“Awak sibuk sangat ke sampai takde masa nak keluar dengan
saya?”
Rayyan Zikri meluahkan rasa tidak puas hatinya kepada
kekasihnya, Nur Imani di luar beranda rumah gadis itu. Sanggup dia berlari
keluar dari rumah dan terus ke rumah gadis ini kerana tidak mahu dia disalahkan
abangnya, Razree kerana membuat neneknya pengsan di ruang tamu. Pembantu rumah
yang ada kat rumah nenek, pandai-pandailah mereka nak uruskan nenek. Sakit
hatinya tentang merahsiakan Dhia bekerja dari pengetahuannya menimbulkan
kekusutan di fikirannya
Sedangkah lidah lagi tergigit, apa guna sepasang kekasih
jika tiada perhubungan komunikasi dalam seharian? Baik putus saja kalau begitu!
Ini sudah bagus dia mahu memperbaiki hubungannya dengan Nur Imani… kalau tidak,
pasti akan berantakan!
Nur Imani yang duduk bertentangan dengan Rayyan Zikri
mencebik, tanda meluat dengan soalan yang sering didengarinya ketika berjumpa
dengan lelaki ini. Asyik tanya soalan yang sama saja. Bosan betullah, gumamnya.
Kerja malam, balik pagi! Itulah rutinnya sebagai penyanyi
kelab malam di Golden Sun. Ingat senang ke nak ajak lelaki ini keluar malam?
Memang susahlah kan?! Yang lelaki depan dia ini tak faham bahasa pula, asyik
nak keluar saja. Tak bosan ke keluar jalan-jalan? Kalau dia jadi lelaki ini,
lebih baik dia tidur lagi bagus!
“Awak kena faham, tugas saya sebagai seorang guru kenalah
dahulukan anak-anak murid saya. Macam moto kerajaan, Rakyat Didahulukan
Pencapaian Diutamakan. Macam itulah tanggungjawab saya sebagai seorang guru
kepada anak murid saya.” Terdiam lelaki itu mendengar kata-katanya.
Nah! Jawapan yang bersifat penipuan diberikan kepada lelaki
itu. Jika dibilang dengan jari, sudah berapa kali lelaki ini ditipu hidup-hidup
dengannya. Makin bertambahlah dosa dia di dunia ini.
Rayyan Zikri melepaskan keluhan berat. “Tapi takkanlah
sampai tak ada masa nak keluar dengan saya? Saya kekasih awak dan awak tak
boleh buat saya macam ni. Jiwa saya tertekan kalau awak buat saya macam ni setiap
kali saya ajak awak keluar. Saya nak jadi teman lelaki yang betul-betul
menghargai kekasih.” jujur dia membalas.
Nur Imani pula yang terdiam. Ini dah kes parah! Lelaki ini
benar-benar menyayangi dirinya, tetapi dia? Entahlah…sejak kebelakangan ini,
hatinya langsung tidak terusik dengan sifat dan sikap prihatin lelaki ini.
Sudahlah dia sibuk dengan kerja malam, bila balik terus tidur tidak ingat
apa-apa yang berlaku disekeliling.
“ Saya memang takde masa lah nak keluar selalu. Saya
betul-betul sibuk.” Nur Imani memberi alasan. Rayyan Zikri meraup wajah, sukar
untuknya menerima jawapan itu.
“ Setahu saya, sabtu dan ahad memang sekolah tutup kan? Tapi
kenapa macam setiap hari aje sekolah awak dibuka? Pengetua tak kasi cuti ke?”
Rayyan Zikri menambahkan soalan ‘panas’ yang membuatkan Nur Imani terkedu seketika
di depannya.
“ Memanglah sekolah tutup hari sabtu dan ahad tapi tak semestinya
para cikgu akan dapat cuti hari minggu! Banyak dokumen nak kena semak tau.
Bukan sikit pelajar kat kelas saya. Empat puluh orang tau!” dia mengetap bibir
dan berpaling ke kiri sekilas. Tipu lagi!
Argh,
Hentam sajalah!
“Susah
betul kehidupan awak sebagai seorang cikgu. Kesian teman wanita saya. Banyak
dokumen nak kena check ye?” Rayyan Zikri terpaksa akur yang tanggungjawab Nur
Imani sebagai seorang guru harus direalisasikan dengan baik.
“ Tak mengapalah. Awak pentingkan anak murid awak tu dulu
ye. Mana tahu kekasih saya ni bakal mendapat guru terbaik peringkat sekolah?
Bangga saya tau!” akhirnya dia mengalah. Dia tidak mahu merosakkan pertemuan
mereka berdua. Bukan senang untuk mereka berjumpa.
Kelu lidah Nur Imani untuk menjawabnya. Kekasihnya ini
memang lelaki yang baik dan mudah mengalah namun sikapnya yang cepat marah
menakutkan dirinya. Dia tidak sanggup untuk membongkarkan siapakah dirinya buat
masa sekarang di depan Rayyan Zikri.
Biarlah pekerjaan sebenarnya disimpan baik-baik di sudut
hatinya. Bila tiba masanya, dia akan berlaku jujur pada lelaki ini setelah dia
berhenti dari bekerja sebagai penyanyi di kelab malam.
“Terima kasih. Awak memang lelaki yang baik. Saya janji,
lepas semua dokumen saya dah siap. Kita keluar jalan-jalan. Awak nak ajak saya
keluar lepas ni, keluarlah. Kemana awak nak pergi, saya akan turuti permintaan
awak. Saya janji!” dia bersumpah didepan Rayyan Zikri walaupun sebenarnya itu
hanya janji palsu sahaja.
Rayyan Zikri mengambil kedua-dua tangan gadis itu lalu
dikucupnya. “Saya akan ingat janji awak.”
Nur Imani hanya mengukir senyuman pahit seraya dia
mengangguk demi memuaskan hati lelaki itu.
*****
“Kita makan jom?” Razee mengajak Dhia makan setelah tepat
pukul dua belas tengah hari. Pintu bilik Dhia dibuka tanpa diketuk terlebih
dahulu. Maklumlah, majikan kan?
“Jomlah.”perlahan suara Dhia membalasnya. Dia bangun dari
tempat duduknya. Beg tangannya dibawa dengan rasa malas. Hari ini dia bertuah kerana
dapat duduk di bilik yang ditempatkan khas untuknya sahaja. Jadi, dia tidaklah
tertekan sangat dengan bunyi bising di bahagian kilang!
Waktu dia bekerja di syarikat milik Muzaffar Ikram dulu, dia
terpaksa duduk bersama-sama dengan pekerja-pekerja lain. Kali ini, dia gembira
kerana biliknya Wajah serius Razree yang mengajaknya makan mengundang debar.
Bilalah lelaki ni nak buat wajah ceria ni? Gerutunya. Wajah serius yang amat!
Razree menahan ketawa didalam hati. Dia tahu Dhia pelik
dengan kelakuan dan sikapnya ketika di dalam office. Tapi apa boleh buat,
ketika dia berada didepan pekerja, sifat tegas dan nada serius perlu
ditonjolkan agar pekerjanya tidak mengambil kesempatan terhadap sikap baiknya.
Dhia menghampiri teman lelakinya sambil mencekak pinggang.
“Boleh tak Encik Razree membuat wajah ceria dan gembira ketika bercakap dengan
saya? Saya meluatlah bila tengok muka Encik Razree macam ni.” sindir Dhia
dengan mata membulat.
“Boleh, sayangku Dhia tapi buat masa sekarang tak boleh.
Lepas keluar dari ofis barulah Encik Razree ni boleh berwajah riang.” Dhia
terdiam. Wajah Razree masih lagi tidak berubah.
“Eeii…menyampahnya!!” dia mengerutu geram seraya itu dia
terus menapak keluar dari bilik. Tidak dihiraukan langsung wajah serius Razree.
Razree mengangkat bahu sambil mengukirkan senyuman nipis.
Dhia marah sekejap saja itu. Sekejap lagi dia mesti happy mood! Gelaknya sendiri. Dia terus mengejar kekasihnya yang
sudah turun lif tanpa meninggalkan yang terkapai-kapai di sini keseorangan.
*******
Dhia membuang pandang ke arah cermin tingkap kereta.
Langsung dia tidak melihat abang Razree yang berada disebelahnya. Merajuklah
konon!
Ku cari di mana
Kau letak hatimu
Kerna bersamaku ada penawarnya
Hanya kepadamu tempat ku mengadu
Usah kau berpaling
Dan terus membisu
Sememangnya lidah tiada bertulang
Sememangnya lidah tiada bertulang
Namun itu bukan alasan berdiam
Percintaan ini kita memilihnya
Kesilapan hanya suatu perbandingan..
Kekasih..cintaku ibarat rimba
Kekasih..cintaku ibarat rimba
Andainya dibakar
Tinggallah debuan arang
Siramlah dengan kata-kata saktimu
Semoga asmara
Berbunga ke akhir nanti
Bagi ku engkau
Permata hidupku
Inilah ujian buat kita..
Inilah ujian buat kita..
Berjanjilah dan setia
Kekasih padaku
Kita bercinta hingga ke pintu syurga
Sinarilah asmara
Di mata dan di jiwa
Hidupkan cahaya cinta
Selamanya.....
Dhia
tergamam. Dia segera menoleh ke wajah kekasihnya dengan mata berkelip-kelip.
Biar betul lelaki ini menyanyikan lagu Ziana Zain? Dia tidak salah dengar kan?
“Sedap
kan abang nyanyi?” akhirnya, Dhia menoleh ke arahnya jua. Susah juga nak pujuk
Dhia ini. Mujur dia ada idea untuk membuat Dhia memandangnya.
Razree
mengukirkan senyuman lebar. Senyuman itu menggetarkan jiwa Dhia. Hah! Kan boleh
senyum tu. Sajalah tu buat muka serius tadi. gerutunya dalam hati.
“Abang
nyanyi takdelah sedap mana. Tapi Dhia terpukau dengar abang nyanyi lagu wanita.
Tak sangka abang hafal lirik lagu Syurga Dihati Kita. Sejak bila abang minat
lagu wanita ni? Dia tidak lagi bermuram durja sebaliknya dia excited untuk melihat wajah lelaki itu
menuturkan kata. Boleh tahan juga senyuman lelaki ini.
“Sejak
abang mula menyintai Dhia.”jawabnya sepatah.
Terkedu
Dhia di situ. Dia mengetap bibir menahan malu. “Err…abang janganlah jiwang
sangat. Dhia seganlah.” Dia menyorokkan muka.
“Lagu
Syurga Dihati Kita abang tujukan khas buat Dhia yang tercinta. Balik nanti,
jangan lupa download lagu tu. Masa dengar nanti, boleh dengar puas-puas.”
Razree tersengih nakal lalu dia ketawa kecil.
Dhia
terpaku tanpa kata. Hatinya tersentuh dengan sikap lelaki ini. Balik nanti, dia
akan dengar dan hayati lirik lagu itu dengan penuh perasaan! Tekadnya dalam
hati.
Entah kenapa, jiwanya mula resah setiap
kali dia berdepan dengan abang Razree.
Sudah
jatuh cintakah dia pada lelaki ini?
*******
Razree dan Dhia makan tengah hari di Tumes Café, kedai yang
berkonsepkan makanan johor yang terletak bersebelahan dengan Paparich. Agak
ramai juga pengunjung yang datang pada saat ini. Kebiasaannya, waktu-waktu
lunch hour begini memang ramai yang akan menerjah masuk untuk menikmati
hidangan tengah hari.
Mereka berdua memesan makanan dan minuman yang sama iaitu
Nasi Bryani Ar-Rayyan dan Air Soda Senang Hati. Pelik kan nama air itu?
Walaupun pelik, tapi sedap dan terbaik.
Setelah Razree membayar makanan dan minuman itu, mereka
berdua mencari meja yang kosong untuk diduduki.
Dhia yang ternampak ada satu meja dan dua kerusi yang masih
tiada penghuni segera mengajak Razree agar duduk di situ. Razree akur dan
mereka berdua terus bergerak di situ dan duduk.
“Abang, baca doa makan.”arah Dhia. Dia mengangkat kedua belah tangannya untuk berdoa.
“Bismillahirrahmanirahim…”Razree turut serta mengangkat
kedua-dua belah tangannya lalu memulakan bacaan doa makan. Semoga makanan dan
minuman yang dipesan ini akan diberkati Allah…
“Amin…!” Dhia bersuara setelah habis Razree membaca doa.
Begitu lancar lelaki ini mengalunkan bacaan doa makan. Tidak seperti adiknya,
Rayyan Zikri yang kelihatan teragak-agak mahu membaca doa. Harap sahabatnya itu
akan membaca doa dengan lancar selepas berkahwin dengan Nur Imani nanti.
Mereka berdua menikmati hidangan makan tengah hari dengan
penuh berselera.
Selang sepuluh minit selepas itu, Galaxy Note II milik
kekasihnya di atas meja berdering. Dhia terkejut sesaat kemudian dia meneruskan
suapan yang tertangguh tadi.
Razree berdehem sebentar sebelum mengangkat telefon
miliknya. Dhia hanya memerhatikan gelagat kekasihnya mengangkat telefon sambil
menikmati makanan.
“Hello….”Razree memulakan perbualan.
“What?!!” suaranya terjerit sedikit. Terbangun dia dari
tempat duduknya akibat terkejut.
Dhia tersedak.
Dia mengambil air Soda Senang hati lalu meminumnya. Apalah abang ni,
buat orang terkejut aje.kritiknya.
Razree pantas menutup talian. “Dhia, habiskan air tu. Jom
kita pergi rumah nenek.”
Dhia terpinga-pinga. Apa semua ini? Apa dah berlaku sehingga
kekasihnya berubah riak wajah? Ada yang tidak kena ke? Bertubi-tubi soalan yang
berlegar difikirannya.
Minuman itu disedut sehingga habis. Setelah itu, dia
mencapai beg tangannya di kerusi selepas bangun dari tempat duduk dan mengikut
Razree masuk ke dalam kereta.
******
“Abang kena sabar. Jangan bertindak melulu.” dia meminta
abang Razree bertenang dulu ketika mereka berdua masuk ke dalam bilik nenek.
Dhia terperanjat mendengar kata-kata abang Razree didalam kereta
sebentar tadi. Mujur rumah nenek tidak jauh dari tempat mereka berdua menjamu
selera. Jika tidak, pasti kekasihnya akan bertambah gelisah.
“Mana boleh
abang sabar, Dhia. Ray tu memang nak kena dengan abang. Kurang ajar betul dia
tu. Kalau abang dapat dia, abang patah-patahkan tulang dia!!” Kata Razree
dengan kasar sekali. Riak wajahnya kembali serius.
“Kalau macam tu, abang jaga nenek kejap. Dhia pergi cari Ray
dulu. Dhia tahu nak buat apa dengan lelaki tak sedar diri tu.” Kata-kata kasar
yang meniti dibibir lelaki itu tidak menakutkan dia kali ini kerana dia juga
dalam keadaan marah. Marah kerana sikap Rayyan Zikri yang masih tidak mahu
mengubah sikap barannya.
“Tak payah pergi, Dhia. Dhia tunggu aje kat sini dengan
abang. Pembantu rumah dah cakap tadi kan yang Ray memang takde kat rumah ni.
Tak payah pergilah…”suaranya berubah kendur. Dia menahan tangan Dhia untuk
pergi ke bawah.
“Abang jangan risau. Dhia tahu nak buat apa dengan lelaki
itu. Abang tunggu ajelah kat sini.”balas Dhia dengan lembut. Dia tahu abang
Razree cemburu.
Razree tidak mahu berkata tidak walaupun hatinya menjerit
tidak mahu Dhia pergi meninggalkannya namun dia harus akur, nenek
memerlukannya.
Dhia keluar dari bilik nenek dan menutup pintu. Dia mengeluh
kelegaan. Dapat juga dia keluar dari bilik nenek. Tapi dia hairan, sahabatnya
itu ke mana? Takkan jumpa Nur Imani kut waktu nenek sakit? Tak ada belas
kasihan langsunglah lelaki itu.
******
Rayyan Zikri meletakkan keretanya di luar. Dia tidak mahu
keretanya diletakkan di dalam. Dia mahu mengambil sebahagian bajunya untuk
menetap seketika dirumah kawannya, Adam Muhammad. Tunggu nenek sihat dulu, baru
dia akan memohon maaf kepada nenek atas keterlanjuran katanya pagi tadi.
Pak Mat yang melihat cucu Puan Hadijah hadir di depan garaj
segera membuka pintu yang disalut besi itu untuk memberi laluan kepada Rayyan
Zikri. Dia tidak mahu berkata apa-apa tentang cucu lelaki Puan Hadijah yang
seorang ini. Barannya melampaui batas. Tersilap kata buruk padahnya!
Rayyan Zikri mengerling tajam ke arah lelaki berusia itu.
Mujur lelaki itu tidak bertanyakan pasal nenek. Dia segera masuk dengan riak
bangga.
Dhia yang menanti kedatangan Rayyan Zikri di luar rumah
nenek membulatkan mata tatkala melihat sahabatnya itu menjejakkan kaki masuk ke
dalam rumah nenek tanpa membawa kereta masuk ke garaj kereta.
Tanpa menunggu lagi, dia berlari anak menuju ke arah
sahabatnya. Rayyan Zikri terlopong. Dhia! Sahabatnya datanglah!!
“Dhia, bila kau sampai?” Dia cuba untuk berbual dengan
sahabatnya semesra mungkin tetapi nampaknya sahabatnya itu bertindak lebih
agresif dengan menampar mukanya!
Dhia menampar muka Rayyan Zikri sekuat hati tanpa rasa belas
kasihan. Walaupun sekali tamparan itu hinggap di pipi mulus lelaki itu namun
dia puas.
Rayyan Zikri memegang pipi yang ditampar dengan hati yang
panas membara. Mukanya merah padam. “Kau tampar aku?”tinggi nada suaranya. Ini
kali pertama dia ditampar dengan kuat oleh seorang insan yang bernama sahabat.
“Itu balasan atas apa kau dah buat pada nenek. Kalau kau
bukan sahabat aku, dah lama aku bunuh kau. Kau tak ada perasaan kesal ke bila
buat nenek macam tu? Otak kau letak kat mana? Kat lutut?!!” lantang Dhia
bersuara . Dari apa yang dinyatakan pembantu rumah nenek kepadanya, Rayyan
Zikri telah mengeluarkan perkataan yang kurang ajar sehingga nenek pengsan di
ruang tamu.
Rayyan Zikri terdiam. Dia bergerak selangkah menghampiri
Dhia dan mengambil sebelah tangannya lalu ditekapkan ke pipi Dhia. Wajah itu
tidak ditampar malah dielus lembut.
Dhia tergamam. Dia terkejut dengan perbuatan Rayyan Zikri
yang tiba-tiba itu. Segera dia berundur ke belakang namun sahabatnya pantas
memeluknya. Dia terkedu. Apa Rayyan Zikri cuba lakukan pada dia? Jika abang
Razree tahu pasti muka sahabatnya akan ditumbuk berkali-kali.
“Aku kasi amaran sama kau. Jangan tinggalkan aku kalau kau
tak nak nenek pengsan buat kali kedua. Ingat tu!”bisik Rayyan Zikri perlahan di
telinga Dhia.
9 ulasan:
smbng lagiii
dush...dush...dush...
ni bunyi rayyan kna tumbuk...
hahaha...padan muka...
cheh, suke ati dia je peluk makwe
owg, durhaka sungguh....
oppsss....razree kat bakang la,
OMG OMG
sambung, sambung....
me, mcm org gilark.... :P
Eh eh sesuka je ray buat anak org mcm tu . Ko dah ada imani dgn imani je la .nak kacau awek org apahal
insyallah akk akn smbung lg.. ;)
kak Nana..lawak lah komen kak Nana..haha
anyway..tggu aje eps setersunya..hehe
d risau tu kak eida klao Dhia rapat dgn Razree tu..tu yg d ckp jgn tinggalkan aku..
Part Ray n Imani tuh dh cam cite P. Ramlee la plak. So outcome cite dh boleh di predict...part tu je la.
hehe..buat fara..mmg eya buat yg ada kaitan ngn perempuan kabaret mcm cite PRAMLEE tu tp ni versi zaman dah cnggih.. ;)
sesuka hati je rayyan zikri nak peluk-peluk dhia..kan dah ada Nur Imani tu..
sebuk betul la.....
biar la dhia n razree,xmo rayyan.xbest.haha
Catat Ulasan