Rayyan Zikri membelek-belek kaki kirinya yang
berbalut. Agak pedih juga kakinya walaupun telah berbalut. Tidak sanggup
rasanya dia mahu melihat kesan yang akan berlaku pada kakinya setelah dia
membuka balutan itu nanti. Pasti kaki kirinya bakal mempunyai parut yang tidak
enak dilihat.
Argh! Macam mana nak tonjolkan kakiku pada
gadis-gadis cantik kat luar sana? Habislah dia.
Ubat yang diberikan Dhia tadi langsung tidak
berusik. Dibiarkan sahaja ubat itu diatas meja kecil sebelah televisyen yang
sudah lama tidak disentuh. Ikutkan hatinya, tidak mahu dia memasang televisyen
di biliknya lagi. Bukannya guna pun! Setakat nak buat pameran, bolehlah kot!
Nenek pun satu. Membazir saja letak televisyen
dalam bilik. Dia bukannya selalu tonton tv dalam bilik ni pun. Baik sedekah tv
ni kat rumah anak yatim lagi bagus! Dapatlah dia orang tengok cerita yang
disukai.
Dia baring menghadap kipas syiling yang
berputar. Kakinya tegak hingga ke hujung katil. Malam ini, matanya rasa susah
untuk terlelap. Entah kenapa, dia jadi teruja dengan apa yang nenek cakapkan
tadi.
“Nenek
tak suka Raz dan Dhia bersatu. Nenek lagi suka Dhia dengan Ray.”
“Dhia…hmm…”dia memainkan jari jemarinya di
dagu. Mulutnya menguap. Dia menutup mulutnya dengan mengetap bibirnya.
Benar juga kata nenek tu. Tidak salah rasanya
dia mengambil Dhia sebagai isteri. Lagipun Dhia sahajalah yang memahami
dirinya. Nak harapkan perempuan kabaret tu jadi isteri? Jangan haraplah! Mati
hidup balik pun dia takkan memperisterikan gadis sebegitu.
Matanya terpejam sambil tersenyum. Dia berangan
seketika. Pasti indah jika dia dan Dhia menjadi suami isteri nanti. Dengan
sikap tegas dan kelakar yang ada pada diri Dhia, hidupnya pasti ceria.
Tidur bermimpikan Dhia lah jawabnya hari ini…
****
Nur Imani menghentakkan kakinya di bus stop
yang berdekatan dengan tempat kerjanya. Malam yang disinari dengan cahaya neon
itu langsung tidak menceriakan dirinya.
Sudah berapa kali dia menunggu kedatangan teksi mahupun bas namun tiada
satu pun yang berhenti. Dia mula rasa menyesal.
Sanggup dia keluar dari kereta semata-mata mahu
menunjukkan betapa bengangnya dia kepada rakan-rakannya yang sanggup
memberitahu Rayyan Zikri tentang pekerjaannya selama ini. Patutlah mereka cakap
tergagap-gagap tadi. Rupa-rupanya merekalah dalang sebenarnya!
“Hesy, mana bas dengan teksi ni? Takkan dah tak
lalu kat sini kot. “katanya penuh rasa cemas. Sudah malam begini, takkanlah
satu teksi ataupun bas yang datang singgah kat kawasan ni? Pelik betul!
“Agaknya pemandu teksi dan bas perasan kot
kawasan sini tak ramai orang sangat. Itu yang tak lalu.”
Menyesal pula dia memarahi rakan-rakannya.
Hmm…nak tak nak, tunggu salah sampai teksi ataupun bas datang ke sini. Terus
dia duduk di bangku yang disediakan dan menunggu.
Setelah beberapa ketika, bosan yang mencengkam
dalam diri terlenyap tatkala mendengar satu suara dari arah kelab. Bukan main
kuat suara itu memanggil dirinya. Dia apalagi, gembiralah kerana ada yang sudi
menumpangkan dirinya.
Oh, rupa-rupanya Ramzi si pengurus pentasnya
petang tadi. Cepat-cepat dia berlari anak dan menghampiri kereta Viva berwarna
kelabu itu. Biarpun kereta itu tidak semewah Rayyan Zikri, asalkan dia dapat
balik dan berehat.
“Ramzi, you tak balik lagi?”walaupun dia tahu
lelaki itu masih marahkannya, dia tetap akan berusaha untuk memujuk lelaki itu
supaya tidak memarahinya.
“You pulak kenapa tak balik lagi? Bukan ke tadi
you balik dengan rakan-rakan you tu?”dalam kata-katanya, terselit sedikit
sindiran yang membuatkan Nur Imani tidak mampu menjawab pertanyaan itu.
“Err…I…”riak wajah Nur Imani berubah. “You
boleh hantar I balik tak? Dah malam ni. Teksi dengan bas pun tak lalu pun kat
kawasan sini. You ajelah yang boleh bantu I untuk balik ke rumah.”
Ramzi menjungkitkan kening. Ini peluang baik.
Tidak perlulah dia yang terhegeh-hegeh memujuk dan memaksa gadis itu balik
bersamanya.
“You nak I hantar you balik ke rumah? Buat apa?
Dah buat I marah tadi, senang-senang aje nak paksa I hantar you balik.”
“Ala…you. Tolonglah I. You sorang aje harapan
I. I penat sangatlah tunggu kat sini lama-lama. You hantarkan I balik ya?”ujar
Nur Imani dengan nada manja. Terkesima seketika Ramzi didalam kereta mendengar
suara gadis itu. Adakah Nur Iman sedang cuba menggodanya ketika ini?
“Ok…ok. I boleh hantar I balik. Tapi lambat
sikitlah. You teman I pergi makan kejap.”
Riak wajah Nur Imani berubah sedikit. Lelaki
ini mahu mengajaknya pergi ke suatu tempat? Tapi ke mana? Timbul perasaan takut
dalam dirinya.
“Pergi makan kat mana mana? I boleh aje. Tapi
dekat-dekat dengan rumah I lah ya. I penat sangatlah.”
“ Okey, okey, You naiklah kereta I cepat. Cepat
you teman I, cepat lagi I hantar you balik.”ujar Ramzi dengan pandangan yang
sukar ditafsirkan. Nur Imani mula berasa tidak sedap hati.
*****
Terkoncoh-koncoh Dhia masuk ke dalam kereta
Abang Razree sebaik sahaja lelaki itu sampai di depan rumahnya. Dia tidak mahu
terlewat masuk kerja. Minggu ini merupakan minggu yang sibuk bagi dirinya. Sudah
berapa hari dia ‘berehat’ tanpa membuat apa-apa di syarikat nenek.
Selama beberapa hari bekerja di syarikat milik
nenek, Dhia rasa bosan. Tiada satu projek yang dia boleh lakukan. Abang Razree
pernah berpesan padanya supaya ‘berehat’ sementara menanti tender atauprojek
baru yang akan diberikan kepadannya. Minggu ini barulah dia memulakan kerja
yang sebenarnya.
“Abang, bawa cepat sikit ya. Dhia dah lambat.”laju
Dhia bercakap. Sambil mulutnya berbicara, sambil itulah dia membetulkan pakaian
dan menarik beg tangannya dibahu kanan dan membawanya ke paha.
Razree langsung tidak menjawab. Dia
menggerakkan kereta tanpa memandang seinci pun memandang wajah kekasihnya.
Hanya senyuman lebar yang tergaris di bibirnya.
Dhia mengerling kearah kekasihnya yang tidak
berhenti mengukirkan senyuman manis. Tapi bukan lelaki tu tersenyum kepadanya .
Ini yang menjadikan dia hairan dengan kelakuan lelaki itu.
Semalam, Abang Razree mengugut untuk kelar
tangannya sendiri jika dia tidak bersetuju untuk mengahwini lelaki itu. Tak ke
gila punya ugutan? Bila dia kata setuju untuk mengahwini lelaki itu, bersorak
tak sudah lelaki itu didalam talian sehingga memaksanya mematikan panggilan.
“Abang ni tersenyum-senyum macam orang gila
masuk hospital sakit jiwa apesal? Dah
buang tebiat?”perli Dhia sinis. Dia
memakai seat belt setelah semuanya dalam keadaan baik.
Razree mengerling sekilas kearah kekasihnya.
Dia tidak mahu berbalas kata dengan Dhia didalam kereta. Biarkan kekasihnya
geram dengannya. Senyumannya tidak mati ketika Dhia memerlinya malah dia
bertambah melebarkan senyumannya. Biar kekasihnya bertambah pelik dengan
tingkah lakunya di pagi isnin ini.
“Tak nak cakap pulak?”Dhia naik geram. “Baik
tak payah bukak mulut tadi. Huh!”rengusnya sambil anak matanya ke cermin
tingkap.
Razree tersengih. Biarkan Dhia geram. Biarkan
Dhia merajuk dengannya. Janji hatinya gembira dan bahagia!
*****
Tergesa-gesa Dhia keluar dari kereta Razree
sewaktu sampai di lobi utama syarikat nenek.
Dia merajuk! Pagi yang hening pun sengaja mahu menaikkan suhu
kemarahannya. Sudahlah dia sakit hati dengan perangai lelaki itu semalam!
Razree tidak pula menahan kekasihnya keluar
dari kereta malah dia membiarkan Dhia pergi tanpa bersamanya.
“Dhia…Dhia…”Razree mengeleng-gelengkan kepala
sambil tersenyum.
Seraya Dhia masuk sahaja ke dalam syarikat,
ramai pekerja yang lalu-lalang disitu memerhatikan dirinya sambil
tersenyum-senyum. Dhia jadi hairan.
“Eheh, kenapa pulak dengan diorang ni? Dah terikut
Abang Razree pulak ke?”katanya dengan nada yang cukup perlahan. Diteruskan juga
langkahnya menaiki escalator yang disediakan dan melangkah masuk ke dalam
bilik.
“Selamat pagi, cik Dhia.”Dua pekerja yang
berada dikaunter depan menyapanya dengan menunduk sebagai tanda hormat. Setelah
itu, mereka duduk kembali menjalankan tugas masing-masing
“Pagi.”balas Dhia dengan senyuman nipis.
Sesudah itu, dia melangkahkan kaki untuk masuk ke biliknya. Meeting bersama
client sangat penting! Namun, dia terlupa sesuatu lantas dia berkata pada
dua pekerja yang berada disitu.
“Oh ya, kalau Abang Razree. Oh tersilap.”Dhia
mendehem sesaat. Dua pekerja disitu bangun sambil tersenyum simpul tatkala
mendengar coordinatornya tersasul.
“Ada
apa, cik Dhia?”tanya salah seorang dari pekerja yang bernama Shakila.
“Tolong cakap pada Encik Razree, jangan lupa
serahkan nama-nama company yang kita bekerjasama selama ni. Saya nak dia
serahkan selewat-lewatnya sebelum tengah hari.”
“Baiklah, saya akan beritahu bos.”Shakila mengangguk
faham sambil menunduk. Rakannya yang berada disebelah hanya mendiamkan diri.
Sewaktu Shakila mengangkat muka, kelibat bosnya
yang berada di pintu masuk mengejutkan mereka berdua yang sedang berhadapan
dengan coordinatornya.
“Awak jangan lupa bagi tahu dia. Banyak yang
perlu saya tahu tentang syarikat ni.”katanya dengan nada tegas.
“Kenapa tak cakap dengan abang aje?”sampuk
Razree dibelakang Dhia. Tangannya melekap di dinding pejabat.
Shakila dan rakan pejabatnya kembali duduk dan
melaksanakan tugas masing-masing. Mereka tidak mahu menyampuk perbualan
diantara bos dan coordinatornya. Pasangan kekasihlah katakan!
Dhia berpusing ke belakang. Dia terkejut!.
‘Cepat betul lelaki ni masuk office.’gumamnya. Dia kaku didepan kaunter
receptionist.
Segera Razree mendekati Dhia sambil mengukir
senyuman. “Abang dah ada kat depan mata ni, tak nak cakap ke apa yang Dhia nak
dari abang?”keningnya dijongketkan.
Dhia mengetap bibir. Geram rasanya apabila
berhadapan dengan lelaki ini.
“Dhia rasa abang dah dengar kan apa yang Dhia
cakap tadi? So, Dhia masuk bilik dululah ya.”katanya dengan acuh tak acuh. Dia
berpaling untuk masuk ke dalam biliknya. Masa dalam kereta tak nak balas
percakapan dia kan, so apa kata dia buat acuh tak acuh dengan lelaki ini? Puas
hati dia!
“Abang tak habis cakap lagi ni.”Razree segera
mendepakan tangannya di depan Dhia. Dhia terkejut sekali lagi.
“Abang ni kenapa?! Dhia busy lah.”mendatar suaranya.
“Dhia busy? Abang rasa Abang tak bagi tender
atau projek yang Dhia kena uruskan. Dhia sengaja nak mengelak dari abang
ya?”Razree tersengih nakal. Tangannya dijatuhkan.
Opss! Dhia termalu sendiri. Yalah, mana ada
tender atau projek yang kena diuruskan olehnya setakat ini. Aduh…terkena
nampaknya dia. Baru nak mengelak dari bertembung dengan lelaki ini, tak
pasal-pasal lelaki itu muncul dihadapannya.
“Dhia memang busylah! Abang buat ajelah kerja
abang.”jawab Dhia tidak mahu mengalah. Mimik mukanya berubah masam. Dia malas
mahu bersoal jawab dengan lelaki ini. Nak mengusik tak kira tempat!
“Jangan lupa keluar lunch dengan abang kejap
lagi. Abang ketuk pintu bilik Dhia, Dhia mesti keluar ya. Jangan nak larikan
diri dari abang.”tekan Razree.
“Hmm…”wajah Dhia bertambah masam. Bilalah
lelaki ini mahu masuk ke bilik kerjanya? Banyak betul bercakap!
“Dhia masuk bilik dululah. Kalau ada tender
untuk Dhia uruskan, jangan lupa inform. Assalamualaikum.”salam diberi untuk
menamatkan perbualan mereka. Dia tidak betah untuk berdua ketika ini. Situasi
yang berlaku pada dia dan Abang Razree semalam membuatkan dia terasa takut.
Lelaki ini dalam diam sudah pandai mengugutnya.
Langkahnya diatur masuk ke bilik kerja. Razree
hanya memandang pemergian Dhia dengan rasa kecewa di hati setelah menjawab salam
dengan nada perlahan.
“Hai…mesti Dhia rasa bengang dengan ugutan yang
abang berikan semalam. Kerana cinta dan ingin mengahwini Dhia, abang sanggup
nak kelar tangan abang semata-mata mahu Dhia kata setuju untuk berkahwin dengan
abang. Menyesal aku buat dia macam tu.”monolognya perlahan. Perasaan kesal mula timbul apabila mengingati perkara semalam.
Dengan langkah terpaksa,Razree terus masuk ke dalam bilik dan
menunaikan tanggungjawab sebagai pekerja seperti biasa setelah melihat Dhia
hilang dari pandangannya.
p/s : ALHAMDULILAH...akhirnya selamat jugak mendarat kat blog ni...hehe
Pada yang dah membaca tu, sudi2kanlah komen. Bukan senang eya nak UP citer ni. **Teruskan membaca karya2 Eya ya.
---Sorry, x banyak scene Rayyan Zikri dalam bab ni..Hope korang merindui dirinya..
p/s : ALHAMDULILAH...akhirnya selamat jugak mendarat kat blog ni...hehe
Pada yang dah membaca tu, sudi2kanlah komen. Bukan senang eya nak UP citer ni. **Teruskan membaca karya2 Eya ya.
---Sorry, x banyak scene Rayyan Zikri dalam bab ni..Hope korang merindui dirinya..
11 ulasan:
best... :-)
tq wahai atiza syg sbb sdi komen..
mmg best eya....
tp tu la.....
dlm dilema ni, antara rayyan ngan razree....
razree makin lama makin romantik
I tergoda U.....hahahaha
rayyan ni, dh takde aweksss baru nk kenen2 ngan Dhia
geram ni..... hemmmmmmhemmmm...
tapi tu la kan...
dh mmg gitu citenya, apapuntakbleh..
kongrats eya
x sabar nk peluk novelnya ni...
ngeh ngeh ngeh...
haha..
luv your komen kak nana..
nnt pluk kuat2 tau novel eya tu..biar smpai Rayyan Zikri keluar cium akk..hehehe
uishhh
kalu betul la peluk kuat2 dapat ciuman,
akak nk peluk 2 x ganda kuat,
akak nk rayan n razree cium akak
hahahahaha.....
gojes....gojes.....
uikss...2 lelaki skaligus? haha
klao mcm tu, akk ambik RAZREE, eya ambik RAYYAN ZIKRI!! hehe
thanks eya ... :D
sama2...fuzz..teruskn membaca karya eya tau!! ;)
Lebih suka dhia dgn ray. Tak suka razree. Please bg dhia dgn ray :D
selesai jg baca semua bab dlm cite ni.mmg best la eya
Bila novel ni nk kuar??
Catat Ulasan