Marina menangis tersedu-sedan di dalam
keretanya setelah dia meninggalkan Zaim Irsyad yang terpinga-pinga dengan
perbuatanya. Sengaja dia meninggalkan kekasihnya itu. Dia mahu melihat samada
lelaki itu sanggup atau tidak mengejarnya.
Ternyata Zaim Irsyad tidak mengejarnya. Dia
benar-benar kecewa.
“ Marina sayang Zaim. Kenapa Zaim tolak lamaran
Marina?” jeritannya menghiasi seluruh kereta Myvinya tetapi itu tidak lama
apabila seseorang mengetuk cermin tingkapnya dari luar.
Marina terkejut besar. Zaim Irsyad? Cepat-cepat
dia mengelap airmatanya yang dirasakan deras mengalir itu lalu cermin tingkap
diturunkan perlahan-lahan.
“ Awak Zaim? Apa awak buat kat sini?”
terketar-ketar sahaja suaranya bertanya.
“ Awak tanya saya buat apa kat sini? Saya cari
awaklah, Marina. Kenapa tiba-tiba awak lari tinggalkan saya tadi? Dah tak
sayangkan saya lagi ke?”
Marina pantas mengelengkan kepala. “
Bukan-bukan. Saya…err… Saya…”Entah mengapa dia rasa tergagap-gagap pula apabila
Zaim Irsyad merenungnya tanpa berkelip. Hatinya rasa berdebar tidak menentu.
“ Dah, dah. Awak keluar sekarang. Saya nak
cakap sesuatu dengan awak.” Tegas suara Zaim Irsyad ketika ini. Dia tidak mahu
berlama-lama disini. Ayat yang sudah lama mahu diungkapkan kepada Marina tidak
boleh disimpan-simpan lagi. Ikutkan hati, saat ini juga dia mahu melamar Marina
namun dia perlu bersabar. Kalau terlalu cepat sangat nanti tak ada feel pula nanti.
Marina membuka pintu keretanya dan melangkah
keluar dari situ setelah cemin tingkapnya ditutup semula. Dia keluar dengan
perasaan yang berdebar-debar. Bermacam-macam yang terlintas di benak fikirannya
sekarang. Dia berharap sangat Zaim Irsyad akan berfikir semula tentang
lamarannya tadi.
“ Awak nak apa sebenarnya?” mendatar sahaja
soalannya.
Zaim Irsyad merengus. “ Awak tanya saya nak apa?
Saya nak awaklah!”
“ Kalau awak nak saya kenapa awak tolak lamaran
saya? Saya cintakan awak sepenuh hati tapi bila saya melamar awak sebagai suami
saya terus awak tolak! Awak sebenarnya cintakan saya tau tidak?”suaranya
sedikit tinggi. Terkedu Zaim Irsyad dibuatnya.
“ Saya benar-benar cintakan awak, Marina dan
saya betul-betul nak jadikan awak sebagai isteri saya. Kita kahwin ya sayang?”
Suara Zaim Irsyad bertukar romantik. Masa inilah yang dirasakan sesuai untuk
melamar Marina.
Jantung Marina berdegup laju. Sayang? Perkataan
itu menyentakkan sanubarinya. Sudah lama dia kepingin untuk mendengar perkataan
itu dari mulut Zaim Irsyad. Tidak sangka lelaki itu berjaya mengucapkan di
hadapannya. Dia terharu. Namun untuk dia menerima lamaran lelaki itu, dia harus
berfikir dua kali.
Mama dan papanya, Puan Karina dan Encik Khaleed
sudah bercadang untuk membuat majlis pertunangan diantara dia dan Muhd Zafril,
lelaki yang dibencinya. Habis, apa yang perlu dia lakukan untuk mengagalkan
rancangan mama dan papanya?
“ Awak sanggup berubah demi saya? Awak sanggup
lakukan apa sahaja untuk saya asalkan saya jadi isteri awak?” Marina berdiri
dan merenung tajam anak mata Zaim Irsyad.
Zaim Irsyad tersenyum. “ Why not? Saya yang nak kahwin dengan awak. Semestinya saya akan
berubah demi awak.”
“ Awak sanggup jumpa mama dan papa saya selepas
ini?”
“ Untuk awak, semuanya saya sanggup. Asalkan
saya dapat kahwin dengan awak.”
Marina tersenyum. Nampaknya Zaim Irsyad
bersetuju untuk berjumpa mama dan papanya. Bertambah semangat dirinya untuk
memiliki lelaki ini. “ Baiklah. Kalau macam tu…” Topi yang berada di kepala
Zaim Irsyad ditanggalkan.
Zaim Irsyad terkedu tidak terkata. Rambutnya
yang disembunyikan melalui topi lusuhnya dibiarkan lepas. “Apa yang awak cuba,
Marina? Apa kaitan topi saya dan lamaran awak?” soalnya bertubi-tubi.
“ Sebelum saya bawa awak jumpa mama dan papa
saya, tolong ubah penampilan awak kepada yang lebih maskulin dan bergaya. Saya
tak mahu mama dan papa memandang rendah terhadap awak. Boleh awak lakukan untuk
saya?” Lembut sahaja suara Marina berkata.
“ Penampilan saya selama ini tak elok ke? Saya
rasa elok aje.” Zaim Irsyad menilik pakaian yang tersarung ditubuhnya.
“ Itu pendapat awak, sayang. Bagi keluarga
saya, penampilan paling penting untuk tidak dipandang rendah oleh masyarakat
luar.” Zaim Irsyad terdiam. Nampaknya Marina beria-ria benar mahu dia merubah
dirinya.
“ Apa yang perlu saya pakai bila datang rumah
awak nanti? Kat rumah saya ada baju melayu aje.”
“ Itu awak jangan risau. Pasal pakaian ni saya
tahu apa yang sesuai untuk awak.” Marina sudah tersenyum-senyum. Zaim Irsyad
mengerutkan dahi. Baju apa yang dia nak bagi aku pakai ni? Takkan dia nak bagi
aku pakai kot? Bisiknya dalam hati.
“ Sekarang ni saya nak pergi satu tempat dan
awak mesti ikut saya sekali.” Makin melebar senyuman Marina. Tidak sabar
rasanya mahu merubah penampilan Zaim Irsyad.
“ Pergi mana?”
“ Adalah.” Marina mengenyit manja matanya
kearah Zaim Irsyad.
“ Tapi saya pinjam motor Farhan. Saya dah cakap
dengan dia saya nak pinjam motor dia dalam masa sejam sahaja. Saya rasa saya
tak dapat ikut awak kot. Mungkin lain kali saya jumpa mama dan papa awak.”
“ Mana boleh macam tu! Awak dah kata awak
sanggup buat apa sahaja untuk saya, mana boleh tukar ke hari lain? Tak naklah!
Saya nak tukar penampilan awak hari ni jugak! Awak pulangkan aje motor tu kat
Farhan. Awak naik kereta saya.”
“ Bersungguh-sungguh betul awak nak kahwin
dengan saya. Awak yakin saya mampu tambat hati mama dan papa awak? Saya
bukannya macam Zafril tu. Dia lagi kacak dan tampan daripada saya.” Zaim Irsyad
akui Muhd Zafril lebih berketerampilan berbanding dirinya yang serba sederhana
ini. Melihat Muhd Zafril berpakaian T-shirt jenama Raplh Lauren sebentar tadi
dia dapat merasakan yang lelaki itu berasal dari keluarga yang senang seperti
Marina. Dia apa yang ada? Cuma motor Modenas kepunyaan bapanya sahaja.
“ Kacak dan bergaya bukan ukurannya, Zaim. Saya
yakin mama dan papa saya pasti bersetuju punya. Percayalah cakap saya.” Yakin
benar kata-kata Marina. Tersentuh hati Zaim Irsyad mendengarnya.
“Saya hantar motor ni dulu kat Farhan. Nanti
lambat karang tak sempat pulak nak tukar penampilan saya ni.” seloroh Zaim
Irsyad. Tiba-tiba dia menjadi semangat untuk menukar penampilannya.
Harap-harap mama dan papa Marina akan bersetuju
untuk menerimanya sebagai ahli keluarga baru mereka. Doanya dalam hati.
Marina masuk semula ke dalam kereta setelah
perbincangan tidak rasmi mereka selesai. Cermin tingkap dibuka sedikit. “ Saya
ikut awak dari belakang ya. Cepat tau, saya tak sabar nak tukar penampilan baru
awak.” Teruja benar reaksi yang ditunjukkan Marina. Tersengih-sengih Zaim
Irsyad di situ.
“ Ya, ya. Saya tahu, Sayang.” Zaim Irsyad sudah
mempersiapkan diri. Helmet dipakai. Enjin motor mula dihidupkan. Sesudah itu
dia memulakan perjalanan balik ke rumah diikuti Marina dari belakangnya.
Tidak jauh dari tempat mereka berbincang tadi,
ada seseorang yang memerhatikan mereka berdua.
Siapakah dia?