dhia manja.
Jantungnya berdebar-debar apabila Rayyan berkata begitu padanya.
Sayang?Semestinya dia sayang pada Rayyan.Tapi dia tidak tahu, sayang yang macam
mana kerana semenjak Rayyan bersamanya dibilik dia sewaktu di Melaka, hatinya
seakan terpaku melihat mata redup Rayyan.
Ah,
hati! Janganlah kau menaruh perasaan pada sahabat sendiri.
BERSAMBUNG... ;)
1 ulasan:
Eya .. !! Eya !! .. Hukhukhuk :'( .. Nape akk bole bca pai bab 14 jee .. Bab y strusnya at mane ? Hehehehehehe
Catat Ulasan