“Kau
ni kenapa hah? Dah buang tebiat ke apa?” Dhia menjengilkan mata tatkala
sahabatnya itu masih tidak berpaling dari melihat dirinya.
“Aku
cuma meluah rasa dan kau tak payah nak takut sangatlah kan kalau aku cakap
macam tu. Better kau jauhkan diri daripada abang aku. Korang tak ada ikatan
persahabatan pun, tak payahlah sampai nak rapat sangat kan?” sindir Rayyan
Zikri. Jelas nada cemburu kelihatan di wajahnya.
“Biarlah
dia nak dekat dengan aku…yang kau susah hati, kenapa?”tempelak Razree yang
tiba-tiba muncul dari belakang Dhia.
Dhia yang kelihatan takut-takut itu terus
berlari anak dan menyorok di belakang abang Razree sebaik sahaja lelaki itu
tiba di depan mereka berdua.
Rayyan Zikri tersentap. “Dia sahabat Ray,
salah ke Ray rapat dengan Dhia, abang?”
“Memang salah!”balas Razree tanpa perasaan
bersalah. “Dan kenapa kau mesti sentuh teman wanita aku hah?”marahnya lagi.
Rayyan Zikri terpaku. “Err…teman wanita?
Dhia teman wanita abang?” tergagap-gagap dia menjawab. Soalan abangnya
diketepikan. Dia mencari-cari anak mata Dhia untuk memberi penjelasan namun dia
hampa kerana sahabatnya langsung tidak memandang wajahnya.
“Ya, Dhia teman wanita aku dan dia juga
bakal isteri aku!”jawab Razree dengan nada tegas dan sedikit bangga. “Kau
jangan sesuka hati nak sentuh dia, faham?!”sambungnya lagi.
Rayyan Zikri mengetap bibir menahan rasa
sebak di hati. Riak wajahnya bertukar muram. Tanpa berbalas kata dengan abang
Razree yang sedang merah padam menahan marah, dia merenung Dhia yang masih
bersembunyi dibelakang badan abangnya.
“Dhia, aku tak sangka kau bercinta dengan
abang aku. Aku betul-betul tak sangka begitu cepat kau dapat pengganti
Muzaffar.” Dhia mengangkat muka. Mata mereka bersatu.
“Tapi satu aje yang aku harapkan dari kau
Dhia…”kata-katanya terhenti di situ. Dia tahu kemarahan abangnya pasti menggelegak
mendengar kata-katanya yang boleh membuatkan cemburu membuak di dada.
Mata Dhia tidak lepas dari memandang
wajah sahabatnya. Dia menanti kata-kata seterusnya dari Rayyan Zikri.
“Jangan tinggalkan aku…”sambung Rayyan
Zikri dengan wajah yang penuh pengharapan.
Dhia tunduk merenung batu-batu kecil di
bawah kakinya. Perasaannya jadi tidak menentu ketika ini. Rasa bersalah
mencengkam diri tatkala sahabatnya mengungkapkan kata-kata ‘hikmat’ itu.
Jiwanya jadi tidak tenteram.
Razree mula naik angin. Matanya membulat.
“Kurang ajar punya lelaki! Nak berjiwang pulak kat sini dengan awek aku. Ambik
kau!”
Satu tamparan kuat tepat mengena pipi
adiknya. Rayyan Zikri mengaduh kesakitan. Sesedap hati dia saja mahu berkata
sedemikian rupa. Sudah terang lagi bersuluh dia ada didepan mata, lagi mahu
mengungkapkan kata-kata ‘jiwang’ itu kepada Dhia.
Rayyan Zikri tidak membalas sebaliknya
dia tersenyum sinis. “ Sekali lagi Ray kena tampar oleh dua insan yang ada
hubungan dalam hidup Ray. Takpe, ada budi ada balas, insyallah Ray akan balas.”
Razree mengepal penumbuk sementara Dhia
menahan teman lelakinya daripada membuat perkara yang tidak dijangka.
“Ray rasa nak mintak diri dululah. Datang
sini ingatkan dapat ambil baju berapa helai untuk tidur kat rumah kawan tapi
nampaknya tak jadi pula. Okeylah…bye!”katanya dengan nada suara yang kendur.
Biarlah mereka berdua tidak mahu berbalas kata dengannya, dia tidak kisah.
Tubuh badannya berpaling semula ke garaj
pintu. Dengan hati yang hiba, dia melangkah pergi meninggalkan insan penting di
dalam hidupnya tanpa mengambil baju di dalam biliknya. Walaupun kakinya sakit
akibat menendang dinding di belakang rumah nenek namun dia tahan! Dia terpaksa
bertahan supaya kakinya yang sakit tidak dilihat mereka berdua.
Razree
dan Dhia hanya memandang sepi pemergian Rayyan Zikri. Jika itu yang terbaik
buat nenek, biarlah Rayyan Zikri ‘menumpang’ di rumah kawan sementara waktu. Itu
lebih baik dari membuat nenek bertambah sakit kepala. Takut nenek pengsan
sekali lagi dan tidak pasal-pasal penampar buat kali kedua akan singgah di pipi
Rayyan Zikri pula!
*****
Rayyan
Zikri datang ke rumah rakannya iaitu Adam Muhammad, yang merupakan teman lelaki
kepada Natasha, kawan baik teman wanitanya. Dia menelefon sebelum sampai
dirumah lelaki itu. Mana tahu lelaki itu keluar dan balik sehingga lewat malam,
tak pasal-pasal dia kena menunggu lama didalam kereta.
Mujur rakannya itu tidak keluar
kemana-mana hari ini. Ada peluanglah dia berehat di rumah rakannya itu.
“Sorry
lah bro, aku terpaksa menumpang kat
rumah kau dalam sehari dua ni. Kau tak kisah kan?”kata Rayyan Zikri sebaik
sahaja dia menjejakkan kaki masuk ke dalam rumah rakannya.
Adam Muhammad yang teragak-agak untuk
memberi Rayyan Zikri tinggal bersamanya terpaksa mengalah kerana dia tahu
rakannya itu dalam keadaan berduka. Dia tahu Rayyan Zikri berduka. Lihat dari
riak wajah rakannya yang sedikit kusam itu sudah boleh diagak.
“Aku tak kisah! Asalkan kau selesa duduk
kat rumah aku ni. Rumah aku takdelah selesa macam rumah nenek kau. Are okay with that?”tanya dia sambil
mempelawa Rayyan Zikri naik ke tingkat atas.
“Sure.
I’m okay with that. Lagipun aku tak kisah rumah kau macam ni. Bagi aku okey
aje.” ini kali pertama dia menjejakkan kaki di rumah Adam Muhammad.
Dia melihat keadaan bilik rakannya yang
tidak seperti biliknya yang berkali-kali ganda lagi besar berbanding bilik ini
yang tampak kecil dimatanya.
“Asalkan kau jangan komen kat aku pulak
kalau ada bau ‘sensitif’ kat dalam bilik ni.” perli Adam Muhammad. Dia tahu
Rayyan Zikri amat sensitif tentang bau-bauan ini.
Rayyan Zikri tergelak kecil. “Kau ni, aku
okey lah. Kau jangan risau. Perfume
aku dah siapkan dalam poket aku awal-awal.” dia membalas dengan menepuk bahu
rakannya.
Kali ini Adam Muhammad yang tergelak
kecil. “Kau ni ada-ada aje. Ohh ya, kau tak ada baju nak pakai kan? Apa kata
kau pinjam aje baju aku? Lagipun bentuk badan dan tinggi kau hampir sama dengan
aku.”
“Good idea! Aku tak sempat tadi nak beli
baju kat shopping complex. Nanti kau bagilah berapa helai baju dan seluar. Aku
nak mandilah. Dah melekit badan aku kena peluh kat rumah nenek tadi.”
“Bagus jugak tu. Kejap, aku pergi ambil
baju dan seluar untuk kau. Kau tunggu dalam bilik ni. Aku pergi bilik aku kat
sebelah.”Adam Muhammad tergesa-gesa masuk ke dalam biliknya yang terletak
bersebelahan sahaja dengan bilik tetamu.
Rayyan Zikri mengangguk kemudian keatawa
kecil dengan telatah rakannya. Dia kembali memandang persekitaran yang terdapat
di bilik yang bakal menjadi tempat tidurnya pada malam ini. Penat berdiri, dia
duduk diatas katil yang bersaiz sederhana itu.
Sedang ralit memerhatikan apa yang ada di
dalam bilik tetamu ini, dia dihidangkan dengan sesuatu yang membuat mukanya
bertambah keruh. Dia seakan tidak percaya dengan apa yang dilihat sekarang ini!
Apakah benar dia telah ditipu oleh kekasih hatinya?
Dia bangun sesaat dan mengambil kad
jemputan yang terletak elok diatas laci sebelah katil. Kad jemputan itu diambil
lalu dia merenung tajam setiap kata-kata yang terdapat didalam kad itu.
Adalah dengan ini kami dengan sukacitanya mengajak
Adam Muhammad dan Natasha
Untuk ke majlis jamuan Hi-Tea di kelab Golden Sun pada
Hari Ahad ini.
Nur Imani, penyanyi dari Kelab Golden Sun akan menghiburkan
anda dengan lagu-lagu yang terbaik. Jangan lupa datang tau!!
Dia bagaikan tidak percaya dengan semua ini!
Bagaimana seorang gadis yang boleh dikategorikan bersopan-santun dalam
berpakaian bekerja di sebuah kelab? Dia tidak sangka. Diam-diam Nur Imani
berisi! Dia tidak sepatutnya mempercayai gadis itu bulat-bulat.
Patutlah bila dia mengajak gadis itu, dia
tidak mahu keluar. Pelbagai alasan diberikan Rupa-rupanya ada udang disebalik
batu!
Direnung semula gambar yang berada di bahagian centre kad
jemputan itu. Kebencian pada wujud pada gadis yang bernama Nur Imani.
Sepatutnya gadis ini ditikam dengan pisau Rambo agar tidak wujud di dunia ini.
Baru puas hatinya!
Kad jemputan itu diletakkan dengan kasar
di atas laci itu. Dia menarik nafas panjang. Perasaannya perlu dikawal sebaik
mungkin.
“Ray, ni baju kau.” Tidak sampai lima
minit, dia masuk ke dalam bilik tetamu namun dia terpempam melihat aksi Rayyan
Zikri yang sudah berubah riak wajah.
“Ray, kau kenapa?” dia berjalan berapa
langkah sebelum dia duduk bersebelahan dengan rakannya.
“Kau pernah menipu aku tak sebelum
ni?”sol Rayyan Zikri dengan mengangkat kening kirinya. Dia sengaja mahu menduga
rakannya itu.
Riak wajah Adam Muhammad pula yang
berubah secara drastik. “Kau cakap apa ni? Aku tak jelaslah dengan soalan
kau.”katanya dengan sedikit teragak-agak.
Rayyan Zikri memegang bahu kanan rakannya
yang seakan gelisah dengan pertanyaan spontannya. “Calm down, my friend…aku
tanya aje, kenapa kau nampak susah hati?”
“Aku bukan susah hati tapi aku pelik
dengan pertanyaan kau bila aku masuk sini. Kau nak cakap apa sebenarnya?”Adam
Muhammad masih dengan perasaan gelisahnya.
Rayyan Zikri tersenyum nipis. Dia tahu
rakannya tidak berapa memahami pertanyaannya. Mungkin dengan menunjukkan kad
jemputan yang dibaca tadi mungkin lelaki disebelahnya akan dapat lebih
memahami.
Kad jemputan diatas laci itu diambil
semula dengan gaya selamba dan diberikan kepada Adam Muhammad. Dia mengerling
sekilas ke wajah rakannya yang tampak terlebih gelisah dengan kad yang dia
berikan kepada lelaki itu.
“Err…mana kau dapat kad ni?”
terketar-ketar bibir Adam Muhammad membalas. Macam mana dia boleh salah letak
kad ini?monolognya dalam hati. Ingatkan kad jemputan ini disimpan didalam
biliknya. Habislah dia, Natasha dan Nur Imani kali ini…rahsia dah terbongkar!!
Rayyan Zikri ketawa sinis. “Kau tanya
mana aku dapat? Aku dapat kat atas laci ini aje. Takkan sebelum aku sampai
rumah kau, kau tak tengok kad jemputan ni dulu hmm? Tak sangka aku ada kawan
yang pandai menipu dalam diam. Hebatlah kau! ”dia menepuk kedua-dua belah
tangannya.
Adam Muhammad terdiam. Tangannya
menggigil memegang kad jemputan itu. Apa yang dia harus katakan pada Rayyan
Zikri supaya dia dimaafkan atas kesalahan menipu terhadap rakan sendiri?
“Ray, maafkan akulah sebab menipu kau.
Aku terpaksa men…”kata-katanya terhenti di situ apabila Rayyan Zikri
menunjukkan jari telunjuk tepat di depan matanya.
“Aku takkan maafkan kau. Aku takkan
maafkan kau selagi Natasha dengan Nur Imani tak berterus-terang kepada aku.
Ahad ini aku nak kau ajak aku pergi kelab tu. Aku nak tengok sejauh mana
kehebatan Nur Imani dalam nyanyian. Jangan sekali-kali bagi tahu diorang,
faham? Kalau aku dapat tahu, nahas kau aku kerjakan.”ugut Rayyan Zikri
“Sekarang ni aku tak nak marah kau. Baju
yang ada kat tangan kau tu bagi pada aku. Aku nak mandi. Panas membahang dalam
badan aku ni!”balasnya dengan sinis sekali. Dia melangkah masuk ke dalam bilik
air dengan kaki yang terjingkit-jingkit.
Adam Muhammad terpaku di atas katil tanpa
sebarang jawapan dan balasan. Dadanya seakan mahu pecah mendengar ugutan
daripada rakannya. Biarlah dia mendiamkan diri dulu. Dia tidak mahu Rayyan
Zikri memukulnya.
Panas membahang yang dimaksudkan adalah
kemarahan yang memuncak terhadap tiga insan yang berani menipunya dalam diam.
Siapa lagi kalau bukan Adam Muhammad, Natasha dan kekasihnya…Nur Imani?
Layakkah Nur Imani dipanggil kekasih selepas
ini?
Rasanya tidak layak lagi kut! Cukuplah
setakat ini…
5 ulasan:
aih....ramalanku benar belaka, razree di bakang....
amek kaw....sedas..dh peluk awek
org berjiwang plak....
sian pulak ray, kaki sakit, hati sakit, jiwa kacau.
dh la kaki berdarah, kna lempang
double, kna tipu awek lagi....
ish3.. sudah jatuh ditimpa tangga
dipatuk ayam dan diberakkan lagi..
kita tgk lepas ni sape lak yg kena
hahahaha....
best giler..... :D
teerrrrbaik pnya KOMEN!! haha
Kesian ni EYA sian kat RAYYAN aje..
mmg dia btul2 kesianlah...eya ttp nakkan d jadi HERO cite ni..x kira!! hehe
uwaaaaa......
meratap sedey jap,
slamat jalan razree.......
tp nk out of list kn razree,
jgn lh truk sgt ekk....
cian dia....encem tuh.....
yg beno nye, bukan sedey apa la sgt,
sbb encem sgt kna reject, tu aje....
lps ni angkat razree for next hero ekk........ ;)
terbaikk......
tgk sampai gambo pn dh tukar jadi
loving bird,
mood romantic punya pasal...
hahahahaha...
hatiku kau guris luka.....
ni ayat razree...ke rayyan????
ah.....kompius....
wakakakaka....
xmo rayyan jd hero.baran xbertempat.smbg lg ye
Catat Ulasan