Dhia dan Razree duduk di salah sebuah
kerusi yang terdapat di bahagian luar kediaman nenek. Kerusi itulah yang
menjadi tempat untuk mereka berbual setelah Rayyan Zikri muncul dibelakang
rumah nenek. Salah seorang pembantu rumah
membawa dua cawan teh sebagaimana yang telah diarahkan Razree sebelum
mereka sampai ke sini.
Agak sunyi kawasan disini. Tidak ramai
yang lalu-lalang di kawasan ini.
Cahaya lampu yang samar-samar menimbulkan sedikit ketakutan kepada Dhia
yang kini berdua sahaja dengan cucu Puan Hadijah. Seperti yang diketahui, jika
berdua akan muncul orang ketiga iaitu syaitan.
“Minum dulu, Dhia.”pelawa Razree mesra.
Dia tahu Dhia masih lagi dalam keadaan takut sementelah adiknya, Rayyan Zikri
ada di belakang rumah nenek. Mujur dia muncul tepa pada masanya.
Dhia memandang lelaki itu lalu
tersenyum nipis. Cawan yang dipegang disuakan kepada lelaki itu agar turut sama
menikmati minuman. “Abang pun minum jugak.”
Dengan sekali hirup, Razree meletakkan
semula diatas piring yang disediakan. Ruang kerusi yang dilihat ada kekosongan
segera diletakkan disitu. Diperhatikan sahaja gelagat Dhia menikmati cawan itu
sehingga dia tersedar lelaki itu merenungnya. Dia meletakkan cawan diatas ruang
yang masih kosong sepertimana yang dilakukan lelaki itu
“Kenapa abang tengok Dhia? Ada yang tak
kena ke?”
“Takdelah. Abang cuma perhatikan Dhia minum aje.”Razree
tersenyum. “Tengok tu, minum air sampai tak sedar kat bibir tu ada air
meleleh.”dia mengelap sekilas setitik air the yang ada di tepi bibir perempuan
itu.
Dhia mengelak. “Abang ni, Dhia boleh
lap sendirilah.”Razree tersenyum lagi.
“Biarlah abang lapkan. Lagipun Dhia
bukannya perasan air teh tu ada kat tepi bibir Dhia. Ini pun baru abang cakap
dengan Dhia kalau tak, mesti sampai balik pun mesti Dhia tak perasan.” Razree
tersengih nakal.
Dhia menyentuh sekeliling bibirnya.
Takut ada lagi kesan air teh yang wujud disitu. Dahlah dia minum sampai ke
titisan terakhir air teh itu. Itu tandanya haus sangat tu!desisnya.
“Patutnya abang bawa Dhia duduk kat
ruang tamu aje. Tak payahlah sampai bawa ke sini. Nanti apa pulak kata tetamu
yang hadir kat rumah nenek. Lagipun kita bukannya ada ikatan apa-apa pun sampai
nak berdua-duaan macam ni. Lainlah kalau kita dah kahwin.”Dhia mengetap bibir.
Suaranya tiba-tiba berubah kendur apabila tiba di ayat terakhir.
Razree berdehem sesaat. “Kahwin? Abang
suka dengar perkataan tu. Kita kahwin ajelah senang. Dapatlah kita dapat duduk
berdua macam ni. Lagi dekat pun boleh. Sekarang ni dua cawan yang kita minum ni
menjadi ‘halangan’ untuk kita duduk lebih dekat. Dhia dah fikirkan apa yang
abang cakap semalam?”
Dhia memandang ke tepi sambil mengetap
bibir. Apa yang dia nak cakap ni? Ya atau tidak? Kalau ya, pasti lelaki itu
akan gembira sakan. Jika tidak pula, pasti lelaki itu akan kecewa padanya dan
tidak mahu bersua muka dengannya lagi. Dia suka berkawan dengan lelaki ini
semenjak Rayyan Zikri seakan-akan meminggirkan dirinya. Kerana lelaki
disebelahnya, wajah cerianya muncul kembali.
“Abang nak tahu jawapan Dhia?”mata
mereka bersatu.
“Dah dua hari abang tunggu jawapan Dhia
tapi abang tahan sebab nak bagi Dhia fikir masak-masak. Kalau Dhia rasa abang
tak sesuai jadi pasangan hidup Dhia, ok fine. Abang rela dan abang terpaksa
buang perasaan suka yang wujud dihati abang sejak berapa hari yang lepas. Abang
tak nak terluka untuk hari-hari yang seterusnya.”
Dhia jadi sayu mendengarnya. Nampaknya
abang Razree tutlus menyukainya. “Betul abang suka kat Dhia?”dia masih lagi
samar-samar dengan jawapan yang diberikan lelaki itu.
“Abang bukan setakat suka tapi abang
cinta dan sayangkan Dhia.”tiba-tiba Razree bertindak mengambil tangannya lalu
dikucup lama. Dhia terpana. Pantas dia menarik tangannya.
Razree terkedu. “Maafkan abang sebab
cium tangan Dhia.”
“Dhia dah fikir masak-masak dan Dhia
rasa Dhia dah buat keputusan yang tepat.”
Razree berdebar-debar. Harap-harap
jadilah…
“Dhia terima abang jadi kekasih Dhia.”
Mulut Razree ternganga luas. Dia
mengosok matanya berkali-kali. Seakan tidak percaya dengan jawapan yang
diterima.
“Cuba Dhia ulang sekali lagi. Abang nak
dengar.”dia mendekatkan telinganya di wajah Dhia. Dhia tersentak. Dia menarik
nafas panjang lalu dia mendekatkan bibirnya ke cuping telinga lelaki itu.
“Dhia terima abang jadi kekasih Dhia
dengan seikhlas hati bukan kerana terpaksa tetapi dengan rela hati.”bisik Dhia
dengan nada gugup.
Razree terkedu sekali lagi. Dia
benar-benar terpana dengan ayat itu. Airliurnya ditelan berkali-kali.
“Betul
Dhia terima abang?”
“Betul.”dia
tersipu-sipu malu.Hujung kain tudung diambilnya lalu diditutup sebahagian
wajahnya.
Razree
mengucapkan syukur ke hadrat ilahi kerana memberinya peluang untuk bercinta
sekali lagi.
Alhamdulilah…semoga
mereka berdua kekal berpasangan hingga ke jannah.doanya dalam hati.
*****
Rayyan
Zikri terpana melihat adegan romantik yang berlaku diantara Dhia dan abangnya
tidak jauh dari pintu masuk rumah nenek. Hatinya kecewa dengan sikap Dhia dan
abangnya. Tidak sangka dalam Dhia bermuram durja, perempuan itu ‘bermesra’
dengan abangnya yang tiba-tiba muncul hari ini di kenduri doa selamat yang
dianjurkan mereka.
Rasa-rasanya
dia dan abang sudah lama tidak bersua muka apatah lagi hendak bercakap
ditalian. Mengapa lelaki itu muncul secara tiba-tiba dirumah nenek? Adakah
nenek yang menjemput abangnya datang ke sini?
Yang
peliknya, abangnya ada mengatakan yang dia yang membawa
sahabatnya ke sini. Sejak bila mereka berjumpa? Hatinya mula berasa tidak enak.
Dia tidak boleh biarkan Dhia berkawan rapat dengan abangnya. Dhia itu
sahabatnya, bukan sahabatnya abangnya!
Jangan
sekali-kali kau dapat berkawan dengan Dhia, abang Raz! dia mengepal penumbuk
dan mendengus. Terus dia masuk ke dalam rumah dengan kaki yang
terjingkit-jingkit.
*****
Masuk sahaja ke dalam rumah, orang
pertama yang Rayyan Zikri jumpa adalah neneknya yang sedang berbual dengan ibu
Dhia . Dia mengeluh kesah. Kaki yang sakit ini perlu berjalan seperti biasa
agar nenek tidak terlalu risau dengan keadaannya. Jika nenek tahu, pasti nenek
akan membawanya ke hospital.
Walaupun kakinya teramat sakit ketika
ini, dia mengagahkan diri agar nenek tidak melihat sebarang kelukaan pada
kakinya.
Puan Hadijah menghentikan perbualannya
dengan Puan Suria dan apabila ternampak cucunya yang baru sahaja masuk ke dalam
rumah. Dia jadi pelik. Bila masa pulak cucunya ada di sini? Setahunya Rayyan
Zikri sukar untuk hadir ke majlis keagamaan seperti ini. Adakah cucunya sudah
mula berubah? Jika benarlah telahannya, alhamdulilah…
“Nenek tak sangka Ray ada kat sini.
Bila Ray balik?”soal Puan Hadijah dengan mesra. Malam ini cucunya hanya mengenakan
baju kemeja dan seluar slack sahaja, tidak seperti tetamu-tetamu lelaki yang
hadir pada malam ini yang rata-ratanya memakai baju melayu serta bersampin.
Hmm…bilalah cucunya ini mahu memakai
baju melayu seperti lelaki lain? tanya dia dalam hati. Sudah lama baju melayu
tidak tersarung di tubuh cucunya yang satu ini. Seringkali cucunya memakai
kemeja dan seluar slack.
“Ray penatlah. Ray nak rehat kat dalam
bilik.” Soalan nenek tidak berapa diendahkan. Apa yang ada difikirannya
sekarang ini hanyalah mahu menenangkan mental yang agak berserabut didalam
kepalanya.
“Ray jangan macam tu, nanti apa pulak
kata tetamu bila Ray buat endah tak endah aje dengan diorang.”
“Nenek aje yang fikir macam tu. Ray
rasa tak ada apa-apa pun. Dahlah, Ray nak masuk bilik dulu. Jangan ganggu Ray
lepas Ray masuk bilik. Ray tak mahu diganggu.”ujarnya sebelum kakinya
perlahan-lahan bergerak naik ke bilik.
Puan Hadijah terasa. Sedihnya dapat
cucu yang begini degil. Apa yang dikatakan semua mahu dibantah. Nasib Nur Imani
lah dapat teman lelaki seperti ini.
Cucunya sudah berkira-kira mahu naik ke
atas namun dia tergamam seketika melihat gerak langkah cucunya ketika meniti
anak tangga. Kaki Ray ada masalah ke? Telahnya sendiri. Terus dia bergerak
menghampiri Rayyan Zikri dan memegang bahu cucunya. Kaki cucunya ditilik penuh
teliti. Dia agak terperanjat melihat kaki cucunya yang kebiru-biruan dan
sedikit darah mengalir ditepi kaki cucunya.
Rayyan Zikri terkejut. Dia lantas
berpaling ke belakang. “Apa lagi nek…?” acuh tidak acuh dia menyoal.
“Kenapa kaki Ray berdarah ni?”soal Puan
Hadijah penuh risau. Kepalanya ditundukkan sedikit. Dia jadi takut melihat kaki
cucunya itu. Sudah pasti akan meninggalkan kesan pada kaki cucunya nanti.
Mungkin selepas ini dia akan menelefon doktor peribadinya untuk merawat kaki
cucunya.
“Biarlah kaki ni berdarah ke tidak.
Kaki Ray yang sakit, bukan kaki nenek.”acuh tidak acuh Rayyan Zikri menjawab.
Terjungkit-jungkit dia bergerak meniti anak tangga dan terus masuk ke dalam
bilik. Malas mahu menyertai sekumpulan tetamu yang sedang enak menikmati
hidangan di ruang tamu.
Puan Hadijah terdiam. Dia kaku di situ.
Kenapalah dengan cucu aku ni?gumamnya. Rasanya dia tak buat apa-apa pun. Cara
cakap dia pun baik-baik saja. Apa yang membuatkan cucunya bingung pun dia tidak
dapat mengenal pasti. Malam ini dia agak sibuk melayan tetamu jadi perkara yang
berkaitan dengan cucunya tidak diendahkan.
Didalam bilik, Rayyan Zikri membaling
bantal dan cadar yang terletak elok diatas katilnya dengan kasar diatas lantai.
Hatinya memang sakit ketika ini. Gara-gara Dhia pergi bersama abangnya,
cemburunya menular secara tiba-tiba.
“Kenapa dengan aku ni? Kenapa hati aku
sakit sangat bila Dhia pergi kat abang Raz?”soalnya sendiri. Rambutnya diraup
kasar.
“Aku dah jatuh cinta pada sahabat sendiri
ke?”soalnya lagi. Tubuhnya dibaringkan di katil tanpa bantal. Wajahnya merenung
siling yang kosong tanpa sebarang lampu sebelum dipejamkan mata. Kakinya
dijulurkan ke bawah tanpa diangkat ke atas. Insyallah dia akan meletak minyak angin
di kaki pada keesokan harinya.
Biarlah hati ini tenang dulu dari
memikirkan tentang sahabatnya dan bermimpi yang indah tentang hubungannya
dengan Nur Imani…
****
Razree menghantar Dhia dan ibunya balik
ke rumah setelah selesai majlis doa selamat yang dibuat nenek. Malam ini,
hatinya dipalit dengan kegembiraan dan keceriaan tatkala Dhia sudi menerimanya.
Di dalam kereta tadi, dia telah
meluahkan hasratnya kepada Puan Suria untuk mengambil Dhia sebagai teman
istimewa dihatinya. Dhia yang duduk disebelahnya kelihatan malu-malu apabila
dia berkata soal hati dan perasaan didepan Puan Suria tanpa perasaan segan.
Itulah bukti cinta dia kepada perempuan yang bernama Nurul Haifa Nadhiya.
Alhamdulilah, dengan kuasa tuhan ibu
Dhia bersetuju mereka berdua menjalinkan hubungan namun hatinya sedikit
berdebar tatkala teringatkan nenek di rumah. Adakah nenek akan setuju mereka
berdua menjalinkan hubungan?
Berserabut juga kepala dia untuk
memikirkan tentang keputusan nenek tapi dia yakin nenek pasti akan setuju
mereka berdua bersatu. Nenek sayangkan Dhia dan nenek juga mahukan Dhia bahagia
setelah diceraikan. Dia akan menyakinkan nenek bahawa dia menyintai Dhia.
“Mak cik masuk dulu, korang berboraklah
apa yang patut.”kata Puan Suria dengan memberi keizinan untuk mereka berbual.
Dia seronok melihat pasangan ini. Dalam hati dia berharap agar pasangan ini
akan cepat disatukan.
Dhia malu-malu. “Takpelah, ibu. Kita
masuk sekali ye.”ajaknya yang masih lagi dalam keadaan segan. Dia menarik
tangan ibu untuk masuk sekali dengannya namun ibu pantas meleraikan pautannya.
Dhia menjungkitkan kening.
“Biarlah korang berbual dulu. Kan hari
ni hari pertama korang bercinta.”ucap Puan Suria diselangi dengan sengihan. Dia
memohon diri untuk masuk ke dalam terlebih dahulu. Razree tersenyum simpul.
Bertuahnya dia jika dia mendapat ibu mertua sebegini sporting. Desisnya.
Dhia berpaling ke tempat lain manakala
Razree tidak jemu-jemu memerhatikan kekasih hatinya yang mengalih pandangannya
dari memandang dirinya.
“Dhia, janganlah malu macam kita baru
pertama kali kenal. Dah jadi kekasih kan, buat apa nak segan lagi. Pandang
sini, tengok muka abang yang hensem ni.” Dhia tersengih sendiri dibelakang
teman lelakinya lalu dia berpaling dengan mengetap bibirnya. Malu beb!
“Abang buat Dhia malu aje dalam kereta
tadi. Nasib baik ibu terima tau kalau tak, meranalah abang!”
“Eh, abang cakap depan mak cik pun dah
kira okey. Kalau pendamkan hubungan ni lama-lama, tak pasal-pasal mak cik Suria
carikan lelaki lain untuk Dhia. Abang tak rela tau.”
Dhia tergelak kecil. “Abang memang lelaki
yang berani. Dhia suka semangat abang.”pujinya.
Razree kembang setaman. Bangga dengan statement yang meniti dibibir
kekasihnya. “Suka semangat abang aje? Suka kat abang?” tadi di rumah nenek,
Dhia hanya bersetuju untuk menerima dia sebagai kekasih hati tapi tidak pula
bercakap tentang perasaan.
Dhia menarik nafas dalam. Apa dia nak
jawab ini? “Dhia suka abang tapi Dhia harap abang faham yang hati Dhia masih
tertutup buat insan yang bernama lelaki semenjak Muzaffar ceraikan Dhia. ” dia
terpaksa berkata jujur. Memang diakui dia boleh menerima abang Razree namun
bukan seratus peratus penerimaan itu!
Razree sedikit berjauh hati. “Maknanya Dhia
tak cintakan abanglah ni?” sayu suaranya kedengaran. Dia terasa ingin
menitiskan airmata tetapi sebagai lelaki dia harus kuat.
“Dhia tak cakap Dhia tak cintakan
abang. Dhia cakap hati Dhia masih tertutup buat seorang lelaki dan bila Dhia
sudah menjadi kekasih rasmi abang, Dhia akan belajar mencintai abang dan abang
kena buat Dhia mencintai abang. Sekarang ni Dhia sukakan abang, jadi abang kena
buat Dhia cintakan abang pulak.”
Razree memikirkan seketika logik yang
Dhia berikan padanya. Benarkah cinta akan hadir di sudut hati kekasihnya
setelah hati Dhia tertutup buat seorang lelaki? Mampukah dia membuat Dhia
mencintainya?
Insyallah…dengan semangat dan keyakinan
yang terbit dihatinya, dia akan berusah sebaik mungkin untuk membuat Dhia
mencintainya.
“Dhia terpaksa buat pengakuan ni sebab
Dhia tak nak abang terluka dikemudian hari. Abang berilah Dhia peluang untuk
mencintai abang dan insyallah Dhia akan menerima cinta abang seikhlas hati Dhia
suatu hari nanti.”jelasnya.
Razree merenung Dhia tidak berkelip.
“Abang akan beri Dhia masa untuk belajar mencintai abang dan abang akan tunggu
saat itu. Abang akan buat Dhia cintakan abang.”
“Terima kasih abang. Terima kasih
kerana memahami diri Dhia. Berlaku jujur lebih baik dari menipu. Dhia tak nak
tipu abang dan Dhia harap abang buat Dhia cintakan abang selepas ini. Dhia
harap abang akan terima segala kebaikan dan kelemahan yang ada pada diri Dhia.”
“Abang akan terima segala kekurangan
dan kelebihan Dhia. Janji Dhia bersama abang dan abang akan gembirakan hati
Dhia.”katanya dengan suara yang sebak.
“I love you, Dhia.”ucapnya tanpa
dipendam lagi. Malam inilah malam yang tepat untuk dia meluhkan rasa cintanya
kepada Dhia. Biarlah Dhia tidak membalas kata-kata cintanya tetapi dia berharap
Dhia akan mengucapkan perkataan itu dihadapannya.
Dhia mengetap bibir sambil menitiskan
airmata. Sebak rasanya apabila mendengar ucapan cinta dari seorang lelaki yang
bernama Razree. Terharu dirinya apabila dicintai oleh seorang lelaki yang
bertanggungjawab.
Abang…Dhia akan belajar mencintai
abang. Abang tunggu sajalah saat itu. Saat Dhia mencintai abang! Jeritnya dalam
hati.
7 ulasan:
tulusnya cinta mamat tu kat Dhia..akak harap Dhia kan membuka hatinya utk mencintai abang Raz dengan sepenuh hatinya tanpa menoleh kembali kebelakang dan berfikir mengenai bekas suaminya maupun rayyan simangkuk sengal tu ..
tulus kan?
hope dhia akan trbuka hatinya nnt utk menerima cinta Dhia..
Suka Raz ngan Dhia!!!! Mintak-mintak cam tu lah sampai akhirnya ya Eya.... padan muka Ray.
jln citer mmg dh ada sejak dr awal lg kak ZH, jdi eya x boleh nk ckp skrg yg Dhia n Razree akn berkekalan smpai ke akhir hayat.
waaa.... yes! akhirnya Dhia terima Raz... suka sangat!
tapi Ray macam nak kacau pula. janganlah dia buat benda jahat.
hehe..biasalah kak..hero mne ske klao heroin d pergi ngn lelaki lain kan kak?
alhamdulillah ada juga peluang dhia bercinta ngan abg razree.....
rama2 sdg berkembangan di tmn hati ni...
jgn diya trima abg razree sbb keciwa ngan rayyan plak....
hahaha.... cian rayyan makan hati...
panas baran tul lah rayyan ni....
ubah lah sikap awak tu rayyan, sembahyang x nak apa daa......
apa agaknya next ekk....
sukenya....suke suke suke....
Catat Ulasan