“Dhia, aku perlukan pertolongan kau. Tolong aku Dhia!”kata Rayyan
Zikri sewaktu dia sedang berehat di kerusi pemandu. Dia menelefon Dhia tetapi
panggilan itu hanya di peti pesanan suara. Dia kecewa. Telefon bimbitnya di
letakkan di tempat penumpang.
Kereta Volvo yang dibawa dibiarkan terdampar di car park kelab
Golden Sun. Dia tahu pekerja-pekerja yang duduk di pengawal keselamatan
memerhatikan dirinya. Namun dia tidak kesah. Biarlah pekerja di situ mahu
menjeling ke apa ke, janji dia ganggu hidup orang!
Kakinya diurut perlahan bagi mengurangkan kesakitan yang menimpanya
ketika jatuh di depan pintu GS Live tadi. Dia mengharapkan sahabatnya akan
datang ke sini dan membantu mengurut kakinya namun dia hampa. Dhia langsung
tidak mahu mengangkat telefon.
“Dhia, aku perlukan kau untuk urut kaki aku…”sayu suaranya berkata.
Kerusi pemandu pemandu yang dia duduk diturunkan sedikit ke bawah. Dia mahu
memejamkan mata agar kesan kesakitannya dapat dikurangkan.
Kesan daripada menendang dinding belakang rumah nenek dan kini
jatuh di depan pintu kelab itu menambahkan kesakitannya. Dia tidak mampu
memandu kereta saat ini. Mahu meminta pertolongan dari Adam Muhammad, dia tidak
mahu. Lelaki itu tidak layak untuk menyentuh seinci tubuhnya. Apatah lagi si
gadis kabaret itu! Lagilah tak layak nak pegang tubuh dia!
Apa guna menjadi rakan sekirannya dia menipu kita dalam diam? Huh!
Dia tidak akan sekali-kali memaafkan rakannya itu. Hatinya dah tawar dengan
sikap lelaki itu. Kecuali rakannya itu betul-betul merayu dan memujuk dirinya.
Nur Imani? Jangan haraplah dia mahu berkasih dengan gadis itu lagi!
Jika gadis itu mara ke depan, dia makin akan mengorak ke belakang!
Walaupun mata sudah dipejamkan, dia tetap merasa kesakitannya. Dia
bangun dan mengambil minyak urut di dashboard. Hanya minyak urutlah harapannya
untuk mengurangkan kesakitan di kaki.
Tanpa ditunggu lagi, dia segera meletakkan minyak angin itu di
kakinya. “Aduh…sakitnya.”ujarnya berkali-kali. Dia mengerang kesakitan.
Pedihnya apabila minyak urut yang agak ‘berangin’ di letakkan di kaki. Makin
pedihlah gamaknya!
Tanpa disangka, air mata jernihnya mengalir keluar. Mujur tiada
orang yang nampak akan kesedihannya. Buat kali pertamanya di menangis setelah
dia meningkat dewasa. Kali terakhir dia menangis ketika ibu bapanya meninggal
dunia sewaktu dia masih kecil.
“Dhia…bantulah aku!”dia memejamkan mata kembali. Hanya Dhia harapan
untuk membantunya.
****
Dhia menangis di luar lobi kecemasan HUKM, tempat dimana mayat
bekas ibu mertua dan bekas suaminya meninggal dunia . Sebak di dada tidak
terucap tatkala melihat dua insan yang pernah disayanginya berada di dalam van
jenazah yang berasingan.
Razree, ibu dan nenek menemaninya untuk memberi penghormatan
terakhir buat Puan Halimah dan Muzaffar Ikram.
Van jenazah sudah mula
bergerak ke tanah perkuburan yang
berdekatan. Sebentar lagi, mereka berempat akan menuruti van jenazah itu dari
belakang.
Pagi tadi, dia menerima panggilan telefon daripada salah seorang adik
ibu mertuanya, Mak Lang Rafika yang
mengatakan Muzaffar ikram meninggal dunia di tempat kejadian. Panggilan yang
mengejutkan itu membuatkan dia segera menyiapkan diri untuk ke hospital yang
menempatkan lelaki itu.
Tapi, sebaik sahaja dia sampai di hospital itu, dia bertambah terkejut
dengan seorang lagi jenazah di sebelah bekas suaminya. Masya Allah! Bekas ibu
mertuanya!! Bagaimana dia tidak boleh tahu tentang semua ini? Mengapa Muzaffar
Ikram tidak memberitahunya sebelum ini?
Tapi, dia sedar…sementelah menjadi bekas isteri lelaki itu, dia
tidak berhak untuk tahu apa yang terjadi kepada bekas ibu mertuanya. Lagipun
bekas ibu mertuanya memang tidak menyukai dia. Memang patutlah Muzaffar Ikram
tidak memberitahunya.
Kedua-dua mayat tersebut akan dikapankan dan dikembumikan di rumah
Muzaffar Ikram sendiri. Mak Cik Rafika dan saudara-mara belah Puan Halimah
telah bersedia menunggu mereka berempat di rumah bekas suaminya.
Airmata yang tidak henti-henti menglir dilap dengan hujung kain
selendang hitam yang dipakainya.
“Dhia, bawa bertenang sayang. Jangan nangis. Biarkan mereka pergi
dengan tenang. Apa yang berlaku sebulan yang lepas, maafkanlah mereka berdua.
“pujuk Razree, dengan menenangkan kekasihnya yang kini sedang bersedih diatas
kematian Puan Halimah dan Muzaffar Ikram. Dia teringin memaut bahu Dhia agar
kekasihnya dapat bertenang namun dia tahu di hadapan mereka berdua adalah nenek
dan ibu Dhia. Dia tidak mahu dipandang serong oleh dua wanita berusia itu.
“Dhia sedihlah, bang. Dhia sedih sangat-sangat. Sepatutnya Dhia
tanya khabar Puan Halimah dekat Muz, masa
dia datang jumpa Dhia hari tu. Dhia tak patut berkasar dengan dia.”tersedu-sedan
suara dia menjawab.
Razree mengetap bibir. Rasa bersalah dalam dirinya muncul
tiba-tiba. Hari itu, dia telah berkasar pada Muzaffar Ikram kerana tidak
melepaskan tangan Dhia didepan rumah. Dia juga tidak sempat untuk meminta maaf
dengan lelaki itu.
‘Muz…maafkan aku sebab berkasar dengan kau.’bisiknya dalam hati.
Puan Suria dan nenek yang berada di depan lobi kecemasan HUKM hanya
menunjukkan riak wajah yang muram. Airmata kedua-dua wanita berusia itu
langsung tidak bersedih didepan dia dan Dhia. Dia hairan kenapa dan mengapa
mereka menjadi begitu?
Adakah kerana sikap benci kepada dua insan yang telah dikapankan
ini? Jika benarlah begitu, dia berasa kecewa dengan dua insan yang dia sayang.
Tidak perlulah mereka menonjolkan wajah muram mereka di sini. Nanti apa pula
kata saudara-mara Muzaffar Ikram yang berada di sini.
“Dah Dhia, biarkan Muzaffar dan Puan Halimah pergi dengan tenang.
“sampuk nenek yang sedari tadi mendiamkan diri. Dia hanya memandang sepi
pemergian van jenazah yang bergerak ke rumah Muzaffar Ikram.
“Tapi Dhia rasa bersalah sangat, nenek. Tak patut Dhia bersikap
kasar terhadap dia.”katanya dengan wajah menunduk. Airmatanya masih tidak berhenti.
Turun mengalir tidak henti-henti.
“Dahlah Dhia. Jangan menangis lagi. “pujuk nenek. “Raz, kamu bawa
kereta kamu kat sini. Nenek tak larat nak berjalan jauh-jauh. Kita pergi rumah
Muz.”
Razree akur. Dia bergegas mengambil keretanya yang tidak jauh dari
lobi kecemasan. Masa itu penting. Dia mahu melihat Muzaffar Ikram dan Puan
Halimah di kebumikan.
Tidak sampai lima minit, kereta Camry miliknya tiba jua di depan
lobi kecemasan. Dia keluar dari perut kereta lalu membukakan pintu belakang
untuk nenek dan mak cik Suria sementara Dhia duduk di depan dengannya.
Setelah semuanya masuk ke dalam kereta, Razree bergerak
meninggalkan lobi kecemasan itu.
*****
Urusan mandi dan sembahyang
kedua-dua mayat telah selesai dilaksanakan. Allahyarham dan allahyarhamah telah
selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Cheras Baru. Berpusu-pusu
tetamu datang bagi melihat kedua-dua jenazah buat kali terakhir.
Tidak terkecuali saudara-mara belah bekas ibu mertuanya yang turut
hadir bagi memberi penghormatan terakhir.
Adik bekas ibu mertuanya, Nur Rafika datang sebagai wakil dari
pihak keluarga bekas suaminya bagi memohon kemaafan diatas apa yang telah berlaku
sebelum ini. Ternyata saudara-mara bekas ibu mertuanya tahu dan mengerti yang
dia setia pada Muzaffar Ikram.
Mereka berdua keluar sebentar berbual di luar perkarangan tanah
perkuburan setelah bacaan yasin dan doa telah habis dibacakan.
Mak Lang Rafika menepuk lembut tangan kanannya yang mulus itu.
“Mak Lang harap kamu tak berkecil hati dengan apa yang mereka berdua
dah lakukan pada kamu. Kamu memang menantu yang baik. Mak Lang tahu yang Muz
sayangkan kamu tapi bila dia tengok CD yang Mariana bagi tu, dia serta-merta bencikan kamu. Terus dia
kahwin dengan Mariana si banduan tu.”
“Si banduan?” Dhia mengerutkan dahi. Dia pelik mengapa Mak Lang
berkata begitu. “Mariana masuk penjara ke?”
“A’ah. Muz bagi tahu Mak Lang dua hari lepas masa ibu kamu tengah
koma kat hospital. Dia ceraikan Mariana dengan talak tiga sebab curang dekat
rumah dia sendiri.”
Itu saya tahu, Mak Lang. Muz ada jumpa saya hari tu sebab nak saya
kembali pada dia.”katanya dengan nada perlahan.
“Dia ada jumpa kamu?”mata Mak Lang Rafika membulat. “Haa,
tengoklah. Dah terang lagi bersuluh yang kamu tak bersalah apa-apa pun. Si
Mariana banduan tulah yang memporak-perandakan rumah tangga kamu. Tak
pasal-pasal Muz dengan ibu kamu meninggal.”
“Dhia malas nak fikir pasal hal lama, Mak Lang. Mungkin ada hikmah
kenapa Allah aturkan hidup kami begini. Dhia pasrah.”Dhia beralah.
“Siapa lelaki yang bawa kamu ke sini? Rayyan mana? Dah lama Mak
Lang tak tengok muka dia.”dia hairan juga tatkala ada seorang lelaki di
kalangan Puan Suria dan Puan Hadijah. Adakah lelaki itu mempunyai hubungan
dengan Dhia?
Dhia mengetap bibir. “Lelaki
tu abang Ray dan juga err… teman lelaki Dhia.”jawabnya dengan tergagap-gagap.
Mak Lang Rafika seakan tidak percaya dengan apa yang didengarinya.
Begitu cepat sekali bekas menantu kakaknya mendapat pengganti. Abang Rayyan
Zikri pula tu! “Teman lelaki Dhia? Abang Rayyan?”
“Aah. Kami baru aje dalam proses
mengenali.”Dhia tunduk menahan malu.
“Baguslah kalau kamu dah ada
pengganti Muz. Tapi jujur Mak Lang cakap. Mak Lang lagi berkenan dengan Rayyan.
Rayyan ada ciri-ciri suami yang baik.”dada Dhia berdebar.
“Eh, Mak Lang. Kalau abang Raz dengar
mesti dia marah. Mak Lang tak payahlah cakap pasal ni lagi. Saya nak tengok
kubur Muzaffar dengan ibu dulu ye.”dia mahu meminta diri. Tidak elok rasanya
berbual tentang percintaan di tanah perkuburan ini.
Mujur kubur kedua-dua jenazah
dikebumikan sebelah-menyebelah. Dapatlah dia menjenguk kedua-dua kubur itu
secara dekat.
“Dah petang ni, Mak Lang rasa nak
balik rumah dululah. Kamu ambil kunci rumah ni bila kamu rasa nak datang rumah
Muzaffar.”dia menyeluk segugus kunci yang kakaknya berikan, di dalam beg. Dulu,
kakaknya sering mengajak dia datang ke rumah tatkala Muzaffar dan Dhia bekerja
dan oustation di luar daerah.
Dalam adik-beradiknya, kak Halimah
paling rapat dengannya.
Dhia terkejut. “Kunci rumah Muz?
Kenapa mesti bagi Dhia? Dhia dah takde kena-mengena dengan dia lagi.”
“Mak Lang duduk jauh jadi Mak Lang
rasa Mak Lang tak dapat nak ke sini selalu. Mak Lang serahkan kunci ni pada
kamu sebab kamu bekas isteri dia. Tak ada siapa yang duduk kat rumah tu lagi.” Tinggal
nun jauh di Kedah menyukarkan dia untuk berulang alik dari Kedah ke Kuala
Lumpur.
“Kalau Dhia nak pindah duduk situ, Dhia duduklah sebab rumah itu
hadiah Muz pada kamu masa kahwin dulu. Mesti kamu tak ingat ni.”
Dhia terdiam. Dia lupa bawah rumah itu pernah dihadiahkan oleh
bekas suaminya. Dia mengenggam segugus kunci itu erat-erat.
“Maaflah, Mak Lang. Dhia tak ingat yang rumah tu hadiah yang pernah
Muz bagi kat Dhia. Bila Muz ceraikan Dhia, Dhia dah tak nak fikir apa-apa pun
pasal dia.”
“Tak mengapa. Kamu ambillah kunci tu. Kalau ada masa, lawatlah
rumah tu. Jangan biarkan rumah tu bersarang.”pesan Mak Lang Rafika
Dhia sekadar mengangguk. “Insyallah, Dhia akan jenguk rumah tu
nanti. Mak Lang jangan risau. Rumah Dhia dengan rumah arwah Muz tak jauh mana
pun. Dekat aje.”senyumnya.
Mereka berdua bersalaman dan berpelukan sebelum Mak Lang Rafika
pergi meninggalkannya di situ.
Setelah Mak Lang Rafika dan
saudara-mara yang lain pulang, dia menghembus nafas sedalam mungkin. Kini,
hanya tinggal dia, Razree, Puan Suria dan nenek di tanah perkuburan itu. Dia
masuk semula ke dalam tanah perkuburan dan mendekati mereka bertiga yang duduk
di depan kubur Muzzafar Ikram dan bekas ibu mertuanya.
“Dhia sedih lagi tak?”soal Razree
setelah kekasihnya datang menghampiri mereka bertiga. Dia hanya mengukir
senyuman nipis seraya menggelengkan kepala.
“Hmm…sedih memang sedih tapi Dhia
kena kuat. Dhia relakan mereka berdua pergi dan Dhia maafkan kesalahan yang
mereka telah lakukan pada Dhia sebulan yang lalu.”ujarnya dengan nada tenang.
Airmata yang menitik jernih pada wajahnya ketika di hospital tadi, tiada lagi.
Biarlah dia memendamkan kesedihan itu dalam sanubarinya. Tidak perlulah orang
lain tahu tentang peritnya kesedihan yang dialami.
“Baguslah, Dhia. Ibu bangga ada anak
yang suka memaafkan orang lain. Yang dah pergi tu, biarkan mereka pergi.”celah
Puan Suria setelah menutup buku yasin yang dibaca sebentar tadi bersama Razree
dan Puan Hadijah. Dia mula bangkit dari tempat duduk yang beralaskan tikar kayu
itu.
“Nenek rasa nenek nak baliklah. Raz
tolong papah nenek masuk kereta. Kaki nenek kejang bila duduk lama-lama.”sampuk
Puan Hadijah setelah dia memerhatikan perbualan diantara Razree dan Dhia. Dia tidak
betah duduk lama di sini. Cukuplah sekejap saja.
Panas terik yang berbahang menimbulkan setitik peluh pada lehernya
membuatkan dia tidak sabar untuk balik ke rumah.
Razree memapah nenek untuk masuk ke
dalam kereta. Lelaki itu mengajak Dhia dan Puan Suria untuk balik ke rumah
namun pantas ditegah Dhia. Mereka bertiga beriak pelik.
“Kenapa Dhia tak nak balik? Dah
petang ni. Meh balik.”ajak Puan Suria. Risau pula sekiranya Dhia mahu
bersendirian di tanah kubur ini. Sudahlah tiada orang di sini. Suasana di sini
pun sudah semakin lenggang dan sepi.
“Dhia tak nak balik. Dhia nak cakap
sesuatu pada Allahyarham Muzaffar Ikram dan Allayarhamah Puan Halimah. Korang
baliklah dulu.”kata Dhia dengan tenang.
Terlopong mulut Razree, Puan Suria
dan nenek mendengar kata-kata Dhia.
Nak cakap sesuatu pada orang yang
telah meninggal dunia? Dhia ni dah gila ke apa?!
7 ulasan:
Apakah yang menyebabkan kematian Muzaffar n his mom?
kematian itu pasti dan cara kematian mereka berdua mmg tragis..tetapi adakah Dhia telah diwasiatkan dengan segala harta peningalan Muz..dan adakah mariana akan menringkuk dipenjara..dan adakah kesalan yg dilakukan pada dhia akan menjadikan dia gila..
apa akan berlaku pada Rayyan bila mendapati hati Dhia kini pada abangnya..sedangkan dia baru mengetahui hatinya mmg telah lama ada Dhia hanya dia sahaja yg cuba menafikan..
HAA..MSTI AKK roziah x bce secara detail ni.. ;) hehe
mak d : mninggal sbb jatuh tngga kt hospital HUKM (ditolak Mariana, menantu d)
Muzzafar plak : accident..
wat kak ida..
mmg kematian itu pasti..
mg x d dlm srat perjanjian yg mngatakan Muz bg wasiat pd Dhia..tp rumah yg Dhia dn Muz tinggal itu adalah rumah yg mereka berdua..dn rumah itu hadiah drpd muz selepas berkahwin dgn dhia..so x salah kn klao Dhia dpt rumah tu.. ;)
dhia memang layak dapat rumah tu... kesian kan.. sedey la plak bila muz n mak dia meninggal...
mariana apa pulak citer Daeya?
Rayyan... adakah Dhia akan datang memberikan pertolongan...?
insyallah kak anne syg..Dhia akan menjaga rumah tu sebaik mungkin...
Mariana kn dh msuk penjara..sebab mse d msuk lokap tu, d hanya dituduh menolak ibu Muz, skrg ni d akn ke penjara wanita dan menetap d sana!
dan rayyan..insyallah Dhia akan membantu sahabatnya.. ;)
cite ni patutnya sedey,
tp air mata x leh kuar lak..
hish3.....
kijam....kijam.....
sambung eya....
sob....sob....sob....
Catat Ulasan