Airmata tuanya jatuh
buat kali kedua. Baginya, apa yang didengar
tadi amat memeritkan hatinya. Seorang perempuan yang dianggap seperti
cucunya sendiri telah bercerai tanpa pegetahuannya. Tambah memilukan, dua orang
yang disayangi diberhentikan kerja pada hari yang sama!
“Apa semua ni,
Ray?”merembes airmata Puan Hadijah tanpa henti. Terkaku Rayyan ditempat dia
berdiri. Aduhai. Ini semua kesalahannya. Bercakap kuat-kuat sehingga orang luar
boleh dengar.
“Nek..Ray minta maaf
sebab membelakangkan nenek dalam hal-hal yang berkaitan Dhia. Ray tak nak nenek
kecewa dengan apa yang Muzaffar telah buat. Rayyan serba-salah sekarang ini
bila tengok Dhia jadi begitu. Kehidupannya bertambah perit. Ingatkan Ray nak
beritahu nenek masa Ray baru balik dari outstation tu. Tapi bila Ray lihat
nenek masuk bilik Ray dan tengok album Ray, perkara itu tak jadi nak maklumkan
pada nenek. Semuanya hilang begitu sahaja.”panjang lebar Rayyan menjawab.
“Kesian, Dhia.
Muda-muda lagi dah jadi janda.”keluh Puan Hadijah. Airmatanya diseka Rayyan
yang berdiri dihadapannya.
“Ini pun salah Ray
jugak, nek. Ray terlalu rapat dengan Dhia sehingga Muzaffar sudah berfikiran
negatif.”
“Ray, kamu rapat dengan
Dhia tidak salah. Tetapi ada hadnya. Mungkin Muzaffar bila tengok kamu berdua
terlalu rapat sangat hingga cemburu menguasai dirinya, itu yang sampai ke tahap
penceraian.”balas Puan Hadijah lagi.
“Muzaffar tengok
melalui CD, nek. Itu yang membuatkan dia menceraikan Dhia tanpa usul
periksa.”jawab Rayyan berterus-terang.
“CD? Dari mana dia
dapat CD itu?”Puan Hadijah merasa aneh.
“Itu Ray tidak pasti.
Ray tak sangka ada orang rakam perbualan kami masa di hotel kelmarin. Dhia yang
beritahu Ray tadi.”
“Nenek dengar Dhia
dapat CD dari seorang lelaki yang tidak dikenali. Siapa lelaki itu?”soal Puan
Hadijah. Ingin tahu.
“Itu Ray tak berapa
pasti. Tapi Ray rasalah, CD itu mesti salah seorang dari kawan Muzaffar. Dia
yang hantar pada Dhia tadi. Mahu tunjukkan pada Dhia kesalahan yang dilakukan
sehingga wujudnya perceraian itu.”
“Ada lelaki hantar CD
pada Dhia? Huh! Apa motif Muzaffar sebenarnya?
“Ray tahu itu adalah
satu muslihat dari Muzaffar sendiri untuk melihat Dhia sengsara selepas mereka
bercerai. Mungkin Muzaffar tidak berpuas hati melihat ketenangan yang ada pada
diri Dhia selepas diceraikan secara drastik.
“Muzaffar memang dah
berubah! Dulu masa kecil, selalu nenek ajak dia duduk rumah ini. Main-main
dengan kamu. Bila dah besar, perangai dia tak macam dulu dah. Makin teruk!
“Jadi, apa yang kita
perlu buat supaya Muzaffar tidak menganggu ketenteraman Dhia lagi nek? Ray
takut Muzaffar akan lebih berdendam pada Dhia.”
“Dhia sebenarnya tidak
bersalah dalam hal ini. Muzaffar yang berfikir bukan-bukan. Sekarang ini,
Muzaffar dah kahwin dengan Mariana, pembantu peribadi dia.”
“Apa? Mariana? Si
perempuan jalang tu?”
“Uiks, nenek kenal
dia?”Wah! Neneknya memang pakar dalam bab-bab mengetahu hal orang ni.
“Mana pulak nenek tak
kenal dia. Dia kan teman wanita Adam Muhammad, kawan kamu masa kat universiti
dulu.
“Adam Muhammad?”Itu
memang kawannya. Agak lama juga dia tidak berjumpa dengan lelaki itu. Kali
terakhir mereka berjumpa sewaktu
“Aah, Adam. Dia tak
khabarkan dekat kamu ke yang dia ada teman wanita yang namanya Nur Mariana? Kamu kata tadi
dengan nenek kamu keluar tengah malam kan? Tak jumpa ke si Adam tu?”
“Dia tak ada semalam,
nek. Dia pergi luar negara. Nak ambil angin katanya.”
“Huh! Dia mesti frust
menonggeng bila Mariana kahwin lain, sebab tu dia pergi ambil angin kat luar
negara. Muzaffar ni tak selidik betul-betullah dengan siapa dia berkahwin.
Patutnya dia berfikir dua kali sebelum kahwin dengan perempuan jalang tu”.
“Habis tu, macam mana
sekarang, nek? Takkan kita nak biarkan Muzaffar tu?”Rayyan mahu tahu pendapat
dari neneknya pula.
“Kita tunggu dan
lihatlah. Nenek ada satu rancangan.”kata Puan Hadijah dengan bangga.
Dalam diam, Rayyan
memuji neneknya yang mengambil berat akan hal yang berkaitan sahabatnya. Nenek
memang dahsyat!
“Nenek rasa, patut ke
Ray bawa Dhia jumpa si Muzaffar tu?”tanya Rayyan. Dia perlukan pendapat
neneknya.
Nenek mengangkat tangan
kemudian digerakkan jari telunjuknya. “Tidak perlu. Ray tak payah bersusah
payah nak mengadap lelaki keparat itu. Biar nenek yang uruskan semuanya. Dia
menyesal tak nak buat lagi.
Jelas kerisauan terbit
diwajah Rayyan. Apa yang nenek nak buat sebetulnya? Takkan dia nak bertumbuk
kot?Eh! Mana boleh! Nenek kan dah tua, nak pukul orang pun tak mampu. Setakat piat
telinga dan cubit tangan itu dikira boleh lagi. Hmm..risau-risau.
“Lepas ni, Ray nak
jumpa Dhia. Ray nak minta keizinan dari nenek untuk keluar. Nenek bagi tak?
“Ray nak jumpa Dhia?
Buat apa?
“Ray cuma risaukan
keadaan Dhia. Dia tengah berehat kat ruma. Katanya, dia sakit kepala. Jadi Ray
nak lawat dia bagi memastikan kesihatan dia tak adalah teruk sangat. So, macam
mana, nek? Boleh tak?
“Pergilah. Nenek
izinkan. Tapi ingat!”suara Puan Hadijah bertukar tegas. Rayyan tersentak.
Gulp! Nenek dah bagi
amaran. Rayyan menelan air liur.
“Jangan nak mengatal
jumpa perempuan lain. Nenek dapat tahu, siap kamu!”amaran tegas dari nenek
membuatkan air liurnya tersekat dikerongkong. Jangan main-main dengan amaran
nenek. Kalau tak ikut, nahaslah!
“Ya, nek. Nenek kena percaya
dengan Ray. Ini cucu nenek lah. Mana boleh ingkar arahan!”balas Ray dengan
bangga.
“Hah! Tahu pun! Pergi
rumah Dhia tu balik pukul berapa?”Aduh! Perangai nenek inilah yang dia paling
tidak suka. Asyik nak ambil tahu hal orang lain sahaja.
“Aik? Ray belum pergi
dah tanya balik pukul berapa? Nenek ni..Ray belum nak pergi lagilah. Mandi pun
belum, nak pergi rumah Dhia buat apa? Ray rasa malam nanti kot Ray nak
keluar.”jawabnya.
“Malam? Kenapa nak
pergi waktu malam? Sekarang tak nak pergi ke?
“Hmm..tak kot. Ray nak
duduk lama sikit kat rumah Dhia. Rindu nak pergi rumah dia.”
“Hish, budak ni! Rumah
sendiri ada, nak rindu kat rumah orang buat apa?”kata Puan Hadijah dengan nada
tidak berpuas hati. Rumah sebegini besar, nak rindu kat rumah dua tingkat tu
buat apa?
“Ala, nek. Sekali aje.
Lepas ni Ray tak rindu rumah dia. Ray rindu rumah ini sahaja.”gurau Rayyan.
Yalah..yalah. Tapi
ingat apa yang nenek cakap tadi. Jangan sesekali pergi jumpa perempuan lain.
Kalau kamu nak kena piat telinga kamu kuat-kuat, kamu buatlah! Nanti nenek
potong telinga kamu!
“Ish nenek ni! Potong
telinga Ray buat apa. Tak sayang Ray ke?”
“Nenek sayang. Sayang
sangat-sangat.”Puan Hadijah menjengilkan mata. Rayyan ketawa besar. Kelakar
melihat mata nenek yang membulat itu.
Sudahlah dari melayan
kamu, baik nenek pergi solat asar dulu. Lepas ni nenek nak keluar, nenek hendak
bertemu seseorang.”Puan Hadijah tersenyum manis.
“Amboi, nek.
Senyum-senyum ni..nak jumpa pakwe ya?”Rayyan tersengih-sengih.
“Aip! Apa Ray ni. Nenek
dah tua nak ada pakwe? Tolong sikit! Nenek setia pada yang satu tau. Hanya atuk
dihati nenek. Tak ada yang boleh lawan atuk kamu.”
“Fuh! Nenek
jiwang.”Rayyan ketawa lagi.
“Jiwang? Tak ada
maknanya. Dahlah, nenek keluar dulu. Layan kamu lebih-lebih, boleh gila nenek
kat sini.
“Hah, nenek keluarlah.
Pintu tutup rapat-rapat ya, nek. Rayyan nak mandi.”
“Mandi aje?
Sembahyang?”perli Puan Hadijah. Dia menekan perkataan sembahyang.
“Err..”Rayyan
tergagap-gagap. Hah! Soalan ini paling susah nak dijawab. Nenek ni, dah tahu
orang ‘kurang’ dalam bab tu, lagi dia nak tekankan perkataan tu. Dahlah susah
nak jawab soalan tu.
Secara jujurnya, Rayyan
akui dia memang kurang dalam bab sembahyang. Bila tiba waktu solat sahaja, dia
akan sengaja buat-buat tidak tahu. Tak mengapalah bila dah kahwin nanti, dia
akan belajar sikit-sikit tentang solat. Walaupun solat lima waktu ditinggalkan,
namun solat jumaat tidak dia tinggalkan.
“Nenek, Ray mandi
dululah.”Rayyan menukar topik. Sengaja soalan nenek tidak dijawab.
“Mengelaklah tu. Nenek
keluar dulu lah ya.”Puan Hadijah keluar dari bilik Rayyan dan terus menutup
pintu bilik cucunya
“Horayy!! Nenek nak
keluar!”Rayyan meloncat-loncat kegembiraan. Petang ini dia boleh buat apa yang
dia suka.
****
Mariana mendengus
geram. Kerja yang berlambak diatas meja terbengkalai. Gara-gara perempuan yang
dibenci mengetahui semua rahsianya. Apa boleh buat, nasi sudah menjadi bubur.
Dan dia menyesal sangat kerana membuat perkahwinan secara besar-besaran.
Patutnya dia membuat kenduri kecil-kecilan di rumah Muzaffar.
“Hish! Perempuan tu
memang nak kena dengan aku. Oh..dah pandai nak mengugut aku. Ingat aku takut
kalau kau sebarkan pada semua orang yang ada dalam syarikat ini? Huh! Aku tak
takutlah. Kalau aku beritahu Muzaffar yang kau masuk dalam pejabat ni, tak
pasal-pasal kena fired!
Muzaffar yang tidak
keluar bilik sejak dari pagi tadi terus keluar. Ingin berjumpa isterinya.
Apabila pintu bilik
ditutup. Muzaffar terkejut melihat meja isterinya yang sedikit berselerak.
Mukanya merah membahang.
“What’s wrong with you, Mariana?”jerkah Muzaffar. Moodnya memang
tidak begitu baik hari ini. Pekerja yang berada disekitar mereka hanya tunduk
membisu. Meneruskan kerja masing-masing.
Mariana terkejut.
Mukanya serta-merta ditundukkan. Rasa bersalah menghantui diri.
“Encik Muzaffar..maaf.
Saya tak perasan encik Muzaffar keluar dari bilik. Ada apa bos?”Nafasnya
ditarik sedalam mungkin. Memang nahaslah kau, Mariana! Dah lewat petang macam
ini pun Muzaffar masih dalam keadaan tiada mood.
“Saya tanya awak, awak
tanya saya balik? What’s wrong with you,
Mariana?”
“Err..maafkan saya,
encik Muzaffar. Saya tidak tahu apa salah saya.”takut-takut Mariana memandang
wajah suaminya.
“Tak tahu apa salah
awak?”Mata Muzaffar membulat.
Mariana mengerling ke
kiri ke kanan. Nampaknya, pekerja yang berada di sini semua memerhatikannya.
Malunya aku…
“Kenapa meja awak
bersepah macam tongkang pecah? Tak reti nak kemas ke?”jerit Muzaffar tanpa
menghiraukan pekerja lain yang memandang tingkahnya.” Hish! Aku cukup pantang
betul bila bersepah macam ini.”Muzaffar bercekak pinggang. Marahnya makin
memuncak. Semuanya gara-gara Rayyan dan Dhia tidak hadir ke pejabatnya.
“Saya..err..saya”.tergagap-gagap
Mariana menuturkan kata. Sesungguhnya Muzaffar terlalu kejam hingga memalukan
dirinya.
“Aku tak kira, hari ini
aku nak kau balik lewat malam! Siapkan kerja yang tertunggak. Selagi kau tak
siapkan kerja kat atas meja kau ni, aku takkan benarkan kau balik,
faham?”jeritnya lagi. Muzaffar memberi amaran keras pada isterinya.
Muzaffar terus berlalu
pergi tanpa memandang wajah Mariana yang kelihatan tersentap dengan riak
wajahnya.
Mariana seperti ingin
mengalirkan airmata apabila mendengar ayat Muzaffar yang agak keras
ditelinganya. Dia bangun dari tempat duduknya.
“Kenapa dia buat aku
macam ini? Sedihnya hati”. Dia menekan dadanya. Ayat dari suaminya memberi
impak di hatinya. Terlalu sedih.
“Mariana, kau okay tak
ni?salah seorang pekerja yang berdekatan dengan tempat duduk Mariana datang ke
meja yang didudukinya.
“Kau pergi! Jangan
ganggu aku!!”Mariana pula yang menjerit. Kawan sepejabatnya terkejut. Dia pulak
yang kena marah. Segera dia kembali ke tempat asal. Orang nak pujuk, dia pulak
yang nak marah-marah. Macam hebat sangat!
Mariana mencampakkan
fail diatas meja ke bawah lantai tanpa rasa bersalah. Dia berlari anak masuk ke
dalam tandas. Membiarkan fail dilantai
tanpa mengambilnya kembali.
***
Didalam tandas, Mariana
berulang kali membasahkan muka tanpa henti. Membiarkan air paip mengalir keluar
dari singki. Rambut depannya basah terkena air. Ditatapi mukanya dihadapan
cermin. Ada segelintir pekerja dari department lain yang masuk ke dalam tandas
wanita itu hanya memerhatikan kelakuan anehnya.
“Aku masih bersabar
dengan kau, Muzaffar. Tetapi, kenapa kau tidak memberikan aku peluang untuk
mencintai kau? Apa salah aku?” jerit Mariana kuat. Terketar-ketar bibirnya
menahan sebak di dada. Dipandang teliti dirinya dicermin tanpa menghiraukan
pekerja lain yang sedang membisikkan sesuatu dibelakangnya. Dia boleh melihat
apa yang mereka buat dibelakang. Mesti dia orang ingat aku gila.
Mariana berpaling ke
belakang. Memandang tajam ke arah mereka yang sedang memerhatikan dirinya.
“Kau, kau dan
kau!!Ditunding satu-persatu wajah yang berada dihadapannya. “Tak faham-faham
lagi ke nak blah dari sini? Yang kau nak tajamkan telinga kau orang dengar
rungutan aku buat apa?”Mariana menjerkah mereka semua.
“Hey! Kita orang bukan
saja-saja nak dengar. Tapi, bila kau dah memekak kat sini macam hantu pontianak
mengilai, ingat kita orang tak bengang ke? Ini bukan tandas bapak kau, ini
tandas awam, faham?”jawab salah seorang pekerja yang dipanggil Mia.
Mariana mula naik
angin. “Kau kata suara aku macam pontianak mengilai?”matanya terbeliak
besar.Dah lama aku tak buat orang ni.
Mia ketawa besar. “ Dah
tau, buat apa nak tanya lagi? Faham-faham ajelah.”cebiknya. Rakan sekerja Mia
yang lain turut sama ketawa.
Mariana apalagi, terus
tangannya hinggap ke wajah pekerja yang mengutuknya tadi. Tamparan yang
menyakitkan.
Mia tergamam. “ Kau
tampar aku?”Kemarahan Mia makin naik mendadak. Rakan sekerja lain terus keluar
tanpa mempedulikan mereka berdua didalam tandas ini. Takut mereka pula yang
akan ditampar.
“So what? Kau ingat kau bagus sangat?”tempelak Mariana.
“Kurang ajar!”Mia
dengan geram membalas balik apa yang Mariana buat sebentar tadi. Rambut Mariana
ditarik kuat bagi melepaskan geram. Ketinggian yang sama membuatkan Mia senang
menarik rambut Mariana.
“Woi! Sakitlah sial!!
Kau tarik rambut aku apahal?”jeritan Mariana begitu nyaring sehingga suaranya
boleh didengar diluar.Dia cuba untuk melepaskan tangan perempuan itu dari
menarik rambutnya, namun dia gagal. Perempuan itu
“Huh! Kau yang mula
dulu, aku balaslah balik. Perempuan macam kau ni patut tak payah nak kerja kat
sini. Baik kau kerja jadi nenek kebayan kat rumah hantu. Lagi bagus!”Mia
mencemuh.
“Sakitlah!! Lepaskan
rambut aku!!
“Kau minta maaf balik
apa yang kau buat pada aku tadi. Cepat!”
“Aku takkan minta maaf
selagi kau tak lepaskan aku. Lagi kau tarik rambut aku, selagi itulah aku
takkan minta maaf pada kau.”kuat jeritan Mariana.
“Oh..dah pandai nak main
tarik tali ya. Hah! Sekarang kau rasakan pulak penampar sulung aku pada
kau.”Mia mengangkat kepala Mariana dengan kasar. Ditegakkan wajah Mariana.
Kau nak rasa sangat
kan? Nah! Rasakan penampar sulung aku.
Papp!!terjatuh Mariana
dilantai.
Mia menepuk kedua belah
tangannya. Dendamnya terbalas jua.
“Padan muka kau!”ejek
Mia. Kot hitam yang dipakai dirapikan semula. Dia membetulkan rambutnya
dihadapan cermin supaya menjadi seperti asal.
“Lain kali jangan nak
tunjuk bagus sangat ya?”Mia terus keluar dari tandas wanita tanpa berpaling
lagi.
Argh!! Mariana menjerit
sekuat hatinya. Airmata turun membasahi bumi. Kuat esakannya tanpa mempedulikan
orang yang mula masuk ke tandas wanita.
BERSAMBUNG... ;)
1 ulasan:
Hahahaha .. Mariana tekanan perasaan .. Huhuhu .. Padan muka .. Rasain !! Hehehehe
Catat Ulasan