Rabu, 15 Mei 2013

BAB 38 Pulanglah Padaku



Muzaffar Ikram menumpukan sepenuh perhatian terhadap pemanduannya. Radio dipasang kuat bagi melenyapkan kesedihan yang meruntun sanubarinya. Dia mahu kembali semula ke hospital bagi memberi penghormatan terakhir kepada ibunya yang telah meninggal dunia setelah ‘membalas dendam’ kepada bekas isterinya di lokap sebentar tadi.

Hari ini merupakan hari malang buat dirinya. Orang yang disayangi sedari kecil telah pergi meninggalkan dia buat selama-lamanya. Walaupun tadi dia gembira kerana Nur Mariana telah mendapat pembalasan yang setimpal namun jauh disuduh hati lelakinya, dia sedih kerana tiada siapa yang mengambil berat akan dirinya selepas ini.

Perasaan bersalah pada bekas isterinya masih menebal ketika ini. Fikirannya buntu untuk memikirkan bagaimana caranya untuk mendapatkan bekas isterinya semula. Lafaz cerai yang meluncur di bibirnya ketika majlis perkahwinannya bersama Nur Mariana seakan mahu ditarik balik.

Terhenti lamunannya tatkala radio yang sengaja dikuatkan itu terpasang lagu yang pernah dinyanyikan oleh Dhia pada majlis perkahwinannya dulu.

Tak sengaja, lewat depan rumahmu…

Ku melihat ada tenda biru…

Dihiasi indahnya janur kuning…

Hati bertanya, pernikahan siapa.

Tak percaya tapi ini terjadi…kau bersanding duduk di pelaminan…

Airmata jatuh tak tertahankan…kau khianati cinta suci ini…

Jika dia dapat memutarkan kembali waktu itu, dia mahu menarik balik lafaz cerai itu dan hidup bahagia bersama Dhia sepanjang hayatnya. Hanya perempuan itulah yang memahami keadaan dirinya.

Namun, dia kecewa apabila abang Razree telah merampas Dhia dari dirinya. Hah! Salahnya juga kerana memulakan penceraian! Jika tidak, perkataan teman wanita tidak akan muncul di bibir lelaki yang berusia 29 tahun itu.

Lagu Tenda Biru itu diperlahankan audionya. Dihayati bait-bait indah dendangan Desy Ratnasari itu. Lagu yang dinyanyikan penyanyi kelahiran Indonesia itu begitu menikam jiwa. Airmatanya mula mengeluarkan manik-manik jernih. Memang sesuai sangat lagu itu ditujukan kepadanya.

“Dhia…maafkan abang.”rintihnya sendiri. Tanpa dia sedar, sebuah lori menyusup laju di depannya. Dia tergamam lalu dia menjerit sekuat hatinya. Matanya segera dipejamkan. Adakah ini pengakhiran hidupnya?

Hanya Allah yang akan menentukan hidupnya selepas ini…

******

“Nenek, Raz rasa Raz dah buat keputusan untuk meminang Dhia dan jadikan Dhia sebagai isteri Raz yang sah.”ucap Razree dengan nada bersungguh-sungguh ketika mereka berdua masuk ke dalam bilik nenek. Nampaknya kesihatan nenek sudah semakin pulih.

Puan Hadijah mengecilkan mata. Dia merenung tepat wajah cucu sulungnya itu. Seakan tidak percaya dengan kata-kata cucunya itu. Dalam diam Razree menjalinkan hubungan bersama Dhia di belakangnya. Ternyata mereka berdua diam-diam ubi berisi! Wajah Dhia yang sedang menunduk ke bawah diperhatikan pula.

“Dhia…betul ke kamu dan Razree bercinta? Kenapa baru sekarang bagi tahu nenek?”soal Puan Hadijah dengan nada serak.

Dhia mengangkat muka. Merah padam mukanya menahan malu. Dia membalas pandangan nenek.

“Err…betul nenek. Hubungan kami baru saja bermula.” Dhia menjawab dengan suara yang terketar-ketar. Setelah itu, dia menundukkan wajahnya semula.

Razree tersenyum nipis. Suka dia mendengar jawapan kekasihnya. Dia mencelah. “ Raz tak mahu tunggu lagi, nenek. Sebagai cucu nenek, Raz nak minta restu dari nenek supaya Raz boleh lekas-lekas masuk meminang Dhia sebagai isteri Raz.” ujarnya tanpa rasa malu dan takut. Dia sebagai lelaki tidak perlu takut untuk menegakkan kebenaran.

“Kamu sukakan Razree, Dhia?” tanya Puan Hadijah dengan riak wajah yang serius.

Dhia terdiam. Soalan ‘panas’ kembali lagi!!

Razree merenung dalam wajah kekasihnya yang masih tidak membalas pertanyaan nenek. Dia mula rasa gelisah.

Jawablah Dhia!! Jeritan batinnya menyeru-menyeru agar kekasihnya memberi jawapan yang membolehkan dia tersenyum melebar dihadapan neneknya.

“Saya suka Razree, nenek. Tapi belum bersedia untuk mencintai dirinya…”jawab Dhia, tetapi tidak terluah. Hanya di dalam hati. Lidahnya sememangnya kelu untuk bersoal jawab tentang cinta dan kasih sayang.

Bukan mudah untuknya menerima cinta seorang lelaki setelah bergelar janda. Dia belum bersedia untuk bercinta tetapi demi untuk menggembirakan hati kekasihnya, dia terpaksa membalas pertanyaan nenek itu.

“Saya suka Razree, nenek dan saya juga cintakan dirinya.”tergagap-gagap Dhia menjawab.

Melebar senyuman Razree mendengarnya. Ayat yang diungkapkan Dhia begitu menusuk ke sanubarinya. Makin bertambah sayang dirinya kepada Dhia!

Teringin sekali dia hendak memegang tangan Dhia namun dia perlu bersabar. Hubungan mereka ini perlu dijaga sebaik mungkin.

Puan Hadijah terpaku mendengar ayat Dhia. Begitu cepat sekali Dhia berpaling tadah kepada lelaki lain. Pada firasatnya, Dhia mungkin sunyi akibat tiada insan yang bernama lelaki disampingnya. Jauh di sudut sanubarinya…dia lebih berkenankan Rayyan Zikri menjadi suami Dhia!

“Dhia dah fikir masak-masak ke untuk jadi suri rumahtangga buat kali kedua?”tanya Puan Hadijah sekali lagi. Kali ini suara nenek sudah tidak seserius tadi.

Gulp! Anak tekak Dhia bagaikan ingin tersembul keluar tatkala nenek bertanyakan soalan ‘panas’ itu. Ingatkan bila dia memberi jawapan sebegitu, nenek akan berpuas hati dengan jawapannya. Ini tidak, makin bertambah ligat nenek bertanya!

“Err…Dhia rasa ini peluang Dhia untuk merasa kenikmatan berumahtangga buat kali kedua.”jawabnya dengan bersungguh.

Razree mengukirkan senyum lebar. Tak sabarnya nak rasa kenikmatan rumahtangga!! Kata-kata itu hanya diucapkan di dalam hati.

Perceraian Dhia yang berlaku tidak lebih daripada dua bulan mengingatkan Puan Hadijah kepada penyakit yang dialami Muzaffar. Perempuan yang belum tamat iddah  seperti Dhia tidak boleh berkahwin selagi belum menuntut fasakh.

“Dhia dah tuntut fasakh ke belum? Rasa neneklah, sejak Dhia diceraikan Muzaffar…Dhia tak pernah minta fasakh kat makhamah kan? Dhia kalau nak kahwin sekarang tak boleh tau selagi tak selesai kes perceraian tu.”

Dhia menepuk dahi. Dia terlupa akan hal itu. Selepas diceraikan Muzaffar Ikram, dia tidak pernah membuat laporan atau menuntut fasakh di makhamah. Bagaimana dia tidak boleh teringatkan akan hal itu? Dia pun bodoh juga sebab terlampau sedih dan duduk sahaja dirumah tanpa mengambil peluang melaporkan penceraiannya di makhamah.

Hmm…Dhia, Dhia…

Terus mati senyuman Razree. Mendengar pertanyaan nenek itu membuatkan hatinya disebu rasa pilu yang teramat. Maknanya Dhia belum boleh dikahwinkan lagi!

Apa yang menghairankannya, kenapa Dhia yang perlu menuntut fasakh di makhamah? Sedangkan Muzaffar Ikram yang sepatutnya membuat tuntutan itu. Dia kembali merenung wajah Dhia yang sudah berubah riak wajahnya.

“Kenapa Dhia yang mesti minta fasakh? Kenapa bukan Muzaffar Ikram? Bukan ke Muz yang jatuhkan talak pada Dhia?” soalnya dengan tidak sabar. Dhia hanya mendiamkan diri.

“Dhia tak bagi tahu Raz ke yang Muz ada penyakit mati pucuk? Pandai Dhia simpan ‘rahsia’ besar Muz.”sampuk nenek setelah melihat muka keruh Dhia.

Muka Razree merah padam. Mati pucuk? Dia jadi malu sendiri. Penyakit itu merupakan penyakit yang paling ditakuti lelaki selepas berkahwin. Dia seboleh mungkin tidak mahu penyakit itu ‘datang’ kepadanya.

“Raz tak percaya pulak yang Muz ada penyakit tu.”dia menggelengkan kepala tanda tidak percaya dengan apa yang didengarinya. Mustahil lelaki yang tampak maskulin seperti Muzaffar Ikram mendapat penyakit itu. Dia? Harap-harap janganlah…Sedikit masa nanti, mungkin dia akan memeriksa ‘bahagian dalamannya’ di hospital yang berhampiran.

“Raz kena percaya sebab semua lelaki dalam dunia ini tidak sempurna. Muzaffar Ikram adalah contoh terbaik yang nenek nampak dia memang lelaki yang tidak sempurna. Mungkin secara luaran dia tampak hebat di mata perempuan namun tenaga batinnya mengurangkan kesempurnaan itu.”

Razree terdiam memikirkan kata-kata nenek yang langsung tidak takut membicarakan tentang penyakit itu. Dia faham bahawa nenek tidak berasa malu diatas usianya yang sudah mencapai tahap menopous. Tetapi dia dapat merasakan yang Dhia agak janggal mendengar perkataan mati pucuk itu. Dalam erti kata lain…sensitif!

Dhia memalingkan wajahnya ke tempat lain. Malunya Ya Allah! Tak rasa segan ke nenek cakap terus-terang kat abang Razree? Kalau dia…malunya!! katanya dalam hati.

“Maknanya Raz tak boleh kahwin dengan Dhia dalam waktu terdekat ni ye, nenek?” soal Razree dengan suara perlahan. Siapa yang tidak sedih apabila pinangan buat kekasih hati terpaksa ditangguhkan? Sabar sajalah wahai hati…

“A’ah. Selagi dia tidak habis tuntut fasakh, selagi itulah Dhia takkan kahwin dengan kamu, Raz.” Razree tunduk sambil memuncungkan bibir. Harapannya untuk memperisterikan Dhia terpaksa ditangguhkan dulu.

Hendak buat macam mana. Tunggu sajalah…

 

4 ulasan:

Ruunna Qizbal berkata...

smbng lagiiii

Unknown berkata...

BOLEH SMBUNG lg dik..tp tggl brapa bab jelah..sbb nnt dh nk tmat kt blog.. ;)

fara berkata...

Selamba je nenek ni bincang pasal benda personal ni...hi hi hi
Anyway, karya Eya ttp menghiburkan

Tanpa Nama berkata...

mohon cik writer semak semula kes fasakh dan cerai,kalau ikut kes kat sini sudah diceraikan, so cuma perlu report ke mahkamah utk sahkan status cerai tersebut tak perlu lg tuntut fasakh...