Azan zohor yang berkumandang kuat berhampiran
rumah Adam Muhammad memaksa Rayyan Zikri bangun dari tidur. Kali ini, dirumah
rakannya dia bangun lewat daripada biasa. Sudah tiga hari dia tidur dirumah
rakannya dan sudah tiga hari juga dia langsung tidak berbual dengan Adam
Muhammad. Mogoklah katakan!
Bunyi ketukan pintu di luar bilik pagi tadi
langsung tidak dipedulikan. Dia tahu Adam Muhammad yang mengetuk pintu biliknya
tadi namun dia peduli apa! Bila dah marah, semua perkara yang ada kaitan dengan
lelaki itu tidak akan di ambil kesah!
Pujuklah macam mana sekali pun, dia tetap
dengan pendiriannya.
Tubuh badannya disengetkan ke kiri dan kanan.
Agak lemah tubuhnya setelah tidur berjam-jam lamanya. Sudah lama dia tidak
bersenam. Mahu ke Celebrity Fitness, dia malas.
Dengan gerak langkah yang lemah, dia menolak
langsir di sebelah katilnya. Langsir ditutup tetapi tingkap pula dibiarkan
begitu sahaja. Mujur tiada nyamuk yang masuk ke sini. Jika tidak pasti dia akan
mengalami gatal-gatal dibadan.
“Hmm…”dia menarik nafas dalam. Menghirup udara
yang masuk dicelah-celah tingkap kemudian dihembus perlahan.
Setelah puas menikmati udara di luar tingkap,
dia berpaling ke belakang. Mukanya berubah keruh tatkala terpandangkan kad yang
terletak elok diatas laci meja lampu. Dia mengambil kad itu lalu di baca dengan
teliti. Perasaan benci terhadap gadis yang bernama Nur Imani itu menggunung
tinggi.
Hari ini merupakan hari penentu perpisahan
diantara dia dan Nur Imani. Jujur dia katakan yang dia tidak sabar mahu melihat
gadis itu terperanjat melihat dia didepan mata.
Hmm…tak sabarnya rasa nak kenakan gadis itu!
Pakaian baru untuk ke majlis Hi-Tea yang bakal berlangsung pada
petang ini sudah di sediakan sejak semalam lagi. Sengaja dia memilih blazer biru gelap yang bakal menampakkan
sisi jejaka maskulin dirinya untuk menarik minat pengunjung wanita yang akan
hadir di kelab itu nanti. Sanggup dia berhabis wang semata-mata mahu
menonjolkan diri di hadapan orang ramai.
“Rasa macam nak kenakan Nur Imani.”idea itu
tiba-tiba muncul di benaknya. Dia mencapai telefon bimbit di atas katil lalu
mendail nombor gadis tersebut. Sempat dia tersengih sambil menanti panggilannya
dijawab.
Nur Imani yang sedang menyapu lip gloss di
bibir terkejut tatkala telefonnya berbunyi. Dia mengetap bibir bagi meratakan
keseluruhan lip gloss yang dipakainya lalu segera dicapai telefon miliknya
diatas meja solek tanpa melihat nombor di skrin
“Hello? Imani here….”suara menggoda Nur Imani
memulakan perbualan.
Rayyan Zikri
mengukir senyuman sinis di hujung talian. Dia dah angkat. Bagus! “Hai
sayang…”dia turut membalas bicara dengan nada yang manja.
Nur Imani menelan
airliurnya. Seakan tidak percaya dengan apa yang didengarinya. Dia melihat
semula skrin telefonnya. Memang nombor kekasihnya!
‘Aduh…macam mana aku tak perasan nama dia ni!’
dia meluku kepalanya sendiri. Salahnya juga kerana tidak melihat nombor telefon
terlebih dahulu. Dia melekapkan kembali telefon ke telinga dengan degupan
jantung yang menderu laju.
Rayyan Zikri
mencebik. Mesti Nur Imani terkejut dengar suara dia.
“Sayang kat mana
tu? Ray rindulah…”suaranya dilunakkan bagi menambah ‘perasa’ dalam lakonannya.
“Sayang?”Nur Imani
terkedu. “Hesy…rasanya dia tak pernah lagi panggil aku sayang macam sekarang
ni. Apa hal dengan mamat ni?”soalnya dengan suara yang teramat perlahan.
“Yelah
sayang…sayang kat mana tu? Boleh kita jumpa? Dah berapa hari abang tak jumpa
sayang. Ray rindu sangat-sangat.”makin berkesan lakonannya sekarang ini. Dia
ketawa jahat dalam hati.
Nur Imani mengerutkan
dahi. Lelaki ini memang sudah sewel! Geli pula hatinya mendengar kata-kata
romantik teman lelakinya itu.
“Baru aje berapa
hari lepas kita jumpa. Takkan nak jumpa lagi kut? Saya busy lah kat sini.”balas
Nur Imani dengan sedikit marah.
“Kat sini?”Rayyan
Zikri menyindir. “ Kat sini tu kat mana, sayang?” sakat Rayyan Zikri. Dia
terkekeh ketawa.
Nur Imani terkedu sekali lagi. Opss! Dia dah
tersalah cakap lah. Dia kena coverline ni. “ Saya kat sekolah lah. Kan hari tu
saya bagi tahu awak yang saya kena kerja hari weekend? Awak jangan buat-buat
lupa pulak.”ujarnya dengan takut-takut.
Hah! Satu ayat penipuan telah Rayyan Zikri
dengar. Pandai betul Nur Imani menipu dirinya. “Nanti lepas sayang dah balik
kerja, kita jumpa nak? Kita borak-borak kat taman. Ray ambik sayang kat
sekolah. Sayang bagi aje tahu alamat tempat kerja sayang, nanti Ray search map
kat google nama sekolah tu.”sakatnya lagi.
“Eh jangan!”sanggah Nur Imani pantas. Degupan
jantungnya bertambah kencang sebagaimana Usain Bolt berlari di sukan Olimpik
2012.
Rayyan Zikri buat-buat terkejut. Lakonannya
perlu diteruskan sebaik mungkin. “ Eh, kenapa? Sayang ni macam tak suka aje
bila Ray nak ajaksayang keluar? Ray kan kekasih sayang. Sayang ni tak pandai
ambil hati Ray tau.”sayu suaranya. Padahal dalam hati mahu saja dia menampar
muka gadis itu jika dia berada dihadapannya.
Dasar gadis penipu!
“Err…bukan tak suka tapi awak fahamilah keadaan
saya sebagai cikgu sekolah. Buku latihan nak kena semak, laporan nak kena
sediakan. Banyaklah kerja saya nak buat.”terketar-ketar suaranya menjawab.
“Takpelah kalau macam tu. Saya nak buat macam
mana kalau sayang tak sudi.”kendur nada suaranya. “Ray nak off kan phone dulu
lah. Sayang pergilah semak buku sekolah anak murid sayang tu. Lain hari Ray
akan call balik.”ditekan perkataan semak itu.
Nur Imani terdiam. Kesian kekasihnya. Sudah
banyak kali kena tipu dengannya.
Baru dia hendak mengucapkan salam kepada
kekasihnya, satu suara tidak jauh darinya menyeru namanya. Dia tergamam.
“Nur Imani? Dah siap ke belum?” seru penyelia
pentas yang bernama Mohd Hadi itu. Nur imani pantas meletakkan jari telunjuk di
bibir, tanda menyuruh lelaki itu diam.
Rayyan Zikri mengangkat kening. Hah! Temberang
gadis itu sudah hampir pecah. “Siapa tu? Kenapa suara lelaki ada kat situ?”soalnya
bertubi-tubi.
Nur Imani terdengar sayup-sayup suara
kekasihnya yang masih tidak menutup panggilan lagi. Dia tidak tahu bagaimana
mahu menjawab soalan lelaki itu. Segera dia mematikan talian dan menekan butang
off pada telefon bimbit Blackberrynya.
Rayyan Zikri terkejut. Dia melihat talian sudah
dimatikan. Skrin telefon dilihat lantas dia tersenyum sinis.
“Takutlah tu!”dia meletakkan telefon bimbitnya
di atas katil lalu dia mencapai tuala yang baru dibeli bersama-sama dengan
pakaian baru khas untuk ke majlis Hi-Tea petang nanti. Dia sekarang mahu
bersiap.
“Masa untuk membalas dendam sudah tiba.
Yahoo!!”riang suaranya. Dia terus menuju ke bilik air dan membersihkan diri.
******
Setelah setengah jam berada di dalam bilik air
membersihkan diri dan memakai pakaian yang baru dibelinya, dia keluar dan
membuka pintu bilik tidurnya. Dia sengaja mahu rakannya, Adam Muhammad masuk ke
dalam bilik ini supaya lelaki itu dapat melihat betapa segaknya dia hari ini.
Adam Muhammad yang perasan pintu bilik Rayyan Zikri
tidak ditutup segera dia menapak masuk ke dalam bilik lelaki itu. Dia sudah
siap sedia untuk ke kelab Golden Sun. Terpegun dia melihat rakannya memakai
blazer biru gelap. Dia mendekati lelaki itu yang sedang berdandan di cermin
bingkai empat segi.
Tidak sedikit pun Rayyan Zikri memandang
wajahnya.Dia cuba untuk memulakan perbualan.
“Hensem kau hari ini, Ray.”puji Adam Muhammad
dengan mulut yang tergagap-gagap. Dia mahu mengambil hati Rayyan Zikri agar
tidak memarahi dirinya lagi namun riak wajah rakannya jelas menunjukkan
rakannya masih memarahi dirinya.
“Selama ni memang aku hensem kan?”kata Rayyan
Zikri dengan riak bangga. Dia membetulkan sunglasses biru gelapnya di hadapan
cermin. Setelah itu, dia membetulkan pula rambut yang dibuat pacak agar menampilkan
kehenseman dirinya pada petang ini.
“Aku pergi dulu.”sambungnya dengan suara yang
dingin. Dia mahu melangkah pergi namun Adam Muhammad pantas menghalangnya
daripada keluar bilik. Rayyan Zikri pantas menarik balik tangannya dengan
kasar.
“Kau tak nak pergi dengan kita orang ke?”tanya
Adam Muhammad dengan suara yang perlahan. Dia terasa hati kerana rakannya
terlampau berkasar dengannya.
“Buat apa aku nak follow kau?”mata Rayyan Zikri
membulat. “Aku ada kereta sendiri. Kau pergi aje dengan Natasha. Aku akan
datang kemudian. Aku ingatkan kau sekali lagi. Kalau kau tak nak kena belasah
dengan aku, kau jangan kasi tahu Nur Imani aku datang sana, faham?”tengkingnya
tanpa rasa bersalah.
Sebaik sahaja dia berada di muka pintu, dia
berpaling sekilas ke belakang. “Ingat aku nak ikut kau? Tolong sikit!”katanya perlahan
diiringi dengan cebikan sinis dibibir. Dia terus berlalu keluar meninggalkan
rakannya yang terdiam membisu mendengar kata-katanya.
Adam Muhammad tunduk merenung lantai. “Maafkan
aku Ray sebab menipu kau…”katanya perlahan.
*****
“Lalala…”Rayyan Zikri menyanyi kecil didalam
kereta sambil memainkan jari-jemarinya di atas stereng. Dia kini sudah keluar
dari Taman Connought. Sebentar lagi dia akan melalui jalan ke Sungai Besi dan
terus menghala ke Jalan Kuchai Lama. Disitulah dia akan berjumpa dengan kelab
Golden Sun, kelab yang menjadi tumpuan Nur Imani mendendangkan lagu.
Sebaik sahaja dia sampai ke lampu isyarat Salak
South Garden, dia tersengih lebar. Makin hampir nampaknya dia ke kelab itu dan
makin berkobar-kobar jantungnya untuk ‘membalas dendam’ terhadap Nur Imani.
“Sakit hati aku pada kau akan terubat sekejap
saja lagi.”ucapnya, dengan diiringi ketawa kecil.
Tak sabarnya dia mahu masuk ke dalam kelab itu!
*****
Sepuluh minit kemudian, Rayyan Zikri sampai
juga di pintu hadapan kelab Golden Sun. Agak banyak juga pengunjung yang hadir
ke kelab itu. Pengawal keselamatan yang berkemeja biru gelap mengarahkan dia
untuk meletakkan kereta di tempat yang masih kosong. Dia akur dengan arahan itu
dan terus meletakkan kereta Volvo nya di satu tempat yang kosong.
Asalnya, dia mahu memarkirkan kereta di luar
sahaja tetapi dia tidak mempunyai ruang untuk memberhentikan kereta di luar
kerana kereta-kereta yang ada di belakangnya mahu melalui lampu isyarat yang
tidak jauh dari kelab ini.
Tak sangka, kebanyakan pekerja di sini
merupakan pekerja yang beragama islam. Timbul perasaan kesal dihatinya kerana
orang islam bekerja di tempat seperti ini. Patutlah Nur Imani boleh bekerja
sebagai penyanyi kat sini. Telahnya dalam diam.
Terpaksalah dia memarkirkan kereta di dalam car
park kelab ini.
Dia menapak keluar dari kereta dengan gaya yang
memukau. Terserlah ketampanan dia disitu. Cermin mata yang dipakai menambahkan
aura pada dirinya. Pasti gadis-gadis yang hadir pada petang ini akan terpegun
melihat dirinya.
Jika lelaki seperti Adam Muhammad memuji
dirinya di dalam bilik tadi, apakan pula gadis-gadis berada di majlis itu nanti?
Gerak langkahnya yang seperti model catwalk
menambahkan aura ketampanannya. Dia masuk dengan penuh gaya. Pengawal-pengawal
keselamatan yang berada di lobi utama kelab itu ralit memerhatikan tingkahnya
yang menarik perhatian umum.
‘Dah agak dah, mesti diorang jeles tengok aku
hensem!’bisiknya dalam diam.
Seorang pekerja yang sedang duduk di tepi
eskalator disapa. Dia sebenarnya tidak jelas dengan kad yang dibaca tempoh
hari.
“Selamat petang, encik. Saya nak tanya dimana
bilik GS Live ye?”tanya dia dengan penuh hormat. Pelik juga dia dengan nama bilik
tu. GS Live? Golden Sun Live ke? Hmm..entahlah! Dia main teka sahaja nama penuh GS itu.
“Oh, encik diundang ke majlis Hi-Tea ye?”Rayyan Zikri mengangguk. Mujur
pekerja ini tahu dimana majlis itu berada. Kalau tidak, memang sesatlah dia kat
dalam kelab ini.
“Encik lalu kat belakang escalator ni lepas tu
encik belok kanan. Nanti encik akan nampak satu signage yang ada tulis nama GS
Live. Kat situlah majlis Hi-Tea dijalankan. Biasanya bilik GS Live itu akan
dibuka pada pukul empat petang tapi hari ini dia buka awal sedikit untuk majlis
Hi Tea itulah…,”
“Oh, baru saya tahu. Saya ingatkan kat tingkat
atas tadi. Terima kasih sebab bagi tahu.”ucapnya dengan mengukirkan senyuman.
Pekerja itu membalas ucapannya. Seraya itu, dia
melangkahkan kaki ke tempat yang dikatakan pekerja tadi. Memang betul GS Live
ada di situ namun hatinya berdetak hebat tatkala terpandangkan signage GS Live
itu.
Band…Beats…Bar?
Rayyan Zikri terpana. Dia seakan tidak percaya
majlis Hi-Tea akan berlangsung di
tempat yang mempunyai bar. Nur Imani
menyanyi di tempat seperti ini? Masya Allah…teruknya perangai gadis itu!!
Hatinya semakin sakit. Dia tidak boleh
berlembut dengan gadis seperti Nur Imani lagi. Gadis itu perlu diajar
cukup-cukup, baru dia tahu langit itu tinggi ke rendah!!
8 ulasan:
adoyai....eya ku sayang,
mmg bikin saspen sungguh,
berdebar2, nk tau apa ray nk buat,
dh kena cut.....
ish...ish...ishhhhh....
adenyepunkan...
kut la ray naik pentas nyanyi
pelamin angan ku musnah ke....
hak..hak...hak...
sungguh lah...
men'saspen'kan diriku ini...
tersangatlah cissss nya...
pe agik...
sambung cik director
kelakar giler komen akk nana!! haha
eeii..ray x kn nyanyi lgu tp d akn buat sesuatu kt gadis tu..hehe
saspen k?alhamdulilah..ni yg buat sesapen mgkin ni!! haha
rasanya seperti iman telah bertemu dengan tuasnya ..siapa lagi kalau tidak si Rayyan tu..kan.. rasa tak sabar nak tahu apa yg bakal berlaku bila mereka berdua bertemu dan drama apa yg akan iman buat..
isnyallah diorang akan berjumpa utk en3 bab terakhir nanti!
Ray nak buat kacau kt tempat kerja Amani ke?
yup! d nak balas dendam pda kekasih yg tlh mnipunnya dalam diam!
Adoyai Eya, jgn konflik sgt part Ray n Imani tuh ! Bg Ray marah2 syg jer. Cian kt Imani...klu x nyanyi nak cari duit kt mana?
hehe..mne ada eya nk 'konflikkan sgt part ray n imani tu..eya just nak tamatkan kisah mereka kt s2 aje.. ;)
jgn hrap ray akan kembali kpd Nur Imani lg
Catat Ulasan