Riuh suara pekerja-pekerja
Datin Zafiah di luar pintu garaj tatkala mendapat makluman dari pengawal
keselamatan di luar pintu garaj. Terkejut mereka melihat seorang perempuan yang
mengandung di depan rumah mewah ini.
“Kau dah telefon Datin ke belum, Ali?”tanya salah seorang
pembantu dapur yang bernama Amy kepada
pengawal keselamatan yang sedang memaut bahu perempuan mengandung itu. Kesemua
pekerja itu duduk mencangkung.
“Aku dah telefon. Kejap lagi Datin akan sampai.”jawabnya
sambil merapikan rambut perempuan itu yang sedikit tidak terurus. “Korang nak
tahu, sebelum dia pengsan tadi, dia sempat cakap dengan aku yang dia nak jumpa
dengan Tuan Zeril.
Pekerja-pekerja
di situ berpandangan sesama sendiri lalu tumpuan mereka terarah pada perempuan
yang masih tidak sedarkan diri ini.
Aku
terkejut jugak bila dia cakap macam tu. Setahu aku, Tuan Zeril dah jarang cakap
dengan perempuan. Bila perempuan ni kenal dengan Tuan Zeril pun aku tak
tahulah.”Ali mengangkat bahu sedikit. Dia pun pelik. Sudah berapa bulan dia
bekerja di sini, muka perempuan ini tidak pernah ditemui.
“Aku
rasa pernah jumpa lah perempuan ni. Tapi aku dah lupa kat mana.”sampuk lagi
seorang pembantu rumah iaitu Alina. Kelima-lima pembantu rumah yang berada di situ merenungnya tidak berkelip. Dia
malu kerana semua rakan-rakan memandangnya.
“Kau
jumpa kat mana?”semua suara yang berada disitu berkata serentak. Masing-masing ingin tahu jawapannya.
“Err…aku
rasa dia teman wanita Tuan Zeril lah.”jawab Alina tanpa selindung lagi.
Mereka yang berada di situ semua terlopong mendengarnya termasuk Ali.
Mereka yang berada di situ semua terlopong mendengarnya termasuk Ali.
“Lah…
yeke?”Ali termangu. “Patutlah dia nak jumpa Tuan Zeril. Teman wanita rupanya...,”jawabnya sambil menganggukkan kepala.
“Tapi
kenapa dia datang sini balik? Aku rasa kalau Tuan Zeril nampak muka perempuan
ni, mesti kena maki teruk-teruk.”sambungnya.
“Apasal
pulak? Perempuan ni ada buat apa-apa kat Tuan kita ke?”celah Amy.
“Kalau
korang nak tahu, perempuan ni talam dua muka tahu tak?!”mereka semua
terperanjat mendengar jawapan Alina. “ Sebelum Tuan Zeril hilangkan diri tu,
aku dapat tahu dari mulut Datin Zafiah yang perempuan ni dia dah bertunang
senyap-senyap dengan orang lain. Dah tu, bila Datin ajak keluarga diorang
datang sini buat makan-makan, elok pulak perempuan ni pakai tudung. Hah,
sekarang korang nampak dia tak pakai tudung kan? Dah sah-sahlah perempuan ni
talam dua muka!
Mereka
setuju dengan apa yang dikatakan Alina. Sudah terang lagi bersuluh yang
perempuan ini tidak bertudung. Kesian Tuan mereka kerana ditipu hidup-hidup!
“Aku
rasa aku letakkan dia dalam pondok aku dulu, korang masuklah dulu. Nanti
pembantu peribadi marah korang pulak.”Kesemua mengangguk.Ada benarnya kata Ali.
Kalau pekerja keluar dari rumah mewah ini tanpa kebenaran dari lelaki yang
bernama Madz Hazrul itu, tak pasal-pasal kena pecat. Pembantu peribadi Datin
Zafiah tu bukan boleh diajak bergurau. Salah sikit kena membebel.
Bukan
senang nak dapat kerja kat sini. Siapa yang tidak suka duduk rumah mewah kan? Orang kebanyakan seperti
mereka mana mampu nak beli rumah sebesar ini. Kalau setakat beli pondok security guard yang Ali tinggal ni,
mereka masih mampu nak beli. Kalau barang-barang dalam rumah Datin Zafiah ni,
tunggu dua tahun lah baru dapat beli.
Mereka berlari masuk ke dalam rumah mewah itu.
Segala kerja yang terbengkalai tadi diuruskan semula.
Ali
mula mengangkat tubuh perempuan yang agak berat itu. Maklumlah, perempuan
mengandung. Dia membawa masuk perempuan itu dan dibaringkan dengan penuh
cermat. Setelah dia membaringkan perempuan itu, bagasi yang tersadai di atas
jalan itu diambil lalu diletakkan di meja kecil miliknya.
Sebagai
lelaki yang masih muda, dia terpikat dengan kecantikan yang ada pada perempuan
ini tapi dia tahu perasaan itu perlu di buang jauh-jauh. Di antara syarat untuk
bekerja di sini adalah tidak bercinta ataupun berkahwin sehingga pekerja itu
berhenti. Dan dia haru akur dengan syarat itu. Lagipun bukan lama dia bekerja
di sini. Cukup setahun, dia akan mencari kerja baru dan berkahwin.
*****
Sampai
sahaja di garaj rumahnya, terkoncoh-koncoh Datin Zafiah keluar dari perut
kereta. Dia berdoa dalam hati agar tiada apa-apa berlaku di rumah ini. Sedari
dalam kereta lagi dirinya gelisah. Berkecamuk fikirannya kerana terlalu
memikirkan keadaan rumah.
Langsung
dia tidak bertanyakan kepada pembantu peribadinya tentang keputusan tawaran
yang diberikan pada Nur Adriana. Dalam keadaan sebegini, semua hal yang tidak
berapa penting di tolak ke tepi. Apa yang penting adalah rumahnya!
Madz
Hazrul meletakkan kereta di tepi sudut pondok keselamatan. Dia tahu bosnya
risau sebab itu dia sanggup keluar dari kereta tanpa membiarkan dia yang
membuka pintu.
“Ali,
apa yang berlaku kat rumah ni? Cuba cakap dengan saya?”cemas Datin Zafiah
bertanya.
Madz
Hazrul menghampiri Datin Zafiah dan mula merenung wajah pengawal keselamatan
itu.
Ali
menundukkan kepala, memberi penghormatan sebelum dia memulakan bicara.
“Sebenarnya tak ada apa-apa yang berlaku dalam rumah Datin. Tapi ada benda lain
yang dah terjadi."
“Awak
cakap apa ni, Ali?Cuba awak berterus-terang?”tegas nada Madz Hazrul.
Ali
mengetap bibir. Wajah serius lelaki yang menjadi pembantu peribadi kepada
bosnya tidak dihiraukan. Matanya tepat ke arah Datin Zafiah. “Ada seorang
perempuan yang pengsan kat rumah ini, Datin. Dekat pintu garaj depan ni” dia
menunding tangan ke tempat perempuan yang pengsan itu.
Datin Zafiah terperanjat. “Mana dia sekarang?”matanya
meliar memerhatikan kawasan sekeliling. “Saya tak nampak pun dia ada kat sini?
Awak dah call ambulans ke Ali,hantar dia kat hospital?”katanya dengan hairan.
Ali menggelengkan kepala. “Eh, tak Datin. Saya tak call
ambulans tapi saya letakkan dia kat dalam pondok saya.”jawabnya jujur.
Madz
Hazrul yang diam membisu sedari tadi cepat-cepat masuk ke dalam pondok itu.
Kenapalah Ali tak masukkan perempuan tu kat dalam rumah? Dahlah pondok ni
kecil, lepas tu sempit pulak. Manalah muat nak baringkan perempuan tu?gumamnya.
Datin Zafiah menarik nafas lega. “Hmm..Alhamdulilah, tak
ada apa-apa kat rumah ni. Lain kali kalau ada perkara yang betul-betul penting
aje baru awak bagi tahu Madz Hazrul. Kalau ada orang yang pengsan ke kat sini,
awak ambik tindakan telefon ambulans cepat-cepat okey?”tegurnya.
Ali menganggukan kepala. Salahnya juga kerana menelefon
Madz Hazrul dengan bercakap secara laju dengan pembantu peribadi itu. Kan dah
kena tegur!
Berapa minit kemudian, Madz Hazrul keluar dengan mencempung tubuh perempuan yang pengsan itu.
Berapa minit kemudian, Madz Hazrul keluar dengan mencempung tubuh perempuan yang pengsan itu.
“ Perempuan yang pengsan tu ialah Irma Amanda, Datin!”Madz
Hazrul mencempung tubuh Irma Amanda keluar dari pondok keselamatan itu.
Datin
Zafiah ternganga. Tersekat air liurnya di kerongkong. “Irma Amanda?!!”terus dia
menghampiri Madz Hazrul. Tangannya pantas menyelak rambut perempuan itu. Dulu,
sewaktu dia masih lagi bersama anaknya, perempuan ini lengkap berpakaian tudung
seperti perempuan muslimah yang lain. Sekarang ini, tudung itu sudah hilang
dari kepalanya.
“Dia
mengandung?”Datin Zafiah menyentuh perut yang semakin membesar. Nampaknya Irma
Amanda sudah berkahwin,tekanya. Kesian anaknya ditipu hidup-hidup. Patut dia
mengarahkan pembantu peribadinya mencari maklumat berkaitan dengan Irma Amanda
sebelum Zeril Iskandar dan perempuan ini melangsungkan perkahwinan.
“Hazrul,
bawak dia masuk dalam kereta.”arahnya. Dia memalingkan muka kearah Ali. “Awak
pula bawa ambik bagasi perempuan ni.”sambungnya.
“Baik,
Datin.”jawab Madz Hazrul dan Ali serentak. Mereka berdua buat seperti yang
disuruh.
Ali
pantas berlari anak masuk ke dalam pondok keselamatan. Manakala Madz Hazrul
mencempung Irma Amanda dan dimasukkan ke dalam kereta.
Datin
Zafiah membantu membukakan pintu belakang bagi memudahkan Madz Hazrul
membaringkan Irma Amanda. Dia yang sedari tadi duduk di belakang, beralih
tempat ke sebelah pemandu.
Setelah
semuanya selesai, Datin Zafiah dan Madz Hazrul segera bergerak masuk ke dalam
rumah yang telah dibuka awal-awal lagi sebelum mereka datang.
*****
Madz
Hazrul membaringkan Irma Amanda di atas katil empuk di bilik belakang. Walaupun
Datin Zafiah ingin memberikan keselesaan kepada perempuan yang pernah menghuni
hati anaknya namun dia kena berfikir bijak! Zeril Iskandar mungkin akan kembali
dalam masa dua atau tiga hari lagi jadi dia terpaksa letakkan Irma Amanda di
bilik belakang sekali. Takut anaknya akan mengalami sakit jantung buat kali
kedua.
“Apa
kita nak buat dengan dia, Datin?”soal Madz Hazrul.
“Kita
biarkan dia kat sini dulu, baru kita fikirkan apa yang patut kita buat.”
katanya dengan nada tegas. "Jangan sesiapa pun tahu termasuk Tuan Zeril
Iskandar."Datin Zafiah segera menyelimutkan sekujur tubuh Irma Amanda.
Penghawa dingin dikurangkan suhunya agar perempuan ini tidak kesejukan.
"Bila Tuan Zeril Iskandar akan balik,
Datin?"soalnya lagi.
"Insyallah dalam dua hari lagi. Saya nak
awak kawal dia dengan sebaik mungkin. Jangan bagi orang lain masuk dalam bilik
ini, faham?!"sambungnya lagi.
Madz Hazrul akur. Kata-kata dari Datin Zafiah
tidak boleh di bangkang. Dia akan turuti segala permintaan bosnya.
Mereka
berdua keluar selepas menyelimutkan Irma Amanda.
Tatkala
Madz Hazrul menutup pintu bilik, Datin Zafiah bertanyakan soalan yang agak
sukar untuk dijawab. Yalah, bosnya mengharapkan Nur Adriana menjadi penjaga
khas Tuan Zeril Iskandar, tetapi perempuan itu menyuruhnya memberikan masa
untuk dia membuat keputusan.
“So,
Nur Adriana setuju tak jadi penjaga khas anak saya?” Datin Zafiah menukar
topik.
Madz
Hazrul serba salah untuk menjawab soalan itu. “Sebenarnya Datin, Nur Adriana
suruh bagi masa untuk dia buat keputusan jadi sekarang ni dia tak bagi jawapan
yang boleh menggembirakan hati Datin.”jawabnya tergagap-gagap. “Maafkan saya,
Datin.”dengan pantas dia mengangguk. Tanda bersalah kerana tidak dapat memujuk
Nur Adriana untuk menjadi penjaga khas kepada Tuan Zeril Iskandar.
Datin
Zafiah kecewa. Ingatkan Nur Adriana akan terima tawaran itu, nampaknya tidak.
“Tak mengapalah. Kalau itu keputusan dia, biarlah saya menjaga Tuan Zeril dulu.
Awak dah bagi duit itu?”
Madz
Hazrul mengangguk. “Sudah, Datin.”
“Bagus!
Akhirnya janji saya nak bagi dia habuan tertunai juga. Awak tahu di mana rumah
dia?”
“Tahu,
Datin. Tadi saya dah pergi rumah dia.”
“Saya ingatkan awak jumpa dia kat tengah jalan.”
“Bukan,
Datin. Saya ikut dia sampai ke rumah. Mujur dia sudi terima pelawaan saya untuk
makan pagi di Hotel Palace, Datin.”
Datin
Zafiah membuka mulutnya sedikit. “Ooo…lama saya tak pergi situ. Apa punya
shareholder lah kan?”dia ketawa kecil.
Madz
Hazrul tersenyum. Ceria hatinya melihat bosnya ketawa. “Saya ada cakap dengan
penyambut tetamu tadi, suruh cakap dengan pihak pengurusan bahawa Datin akan
datang tak lama lagi.”
“Baguslah
kalau awak cakap dekat penyambut tetamu macam tu. Sibuk dengan masalah sampai
lupa nak lawat tempat kerja.”terlalu banyak perkara yang berlaku dalam seminggu
dua ini tapi dia tahu pasti ada hikmah di sebalik semua ini. Dia yakin tentang
itu.
“Datin,
makanan dah disediakan.”kata Amy, pembantu dapur. Dia menunduk hormat.
“Ya
Allah, Dah masuk tengah hari rupanya. Saya pun lupa waktu sekarang pukul
berapa. Lapar pulak rasanya.”
“Amy?”Datin Zafiah memanggil pembantu rumahnya yang sedang tunduk menekur lantai.
“Ya,
Datin?”tanya Amy. Dia mengangkat muka.
“Tolong
buatkan bubur dan air soya ye. Bagi pada Madz Hazrul.”arahnya.
Amy
menggangguk perlahan lalu beransur pergi.
Madz
Hazrul pelik. Dia memandang Datin Zafiah. “Bubur? Buat apa, Datin?”soalnya teragak-agak.
Datin Zafiah menhela nafas perlahan.“Nanti
kalau Irma Amanda dah bangun, kasi dia makan bubur tu. Bagi dia bertenaga
sikit.”arah Datin Zafiah.
Baru
sekarang Madz Hazrul mengerti. Ingatkan nak bagi dia yang makan tadi. Dia bukan
tidak sihat sampai nak makan bubur.
“Mari,
Datin. “tangannya memberi isyarat mempelawa Datin Zafiah turun ke bawah.
Datin
Zafiah mengangguk. Mereka berdua beredar dari situ.
Sementara
di dalam bilik, Irma Amanda sudah mula bergerak. Nafasnya turun naik. Perutnya
dipegang lembut. Alhamdulilah! Tiada apa-apa yang berlaku padanya.
Selimut
ditarik perlahan. Matanya terkebil-kebil memandang bilik yang cantik ini.
“Aku
ada kat mana ni?”katanya sendiri sambil memandang syiling yang tidak berlampu.
Hendak berdiri, dia tiada daya.
Kepalanya
berpinar-pinar. Kemungkinan dia mengalami alahan. Sudah dua bulan dia
mengandung. Baru kali ini dia mendapat alahan yang teruk. Waktu minggu pertama
kandungan, dia tidak mengalami sebarang alahan. Ini tiba-tiba pulak terjadi.
Akhirnya
dia tidur kembali untuk meredakan peningnya.