Perhatian Rayyan Zikri tertumpu pada gaya menggoda yang ditonjolkan
Nur Imani di atas pentas. Dia duduk dibahagian belakang sekali. Adam Muhammad
dan Natasha yang duduk tidak jauh darinya memandangnya dengan takut-takut. Dah
salah mestilah kena takut kan?
Minuman yang disediakan pihak catering kelab Golden Sun langsung tidak berusik. Walaupun air fresh orange yang
dihidangkan nampak sedap namun dia tidak mahu menyentuh cawan yang digunakan
kelab ini. Kemungkinan besar cawan yang diberikan kepadanya pernah digunakan
untuk meletakkan arak atau wine di cawan itu.
Matanya dikecilkan bagi memberi sepenuh perhatian pada nyanyian Nur
Imani. Lagu rancak yang dinyanyikan gadis itu membuatkan ramai para lelaki yang
hadir ke majlis ini bertepuk tangan. Pandai betul gadis itu memukau para
pengunjung di sini.
Kepalanya didongakkan ke atas. Cahaya yang tidak terlalu terang
menyukarkan dia untuk menjadi perhatian disitu. Tidak mengapa jika dia tidak
mendapat perhatian di dalam bilik ini. Janji apa yang dihajati dapat dilunaskan
sebaik mungkin.
Oh Cinta, Takku mengerti
sekarang ingin
Esok tak ingin…
Oh Cinta, Biar ku cari sampai
ku dapat yang aku maksud..
Ku kan tak bisa dengan kamu,
mana mungkin kan terjadi, langit dan matahari muram
Melihat kita kehilangan…
Feather Boa yang dipakai di leher jinjang milik gadis itu menyerlahkan sisi
gadis itu.
Dasar
perempuan kabaret!cebiknya dalam diam.
Pen yang
diselitkan di tepi poket blazer di
''Kalau ada anak... anak akan
malu beribukan perempuan kabaret!”
Itu sahaja kata-kata yang ditulis di dalam sehelai kertas kecil
bagi memberi pengajaran terhadap Nur Imani. Waiter yang berdiri di tepi bar
dipanggil dengan lambaian tangan. Hanya pekerja itulah yang diharapkan untuk
melunaskan hajatnya.
Waiter yang perasan dirinya dipanggil segera menghampiri lelaki
segak itu.
“Yes, Sir? Anything can I
help you?”tanya waiter itu dengan
hormat. Ucapannya dimulakan dengan bahasa english. Itulah peraturan yang perlu
dilakukan pekerja di sini tatkala tetamu meminta pertolongan ataupun pesanan.
“Awak bagi ni kat gadis yang tengah menyanyi kat pentas tu.”jawab
Rayyan Zikri sambil memberikan kertas kecil berwarna putih itu di tangan
pekerja itu.
“Kat gadis tu?” jari telunjuk pekerja itu jelas terarah ke penyanyi
yang sedang berjoget sakan dengan penari yang bersama-sama menghiburkan para
tetamu.
Rayyan Zikri mengangguk, tanda mengiyakan kata-kata lelaki itu.
“Awak bagi kat dia bila dia dah habis menyanyi.”arahnya.
“Baik, Encik.” Surat itu digenggam dan dimasukkan ke dalam kocek.
Permintaan tetamu haruslah ditepati. Dia kembali semula ke tempat dia berdiri
sebentar tadi,.
Rayyan Zikri mengukirkan senyuman sinis setelah pekerja kelab itu
berlalu dari situ.
“Nur Imani…jangan harap aku akan kembali pada kau selepas ini!”ucapnya
seorang diri, dengan jelingan tajam kearah kekasihnya yang sedang elok berjoget
di atas pentas.
****
“Thank you for all…”ucap
Nur Imani sebaik sahaja selesai menyanyikan lagu rancak tadi. Dia menunduk
setelah para tetamu menepuk tangan kepadanya.
Peluh yang merenik di dahi dilap sekilas, Penat berjoget dan
menyanyi, dia rasa letih. Selepas ini dia mahu berehat beberapa minit sebelum
menyanyi semula dihadapan tetamu.
Melihat kelibat rakannya, Natasha dan pasangan kekasihnya duduk
tidak jauh dari pentas yang dia menyanyi, dia segera menghampiri pasangan itu
dengan senyuman terukir dibibir.
“Baru sampai ke?”
“A’ah. Kita orang baru aje sampai.”kata Natasha dengan riak wajah
yang gelisah. Dia mengerling ke arah Rayyan Zikri yang sedang elok duduk di bahagian
belakang sambil memerhatikan dia dan kekasihnya. Dia jadi takut.
Kekasihnya ada memberitahu pasal Rayyan Zikri yang sudah tahu
tentang pekerjaan sebenar Nur Imani. Dia mahu menelefon rakannya di dalam
kereta kekasihnya tadi namun dihalang kerana dia tidak mahu sesuatu yang buruk berlaku
kepada mereka berdua.
Adam Muhammad ada memberitahunya tentang kedatangan Rayyan Zikri di
kelab tempat Nur Imani bekerja. Dia terkejut yang amat sangat.
Natasha terpaksa akur dengan permintaan kekasihnya walaupun dihati
dia gelisah sekiranya perhubungan yang baru bermula diantara Rayyan Zikri dan
Nur Imani bakal berakhir sebentar lagi.
Nur Imani duduk di kerusi sambil mencapai minuman Natasha. Sudah
terbiasa meminum minuman rakan sendiri, dia dengan selamba mengambil air fresh orange rakannya tanpa rasa segan
lalu menghirup minuman itu.
Sambil dia menghirup minuman, dia memerhatikan wajah rakannya yang
nampak tidak bermaya.
“Kau kenapa ni? Macam tak happy
aje?”soal Nur Imani. Dia perasan riak wajah rakannya tidak seperti selalu.
Selama ini perempuan itu sentiasa gembira sahaja. Ini lain pula, muram macam
ayam berak kapur!
“Err…aku okey aje.”dia terpaksa mengukir senyuman manis didepan
gadis itu. Dia tidak mahu merosakkan mood rakannya yang tampak gembira dengan
apa yang berlaku sebentar tadi.
“Yang Adam pun sama. Muka pun muram aje. Wei, kita datang sini nak
happy. Bukan nak sedih-sedih bagai. Tak best lah macam ni kalau korang moody
aje. Aku jemput korang datang sini nak hilangkan tension. Bukan nak tambahkan tension!”
Adam Muhammad dan Natasha berpandangan sesama sendiri seraya mereka
berdua merenung wajah Nur Imani dengan pandangan yang sukar ditafsirkan.
Nur Imani menjadi hairan dengan sikap mereka berdua. “Woi, korang
ni kenapa hah? Aku cakap korang diam aje. Tak best lah macam ni!”dia menumbuk perlahan bahu Natasha. Geram pula
dia tengok tingkah pasangan itu yang agak menjengkelkan. Baik dia duduk di
bilik persalinan daripada melihat muka keruh mereka berdua.
Natasha tidak membalas tindakan Nur Imani, sebaliknya dia
mendiamkan diri. Adam Muhammad turut sama mendiamkan diri.
Rayyan Zikri yang sedari tadi memerhatikan tingkah tiga kawan baik
itu sedang berbual memanggil semula waiter tadi. Dendamnya pada gadis itu akan
terlerai selepas ini. Jangan ingat gadis itu boleh bergembira dengan apa yang
dilakukan di sini.
“Awak boleh bagi dia sekarang. Kalau dia kata siapa yang bagi, awak
tunjukkan muka saya.”
Pekerja lelaki itu hanya menganggukkan kepala. Dia akur dengan
arahan itu. Dengan segera, dia bergerak menghampiri penyanyi itu yang sedang
berbual dengan rakannya di tepi pentas.
Ketika itu, Nur Imani sudah mula bangun dari tempat duduk. Dia
bosan dan rimas dengan sikap pasangan itu yang langsung tidak berkata sepatah
perkataan pun. Lebih baik dia melunaskan tugas yang diberikan penyelia pentas
kepadanya.
Ada empat lagi lagu yang perlu didendangkan olehnya. Dia perlu
mengekalkan karakter yang riang dan ceria dihadapan tetamu yang hadir.
Natasha mahu menahan Nur Imani tetapi dia dapat rasakan yang hati
gadis itu kecewa dengan sikap mereka berdua. Biarlah gadis itu pergi menyambung
tugasnya. Balik rumah nanti dia akan memujuk gadis itu.
*****
Tatkala Nur Imani sedang meniti satu anak tangga pentas yang
berdiri megah di bahagian tengah GS Live
itu, kelibat salah seorang pekerja lelaki datang mendekati Nur Imani dan
mencuit bahunya.
Nur Imani tersentak. Dia berpaling ke kiri. Lampu yang berkelipan
di tengah pentas itu menyilaukan matanya.
“You nak apa?”tanya dia
dengan suara perlahan. Feather Boe
yang berada di lehernya dibetulkan agar kelihatan rapi. Adakah waiter ini ingin memikatnya sampai
tidak sempat untuk berbicara selepas dia tamat nyanyian? Tekanya. Dia mengetap
bibir. Kemungkinan pekerja ini menyukainya dalam diam. Itu yang tanpa segan
mencuit dirinya di atas pentas.
“Maaf, cik. Ada seorang pelanggan memberikan cik sehelai kertas
kecil.” Dia mengeluarkan kertas kecil yang berada di dalam poketnya lalu
diberikan kepada penyanyi itu.
Nur Imani tersenyum sengih. Pekerja ini memang tiada rasa segan
betullah! Kata saja pelanggan berikan padahal dia yang berikan. Saja nak coverline lah tu!
“Awak ni, kenapa babitkan tetamu kita? Kata ajelah awak yang bagi
kertas ni kat saya.”katanya dengan gaya manja. Dia mengibas Feather Boe ke wajah lelaki itu. Pekerja
itu tergamam. Penyanyi ini sudah salah anggap padanya. Dia perlu perbetulkan
situasi dan keadaan yang berlaku saat ini. Pantas dia mengelengkan kepala
berkali-kali.
“Eh, cik. Buat apa saya nak bagi kertas ni kat cik. Saya dah
kahwin, tak ada masa nak mengatal dengan gadis lain.”kata pekerja itu dengan
tegas. Dia hanya setia pada yang satu.
Terus berubah riak wajah Nur Imani. Dia mengecilkan mata, menahan
malu diatas ketelanjuran kata-katanya yang agak menggoda seketika tadi.
“Habis, ni siapa yang bagi?” dia membuka lipatan kertas itu dengan
riak wajah yang masih sama seperti tadi, malu.
“Tu, yang duduk kat belakang sana.”pekerja itu menunjukkan arah
sebenar orang yang memberikan helaian kertas itu kepadanya.
“Iman, make faster!
Tetamu dah tunggu you menyanyi tu.”gesa penyelia pentas secara berbisik di belakang
tabir.
Nur Imani tersentak. Tidak sempat dia mahu memandang wajah yang
memberinya kertas itu. Dia memaksa penyelia pentas yang diberi nama Ramzi itu
bersabar. Dia membaca kata-kata yang terdapat di atas kertas itu.
''Kalau ada anak... anak akan
malu beribukan perempuan kabaret!”
Nur Imani membulatkan mata menelan air liur sedalam-dalamnya. “Siapa
yang bagi kertas ni?”katanya dengan tergagap-gagap. Jiwanya mula resah, dia
bagaikan hilang kawalan ketika ini. Perempuan kabaret ditujukan kepadanya? Apa
maksud semua ini?
“Tu, yang kat meja belakang sana.”ulang pekerja lelaki itu.
Nur Imani tergamam. Dia rasa dunianya bagai akan gelap-gelita
selepas ini. Rayyan Zikri!! Lelaki itu datang ke sini dan tahu akan pekerjaan
sebenar dirinya. Habislah dia selepas ini!!
Rayyan Zikri ketawa sinis. Cara duduk yang bersilang menambahkan
keangkuhan dan riak bangganya kerana dapat ‘membalas dendam’ terhadap gadis
itu. Dia bangun setelah melihat gadis itu bagaikan terpana melihat kelibatnya
di situ. Terus dia mendekati gadis itu dengan cebikan di bibir.
Adam Muhammad dan Natasha yang merlihat kedatangan Rayyan Zikri dari
belakang bergegas menghampiri lelaki itu. Dia melihat ke kanan dan kiri, memang
ramai yang memerhatikan tingkah gadis itu yang agak gelisah di atas pentas.
Mereka berdua perlu menahan Rayyan Zikri dari membuat perkara yang
kurang menyenangkan di hadapan khayalak ramai.
“Assalamualaikum, Nur Imani Binti Mohd Jaafar.”kata Rayyan Zikri
dengan sinis. Pekerja lelaki yang berada disitu tadi segera kembali ke tempat
asal setelah diarahkan olehnya untuk tidak menganggu perbualan mereka berdua.
Nur Imani tidak menjawab salam yang diberikan Rayyan Zikri,
sebaliknya bibirnya bergetar menahan gelisah yang teramat sangat.
“Ray, better kau duduk
dulu. Ramai tengok kau kat sini.” Adam Muhammad menarik tangan rakannya supaya
tidak menganggu ‘tugasan’ yang bakal dijalankan Nur Imani.
Natasha yang berdiri di sebelah Nur Imani meminta gadis itu supaya
bertenang. Nampaknya air mata gadis itu bakal tumpah sebentar lagi.
Rayyan Zikri mendengus. Terus dia menarik tangannya dari dipegang. “Kau
tak layak sentuh tangan aku!”Adam Muhammad terpempam mendengar ayat itu. Segera
dia menjarakkan diri. Natasha yang berada disisi rakannya sudah berasa sedih.
Kesian kekasihnya di kata begitu. Dia memujuk kekasihnya supaya bersabar.
“Encik, kami perlu meneruskan persembahan seterusnya. Sila turun
bawah supaya tidak menganggu tetamu di bawah”kata Ramzi dengan penuh hormat
didepan Rayyan Zikri. Diharap dengan cara ini, dia mampu meleraikan pergelutan
yang nampaknya makin ‘panas’ di saat ini.
“Kau nak suruh aku turun bawah?”mata Rayyan Zikri dijengilkan.
Barannya datang kembali. “Aku takkan turun bawah selagi tak tampar gadis ni!!”jeritnya
dengan menampar berkali-kali Nur Imani tanpa perasaan. Biar malu gadis itu
dikhayalak tetamu yang hadir.
Nur Imani mengaduh kesakitan. Dia ingatkan Natasha akan berada
disampingnya tetapi gadis itu bertindak mendekati Adam Muhammad tanpa membantunya
di dalam kesusahan.
Tetamu yang hadir di barisan hadapan berdiri dan menyaksikan ‘wayang
percuma’ diantara Rayyan Zikri dan Nur Imani.
“Aku tak puas lagi kalau aku tak dapat bunuh kau!”dia mencekak
rambut gadis itu dan menariknya sekuat hati. Nur Imani menjerit sekuat hati
sehingga terjelepok jatuh ke lantai pentas.
Riuh-rendah kelab itu dibuatnya. Suasana yang gelap-gelita sebentar
tadi kini dibuka dengan cahaya yang terang akibat tidak mahu menimbulkan
perselisihan faham di dalam kelab ini.
Ramzi yang berusaha untuk menenangkan lelaki itu nampaknya tidak
berjaya. Dia memanggil sekumpulan pekerja yang berada di luar kelab GS Live
lalu bertindak menarik tubuh Rayyan Zikri keluar dari kelab itu.
Terdorong tubuh Rayyan Zikri di luar kelab sehingga dia jatuh
tersembam di luar pintu masuk kelab GS Live. Pintu kelab GS Live itu ditutup
kasar setelah menolak dia keluar.
Rayyan Zikri menjerit kesakitan. Habis ‘rosak’ gaya maskulin yang
ditonjolkan pada petang ini. Blazer biru gelap yang dipakai sudah berkedut,
tidak menampakkan sisi seorang lelaki hensem lagi. Dia bangun dengan kaki yang
terjingkit-jingkit.
Tetapi tidak mengapa, dendamnya sudah terbalas. Baginya, penampar
dan menarik rambut gadis itu sudah cukup memuaskan hatinya.
Dia rasa puas.
Puas sangat-sangat!!
8 ulasan:
eya ku sayang.....
words bab terakhir tu mmg saspen
kan belum lagi ni
pe jadik ngan cinta razree n dhia
ohhhhhh tidakkkkkkk
jgn gantung tak bertali eya.....
tersiksa batin ku ini......
tolong.......tolong.....
berikan ku cahaya...
ku terkapai2 kegelapan.....
hahaha.... drama sungguh...
sila2....jawab.....
Kesian Rayyan kan...Imani mmg patut kna tampar....huh...puas hati..
Eya, lepas ni bila boleh jumpa balik dgn Rayyan..pasti ku rindu...
Tak baik ar malukan imani cam tuh...sedih tau. Tnya bebaik x leh ke?
Amani memang patut dapat ganjaran yg setimpal dgn penipuan dia...
wat kak nana syg..suspen k?haha
eyaakan truskan smbungannya..dont worry be happy
wat kak Anne syg..rayyan mmg ptut dikasihani..
slpas ni akk akan berjmpe smula ngn Rayyan
wat fara.. ;)
mgkin itu balasan yg prlu ditempuh Nur Imani setelah menipu kekasih sendiri
wat atiza..
mmg btul imani dpt pembalasan setimpal diatas ap yg d dh wat pd Rayyan
Catat Ulasan