“Ibu…cepat kemas barang ye. Kita dah nak
balik.”ujar Dhia ketika ibunya sedang sibuk menelaah buku agama diatas katil.
Puan
Suria berkerut dahi. Dia terus menutup buku yang dibaca. “Balik? Tak sampai tiga hari kita kat sini dah nak balik?
Ibu tak puas lagi bercuti kat sini.”
“Ibu,
Dhia pun tak puas bercuti kat Pulau Besar ni tapi kita terpaksa balik sebab abang
Razree risaukan nenek kat rumah.”katanya dengan berterus-terang.
“Kenapa
dengan Puan Hadijah?”hatinya mula tidak sedap.
“Nenek
sakit. Hari tu Dhia pergi rumah nenek sebab dia pening kepala.”
Puan
Suria risau. “Kalau macam tu, kita balik cepat sikitlah. Ibu risau pulak bila
Dhia cakap Puan Hadijah sakit.”
“Dhia
dah siap kemas barang-barang Dhia.”dia mengangkat beg kepunyaannya lalu di
letakkan ke atas katil. “Dhia nak pergi tukar baju dulu.”dia terus masuk ke
dalam bilik air dan menukar baju.
Puan
Suria dengan tergesa-gesa memasukkan pakaian kotor dan kain telekung yang
disangkut ke dalam begnya. Jika boleh, dia ingin terbang ke rumah Puan Hadijah
sekarang juga dan menjaga wanita berusia itu.
*****
Dhia
dan Puan Suria menanti ketibaan Razree dan setiausahanya di depan warung yang
berdekatan. Selang 10 minit kemudian, mereka berdua sampai dihadapan mereka
dengan membawa beg masing-masing.
“Abang
dah tempah satu bot laju. Hanya untuk kita berempat. Lebih cepat lebih bagus.
Naik feri kena ikut jadual.”
“Kalau itu kata abang, marilah kita pergi. Nanti pasang
surut, bot tak boleh bergerak pulak.”ajak Dhia. Puan Suria dan setiausaha abang
Razree hanya mengikut dari belakang manakala dia dan lelaki itu didepan.
Sampainya
mereka berempat di Jeti Umbai, seorang pemandu bot telah bersedia menunggu
mereka. Kesemua beg yang berada digenggaman mereka diletakkan dengan cermat di
belakang tempat duduk penumpang oleh pemandu bot tersebut.
Mujur
pasang surut tidak berlaku pada waktu mereka menaiki bot laju.
Puan
Suria dan setiausaha Razree mula menaiki bot laju. Mereka duduk dibelakang
pemandu bot manakala Dhia dan Razree duduk dibelakang mereka berdua.
Dhia
yang agak ralat dengan kawasan perairan segera memaut lengan abang Razree yang
duduk disebelahnya. Dia takut untuk memandang ke bawah pulau. Takut ada
binatang buas seperti buaya yang tiba-tiba datang menerjah mereka.
Razree
tersenyum manis apabila Dhia memegang lengannya lantas dia menepuk tangan
perempuan itu lembut supaya tenang sepanjang perjalanan nanti.
“Dhia
jangan takut ye. Abang ada kat sebelah.”ujar Razree lembut.
Dhia
mengangguk. Dia pantas menutup mata setelah bost laju itu memulakan perjalanan.
Perasaan takutnya begitu memuncak ketika ini.
Puan
Suria yang berada didepan mengerling sekilas ke belakang sesaat sebelum beralih
ke depan semula. Dilihat anaknya sedang memaut lengan Razree.
Alangkah
indah jika mereka dapat bersatu.bisiknya dalam hati. Dia dapat merasakan yang
Razree seorang lelaki yang bertanggungjawab dan sesuai untuk anaknya. Namun dia
faham, hati anaknya masih kebal untuk bersatu atau menjalinkan hubungan dengan
sesiapapun.
Dalam
hati dia berfikir, apa yang Dhia mahukan lagi dari Muzaffar? Bukankah lelaki
itu membenci anaknya? Bukankah lebih elok jika mereka berhubung ditalian
daripada berjumpa? Dia seboleh mungkin tidak mahu sesuatu berlaku pada anaknya.
Cukuplah anaknya dimaki dan dihina oleh keluarga Muzaffar. Dia tidak mahu
pisang berbuah dua kali!
******
Alhamdulilah,
setelah empat puluh minit duduk di atas bot laju, mereka berempat sampai di
Kompleks Melaka Sentral, sebuah terminal bas yang berkonsepkan KLIA dengan
menaiki sebuah teksi.
Didalam
teksi tadi, mereka terpaksa berhimpit supaya masing-masing mempunyai ruang
untuk duduk. Razree duduk didepan sementara yang Dhia, Puan Suria dan
setiausahanya duduk bertiga dibelakang.
“Dhia
dan mak cik jangan bimbang. Perjalanan balik ke Kuala Lumpur saya
tanggung.”kata Razree setelah masuk didalam terminal itu.
Dhia
termangu. “Abang ni biar betul? Banyak tu nak kena tanggung. Dahlah tadi abang
bayar duit naik bot laju tu. Sekarang ni abang nak bayar duit tiket pulak? Saya
rasa tak sedap hatilah kalau macam tu.”
“Abang
kan bos, bos kan banyak gaji jadi tak payah nak risaulah kalau abang tanggung
kos balik Kuala lumpur. Lagipun bukannya mahal pun harga tiket. Macam beli
aiskrim aje.”kata Razree dengan nada riak.
Dhia
mencebik. “Eeii…berlagaknya lelaki ni. Allah tarik balik kesenangan abang tu,
nak? Cakap macam dia paling kaya.”
Razree
tersentap. “Opss…sorry kalau abang berlagak.”dia menutup mulutnya. “Ya Allah,
maafkan hambamu ini.”monolognya sendiri sambil memejamkan mata.
Dhia
tersenyum. “Pandai pun muhasabah diri.”dalam hati dia terpikat dengan cara
percakapan abang Razree. Gaya percakapannya tatkala berhadapan dengan perempuan
penuh sopan-santun. Contoh terdekat yang dia nampak setakat ini, ibunya dan
setiausaha lelaki itu.
“Abang
beli tiket, kita orang duduk kat sana dulu ye. “kata Dhia sambil tangannya
menunding kearah kerusi yang masih tiada pengunjung itu. Kakinya mula melangkah
bersama ibu dan setiausaha abang Razree ke tempat duduk yang masih lagi kosong
namun tangan Razree pantas menangkap pergelangan tangannya.
Hampir
terdorong badan dia ke badan sasa lelaki itu. “Abang! Apa ni?!”terjerit dia
disitu. Hendak marah lelaki itu, dia tidak mampu. Abang Razree terlalu baik
padanya. Tidak sampai hati dia mahu memarahi lelaki itu dihadapan ibu dan
Dahlia.
“Biar
ibu dengan Dahlia duduk kat kerusi dulu. Dhia temankan abang beli tiket ye.”pujuk
Razree lembut.
“Ibu
dengan Dahlia duduk dulu. Dhia pergi temankan Razree kejap.”ujar Dhia dengan
senyuman sungging. Dia sebenarnya malas nak teman lelaki itu membeli tiket.
Kepalanya masih lagi dalam keadaan pening. Bot laju dan teksi yang dinaiki tadi memberikan kesan
sampingan terhadap kepalanya.
Puan
Suria membalas dengan senyuman sebelum dia mengajak setiausaha Razree
mengikutnya ke tempat duduk. Dia gembira melihat keakraban Dhia dan Razree yang
bagai pinang dibelah dua.
Setelah
Dhia melihat ibunya dan setiausaha abang Razree pergi ke tempat yang dituju,
dia terus bermuka masam didepan lelaki itu.“Apalah abang ni. Main tarik aje
tangan orang.”rengusnya. “Kalau nak suruh temankan, cakap ajelah. Ni main
tarik-tarik pulak.”dia memuncungkan bibir tanda tidak berpuas hati.
“Ala…ala…marahnya
sayang abang ni.”Razree tersengih. Dia suka bergurau dengan perempuan ini.
“Siapa
sayang abang? Eeii…gedik!”dia menjeling lelaki itu. Dia berjalan sambil
menghentak kaki ke tempat membeli tiket. Razree hanya senyum melebar melihat
telatah Dhia.
“Dhia
nak pergi mana tu? Nak beli tiket ke?”usiknya.
Kaku
kakinya di depan jual tiket Melaka-Kuala Lumpur. Kepalanya dipusingkan mengadap
lelaki itu. “Mana ada Dhia nak beli tiket, Dhia nak tengok ada lelaki hensem
tak yang jadi penjual tiket. Kalau ada, Dhia nak mengorat.”perli Dhia.
Razree
berdiri disebelah Dhia. “Amboi…dekat sebelah dia ni tak nak pulak mengorat.
Abang punyalah hensem macam model catwalk,
dia pergi cari lain pulak.”Razree menayang muka cemberutnya. Sengaja dia tayang
muka sebegitu untuk mendapat perhatian daripada Dhia.
“Abang
hensem ke? Rasa macam tak aje.”dia mengusik lelaki itu walhal dalam hati dia
kagum dengan kekacakan lelaki itu yang tampak sempurna dimatanya.
“Abang tak hensem
ke?”dia meneliti dirinya sendiri. Rasa-rasanya dia boleh dikategorikan lelaki
idaman Malaya.gumamnya. Mata Dhia dah kabur ke sampai tak boleh nilai yang dia
kacak. “Kalau Dhia kata abang tak hensem, kenapa ada gadis-gadis kat sekitar
terminal ni pandang abang? Itu maknanya diorang syok kat abanglah tu.”jawabnya
dengan dengan nada bangga.
“Eeii…diorang
yang tengok abang tu sakit mata kut.”katanya dengan sedikit cemburu. Abang Razree
memang lelaki idaman malaya. Bertuah siapa yang dapat berkasih dengan lelaki
itu. Dia janda. Mana layak untuk mendapat lelaki sekacak abang Razree.
“Abang
pergilah beli tiket dulu. Dhia tunggu kat sini.”
“Yalah,
Dhia tunggu sini. Jangan kemana-mana.”kata Razree sebelum dia beratur membeli
tiket. Agak panjang juga pengunjung yang beratur untuk membeli tiket. Dia
terpaksa berdiri di barisan belakang.
Agak
lama juga dia menunggu, dia mengarahkan Dhia berdiri disampingnya. Dia rasa
bosan kerana tiada sesiapa yang boleh berbual dengannya. Kan best jika Dhia
berbual dengannya.
“Dhia
dah tunggu kat situ yang abang nak panggil Dhia buat apa?”dia menghentak salah
satu kakinya. Razree tersengih mendengarnya.
“Dhia
duduklah sebelah abang. Abang bosanlah kalau takde kawan nak diajak berborak.”dia
menarik rapat Dhia ke sebelahnya.
Dhia
mencebik geram. Mulutnya terkumat-kamit mengkritik lelaki itu. Dengan
setiausaha sendiri, tak nak pulak diajak berborak.gerutunya.
Razree
tergelak dalam hati melihat tingkah Dhia yang seakan-akan tidak suka berdiri
disebelahnya. Namun dia tidak peduli dengan itu semua.
Apa
yang penting, Dhia berada disampingnya…
*****
“Dhia…Dhia!!”kejut
Razree setelah melihat perempuan itu sedang leka tidur dibahunya didalam bas
yang mereka berempat naiki. Langsir kecil yang ditutup sebentar tadi dibuka
semula bagi menerangkan kawasan tempat duduknya.
Puan
Suria dan Dahlia duduk dibahagian depan manakala mereka berdua duduk bersama di
bahagian tengah. Dia tidak sangka yang Dhia terlentok dibahunya. Bukan main
lena perempuan itu tidur. Terpaksalah dia menjadi ‘bantal’ kepada perempuan
itu.
“Dhia,
bangunlah. Kita dah nak sampai ni.”bisik Razree di cuping telinga Dhia. Tetapi
perempuan itu masih berdegil. Matanya masih lagi tidak dibuka.
‘Hmm…biarlah
dia tidur kat bahu aku. Best jugak bila Dhia tidur sebelah aku ni.’dia
tersenyum sendiri.
Ibu
Dhia tiada disisi Dhia memberinya peluang untuk dia menguak rambut Dhia yang
terjatuh ke bahagian muka. Ditarik rambut itu lalu diselak ke belakang.
Sementelah, dia sempat menghidu rambut Dhia yang wangi mengharum. Mungkin
perempuan ini menggunakan perapi bagi menambah keharuman rambut.desisnya.
Sudah
lama dia tidak merasa sebahagia ini. Bersama Dhia, dia dapat merasai
kebahagiaan itu.
Adakah
dia telah jatuh hati pada Dhia?
Hanya
dirinya sahaja yang mampu merungkaikan perasaan itu…
*****
Bas
yang mereka berempat naiki sudah pun sampai ke Terminal Bersepadu Selatan
(TBS). Dengan hati yang terpaksa, dia mengejutkan Dhia bangun walaupun dia
seboleh mungkin ingin perempuan itu terlentok dibahunya sampai bila-bila.
“Dah
sampai ke bang?”mata Dhia yang terpejam tadi dibuka perlahan. Terkebil-kebil
matanya memandang sekeliling. Ditenyeh matanya berapa kali supaya tidak
kelihatan kabur.
“Dah
sampai pun. Penumpang kebanyakannya dah turun bas. Kita aje belum turun. Nasib
baik pemandu bas tak marah kita berdua duduk lama-lama kat sini.”
Dhia
yang perasan kepalanya terletak elok diatas bahu lelaki itu pantas duduk
menegak. “Sorry bang. Tak perasan Dhia tidur dekat bahu abang.”dia malu. Ingin
saja dia memukul kepalanya kerana tidur berbantalkan bahu lelaki itu.
“It’s
okay, Dhia. Abang ingat nak suruh Dhia tidur lama sikit kat bahu abang.”sakat
Razree.
Dhia
bertambah malu. “Abang ni, ada-ada aje.”rengusnya. Dia bangun dari tempat
duduknya. Dahlah! Kita turun bawah. Dhia tak sabar nak balik rumah dan
jumpa…”katanya berhenti disitu. Takkan nak sebut nama Muzaffar depan abang
Razree kan?
“Hish,
turun ajelah!”dia terus bergerak meninggalkan Razree yang kelihatan
terpingga-pingga dengan dirinya.
“Eh,
Dhia. Tinggalkan abang pulak kat sini. Kita penat tunggu dia bangun, dia main
pergi aje”dia turut bangun dan mengejar Dhia yang tergesa-gesa mengambil beg
dan barang-barang yang lain.
*****
“Marilah
mak cik, Dhia. Raz hantar korang berdua balik rumah.”katanya setelah meletakkan
barang-barang kepunyaannya ke dalam bonet kereta Camry miliknya..
Setiausahanya, Dahlia telah pun pulang ke rumah menaiki keretanya sendiri yang
terletak elok ditempat parking.
“Mak
cik rasa tak perlu kut. Teksi ada kat depan tempat parking tu. Kami balik naik
teksi ajelah.”dia sebenarnya tidak mahu menyusahkan Razree lagi. Cukuplah dia
menampung perbelanjaan dan tiket untuk balik ke Kuala lumpur.
“Aah
lah bang. Biar ajelah kita orang balik sendiri. Abang baliklah dulu. Nanti kita
pandai-pandailah nak naik teksi.”sampuk Dhia. Dia malas sebenarnya mahu balik
dengan lelaki ini. Rasa malunya kerana tidur dibahu lelaki itu masih segar di
ingatan.
Razree
merenung Dhia tajam. “Abang tak kira, abang nak hantar jugak Dhia dengan mak
cik balik.”jawabnya dengan tegas. Dia membuka pintu kereta belakang. Menjemput
ibu Dhia masuk ke dalam keretanya.
Dhia
menyengetkan bibirnya. Tanda meluat dengan perangai lelaki itu. ‘Kita nak
balik, dia pulak yang tergedik-gedik nak hantar. Balik ajelah.’gumamnya dalam
hati.
“Tak
susahkan Raz ke?”
“Taklah.
Raz suka lagi adalah.”Dhia menjeling lelaki itu dengan jelingan maut. Geramnya
dia dengan lelaki ini.
Razree
dengan senang hatinya mempersilakan Puan Suria masuk ke dalam kereta sementara
Dhia duduk didepan sambil menghela nafas panjang. Makin meluat Dhia tengok
lelaki itu yang suka tersengih-sengih didepannya. Tak pasal-pasal dia kena
duduk depan! Dahlah aku malu dengan dia.gumamnya.
Setelah
kedua-duanya masuk dan ditutup pintu dengan cermat, Razree berkata yes!, tanda
dia gembira kerana kedua-dua perempuan itu sudi menaiki keretanya.
*****
“Mak
cik terhutang budi pada Razree sebab sudi hantar kami balik. Bertuah Puan
Hadijah ada cucu yang baik macam Razree ni.”puji Puan Suria tatkala Razree
menurunkan beg-beg mereka dari bonet belakang.
Dhia
yang duduk disebelah menyengetkan mulut. Amboi ibu…puji sangat si abang Razree
tu. Anak dia sendiri tak nak pulak puji!”kritiknya dalam hati.
“Small
matter, mak cik. Lagipun kalau mak cik dengan Dhia balik naik teksi sekalipun,
tambang mesti mahal punya. Dahlah sekarang kadar tambang teksi mahal. Kalau mak
cik dengan Dhia naik teksi dari TBS ke rumah ni, saya kira dah lebih tiga puluh
ringgit rasanya.”
“Betul
jugak cakap kamu tu Raz. Mak cik bukannya banyak duit nak bayar banyak-banyak
ni. Terima kasih sekali lagi ye Raz. Nanti ada masa, datanglah ke rumah mak cik
ni.”
“Raz
pasti akan datang sebab minggu depan Dhia dah mula kerja. Mungkin Raz akan ambik
dia pergi dan balik kut.”cadangnya. Dhia memandang wajah lelaki itu dengan
mengacip gigi.
“Bagus
jugak tu Raz. Tak adalah mak cik risau kalau dia balik sorang-sorang.”dia lega.
Ada juga yang sudi menghulurkan bantuan untuk menghantar anaknya pergi dan
balik. Sesungguhnya Razree memang seorang lelaki yang baik.
Razree
tersenyum gembira mendengar kata-kata daripada Puan Suria manakala Dhia sudah
membuat muka masamnya.
“Kalau
macam tu, saya mintak diri dululah ye. Assalamualaikum mak cik…”dia menunduk
wajahnya sedikit. Tanda hormat kepada wanita berusia itu.
“Waalaikumsalam…”jawab
Puan Suria sebelum dia membuka pintu pagar dan masuk ke dalam rumah membawa
begnya. Ditinggalkan Dhia dan Razree berdua-duaan disitu.
“Assalamualaikum
untuk Dhia jugak. Jaga diri baik-baik tau. Nanti abang call.”dia mengerakkan
jari kelingking dan ibu jarinya ke telinga. Dia mula berjalan memasuki
keretanya dan terus berlalu dari situ.
Jika
boleh dia ingin berlama dirumah Puan Suria namun dia sedar apa yang penting kini,
dia perlu melawat neneknya. Kerisauan bertambah semenjak Dhia memberitahunya
yang nenek sering pening kepala.
“Waalaikumsalam…”jawabnya
acuh tak acuh. Dia kaku tidak bergerak memandang kereta Camry milik abang
Razree meninggalkan kawasan perumahannya.
*****
Muzaffar
Ikram keluar dari kereta tatkala melihat seorang lelaki yang menghantar Dhia
dan bekas ibu mertuanya ke depan rumah. Dia yang duduk dalam kereta tidak jauh
dari rumah ibu mertuanya tidak dapat mengecam siapakah lelaki yang menghantar
Dhia dan bekas ibu mertuanya.
Hatinya
mula berdetak cemburu. Bukan cemburu yang sedikit. Cemburu yang setinggi gunung
Everest! Cepat betul bekas isterinya mendaoat pengganti dirinya
Muzaffar
Ikram berlari anak mendapatkan bekas isterinya yang mula menapak masuk ke dalam
rumah
“Lama
betul kita tak berjumpa kan Dhia?”kata satu suara dari belakang tatkala Dhia
berjalan untuk masuk ke rumah.
Dhia
berpaling dari belakang. Terperanjat dia dengan insan didepan mata. Muzaffar
rupanya!!
“Muzaffar?”tergagap-gagap
dia berkata.
Muzaffar
tersenyum sinis lalu dia ketawa sedikit. “Oh, masih ingat lagi nama abang.
Ingatkan dah luput dalam fikiran tu.”dia mendekati bekas isterinya.
Dhia
apalagi, berundur setapak ke belakang apabila bekas suami menghampirinya.
“Dhia
apa khabar, sayang?”ujar Muzaffar Ikram dengan nada romantis.
Menggigil
tubuh badan Dhia mendengarnya. Sayang? Ya Allah…aku tak bermimpi kan?dia
mengeleng-gelengkan kepala sesaat.
“Dhia
khabar baik. Sebenarnya Dhia tak sangka Muzaffar boleh datang rumah Dhia. Dhia
ingat nak jumpa Muzaffar.”katanya dengan suara yang masih tergagap-gagap.
Mata
Muzaffar Ikram bersinar. Dia menjadi teruja. “Dhia nak jumpa abang? Abang tak
salah dengar kan?”dia bagaikan orang sasau ketika ini. Jika boleh, dia mahukan
Dhia semula. Dia mahu Dhia menjadi isterinya semula!
Dhia
mula berasa takut. Bekas suaminya ni dah macam orang gila gamaknya sampai nak
dekat dengan dia. Dia berundur setapak lagi ke belakang. “Dhia nak jumpa
Muzaffar sebab nak serahkan sesuatu benda pada Muzaffar. Tapi benda tu tertinggal
kat atas. Dhia pergi ambik kejap.”itulah alasan terbaik yang diberikan bagi
menghilangkan darah gemuruhnya.
Muzaffar
Ikram berasa bertambah teruja apabila bekas isterinya ingin memberikan sesuatu
kepadanya namun kini dia tidak mahu Dhia jauh darinya. Dia mahu melihat wajah
itu dengan lebih dekat.
Untuk
tidak mahu bekas isterinya masuk ke dalam rumah, dia segera memaut erat lengan
bekas isterinya itu.
Dhia
terpana. Darah gemuruhnya yang memuncak tadi hilang tatkala Muzaffar Ikram
memegang lengannya. Kini, kemarahan yang menebal dalam dirinya.
“Kenapa
ni Muzaffar? Awak tak ada rasa hormat ke?”dia mula bersuara lantang.
“Dhia
sayang…maafkan abang. Kita bersatu macam dulu, okey tak?”tangannya masih tidak
melepaskan lengan bekas isterinya.
“Dhia
cakap, lepaskan…lepaskanlah!”pekiknya dengan kuat. Dia berang apabila Muzaffar
memaut lengannya erat bagai tidak mahu dilepaskan.
“Abang
takkan lepaskan Dhia selagi Dhia tak maafkan abang.”dia masih dengan
pujukannya.
“Jangan
kau berani sentuh dia, Muzaffar!!”tidak semena-mena Razree datang dan menumbuk
muka Muzaffar. Terjelepok dia diatas jalan tar itu.
Muzaffar
tergamam. Abang Razree?dia memandang sekujur tubuh lelaki itu dengan renungan
yang tajam. Mulutnya mula mengalir darah. “Abang buat apa kat
sini?”terketar-ketar bibirnya berkata.
Dhia
terkejut. Dalam hati dia berterima kasih kerana lelaki itu datang
menyelamatkannya dari dipegang bekas suaminya. Dia lekas menyorok dibelakang
abang Razree.Tak sangka abang Razree sanggup datang ke rumahnya semula.
Syukur
padaMu Ya Allah!!
“Kau
tak payah nak tanya aku buat apa kat sini. Dia teman wanita aku. Kau jangan
sentuh dia walau seinci pun. Ada faham?!!”jerkah Razree.
Terpana
Muzaffar mendengarnya. Matanya membulat. Bekas isterinya mempunyai hubungan
istimewa dengan abang Rayyan Zikri?
Adakah
lelaki yang menghantar Dhia dan bekas isterinya adalah abaang Razree?
Oh,
tak mungkin!!