Apabila malam menjelma, Razree
menghentikan keretanya di luar garaj kediaman neneknya. Seorang pengawal
keselamatan yang agak berusia berdiri di tepi garaj segera menunduk hormat padanya.
Dia turut sama menundukkan mukanya sedikit tanda hormat kepada pengawal
keselamatan yang bernama Pak Mat.
“Assalamualaikum, Pak mat. Pak
Mat apa khabar?”ucapnya sambil mengukirkan senyuman kepada lelaki itu. Sudah
agak lama mereka berdua tidak berjumpa. Dalam semua pekerja yang berada di
kediaman neneknya, Pak Mat yang paling rapat dengannya.
“Waalaikumsalam Raz.
Alhamdulilah, Pak Mat sihat aje.”jawab Pak Mat. “Dah lama Pak Mat tak jumpa
kamu semenjak kamu tinggal kat tempat lain. Bagaimana keadaan rumah yang kamu
duduk tu? Selesa?”
Razree menghela nafas sedikit.
“Bolehlah, Pak Mat. Walaupun rumah yang saya duduk tu tak berapa selesa macam
rumah nenek ni tapi saya bersyukur sebab dekat dengan tempat kerja.”ujarnya.
“Baguslah kalau macam tu. Jimat
duit minyak kan?”gurau Pak Mat seraya ketawa kecil. Razree turut tergelak
sama.
Apabila ketawa mereka berhenti,
Razree ingin meminta diri untuk masuk ke dalam. “Pak Mat, ada masa kita berbual
lagi. Nenek mesti dah tunggu kedatangan saya. Pak cik kerja baik-baik
ye.”katanya dengan penuh hormat sambil memegang bahu Pak Mat.
Pak Mat tersenyum. Dia gembira
kerana Razree sudi berbual dengannya. Bukan macam cucu Puan Hadijah yang lagi
seorang itu, susah sangat nak diajak berbual. “Masuklah Raz, Pak Mat rasa Puan
Hadijah dah lama tunggu tu.”
Razree mengangguk perlahan.
Lantas, dia masuk ke dalam ke dalam kereta dan terus masuk ke dalam setelah Pak
Mat membantunya membuka garaj besi itu.
*****
Razree meletakkan kereta
miliknya di tengah-tengah kediaman neneknya. Kelihatan tiga pengawal yang
bertugas sedang berdiri di depan pintu.
Keadaan masih tidak berubah.
Masih seperti lapan bulan yang lalu.bisiknya dalam hati. Keindahan rumah
neneknya masih tidak berubah. Tetap cantik seperti dulu.
“Tuan!”kata salah seorang
pengawal yang bertugas didepan pintu itu. Pengawal yang bernama Talib itu
menuju kearahnya sementara dua pengawal yang lain bergerak menuju dihadapannya
dengan tundukan hormat. Di hatinya terselit rasa bangga kerana ketiga-tiga pegawal
itu mempunyai rasa hormat terhadapnya walaupun jarak umur mereka hampir sama.
“Puan Hadijah tunggu Tuan
dibiliknya. Silakan.”pelawa pengawal yang bernama Muhd Samad itu. Razree
mengangguk dan terus memberikan kunci kereta kepada seorang lagi pengawal
keselamatan yang bernama Azli Ahmad.
Azli Ahmad mengambil kunci
kereta dari tangan cucu Puan Hadijah lalu dia bergegas masuk ke dalam kereta
Camry milik lelaki itu manakala seorang lagi pengawal berdiri di tepi pintu
semula untuk menjaga kawasan luar kediaman Puan Hadijah.
Talib membawanya terus ke dalam
bilik Puan Hadijah. Ketika sampai di pintu bilik Puan Hadijah, Talib mengetuk
pintu bilik majikannya lalu memberi ruang kepada cucu majikannya untuk masuk ke
dalam.
“Nenek!”tanpa salam Razree
terus meluru kearah neneknya yang sedang bersandar di katil. Dia memeluk
neneknya yang agak tidak bermaya itu. Talib yang berdiri di pintu tidak mahu menganggu perbualan diantara
majikan dan cucunya segera beredar dari situ. Tugasnya sebagai seorang pengawal
di rumah ini perlu dilaksanakan dengan sebaik mungkin.
“Cucu nenek!”dia membalas
pelukan Razree. Rindu pada cucunya yang sulung ini. Sudah berapa bulan mereka
tidak berjumpa. Kali terakhir mereka berjumpa pun sewaktu Razree meluahkan
hasrat kepadanya untuk berpindah ke rumah baru.
Pada mulanya dia membangkang
habis niat Razree itu namun dia sedar Razree mungkin tertekan dengan sikapnya
yang suka mengongkong dan mengambil peluang untuk berpindah ke rumah lain.
“Baru sekarang ni nenek dapat
jumpa Raz. Cakap kat telefon hari tu rasa macam tak puas aje. Raz datang rumah
nenek, nenek rasa bersyukur sangat. Tak adalah nenek rasa sunyi sangat.”
“Nenek sunyi ke?”dia
merenggangkan pelukannya. “Ray mana nek?”
Puan Hadijah mengeluh kesah.
“Ray? Nenek tak tahulah nak jadi apa dengan dia sekarang. Susah betul nak
nampak dia kat rumah sejak kebelakangan ni. Perangai dia makin hari makin teruk
nenek tengok. Nak jenguk nenek kat dalam bilik ni susah betul. Duduk sama-sama
kat rumah ni tapi langsung tak nak tanya khabar nenek. Asyik pentingkan Nur
Imani aje.”
Razree mengerutkan dahi. “Nur
Imani? Siapa tu?”
“Nur Imani tu teman wanita Ray.
Hish! Nenek memang tak berkenan betul dengan budak tu. Mana sesuai budak tu nak
digandingkan dengan Ray. Jauh panggang dari api!” dengus Puan Hadijah perlahan.
Razree mengukir senyuman nipis.
Inilah perangai nenek yang paling tidak disukai selain dari sikap mengongkong.
Suka pentingkan darjat! Bagaimanalah dia mahu memberitahu pada nenek yang dia
sudah cinta dan sayangkan Dhia? Adakah nenek akan membantah sekeras-kerasnya
pilihan hati dia?
“Biarlah Ray ada teman wanita
nek. Dia kan dah dewasa. Biarlah dia bina kehidupan sendiri.”ujar Razree tanpa
rasa takut.
“Tapi hati nenek tak sedaplah
bila tengok budak yang nama Nur Imani tu. Nenek rasa macam ada sesuatu yang
buat nenek tak suka dengan dia.”luah Puan Hadijah. Semenjak gadis yang bernama
Nur Imani itu datang ke rumahnya, hatinya tiba-tiba kurang senang dengan gadis
itu. Walaupun pakaian gadis itu tampak sopan dimatanya namun dia tetap tidak
senang dengan gadis itu.
“Nenek kalau asyik rasa tak
sedap hati tengok seseorang tu, lagi pening kepala nenek. Nenek dah makan ubat
ke belum?” Razree pantas menukar topik. Dia seboleh mungkin tidak mahu
mengusutkan kepala nenek dengan hal-hal yang tidak ada kaitan dengan mereka
berdua. Selimut yang berada di atas kaki nenek dinaikkan hingga ke paras perut.
“Tadi nenek dah makan ubat. Dah
kurang sikit rasa pening. Raz balik dengan Dhia ke tadi?”
“Aah, nek. Raz hantar Dhia
dengan mak cik balik rumah tadi. Tak sampai hati pulak nak bagi diorang naik
teksi. Dahlah tambang teksi makin mahal sekarang ni. Raz ada kereta ni, baik
Raz hantar diorang balik.”jelas Razree.
“Bagus jugak tu.”Puan Hadijah
tersenyum. “Bagaimana dengan keputusan Dhia? Jadi dia kerja kat syarikat
nenek?”
“Alhamdulilah nek. Dia setuju
kerja dengan company kita. Bukan main payah nak pujuk si Dhia tu. Nasib baik
mak cik Suria bagi dia nasihat kaw-kaw
punya, kalau tak…tak merasalah Raz nak kerja sebumbung dengan dia.”
Pun Hadijah teruja
mendengarnya. Sesaat kemudian dia mengeluh. “Nenek kesian dengan Dhia. Semenjak
dia diceraikan dengan si Muz tu, kehidupan dia dah jadi tunggang terbalik.
Ada aje yang menimpa diri dia. Tapi nenek tabik dengan Dhia sebab dia perempuan
yang cekal lepas diceraikan dengan Muz. Nenek harap dia akan jumpa dengan
lelaki yang lebih baik dari si Muz tu.”
Razree terdiam mendengar luahan
hati neneknya. Sampai begitu sekali sayang nenek pada Dhia namun hatinya
terluka tatkala nenek mengatakan yang Dhia akan berjumpa dengan lelaki lain.
Tidak sekali-kali dia akan membiarkan lelaki lain mendapat tempat dihati
perempuan kesayangannya. Biarlah dia seorang sahaja yang menghuni hati Dhia .
Hanya dia sahaja!
“Bila nenek dah dapat
perkhabaran gembira ni, nenek rasa nenek perlu tunaikan hajat nenek yang nenek
dah simpan beberapa hari yang lepas. Nenek rasa inilah masanya untuk nenek
tunaikan hasrat nenek itu.”
Razree terpaku. “Hajat? Hajat
apa tu nek?” dadanya berdebar. Jangan kata nenek mahu menyerahkan syarikat
kepunyaan nenek itu kepada dirinya? Jika itulah hasrat nenek, dia tak sanggup!
Bukan senang mahu uruskan syarikat nenek yang mempunyai berapa ratus orang
pekerja.
“Nenek nak buat kenduri doa
selamat hari ahad ni. Raz jemputlah kawan-kawan Raz datang nanti. Jangan lupa
ajak Dhia dan Puan Suria tau.”kata Puan Hadijah dengan suara yang ceria.
Razree mengukir senyuman manis.
“ Untuk nenek, Raz sanggup buat apa saja.” dia gembira melihat riak wajah nenek
yang ceria. “Lepas ni Raz pergi rumah Dhia semula.”hatinya bersuka-ria. Sekali
lagi dia akan ke rumah Dhia. Ini peluang terbaiknya untuk berjumpa dengan Dhia
semula.
*****
“Raz minta maaf sebab datang ke
rumah Dhia buat kali ketiga.”ucapnya sewaktu dia bertandang sekali lagi ke
rumah Dhia.
Dhia yang ketika itu sudah mahu terlelap terpaksa mengagahkan diri untuk berdepan dengan abang Razree. Mujur ibunya sudah tidur awal. Tidaklah ibunya tahu yang lelaki itu datang ke sini.
“Eh, tak apa. Dhia memang suka
orang datang rumah ni. Tambah-tambah lagi abang yang datang. Lagilah Dhia
suka.” sindir Dia sambil menyengetkan mulut.
“Amboi, mulut tu. Abang cili
karang baru tahu.”
“Eh, sempat lagi abang beli
cili ye? Mana cili bang tu? Dhia tak nampak pun?” dia menjelingkan mata.
Razree ketawa berdekah-dekah.
“Dhia ni mengadalah. Ingat abang nak cili mulut Dhia ke? Abang nak cium mulut
Dhia lagi adalah.”
Dhia membuka muka cemberutnya.
“Dah mula dah perangai tak semenggah dia tu.”ejeknya.
“Dhia yang mulakan dulu. Abang
cakap baik-baik, sopan santun aje tapi Dhia cakap dengan abang macam nak
berperang!”Razree ketawa lagi.
“Eeii…abang ni. Dah malam macam
ni pun nak bergurau lagi ke? Cakaplah, abang datang kat sini nak cakap apa?
Dhia dah mengantuk ni.” Sengaja mulutnya menguap. Tanda mahu lelaki itu beredar
dari rumahnya.
“Nenek ajak Dhia dengan mak cik
Suria pergi rumah nenek ahad ni. Kat rumah nenek ada buat majlis doa selamat.
Dhia pergi dengan abang ye?”rayunya.
Dhia terdiam sejenak.
Memikirkan tentang majlis yang akan di buat nenek nanti. Adakah Rayyan Zikri
akan turut serta dalam kenduri itu? Semestinya lelaki itu kena pergi. Dah nama
cucu Puan Hadijah kan? Pasti lelaki itu akan turut serta.
“Ray ada kat sana sekali ke
nanti?”
“Nenek cakap dengan abang tadi,
Ray dah jarang melekat kat rumah semenjak dia ada teman wanita ni. Abang rasa
dia tak pergi kut. Dhia tahulah kan perangai adik abang tu macam mana? Dia bukannya
pergi majlis kenduri yang berkaitan keagamaan ni. Selalu lepak kat luar dari
duduk kat rumah.”
Dhia mengeluh kelegaan. Betul
juga cakap abang Razree ini. Rayyan Zikri memang susah nak pergi majlis
keagamaan macam kenduri doa selamat itu. Dia bernasib baik kerana sahabatnya
itu tidak ada dirumah itu nanti. Tidaklah dia sakit telinga mendegar bebelan
dan kemarahan dari lelaki itu.
Argh! Lega…lega…!
“Kalau macam tu, Dhia pergilah
dengan abang. Abang jemput Dhia awal sikit ye. Dapatlah Dhia tolong pembantu
nenek kat dapur masak untuk kenduri tu nanti.”
Razree tersengih mendengarnya.
“Dhia, kat rumah nenek tu dah ramai pembantu rumah. Tukang masak pun ada
sekali. Dhia tak payahlah nak meringankan sangat tangan Dhia tu nak membantu
pekerja-pekerja nenek kat dapur. Biarlah diorang buat kerja dia. Dhia duduk aje
dengan abang. Lagi best!”dia menunjukkan kedua-dua ibu jarinya didepan Dhia.
“Semuanya dengan abang. Bilalah
Dhia nak merasa bersendirian?”
“Dhia mana boleh bersendirian
lagi, Dhia kan bakal menjadi milik abang.”ujar Razree dengan nada romantis.
Dhia terkedu seketika.
Nampaknya abang Razree dah diserang ‘penyakit angin kus-kus’! Cakap sikit,
mulalah nak berbalas ayat romantik.
“Abang akan menanti Dhia
sehingga Dhia cakap ‘Dhia terima abang sebagai kekasih Dhia.’ Abang takkan
berputus asa. Abang kalau sayang seseorang tu, abang akan sayang sepenuh hati
abang. Abang tak main-main dalam soal cinta ni.”kata Razree dengan tegas.
Airliur Dhia bagaikan tersekat
dikerongkong. Dia mengetap bibir, kuat. Nampaknya abang Razree memang
mengharapkan dia menjadi kekasihnya. Apa jawapan terbaik yang perlu diberikan
kepada lelaki ini? Ya atau tidak?gumamnya. Fikirannya kembali kacau.
“Dhia rasa Dhia nak masuk dalam
dululah. Dah malam sangat ni. Nanti ibu nampak kita berbual kat sini, ibu marah
Dhia pulak. Dhia masuk dululah.”katanya seraya mahu meminta diri.
Razree pantas menangkap
pergelangan tangan Dhia. “Dhia tak bagi jawapan kat abang lagi. Abang rasa tak
puas hati selagi tak dapat jawapan dari mulut Dhia.”hatinya tidak senang selagi
bibir Dhia tidak mengucapkan ‘Dhia terima abang’. Aduh, kenapalah aku kemaruk
sangat dengan jawapan Dhia ni? Ish..ish…
“Dhia tak ada jawapan untuk
lamaran abang buat masa sekarang. Mungkin Dhia akan bagi abang jawapan itu pada
hari ahad nanti.”kendur suara Dhia membalas. Dia merungkaikan pegangan itu dan
berlari anak masuk ke dalam. Dia tidak mahu mendengar apa-apa pertanyaan dari
lelaki itu selepas ini.
Razree terpana. Matanya
terkebil-kebil mendengar jawapan Dhia. Maknanya Dhia akan memberi jawapan
padanya ahad ini? Itu sudah bagus! Dia akan berdoa supaya Dhia akan menerima
lamarannya.
Terus
dia pulang dengan hati yang gembira.
*****
Dua
hari kemudian, berlangsunglah majlis kenduri doa selamat yang dibuat Puan
Hadijah. Kebanyakan tetamu yang hadir datang dari masjid setelah selesai solat
isyak. Ada juga sebahagian pekerja-pekerja di syarikat nenek yang hadir untuk
memeriahkan majlis doa selamat.
Dhia,
Puan Suria dan Puan Hadijah duduk bersimpuh di belakang ruang tamu. Sementara
Razree yang segak berbaju melayu duduk bersebelahan dengan iman yang mengetuai
bacaan doa selamat.
Dua
puluh minit kemudian, doa selamat selesai dibacakan oleh imam yang bertugas. Razree
bangun dan menjemput kesemua yang hadir menjamu selera dengan apa yang dihidangkan
pada malam ini.
Dhia
membawa sebahagian pinggan yang diletakkan diatas meja belakang dan diberikan
kepada abang Razree dengan senyuman yang manis. Dia tahu lelaki itu pasti tidak
sabar-sabar untuk mengetahui jawapan dari mulutnya.
Sebentar
lagi dia akan mengajak lelaki itu berbual di luar setelah acara makan buat
tetamu yang hadir selesai.
Baru
dia hendak mengambil sebahagian pinggan lagi dan memberikan kepada abang
Razree, Razree sudah terlebih dahulu menyapanya dan mengambil pinggan
“Kejap
lagi abang nak jumpa Dhia kat belakang rumah nenek dalam sepuluh minit lagi.
Abang tunggu…”kata Razree perlahan. Dia sudah tidak sabar menanti jawapan dari
mulut Dhia.
Kaku
Dhia di tempat dia berdiri. Mujur pinggan yang dipegang tadi sudah diberikan
kepada lelaki itu kalau tidak pasti pecah berderai. Dadanya berdebar-debar
ketika ini.
******
Dhia
menunggu di belakang rumah nenek dengan perasaan gementar yang amat sangat.
Selepas ini, dia perlu memberi jawapan dari abang Razree.
Apa jawapan yang patut dia berikan
ye? Argh! Kusutnya kepala!!
Dhia berjalan mundar-mandir di
situ. Sekejap ke sana, sekejap ke sini. Kepalanya benar-benar runsing!
Tidak semena-mena, satu suara
dari belakang mmengejutkannya. “ Dhia, kau buat apa kat sini?!”
Dhia tersentak. Dia berpaling
ke belakang dengan mata yang terkebil-kebil. Tergamam dia disitu. Rayyan Zikri?
Alamak…macam mana lelaki boleh ada kat sini? Habislah aku…gerutunya dalam hati.
“Eh, Ray! Dah lama tak jumpa
kau.”suaranya sengaja diceriakan walhal dalam hati dia gelisah teramat. “Aku
ingatkan kau tak turut serta dalam majlis ni.”tergagap-gagap suara Dhia ketika
ini.
“Aku
tanya kau sekali lagi. Kau buat apa kat rumah nenek ni?” marah Rayyan Zikri.
Dia betul-betul terkejut sahabatnya datang ke rumah nenek.
Majlis doa selamat yand
berlangsung dirumah nenek langsung tidak memberi keseronokan pada dirinya.
Malam ini dia ingin keluar dengan Nur Imani namun harapannya luntur apabila
teman wanitanya itu sibuk di luar daerah. Ada kem muafakat bersama pelajar
katanya. Dia dengan berat hati terpaksa merelakan teman wanitanya pergi.
Dhia
terdiam membisu. Aduhai…apa dia nak jawab ni? bisiknya dalam hati. Dia mengetap
bibir tanda dia sukar untuk memberikan jawapan kepada lelaki itu.
“Kau tak dengar ke apa aku
cakap?” lantang Rayyan Zikri bersuara. Dia mendekati sahabatnya dengan renungan
mata yang tajam.
Dhia memejamkan mata sesaat.
Perangai sahabatnya masih tidak berubah. Masih lagi suka memarahi dan cepat
panas baran jika soalan yang ditanya tidak dijawab.
“Aku bawa dia ke sini,
kenapa?”tegur satu suara dari belakang Dhia. Terpana Rayyan Zikri di situ.
“Abang Raz!” lidah Rayyan Zikri
tiba-tiba menjadi kelu. Dia penasaran. Apa hubungan sebenar abangnya dengan
Dhia? Kenapa mereka kelihatan begitu rapat? Dia dilanda cemburu secara tiba-tiba.
“Jom, Dhia. Kita cakap kat
tempat lain. Menyesal abang ajak Dhia datang sini. kat belakang rumah nenek!”
Razree mengambil pergelangan tangan Dhia dan terus beredar dari situ.
Dhia hanya mengikut langkah
lelaki itu. Bagus juga lelaki itu datang ‘menyelamatkan’ dia di sini. Tidaklah
dia rasa takut apabila berdepan secara berdua dengan Rayyan Zikri.
Rayyan Zikri berjauh hati
dengan sikap sahabatnya. Dengan hati yang membengkak, dia menendang sekuat hati
dinding di belakang rumah nenek. Dia mengaduh kesakitan akibat terlalu kuat
menendang dinding itu.
Namun kesakitan yang dialaminya
kini tidak seteruk hatinya yang kini tercalar dengan sikap Dhia yang kini sudah
berubah seratus peratus!
10 ulasan:
nice.....go eya go...hehehe....teruskan sis! (y)
menarik....
tertarik....
kau mmg da bomb.....hahaha....
best..best...best..
padan muka ray.....
sian razree....
kompius dhia....
kita tunggu....
takdir penentu segala.....
I like.....
Ada beberapa kesalahan :
Ayat tergantung,
"Keindahan rumah neneknya masih...'
'Kena ceraikan' sepatutnya 'diceraikan'
Ada juga typo error....semak semula
Tapi mmg nak Ray cemburu bila Razzee & Dhia bersama...cepat2 sambung
"Rayyan Zikri turut tergelak sama" kat sini patutnya Razzee
kak yattie..
alhamdulilah..tq allah!
insyallah eya akn truskn.. ;)
kak Nana..
insyallah dhia akn bg jwpn yg trbaik ko mmg da bomb! haha
kak eijan..
eya btulkn blik ye..
tq sbb bgthu..
waaahhh... best, best.. :D
Padan muka Ray. tak suka perangai dia macam tu.
i like abang Raz... hahaa... chaiyok! chaiyok! Terima kasih Eya :)
skrang ni mmg dh ramai yg boikot si Ray tu..haha..
skrg ni target eya nk stukan Dhia dan Razree aje.. ;)
PADAN MUKA.
Catat Ulasan