Muzaffar Ikram bangun dengan hati yang
membengkak. Semestinya dia sedih mendengar kata-kata dari abang Razree sebentar
tadi.
Teman lelaki Dhia? Dia tidak sangka,
begitu cepat bekas isterinya mencari pengganti lain.
“Dhia kembalilah kepada abang semula.
Abang dah ceraikan Mariana dua hari lepas. Abang nak kita kembali bersama.”sayu
suara Muzaffar berkata.
Dhia yang sedari tadi menyorok di
belakang abang Razree terlopong mendengar kata-kata bekas suaminya. Dia berdiri
disebelah abang Razree yang setia menjaga dia disitu.
“Muzaffar ceraikan
Mariana?”tergagap-gagap dia menjawab. Astagfirullahalazim…baru sebulan lebih
mereka berkahwin, dah bercerai?Dia jadi takut. Takut untuk bersama dengan bekas
suaminya semula.
“Abang ceraikan Mariana dengan talak
tiga.”ucap Muzaffar Ikram. “Dhia
putuskan hubungan dengan abang Razree. Kita kahwin semula, please?”pintanya penuh pengharapan.
Dhia terlopong sekali lagi. Ingin
sahaja dia menampar lelaki itu berkali-kali. Mudah sahaja Muzaffar Ikram
mengucapkan talak tiga kepada Mariana.
Pasti Mariana sedang bersedih saat
ini,desisnya.
“Kau jangan harap nak jalinkan hubungan
dengan Dhia semula. Dhia milik aku. Ooo…dah cerai talak tiga kat bini kau tu,
lepas tu senang-senang pulak kau nak merayu kat Dhia supaya jadi milik kau? No way, men!”celah Razree yang sedari
tadi setia mendengar Muzaffar berkata.
Dhia terkaku di sebelah abang Razree.
Pandai betul lelaki ni berlakon sebagai teman lelaki aku. gumamnya.
Muzaffar Ikram terdiam membisu.
Ternyata lelaki itu sangat menyayangi bekas isterinya. Hatinya terluka.
“Tak boleh ke kalau abang putuskan…”
“Aku cakap jangan harap…jangan
haraplah!!”herdik Razree. “ Sekarang ni aku nak kau blah dari sini. Aku tak nak
tengok muka kau ada kat depan rumah Dhia lagi, faham? Kalau
kau rasa nak kena tumbuk sekali lagi dengan aku, kau datanglah buat kali kedua.”jerkahnya
tanpa mempedulikan keadaan sekekliling.Mukanya serius.
Muzaffar Ikram terkedu mendengarnya.
Abang Razree memang betul-betul bengang dengannya. Lebih baik dia beredar dari
sini sebelum apa-apa terjadi pada wajahnya yang sudah serba sempurna ini.
Cukuplah sekali dia ditumbuk lelaki itu.
“Saya mintak maaf, abang Raz. Lain kali
saya tak datang lagi.”jawabnya perlahan. Seraya itu, dia memandang wajah bekas
isterinya. “Dhia jangan lupakan abang. I
love you, anje…”ucapnya penuh romantis pada perempuan
kesayangnya sebelum dia berlari meninggalkan tempat itu dengan keadaan
tergesa-gesa.
Mata Razree membulat. Dia mengetap
bibir.”Sempat lagi dia cakap I love you,
anje. Dia nak kena ni.” Ingin sekali dia mengejar lelaki itu dan menumbuknya
namun Dhia lebih pantas menahan dirinya.
“Dahlah tu bang. Biarlah dia
pergi.”tangannya memaut lengan lelaki itu dengan erat. Dia agak tergamam
mendengar bekas suaminya memanggil dirinya anje. Panggilan anje itu digunakan
setelah menjadi isteri kepada Muzaffar Ikram. Tetapi kini, mengapa lelaki itu
menyebutnya semula? Adakah lelaki itu betul-betul menginginkan dirinya?
“Abang bengang tau dengan dia. Dah
ceraikan isteri dengan talak tiga, nak ambik Dhia jadi isteri pulak. Tak malu
ke dah cerai nak bersatu balik dengan Dhia? Kalau abang jadi Dhia, abang memang
takkan terima dia balik. Entah-entah bila dah kahwin nanti, dia ceraikan lagi.”riak
wajah Razree masih tidak berubah dari tadi. Tetap serius!
Dhia mengerling lelaki itu dengan
kerutan didahi. “Yang abang buat ekspresi muka macam tu kenapa? Sepatutnya Dhia
yang marah dia teruk-teruk bukannya abang. Tak payahlah nak buat muka serius
sangat!”
Razree mula mempamerkan mimik muka
manis. “Abang bengang ler. Dia yang ceraikan Dhia, dia yang nak bersatu balik. Abang
kalau jadi suami, mulut abang takkan ungkapkan perkataan cerai tu.”
“Bertuahnya siapa yang jadi isteri
abang…”jawab Dhia sinis. Razree tergelak kecil.
“Dhia lah jadi isteri abang. Dhia kan
makwe abang…”kata Razree dengan suara yang menggoda.
Terkebil-kebil mata Dhia memandang
lelaki itu. “Eeiii…siapa ntah nak
jadi makwe dia. Abang yang memandai cakap kita ni pasangan kekasih kat depan
Muzaffar tu. Padahal kita ni dah macam adik-beradik.”dalam dia menjawab itu,
dadanya berdebar tidak tentu hala.
“Bila masa abang cakap kita macam
adik-beradik? Dhia aje yang fikir macam tu. Abang tak. Abang lagi suka Dhia
jadi makwe abang.”dia tersengih nakal.
“Eh? Yeke?”Dhia menggaru kepalanya yang tidak gatal. Rasa malunya muncul
kembali. “Abang ni tak malu ke nak mengaku kita makwe abang? Dhia ni dahlah ada
status janda. Tak layak nak berdamping dengan bos yang kaya-raya macam abang.”
“Abang kaya ke? Abang rasa nenek abang
yang kaya. Bukan abang. Abang hanya pekerja yang makan gaji aje. Buat apa nak
abang nak malu mengaku Dhia makwe abang. Abang lagi suka adalah.”
“Eh, abang ni. Kita tak couple lagi dia
dah cakap bukan-bukan.”Dhia mencebik walaupun dalan hati dia sudah tidak tentu
arah dengan kata-kata lelaki itu.
“Kalau abang nak couple dengan Dhia boleh tak? Abang tak bolehlah kalau tak tengok
muka Dhia lepas kita balik dari Melaka. Ini pun abang datang semula kat rumah
ni semta-mata nak ubat rindu abang.”
“Are
you kidding, abang? Jangan mengarutlah!”dia rasa ingin masuk ke rumah
sekarang dan tinggalkan lelaki itu keseorangan disini! Hish! Geram betullah aku
dengan mamat ni!katanya dalam hati.
“Dhia tahu tak bila Dhia tidur dekat
bahu abang tadi, abang rasa bahagia sangat. Abang rasa perasaan abang ni dah
lain macam.”ujarnya dengan suara yang menggoda.
Dhia terkedu. Malunya membuak-buak.
Cakap pasal tidur kat bahu ni yang buat dia teringat pasal kejadian didalam bas
tadi.
“Abang rasa bahagia, itu abang punya
pasallah. Dhia tak rasa apa-apa pun.”padahal dalam hati hanya tuhan sahaja yang
tahu perasaannya kini.
“Abang sukakan Dhia. Dhia fikirkan
baik-baik cadangan abang tadi. Abang benar-benar nak jadikan Dhia kekasih awal
dan akhir abang. Abang ada hati untuk dicintai dan abang ada hati juga untuk
menyukai perempuan yang bernama Nurul Haifa Nadhiya.”ucapnya penuh dengan nada
romantis.
“Abang balik dulu. Minggu depan kita
jumpa lagi.”bisiknya perlahan dekat ditelinga Dhia. Dia mahu Dhia rasa
perasaannya. “Abang sayang Dhia…”
Setelah itu, dia berlari masuk ke dalam
kereta dan memecut laju meninggalkan kawasan perumahan itu. Terhurai sudah
perasaan yang terpendam dihati.
Dhia tergamam disitu. Kakinya bagaikan
terkena renjatan elektrik yang amat kuat. Kaku tidak bernyawa. Benarkah lelaki
itu menyukainya? Oh, tidak! Mana harus ku letak muka ini.
Argh! Masalah, masalah!!
******
Dhia kembali ke dalam bilik dengan
kepala yang agak berserabut. Ibunya ada bertanya tentang apa yang berlaku
diluar tadi, namun dia pantas menggelengkan kepala. Dia menjawab tiada apa-apa
yang berlaku di luar rumah.
Didalam fikirannya terselit kejadian
yang tidak diduga sebentar tadi. Mujur ibunya duduk didalam bilik tanpa
mendengar mereka ‘berbalah’ diluar sebentar tadi.
Jacket
suit yang dipakainya dibuka lalu digantung
ke belakang pintu bilik. Terserlah kulit kuning langsatnya. Kali ini hanya
singlet nipis yang tersarung ditubuh badannya. Biarlah dia pakai baju sebegini.
Tiada orang lelaki yang ada di rumah ini.
Telefon bimbit yang tersimpan elok di
poket seluarnya diambil lalu dikeluarkan. Lama dia memandang telefon bimbitnya
yang sudah berapa hari tidak berfungsi itu.
Dhia menghidupkan semula telefon
bimbitnya. Dan ternyata, apabila dia melihat skrin telefonnya, terdapat lima
puluh miscall dari sahabatnya, Rayyan Zikri. Dia jadi resah. Apa yang lelaki
itu mahukan darinya? Ingatkan bila dah bersama dengan Nur Imani tu, diri dia
tidak dipedulikan lagi.
Telefon Galaxy S3 miliknya dicampak ke atas katil dengan rasa panas hati.
Dia duduk ditepi katil sambil meraup rambutnya.
Belum dia sempat berfikir, dia
dikejutkan dengan bunyi deringan telefonnya. Dia menoleh ke belakang dan
melihat siapakah gerangan yang menelefon dirinya. Ternyata Rayyan Zikri masih
belum berhenti berharap menelefon dirinya.
Dengan rasa terpaksa, dia mengangkat
telefon itu dan melekapkan ditelinganya.
“Hmm…”jawab Dhia acuh tidak acuh.
“Dhia!! Kau pergi mana hah? Aku call
berpuluh kali kau tak angkat?!”marah Rayyan Zikri dalam talian. Tanpa salam dan
kata-kata hormat, dia terus menghamburkan kemarahan kepada sahabatnya tanpa
rasa bersalah.
“Kalau kau nak marah aku, aku tutup
telefon.”ugut Dhia. Dia malas sebenarnya mahu berbual dengan lelaki itu.
“Aku rindukan kau Dhia. Dah berapa hari
aku tak jumpa kau. Aku pergi rumah
kau, aku tengok rumah kau kosong. Sedih hati aku kau keluar tak cakap dengan
aku.”suara Rayyan Zikri berubah sayu.
“Rindu?”Dhia tergelak kecil sambil
mulutnya dicebikkan. “Buat apa kau nak rindu dengan aku kalau kau dah ada Nur
Imani? Aku tak payah ada kat sisi kau pun, kau boleh teruskan hidup kan?”dia
berbaring diatas katilnya tanpa sebarang bantal.
Rayyan Zikri terdiam berapa saat
sebelum meneruskan perbualan. “Kau kecewa dengan aku ke Dhia sebab aku couple
dengan Nur Imani?”
“Aku nak kecewa? Buat apa aku nak
kecewa? Aku bukannya isteri kau sampai nak kena ada perasaan kecewa.”bagus juga
dia menyakitkan hati lelaki ini. Berapa hari lepas sahabatnya membuat dia
kecewa. Tak salah kan dia buat lelaki ini kecewa dengan kata-katanya?
“Kau dah berubah, Dhia. Kau tak macam
dulu.”sedikit sayu suara Rayyan Zikri.
“Aku dah berubah ke apa ke, is none of your business! Kau pergilah dengan
Nur Imani kau tu. Aku ni siapalah nak layak berdamping dengan kau kan? Aku kan
janda. Tak sesuai bercinta dengan lelaki single
macam kau.”bertambah-tambah lagi ayat yang menyakitkan hati Rayyan Zikri. Hah,
baru pada muka kau!detiknya dalam hati.
“Kau kat mana, Dhia? Aku nak jumpa
kau.”Rayyan Zikri memberi kata putus.
“Tak payahlah kau nak tahu, aku ada kat
mana sekarang ni. Kau kan ada Nur Imani. Tak payahlah nak jumpa aku. Aku tahu
jaga diri kat sini.”
“You're too much, Dhia! I never
thought you'd changed.”marah Rayyan Zikri. “Remember, Dhia. I will not forget your
words. You remember that!”terus
dia mematikan talian. Sakitnya hati dia pada Dhia.
Dhia tersentak. Dia terus melihat skrin
telefonnya. Sahabatnya terlebih dahulu mematikan talian. Marahlah tu!
Hajatnya untuk menyakitkan hati
sahabatnya tercapai jua akhirnya. Biarlah lelaki itu mahu menemplak dirinya.
Dia tidak kisah. Asalkan hatinya puas!
Matanya merenung syiling bilik. Dia
terfikirkan semula kata-kata romantik abang Razree sebentar tadi yang agak
mendebarkan hatinya.
Perlukah dia menerima kehadiran lelaki
itu didalam hidupnya?
15 ulasan:
nampaknya dhia patut consider proposal abg razree tu. forget rayyan dhia!
I love you anje... Hahahahah
best...! sila teruskan lg ye...hehehe.. :)
sweet je abg razree mengurat,
terasa di awang2an...
rasa mcm falling in love again
hati tersentuh...
tetapi...
x berani berharap....
nnti harapan menjadi layu n kiciwa...
rayyan ni pulak,
hish....masa ni mmg frust ngan dia,
asik nk angin je ngan dhia..
hati dia sakit x bleh,
hati dhia sakit bleh plak...
lempang laju2 kang....
muzaffar Ikram,
mmg padan muka dia...
x tau menghargai wanita gitule...
its payback time....
apa agaknya babak seterusnya?
x sabar sungguh rasa hati...
sila...sila...sambung... :)
Omg...dhia terima jew la proposal abg razree..and padan muka kat rayyan tu tahu pulak sakit hati bila dhia layan die mcm tu...huh..
buat kurakura..
insyallah Dhia akan consider psal proposal tu.. ;)
buat kak onnie syg..
anje tu mmg pnggilan mse diorang kwin dlu..tu yg muzaffar pggl dhia anje tu..
kak Yattie..
insyallah eya akn truskn lg selagi tgn eya ni msih boleh menaip.. ;)
buat kak Nana..
jgn trlalu mghrap kt razree ye..
sbb rayyan zikri adalah hero utama cite ni.. ;)
skrg ni nk boikot Rayyan pun x pe..tp lpas diorang bersatu nnt..tolonglah kasihani d ye..hehe
buat suhaila..
insyallah Dhia akan menerima cinta dari Razree..tunggu episod seterusnya ye! ;)
best2
tq adik ruunna..hope akk boleh buat yg lebih baik.. ;)
Dhia patut terima aje lamaran abang razree tu. hehee... menyampah pula dengan rayyan ni.
sekranag ni ramai plak yg menyampah dgn rayyan..
insyallah, mereka akan couple jgk akhirnya..
terima aje la dhia saya sokong.
Catat Ulasan