“Kau jangan nak bergurau time
sakit ni. Ada pulak nak suruh aku kahwin dengan kau. Gila ke apa?!”kutuk Dhia,
ketika dia masuk ke dalam perut kereta dan duduk di tempat pemandu. Rayyan
Zikri terpaksa mengalihkan tempat duduk di sebelah pemandu agar membolehkan
sahabatnya membawa kereta.
“Aku cakap serius lah. Kau
jadi ajelah isteri aku. Aku tak nak orang lain. Aku nak kau aje.”sayu suara
Rayyan Zikri.
Dhia mendengus kuat. Dia
berpaling ke arah sahabatnya yang sedang berbaring. “Kalau kau nak aku bawa
kereta ni, kau kena senyap. Tak senyap aku tempeleng muka kau.”dengan
sahabatnya tidak perlu bercakap formal. Just be yourself!
Rayyan Zikri terdiam.
Garangnya Dhia time ni! Dia cakap secara serius pun kena marah jugak?
Ish…ish…Terpaksalah dia men ‘zip’ kan mulutnya daripada dimarahi sahabatnya.
“Kau rehat. Aku bawa kau
pergi hospital.”jawabnya dengan nada mendatar. Sudah berapa bulan dia tidak
memandu kereta. Dulu bekas suaminya yang kerap kali memandu kereta. Katanya,
sebagai suami tanggungjawabnya adalah menjaga keselamatan isteri. Dan kerana
itulah keselamatan pergi dan balik dari kerja dijaga penuh bekas suaminya.
Namun kini, semua itu sudah
tiada lagi. Bekas suaminya telah meninggal dan keselamatan dirinya setelah
bekerja di syarikat baru sudah tiada lagi. Hanya abang Razree yang meneruskan
‘perjalanan’ yang dilakukan bekas suaminya.
“Dah sampai, bagi tahu aku
tau.”ujar Rayyan Zikri sebelum dia menutup mata untuk menyambung rehatnya.
Mujur Dhia datang bertemu dengannya. Jika tidak, sampai ke esok dia akan
‘menetap’ di sini.
Dhia memalingkan wajahnya
tepat ke muka lelaki itu. Perasaan sayu bermukim dihati. Kesian lelaki ini.
Kesakitan yang dihadapi sahabatnya seakan menjalar dalam tubuh badannya. Pasti
lelaki itu meng kesakitan sebelum dia tiba ke kelab ini.
Perlukah dia
menelefon nenek untuk memaklumkan tentang kesakitan Rayyan Zikri? Itu sudah
tentu! Mungkin nenek akan memaafkan sahabatnya jika tahu ada sesuatu telah
berlaku pada lelaki ini.
Sewaktu dia
menghidupkan enjin kereta, matanya tertancap pada dua manusia yang keluar dari
lobi utama kelab itu. Kelihatan seorang lelaki sedang memaut tubuh seorang
gadis yang kelihatan agak lemah.
“Eh, macam kenal
aje.” Matanya dikecilkan bagi meneliti dua manusia yang sedang berpeluk erat. Kereta
mula bergerak dan wajahnya berpaling ke kiri.
‘Nur Imani dengan Adam lah…,’ Matanya terbuntang. Mujur cermin
kereta milik sahabatnya gelap, tidaklah dua manusia itu melihat diri mereka
berdua di dalam kereta.
Nur Imani dan Adam Muhammad
ada affair ke? Bisik hati Dhia. Dia menelan airliur sedalamnya. Wajahnya
dikalihkan ke kanan dan merenung wajah sahabatnya yang masih memejamkan mata. Kalau
Rayyan Zikri tahu teman wanita dia ada affair dengan rakan sendiri, teruk Adam
Muhammad dikerjakan!
Tidak mahu menunggu lama, dia
terus bergerak keluar dari Kelab Golden Sun. Hatinya tertanya-tanya, adakah
Rayyan Zikri membuat temujanji di kelab ini dengan Nur Imani dan Adam Muhammad?
Mungkin perkataan someone special itu adalah Nur Imani dan Adam Muhammad?
****
“ Kau okey ke tak ni? Tanya
Adam Muhammad sewaktu memapah Nur Imani keluar dari lobi utama kelab Golden
Sun.
“Macam manalah nak okey,
Adam. Sakit badan aku bila jatuh lantai tadi. Natasha mana?”
“Dia pergi ambil barang kau
kat dalam bilik persalinan, sambil tu pujuk Ramzi supaya benarkan kau balik
awal.”
“Aik? Bukan aku dah cakap kat
dia ke yang aku nak balik? Kenapa pulak nak pujuk mamat tu pulak? Hairan aku.”
Riak wajah Adam Muhammad
berubah. “Actually, dia bukan setakat pujuk aje. Dia nak mohon maaf bagi pihak
kau sebab kejadian tak terduga tadi.”katanya sebaik sahaja mereka berdua sampai
didepan kereta. Dia membukakan pintu belakang untuk Nur Imani duduk.
Perlahan-lahan Nur Imani
melabuhkan punggungnya di tempat duduk. Feather Boe yang berada di lehernya ditarik
keluar dan dicampak ke tepi.
“Hmm…bagus juga tu. Aku malu gila tadi. Ada ke
patut si Ray tu tampar aku depan tetamu? Malu aku beb! Entah macam mana dia
boleh tahu aku penyanyi kat situ.”dengusnya.
Adam Muhammad mengetap bibir.
‘Aku lah tu yang bagi tahu dia.’monolognya dalam hati.
Sesudah Adam Muhammad duduk
di bahagian pemandu sambil menunggu kekasih hatinya, dia menghidupkan enjin dan
membuka air cond agar Nur Imani tidak berasa panas apabila berada di keretanya.
“Kau rehatlah dulu. Aku tahu
badan kau tak sihat lepas jatuh tadi.”
Nur Imani tiba-tiba
melepaskan hela nafas yang kuat. Tangannya disilangkan. “Seriously, aku
betul-betul pelik bin hairan ni. Mana mamat tu tahu aku kerja kat sini hah?
Kepala aku asyik terfikir aje siapa yang bagi tahu mamat tu.”
“Kalau aku dapat tangkap
siapa yang kasi tahu mamat tu, memang aku lempang dia puas-puas!”sambungnya
lagi dengan nada marah.
Adam Muhammad mengetap bibir,
kuat. Stereng kereta didepannya digenggam seerat mungkin. ‘Nak cakap ke tidak yang dia yang bersalah
dalam hal ni? Karang kalau tak cakap, dia syak bukan-bukan pulak kat aku
nanti.’ Desisnya.
“Err…sebenarnya
aku…”tergagap-gagap dia berkata. Nur Imani di belakang sudah mengangkat kening,
mahu tahu apa yang rakannya mahu katakana padanya.
Tidak semena-mena Natasha
muncul di luar pintu kereta. Adam Muhammad seakan melepaskan keluhan lega.
Bersyukur kerana kekasihnya datang tepat pada masanya.
Natasha membukakan pintu di
sebelah Adam Muhammad dan terus duduk sambil menghembuskan nafas. Penat dia berlari
ke sana ke mari semata-mata untuk mengambil barang-barang Nur Imani.
“Nah Imani. Ni barang-barang
kau.”dia memberikan beg tangan dan beberapa baju khas untuk Nur Imani yang
ditaja kelab itu.
“Ramzi ada cakap apa-apa tak
pasal tadi? Aku dapat rasakan dia marah kat aku sebab rosakkan majlis Hi-Tea
petang ni.”
“Memang Ramzi marah pun. Aku
suruh dia minta maaf bagi pihak kau kat depan tetamu yang datang tu.”
“Hmm…dah agak dah. Ramzi
mesti marah punya. Siapa yang tak marah kan bila majlis tiba-tiba hancur
disebabkan seorang lelaki?”
Mata Natasha dan Adam
Muhammad pantas bertembung antara satu sama lain. Mereka jadi gelisah. Patutkah
mereka menjelaskan hal sebenar?
“Imani, aku rasa
bersalah nak cakap pada kau sebenarnya…,”
“Korang ni kenapa?
Aku tengok wajah korang macam nampak hantu aje. Ada apa-apa yang aku tak tahu
dari korang ke?”sindir Nur Imani. Dari dia masuk kereta bersama Adam Muhammad
tadi dia sudah melihat perubahan pada mimik muka lelaki itu. Ini pula, rakan
rapatnya yang kelihatan lain macam tatkala
dia bercakap pasal majlis itu.
Adam Muhammad
berfikir inilah masanya untuk dia menjelaskan perkara sebenar. Dia memukul
sedikit tangan kanan Natasha yang memandang wajahnya. “Biar I cakap.”ujarnya
perlahan.
“Hesy, korang ni
kenapa hah? Aku hairan betullah dengan korang ni. Nak cakap, cakap ajelah.” Nur
Imani yang mahu merehatkan diri segera berbaring diatas kerusi dengan mulutnya
disengetkan. Bengang betul dia tengok reaksi muka rakan-rakannya itu.
“Nur Imani,
sebenarnya aku yang bagi tahu Ray tentang majlis hari ni. Dia yang paksa aku
jelaskan segala-galanya. Aku terpaksalah bagi tahu.”
Nur Imani membulatkan mata
ketika dia khusyuk mendengar ayat Adam Muhammad. Rasa sakit yang menimpa
badannya terasa hilang serta-merta. Dia bangkit dari pembaringan dan terus merenung
kedua-dua rakannya yang kelihatan menunduk di bawah.
“Err…aku …tak
salah dengar kan?”Nur Imani menjawab dengan suara yang tergagap-gagap. “
Aku…tak salah dengar kan?!!”tempiknya dengan kuat.
Berdesing telinga Adam
Muhammad dan Natasha yang duduk di depan. Nur Imani dah mula marah itu.
Habislah…
Terpaksalah mereka berdua
tahan telinga dengar leteran Nur Imani selepas ini!!
******
Hujan yang turun lebat
sebentar tadi sudah semakin berkurangan. Dhia bersyukur kerana mereka berdua
sampai di Taman Desa Medical Centre, salah sebuah hospital yang berhampiran
dengan Jalan Klang Lama.
“Kau tunggu kejap, aku pergi
ambil kerusi roda untuk kau.”ucap Dhia setelah Rayyan Zikri tersedar dari lena.
Rayyan Zikri yang masih dalam
keadaan mamai masih sempat lagi membuat muka sedih. Dhia menjungkitkan kening.
“Kau kenapa? Aku nak ambil
kerusi roda untuk kau lah…,”
“Kau nampak cantik bila pakai
selendang. Kau ada pergi mana-mana tanpa pengetahuan aku ke?”lemah nada suara
Rayyan Zikri berkata.
Dada Dhia berdegup laju. ‘Ray
kata aku cantik? Huu…lelaki ni memang pandai mengayat! Kau tak boleh lemah
depan dia, Dhia!’
“Ewah…ewah…sempat lagi puji
aku cantik. Aku pakai macam ni pun kau kata cantik?”dia menyoroti keseluruhan
pakaiannya. Hanya baju kurung yang berwarna ungu cair tanpa sebarang mekap di
wajah. Dia rasa pakaiannya hari ini biasa-biasa sahaja.
“Kau memang cantik, Dhia.
Sumpah aku tak tipu. Aku cakap ikhlas ni…,”ucap Rayyan Zikri.
Dhia mengeluh. Tidak jadi dia
keluar dari kereta. “Terima kasihlah sebab sudi puji aku cantik. Aku appreciate
sangat. Aku pakai baju kurung hari ni bersebab Ray…,”
“Bersebab?”
Dhia menunduk sambil
memainkan jari jemarinya. “Muz meninggal semalam…mayat dia baru dikebumikan
tadi.”Suara Dhia berubah kendur. Kesedihan di hati datang menerpa.
Tidak semena-mena mata Rayyan
Zikri menjadi segar-bugar. Dia tergelak kecil. “Kau ni, nak cakap pasal mati,
agak-agaklah nak kaitkan bekas suami kau tu. Dengar Muz nanti, tak pasal-pasal
kau kena marah teruk.”
“Aku cakap betullah. Mati
bukan boleh dibuat main-main. Bekas ibu mertua aku pun meninggal jugak. Abang
Raz, nenek dengan ibu aku semua dah tahu. Kau sorang aje yang tak tahu lagi.”
Rayyan Zikri terkaku disitu.
Dia bagaikan terkena renjatan elektrik. Seakan tidak percaya dengan apa yang
meniti di bibir sahabatnya.
Merasakan yang sahabatnya
tidak membalas kata-katanya, dia bertindak mahu keluar dari kereta itu.
“Dahlah, aku keluar dulu.”ujar Dhia dengan suara yang sebak.
Rayyan Zikri terpana. “Eh,
Dhia…!!”saat itu keluhan meniti dibibirnya. Muzzafar Ikram dan Mak Cik Halimah
meninggal dunia? Innalillah…jadinya dialah orang terakhir yang tahu tentang kematian
Muzaffar Ikram dan bekas ibu mertua Dhia?
“Hesy…aku mesti tahu
selanjutnya tentang kematian Muz lepas dah settle doktor check kaki aku.
Oh…patutlah Dhia pakai selendang dengan baju kurung hari ni. Ada majlis
kematian rupanya.”katanya sendiri.
Lima minit selepas itu, Dhia
datang membawa kerusi roda. Wajahnya penuh kehampaan. Rayyan Zikri hanya diam
membatu dikerusi.
Dhia membukakan pintu
selebarnya agar senang Rayyan Zikri duduk di kerusi itu. Payung dipegang
seeratnya agar tidak jatuh.
“ Duduklah…doktor dah tunggu
kat dalam tu.” Kata Dhia dengan nada perlahan.
“Hai…cepatnya kau buat
‘appointment’ dengan doktor tu. Aku ingat nak kena tunggu setengah jam.”perli
Rayyan Zikri usai dia duduk di kerusi roda berwarna putih biru itu.
Dhia mendiamkan diri.
Langsung mulutnya tidak terbuka untuk membalas kata-kata Rayyan Zikri.
“Dhia, kau marah ke aku
bergurau dengan kau tadi? Sorry lah, Dhia. Jangan buat muka masam mencuka. Aku
tak sukalah tengok kau buat muka. Senyumlah sikit. Senyuman kau cantik.”puji
Rayyan Zikri.
Dhia mengeluh. Selang
beberapa saat, dia kembali mengukirkan senyuman walaupun tidak selebar iklan
Colgate. “Okey. Aku senyum walaupun sejujurnya hati aku sedang berduka.”
“Ala, kesiannya sahabat aku
ni…jangan sedih-sedih ye. Ajal mereka dah sampai. Kita kena terima Qada dan
Qadar. Aku pun sedih bila dengar dari mulut kau yang mereka dah meninggal. Apa
yang dia buat pada kita berdua dulu, aku maafkan segala-galanya.”ucap Rayyan
Zikri dengan nada sebak.
Dhia masih lagi
terdiam membisu.
Rayyan Zikri menghembus
nafas. Dhia masih lagi diam? Hendak buat macam mana? Salahnya juga kerana
tergelak didepan Dhia sewaktu sahabatnya serius memperkatakan tentang kematian
mereka berdua. Timbul rasa serba-salah dihatinya.
“Kau bawalah aku
masuk dalam. Kaki aku tak tahan pedih ni.”sayu suara Rayyan Zikri memberi
arahan. Sedih tatkala melihat bibir Dhia terkunci tanpa mahu menjawab sebarang
kata-katanya.
Dalam kesedihannya
tentang sikap Rayyan Zikri yang tidak ambil serius dengan apa yang dikatakan
tadi, dia terlupa tentang kesakitan di kaki kiri lelaki itu. Masya-Allah! Sepatutnya
dia melupakan kesedihan dan kekecewaan itu dan memikirkan tentang kesihatan
Rayyan Zikri. Kenapalah dia alpa sangat akan perihal kesihatan sahabatnya?
“ Sorry, Ray. Kita masuk bilik rawatan ye. Doktor dah tunggu
kedatangan kau. Pesakit hari ni tak ramai yang datang membuat pemeriksaan. Lagi
cepat doktor rawat kau, lagi cepat kaki kau sihat.”lunak suaranya memujuk
Rayyan Zikri yang tidak menunjukkan sebarang senyuman.
“Kau teman aku…,”kata Rayyan Zikri sepatah. Di dalam hati, dia
menjerit gembira kerana Dhia bercakap dengannya.
“Ye…aku teman kau. Teman sampai masuk bilik rawatan pun boleh.”rasa
mahu pelangkung sahaja muka sahabatnya. Bila dah pujuk, mulalah mengada-ngada
nak bagi arahan. Geramnya!!
Rayyan Zikri melebarkan senyuman. Sempat dia berpaling ke belakang
dan mengerdipkan matanya. ‘Sukanya bila Dhia pujuk aku! Rasa macam di alam
fantasi pula!’gelaknya dalam hati.
Kerusi roda Dhia tolak dengan
rasa malas. Macam-macam peel betul si Rayyan Zikri ni. Menyampah betul!
*****
Dhia menahan sabar sewaktu
Rayyan Zikri sedang dirawat diatas katil yang disediakan. Bengang betul dia
dengan sikap sahabatnya yang terlebih ‘overdose’ itu. Tak faham betul dengan
sikap mamat tu! Suka betul buat hatinya panas.
Sebelum masuk ke dalam bilik
rawatan Taman Desa Medical Centre tadi, tidak putus-putus Rayyan Zikri merayu
untuk memegang tangannya. Dia jadi bengang. Segan pula bila doktor dan nurse
yang lalu-lalang di depan bilik rawatan itu tersengih-sengih melihat mereka
berdua.
Sabar sajalah dapat sahabat
yang berstatus lelaki!!
Sudah berkali-kali dia
katakan pada sahabatnya tentang larangan memegang tangan perempuan atau gadis
yang bukan mahram, lelaki itu masih degil. Makin ditegah, makin menjadi-jadi
perangainya!
Selang lima belas minit
kemudian, doktor berjaya memakai balutan pada sebahagian kaki Rayyan Zikri.
Begitu teliti doktor cina itu memakai bandage pada kaki sahabatnya. Kelakar
juga dia melihat sahabatnya mengerutkan dahi beberapa kali kerana bandage yang
dipakai agak ketat.
“Done! Nanti you boleh ambik
ubat di kaunter ubat. I akan bagi you tongkat.”kata doktor cina yang bernama
Koh Seng Keat itu. Nurse yang berada di sisi doktor cina itu sudah bersedia
dengan kedua-dua tongkat.
Rayyan Zikri mengeluh. Kaki
kirinya dibelek dengan rasa hampa yang menggunung.
“Doc, I think I tak nak pakai
tongkat. Tak best. Biar sahabat saya yang papah saya sampai masuk kereta.”ujar
Rayyan Zikri sambil mengeyit kearah Dhia.
Dhia terkejut beruk
mendengarnya manakala doktor dan nurse sudah tersengih-sengih.
“Ray,
kau ni kenapa degil sangat hah? Nurse tu dah sediakan tongkat, kau pula
mengada-ngada tak nak pakai, Kau betul-betul sakit ke tak ni?"dengus Dhia
geram. Perangai sahabatnya dari zaman universiti sehingga kini masih tidak
berubah. Degil bebenor!
Rayyan Zikri tersenyum nipis melihat mimik wajah sahabatnya. Dia tahu Dhia pasti geram dengan sikapnya.
"Aku tak nak guna tongkat. Aku nak tangan kau yang papah aku sampai balik rumah. Boleh kan?"kata Rayyan Zikri dengan nada suara yang manja.
Dhia membeliakkan mata. Marahnya membara ketika ini. 'Dia ingat aku ni isteri dia ke apa sampai sesuka hati nak suruh aku pegang tangan dia? Ada juga yang kena hempuk dengan tongkat nanti.'katanya dalam hati.
"Eeii...kau ni memang sengallah, Ray. Mengada-ngada, macam budak kecil!!"marah Dhia. Malunya dia kat depan doktor dengan nurse bila sahabatnya berkata sedemikina rupa.
Rayyan Zikri tersenyum nipis melihat mimik wajah sahabatnya. Dia tahu Dhia pasti geram dengan sikapnya.
"Aku tak nak guna tongkat. Aku nak tangan kau yang papah aku sampai balik rumah. Boleh kan?"kata Rayyan Zikri dengan nada suara yang manja.
Dhia membeliakkan mata. Marahnya membara ketika ini. 'Dia ingat aku ni isteri dia ke apa sampai sesuka hati nak suruh aku pegang tangan dia? Ada juga yang kena hempuk dengan tongkat nanti.'katanya dalam hati.
"Eeii...kau ni memang sengallah, Ray. Mengada-ngada, macam budak kecil!!"marah Dhia. Malunya dia kat depan doktor dengan nurse bila sahabatnya berkata sedemikina rupa.
Rayyan Zikri tersenyum lebar.
‘Marahlah Dhia…marahlah selagi dirimu terdaya. Aku lagi suka tengok kau
marah-marah daripada berdiam seribu bahasa tanpa berkata apa-apa.’katanya hanya
terluah dihati.
3 ulasan:
Dek , wah lama sepi. Ray ngade. Nyampah huhu
haha..Ray mengada2 ke?
Itu tandanya Ray suka kat Dhia!! hehe
alahai ray.....
saje je ekk nk bermanja...
dh mcm kucing parsi plak ray ni..
hahahaha...
adakah cinta sudah berputik???
hishhh
saspen sungguh...
x sabo ni eya....
jgn saspen lama2
mau gugur hempedu...
hahaha
Catat Ulasan