Kyra bangun untuk ke tandas. Perutnya sedikit
memulas setelah makan dalam kuantiti yang agak banyak. Waktu majlis dah nak
bersurailah baru perutnya meragam. Hai, perut, perut. Baru nak makan
sedap-sedap, kau kacau daun. omel Kyra dalam hati.
“ Awak nak pergi mana tu, Cik Kyra?”
“ Apasal pulak nak tahu?” acuh tak acuh sahaja
suara Kyra.
“ Tak boleh ke?” berkerut dahi Abdul Fatah.
“ Saya nak pergi tandas, Encik Fatah.” Tekan
Kyra. Sabar sajalah bila bercakap dengan orang yang muka serius ni!
“ Kalau macam tu, saya nak ikut awak boleh?”
kata Abdul Fatah dengan suara yang sedikit serius.
Kyra ketap bibir. Dia nak ikut aku pergi
tandas? Dah gila ke apa mamat ni? Kyra sudah mula seram sejuk. “ Tolong jangan
jadi gila Encik Abdul Fatah!” lelaki ini memang dah biul! Nak ikut dia pergi
tandas buat apa? Gila… lelaki ni memang dah gila!
“ Saya bukan gila, Cik Kyra. Perut saya
sakitlah. Itu yang saya nak ikut awak.”
Berubah riak wajah Kyra.“ Aik? Awak pun sakit
perut?” tidak sangka mereka berdua mengalami sakit yang sama.
“ Yalah. Tak nampak ke muka saya ni berkerut
menahan sakit ni? Hesy, itu pun mau cakap ka.”
Abdul Fatah sempat mencebikkan mulutnya. Dia mula bangun. Perutnya yang mula
meragam itu dipegang-pegang.
Kyra terasa bersalah. Nampaknya lelaki itu
betul-betul sakit perut. “ Yalah, yalah. Jom. Lambat karang, terburai pulak kat
sini.” katanya dengan sinis. Tanpa mempedulikan Abdul Fatah, dia mengorak
langkah menuju ke muka pintu dewan besar itu. Jalannya agak laju berbanding
biasa. Dibiarkan Abdul Fatah ke belakang.
Namun dia terkejut apabila melihat kelibat
Khuzairi yang berdiri di pintu besar itu. Kakinya bergerak perlahan.
“ Kenapa awak ada kat sini, Khuzairi? Majlis
dah nak dekat bersurai pun. Tak nak balik ke? Esok awak bukan kerja ke?”
“ Awak masih ambil berat pada saya, Kyra. Erm…
saya tunggu awak dari tadi.” Kata-kata itu agak melemaskan diri Kyra. Di bilik
persalinan tadi, Khuzairi bukan main marah padanya kerana tidak mahu menerima
cinta lelaki itu tapi kenapa lelaki ini sudah bercakap lembut dengannya? Kyra
sedikit pelik.
“ Awak balik ajelah. Saya ada hal dengan…”
“ Dengan saya, Encik Khuzairi.” Pintas Abdul
Fatah dengan tiba-tiba. Tangan Kyra dipaut kemas. Kyra terkejut. Muka Khuzairi
di muka pintu besar itu sudah berubah keruh.
“ Err… saya balik dululah, Kyra. Awak jaga
diri.” Tersekat-sekat kata-kata Khuzairi sebelum dia keluar dari dewan besar
itu.
Makin pelik Kyra dibuatnya. Kenapa Khuzairi tu
tiba-tiba aje jadi macam tu? Belum dia habis bercakap lagi, lelaki itu sudah
mula meminta izin untuk pulang. Takkan dia takut dengan Abdul Fatah kut?
Desisnya dalam hati.
Kyra mula memandang Abdul Fatah. “ Lepaskan
tangan saya boleh tak? Dah tak tahu hukum halal haram ke?” Kyra membulatkan
matanya.
Abdul Fatah menarik tangannya. Apabila Kyra
bercakap pasal halal dan haram, serta-merta dia rasa bersalah. Tapi perasaan
bersalahnya itu hanya dipendam di hati sahaja. Dia membuat riak selamba di
depan Kyra.
“ Saya pergi tandas dulu.” Abdul Fatah keluar
dari dewan besar itu.
Kyra terpinga-pinga di situ. Kenapa dengan dua
mamat ni? Seorang balik macam tu aje bila dia belum habis bercakap, seorang
lagi egonya tinggi bila bercakap. Kyra geleng kepala. Boleh jadi gila kalau
setiap hari wujud dua lelaki itu dalam hidupnya.
****
Kyra menarik
nafas lega setelah keluar dari tandas. Mujur perutnya tidak lagi meragam
seperti setengah jam yang lalu. Jika tidak, terpaksalah dia bermalam di dalam
tandas hari ini. Kakinya mula mengorak langkah untuk masuk semula ke dalam
dewan.
“ Cik Kyra!” panggil Abdul Fatah tidak berapa
jauh dari tandas perempuan.
“ Opocot!”
Hampir tersadung Kyra di atas marmar yang berwarna kelabu itu. Sudahlah dia
pakai kasut Ultra high heels dan
bergaun labuh. Mujur dia tidak tergelincir apabila berjalan terlalu laju.
“ Awak ni suka terkejutkan saya tau! Awak nak
apa lagi dari saya ni?” marah Kyra sambil mencekak pinggang. Geram sungguh dia
dengan Abdul Fatah. Suka sangat panggil dia dengan nada terjerit-jerit.
Abdul Fatah beriak selamba. Segaris senyuman
langsung tidak meniti dibibirnya. Hanya riak serius sahaja yang ada.
“ Cik Kyra nak pergi mana?”
“ Nak masuk dalamlah, apa lagi.” Mendatar
sahaja suara Kyra. Matanya menjeling kearahlelaki bermuka serius itu.
“ Saya nak ikut sekali.”
“ Awak ni memang dah gila eh? Saya nak pergi
tandas, awak nak ikut. Saya nak masuk dewan pun awak nak ikut! Dah besar-besar
pun nak ikut orang. Gila!” ayat terakhir yang diucapkan Kyra diperlahankan
sedikit.
Abdul Fatah menyeluk poketnya lalu dengan
selamba berjalan mendekati Kyra. “
Saya risaukan awak, Cik Kyra.” Kyra mengerutkan dahi.
“ Eh, mamat ni. Risaukan kita buat apa?
Risaukan diri sendiri tu lagi baguslah. Hee…” Kyra mencebik. Tidak suka berbual
terlalu lama dengan Abdul Fatah, dia selamba sahaja masuk ke dalam dewan tanpa
menghiraukan lelaki serius itu.
“ Cik, Kyra. Tunggulah!” seru Abdul Fatah
sekali lagi namun Kyra tetap tidak mengendahkannya.
Kyra tetap meneruskan jalan. Dia malas mahu
melayan lelaki itu lagi.
Abdul Fatah mula mengeluh. Nampaknya hasrat dia
untuk mengenakan Kyra tidak kesampaian. Wanita itu tidak mahu melayan dirinya
lagi. Hai Fatah, kau sedih ke Cik Kyra yang cantik manis tu tak layan kau?
Bisik satu suara. Abdul Fatah jadi bingung. Dia meraup rambutnya ke belakang.
“Ini tak boleh jadi ni! Kau selalu kenakan aku,
Cik Kyra. Lepas ni, kau tahulah nasib
kau! Abdul Fatah tersenyum sungging. Dia sudah ada rancangan untuk mengenakan
Kyra. Malam ini juga dia akan laksanakan rancangan itu.
****
Kyra memanggung kepala. Duduk di meja bulat
tanpa berkata sepatah perkataan telah menimbulkan rasa bosan dalam dirinya. Jam
di telefon bimbitnya sudah pukul sepuluh setengah malam. Entah berapa lama dia
boleh bertahan di sini.
Puan Faridah yang selang dua kerusi darinya
mula perasaan duta barunya itu tidak seceria tadi. Dia bangun sedikit dan duduk
disebelah Kyra.
“ Cik Kyra. Something's
wrong with you. Can share with me?”
Kyra mengangkat wajahnya lalu dia menoleh
kearah Puan Faridah dengan senyuman tipis. “ Nope! Just a little bit tired.”
“ Ooo…” Puan Faridah mengangguk sahaja. “ Kalau
macam tu, awak baliklah. Majlis dah nak bersurai pun. Lagipun awak dah berucap
kat atas pentas tadi sebagai duta Slim
World, itu dah cukup memadai. Baliklah.” Dia menepuk lembut bahu Kyra.
“ Thanks,
Puan.” gembiranya dia tidak terkata apabila Puan Faridah membenarkan dia pulang
ke rumah. Selepas ini dapatlah dia berehat sepuas-puasnya di atas katil empuk
miliknya. Ah, tak sabarnya!
Kyra mula bangun dari tempat duduk. Mukanya
ceria kembali. Tidak seperti tadi. Masam dan lemah sahaja.
Puan Faridah tersenyum. “ Oh ya, Kyra. Esok
jangan lupa datang office untuk collect cek fifthy thousand ringgit ya.” Pesannya.
Kyra terkejut. “ Fifthy thousand ringgit? Untuk apa ya, Puan?” dada kyra mula
berdebar. Banyak tu duit lima puluh ribu. Sudah lama dia tidak memegang duit
sebanyak itu. Wang hantaran yang diberikan Khuzairi setahun yang lepas tidak
sebanyak itu.
“Fifthy
thousand tu adalah bayaran untuk awak sebagai duta syarikat kami untuk
setahun. Awak tak baca agreement yang
Abdul Fatah uruskan ya?” dia terkedu. Rasanya agreement untuk menjadi duta Slim
World tidak pernah diberikan Abdul Fatah. Semalam pun mereka berjumpa tanpa
membincangkan agreement.
“ Saya tak baca lagi agreement tu, Puan. Nantilah, kalau ada masa saya jumpa Encik Abdul
Fatah untuk bincang pasal agreement tu.”
“ Agreement
tu nanti-nanti baca pun tak apa. Haa, tu anak saya dah sampai. Cik Kyra cakaplah dengan dia pasal agreement tu ya.” Puan Faridah
tersenyum. Baru cakap pasal Abdul Fatah, anaknya itu sudah sampai.
“ Anak?” Kyra berpaling ke belakang. Kelibat
Abdul Fatah dibelakangnya. Takkanlah lelaki itu merupakan anak Puan Faridah?
Aduyai… kepala aku dah mula biul ni. Katanya dalam hati.
“ Ibu, tadi Fatah dengar ibu cakap pasal agreement. Kenapa dengan agreement tu?” Abdul Fatah memandang
wajah ibu kandungnya yang masih lagi duduk di meja bulat itu.
Telinga lintah betul mamat ni! Kyra mencebik
dalam hati.
“ Ibu bagi tahu pada Cik Kyra tentang bayaran
lima puluh ribu sebagai duta Slim World.
Fatah tak bagi tahu ke pasal agreement tu
dengan Cik Kyra ya?”
“ Belum lagi, ibu. Tak sempat.” Itu sahaja yang
Abdul Fatah jawab. Kyra di sebelah sudah menjeling tajam. Mana tak sempatnya!
Semalam dia nak jumpa, mengada-ngada pandang tingkap tu. bentak Kyra dalam
hati. Ingin sahaja dia meluahkan pada Puan Faridah tentang sikap sebenar
anaknya yang sangat serius itu.
“ Puan, saya rasa saya balik dululah. Nanti
saya jumpa Puan esok.” Kyra tidak
betah untuk terus berdiri di sini bersama Abdul Fatah. Jika boleh, dia mahu
pergi jauh dari Abdul Fatah. malas betul nak pandang muka lelaki serius tahap
kronik ni. Baik balik rumah tidur lagi bagus! Bisik hati kecilnya.
“ Tunggu, Cik Kyra. Biar saya hantar awak
balik.” celah Abdul Fatah.
“ Haa… bagus juga tu! Cik Kyra kata dengan saya
tadi Cik Kyra datang naik teksi kan? Balik dengan anak saya pun bagus jugak,
selamat sikit.” ujar Puan Faridah dengan muka cerianya.
Kyra kemam bibir. Balik dengan Abdul Fatah? Oh, please! Dia tidak sanggup lagi untuk
mengadap lelaki serius ini.
“ Maaflah, Puan. Tadi saya dah telefon kawan
saya. Kejap lagi dia datang.” Kyra terpaksa berbohong. Itu sahaja yang mampu
dia lakukan untuk tidak balik dengan Abdul Fatah.
“ Saya balik dulu, Puan. Assalamualaikum.” Dia
salam Puan Faridah tanpa sedikit pun memandang wajah Abdul Fatah yang nampak
tegang. Biarkan dia! Ingat aku suka dekat dengan dia? katanya dalam hati.
Kyra tersenyum nipis sebelum dia bergerak
keluar dari dewan besar itu. Apa yang dia mahukan sekarang ini hanyalah tidur,
tidur dan tidur! Badannya sudah letih untuk bercakap banyak.
“ Err… waalaikumsalam. Eh, kenapa dengan Cik
Kyra tu? Ibu nak suruh kamu hantarkan dia balik pun dia tak nak ke? Hmm…” Puan
Faridah mengelengkan kepala.
“ Ibu berbuallah dengan kawan-kawan ibu dulu
ya. Fatah nak hantar dia balik.” Tegas Abdul Fatah. Tanpa banyak bicara, dia
bergegas keluar mencari Kyra yang sudah meninggalkan dewan itu. Hatinya tidak
tenang selagi dia tidak membawa Kyra pulang ke rumah.
Puan Faridah mengerutkan dahi. Fatah nak hantar
Cik Kyra balik? Bukan ke Kyra nak balik dengan kawan dia? Hmm… nampaknya ada
sesuatu yang anaknya cuba sembunyikan darinya. Dia kena siasat ni!
***
Abdul Fatah mengarahkan Hanip dan Syawal untuk
mencari Kyra sampai jumpa. Dua pekerjanya itu tanpa membantah bergegas mencari
Kyra di sekitar lobi utama. Dia pun tidak terkecuali untuk mencari Kyra di situ.
Dia pun tidak faham dengan hatinya. Bila ada
kaitan dengan Kyra, dia cepat risau. Bila dengan pekerjanya, tak ada pula dia
risau seperti ini. Hai Fatah, takkan kau dah minat kat dia kut? Abdul Fatah
mengaru kepalanya yang tidak gatal.
Ah, aku bukan minat kat dia. Aku cuma nak
kenakan dia aje. Abdul Fatah monolog sendiri.
“ Tuan, saya dah jumpa dia kat luar lobi.
Syawal ada kat sana dengan dia.” Hanip berkata dengan nada tergesa-gesa.
Abdul Fatah tersenyum lega. Kyra ada kat luar
lobi rupanya. Bagus! Ini yang dia makin teruja untuk mengenakan Kyra.
“ Hanip, pinjam kereta awak kejap.”
“ Kereta saya? Nak buat apa Tuan?” Hanip sudah
mula rasa gelisah. Keretanya bukannya mewah mana pun. Kereta kancil aje.
Abdul Fatah tergelak kecil. “ Nak pinjamlah.
Sekejap aje. Nanti esok saya pulangkan balik.”
Hanip pelik. “ Bukan ke Tuan bawa kereta
Mercedes tadi? Kenapa tak nak bawa yang tu?”
“ Hari ni awak bawa balik kereta saya tu. Esok
awak pulangkan pada saya kat ofis.”
Hanip teruja tetapi pada masa yang sama dia
keliru dengan permintaan majikannya. “ Kereta Tuan kan lagi mewah daripada
saya. Kereta saya versi lama Tuan. Seganlah.” Walaupun hatinya meronta-ronta
untuk membawa kereta majikannya itu, pada masa yang sama dia malu jika Abdul
Fatah membau sesuatu yang kurang enak di dalam keretanya. Keretanya itu
bukannya pakai bau-bauan pun.
“ Tak apa. Jangan risau tentang itu. Bak sini
kunci kereta awak. Saya nak cepat ni. Nanti terlepas pulak Cik Kyra tu.” Abdul
Fatah memberikan kunci keretanya terlebih dahulu sebelum Hanip dengan rela
hatinya memberi kunci kereta kancilnya.
“ Saya pergi dulu. Jaga kereta saya baik-baik.”
pesan Abdul Fatah dengan sedikit nada tegas.
Hanip mengangguk faham. Wah, malam ini dia naik
kereta Mercedes lah! Yahoo!
****
Kyra merayu pada pekerja Abdul Fatah supaya
melepaskan dirinya namun lelaki itu tetap bertegas untuk tidak membenarkan dia
balik ke rumah. Kyra terasa ingin menjerit tapi dia terpaksa pendamkan kerana
agak ramai tetamu kehormat yang sudah mula keluar untuk pulang ke rumah.
“ Tolonglah, Encik. Hari dah larut malam ni.
Saya tak nak balik dengan bos kamu. Tolonglah!” rayu Kyra berkali-kali dengan
nada suara yang dikawal.
“ Syawal! Awak boleh balik. Kyra biar dengan saya.”
sahut Abdul Fatah di cermin kereta
ketika dia sampai di tengah lobi utama. Bila
malam sudah larut, tetamu kenamaan sudah mahu pulang. Kereta-kereta mewah mula
menjalar keluar untuk mengambil tetamu-tetamu kehormat tersebut. Dia tanpa rasa
malu membawa kereta milik Hanip di ruang legar lobi utama itu. Sengaja dia mahu
menguji reaksi Kyra ketika dia membawa kereta itu.
“ Baik, tuan!” Syawal lekas mengangguk. Dia
agak terkejut majikannya itu membawa kereta kancil milik rakan sekerjanya
tetapi dia tahu pasti lelaki itu ada muslihat yang tersendiri apabila membawa
kereta itu.
Mata Kyra tidak berkelip apabila melihat kereta
dihadapannya. Kereta kancil! Abdul Fatah naik kereta kancil datang majlis ni?
Kyra mengerling ke kiri dan kanan. Ya
Allah, ramainya yang tengok kereta murah tu. Malunya aku! jerit Kyra dalam
hati.
Abdul Fatah sudah nampak riak gelisah di wajah
Kyra namun dia bersikap selamba sahaja. Malam ini dia mahu menghabiskan masanya
dengan mengenakan Kyra cukup-cukup!
“ Awak, naiklah cepat. Kereta Mercedes kat belakang nak keluar jugak.”
arah Abdul Fatah setelah lelaki itu keluar dari perut kereta. Berubah riak
wajah Kyra. Saat ini dia malu tidak terkata. Tidak sangka Abdul Fatah akan
memalukan dirinya sebegitu rupa.
Gaun labuh berwarna hitam yang diberi pihak Slim World diangkat sedikit. Ingatkan
bila keluar dari Hotel Grand Hyatt
ni, Abdul Fatah akan muncul dengan kereta mewah. Yalah, pengurus Slim World kan, mestilah kena pakai
kereta yang mewah ya tak?
Kyra menunduk wajahnya berapa saat sebelum dia
masuk ke dalam perut kereta ekonomi itu dengan muka masam mencuka. Sedangkan
Abdul Fatah yang berdiri di luar kereta sudah tersengih bagai kerang busuk.
Malam ini dia rasakan kemenangan berada di
pihaknya. Cik Kyra, malam ni aku akan kenakan kau cukup-cukup. Hehe.” Monolognya
sendiri seraya dia masuk ke dalam perut kereta dan membawa Kyra keluar dari
hotel mewah itu.
** ALHAMDULILAH... en3 ni siap juga akhirnya... Terima kasih sebab sudi baca sampai ke titisan terakhir. Hope korang enjoy ya! And eya harap korang faham jalan citer yang eya buat kali ni.
** Pada sesiapa yang nak join grup / fb eya. Jomlah kita jadi kawan! ;)
Grup : karyanurdaeya
Facebook : Nur Daeya