Nur
Khaleeda membelek-belek majalah Wanita yang memaparkan banyak iklan kecantikan
yang sesuai untuk dirinya di ruang rehat pekerja. Mana tahu ada produk yang
sesuai untuk dirinya. Yalah, waktu muda begini kenalah cantik. Kalau tak
cantik, suami lari!
Sewaktu
asyik membelek setiap helaian majalah itu, matanya tertancap pada satu produk mencantikkan
wajah yang menampilkan arits popular sebagai duta produk. Dia jadi berminat.
Tengok harga pun tak adalah mahal sangat. Boleh beli ni.desisnya.
Nombor
telefon pembekal produk kesihatan diambil didail supaya dapat bercakap terus
dengan orang yang membekalkan produk tersebut. Cepat tempah, cepat dapatkan?
Mana tahu, suaminya akan lebih tergoda dengan mukanya yang serba cantik ini selepas
dia memakai produk itu nanti.
“
Assalamualaikum….hai saya Eda. Saya dapat nombor telefon awak ni daripada
majalah Wanita. Betul ke awak ni pengedar produk Skincerity?”lemah-lembut Nur
Khaleeda bercakap. Walhal, dirinya bukan seperti itu.
“Waalaikumsalam.
Ya, saya memang salah seorang pengedarnya. Cik berminat nak beli produk kami?
Produk kami menawarkan harga yang lebih murah berbanding produk lain.
Kualitinya setanding dengan produk antarabangsa.”aduh! dah mula dah promosi
produk dia…macam cakap iklan pun ada jugak!
“Err…ya,
ya. Saya memang berminat nak beli, tapi cawangan yang terdekat di daerah lembah
kelang ada tak? Saya tinggal kat area KL, so kalau dapat cepat lagi bagus.
Teringin pulak saya nak cuba produk tu.”
“Memang
cawangan kami ada di Kuala Lumpur. Kalau cik berminat, kami akan hantarkan
seorang pengedar ke tempat cik untuk memperkenalkan produk Skincerity ini.
“
Bagus jugak tu. Saya sekarang ni ada kat ofis, jadi sesuai sangatlah kalau nak
perkenalkan produk tu.”
“
Maaf cik, saya rasa tak sesuai nak tunjukkan produk tu kat ofis. Takut
menganggu kerja cik. Saya rasa baik saya hantar pengedar tu kat rumah cik aje.”
“Tak
apa…tak apa. Awak hantar aje pengedar tu kat ofis saya. Kalauboleh, saya nak
produk tu hari ini jugak.”
Terpaksalah
pembekal itu bersetuju walaupun secara dasarnya dia berat hati untuk pergi ke
pejabat pembeli itu namun dia terpaksa. Kehendak pelanggan haruslah diutamakan.
Itulah moto syarikat kecantikan mereka selama ini.
“Baiklah
kalau macam tu. Kat mana syarikat cik? Dalam masa satu jam lagi, pengedar saya
akan sampai di tempat cik.”
Nur
Khaleeda tersenyum gembira. Dapatlah dia menggunakan produk kecantikan itu hari
ini. Cepat-cepat alamat pejabatnya diberikan. “Datang secepat yang mungkin ya.
Nanti saya akan cakap pada receptionist tentang kedatangan salah seorang
pekerja awak ya.”
“Hmm…oklah
kalau macam tu. Sejam lagi pengedar syarikat kami akan sampai ke tempat cik.
Terima kasih kerana sudi membeli produk kami. Assalamualaikum…”ucap pembekal
itu seraya meletakkan telefon.
Nur
Khaleeda berpuas hati. Gembira kerana hajatnya untuk mendapatkan kulit yang
cantik termakbul jugak. Mesti cik abang akan tergoda dengan kulit muka aku ni.
Desisnya.
Pantas
dia keluar dari bilik rehat pekerja itu dan berjumpa receptionist. Tak sabarnya nak pakai produk baru!
*****
Setelah
sejam kemudian, pengedar yang ditunggu telah tiba. Nur Khaleeda teruja. Dibawa
pengedar itu masuk ke dalam biliknya. Semua client yang ingin bertemu dengannya
ditunda ke hari lain. Apa yang penting padanya adalah produk kecantikan.
“Silakan
duduk Encik…”pelawa Nur Khaleeda dengan senyum lebar. Nampaknya pengedar produk
kecantikan kali ini adalah lelaki. Tak sangka ya ada jugak kaum lelaki yang
sudi menjual produk kecantikan kaum perempuan ini. Hensem pulak tu!
“Terima
kasih. Nama saya Ahmad Aidil. Panggil Aidil aje.”pintas lelaki itu.
“Silakan
duduk, Encik Aidil.” Nur Khaleeda senyum sahaja. Maklumlah, lelaki hensem
didepan mata, kenalah senyum selalu. Matanya tidak berganjak dari memandang
lelaki yang hitam manis itu. Nampak sweet aje muka dia ni.
Lelaki
itu duduk sambil meletakkan produk jualan syarikatnya diatas meja kemudian
matanya dialihkan ke perempuan yang duduk didepannya.
“Sekarang
saya akan mulakan pengenalan kepada produk kami yang terbaru dipasaran iaitu
Skincerity. Untuk mengekalkan kecantikan pada raut wajah cik, saya sarankan
agar cik gunakan produk ini agar kedutan di wajah cik akan hilang serta-merta.”kata
Aidil sambil menunjukkan botol bulat berwarna biru.
“Ooo…maknanya
produk ni hilangkan kedutanlah ya? Berapa lama dia ambil masa untuk hapuskan
kedutan dimuka?”
“Insyallah
dalam dua minggu akan hilang sedikit demi sedikit kedutan di wajah cik. Macam
kat muka cik sekarang, saya dapat lihat ada sedikit kedutan dibawah mata.
Mungkin cik boleh amalkan produk ini setiap hari supaya kedutan itu akan hilang
dan menyerikan wajah cik.”
Nur
Khaleeda menyentuh bawah matanya. Tajam betul mata Aidil ni. Sempat lagi tengok
bawah mata dia. Desisnya. Malu pulak rasanya lelaki tengok kedutan perempuan
ni.
Dia
mula mengambil produk ditangan Aidil tanpa segan-silu. Aidil sedikit terkejut
tetapi dibiarkan sahaja.
“Ooo…berapa
harga produk ni?” Nur Khaleeda pula menunjukkan produk itu kepada Aidil.
“Kini,
kami sedang mempromosikan satu set produk syarikat kami. Jika cik beli satu set
produk Skincerity, kami akan menawarkan diskaun lima puluh percent dan memberi
kad keahlian percuma sebagai member produk kami.”
Mata
Nur Khaleeda membulat. Wow! Banyaknya tawaran menarik. Dah ada yang jual murah,
apalagi…beli ajelah kan? Mana tahu kalau beli lagi sekali boleh kurangkan lagi
harga?
“
Saya beli ajelah Aidil. Memang murah pun. Saya bayar melalui cash lah ya?”Nur
Khaleeda mula mengambil beg tangannya lalu menyelongkar dompetnya. Harap-harap
cukuplah untuk membayar produk ini.
“Berapa
harganya Aidil?”
“Tiga
ratus setengah untuk satu set produk Skincerity.” Aidil mula mengeluarkan
produk-produk keluaran syarikat mereka yang lain dalam beg galasnya. Yang
produk tadi tu hanya memperkenalkan produk sahaja.
“Nah!”Nur
Khaleeda segera menghulurkan duit tiga ratus lima puluh ringgit kepada Aidil.
Setelah itu, satu set produk kecantikan Skincerity itu diberikan kepadanya.
“Terima
kasih cik kerana menggunakan produk syarikat kami. Jika cik…”
“Cik
Eda.”
“Oh.
Jika Cik Eda berpuas hati dengan produk syarikat kami, silalah hubungi di
nombor yang sama. Saya keluar dulu ya.”Aidil meminta diri untuk keluar dari
pejabat Cik Eda. Tidak manis rasanya berbual didalam pejabat yang tidak
mempunyai ramai orang.
“Eh…eh.
Tunggu dulu, Aidil.”Nur Khaleeda pantas bangun.
“Ya,
kenapa?”
“Hmm…saya
nak nombor telefon awak boleh tak?”kening kanan Aidil terangkat.
“Err…bukan
ke nombor syarikat kami dah ada pada cik? Saya rasa nombor saya tak ada pun tak
apa.”perempuan didepannya ini mengada-ngadalah pulak.
“Ala…bolehlah
Aidil. Manalah tahu, produk ni berkesan. Boleh saya rekomen kat rakan-rakan
saya.”idea itu sahaja yang muncul dibenaknya ketika ini. Sebenarnya dia mahu
berkenalan dengan lelaki itu. Mana tahu lelaki itu single lagi. Boleh
kenal-kenal kan?
“Ohh…”panjang
bunyi ‘O’ dibibir Aidil. Dia ingatkan perempuan itu nak mengoratnya tadi.
“Ni
business card saya. Ada apa-apa masalah berkaitan produk ini, boleh telefon
dinombor yang tertera.”Aidil mengunjurkan kad perniagaaannya kepada pembeli
tersebut.
Nur
Khaleeda tersenyum gembira. “Terima kasih, Aidil. Nanti kalau ada apa-apa Eda
call. Jangan tak angkat tau!”dengan suara gedik dan manjanya, dia menjawab.
Matanya sempat lagi mengenyitkan mata.
Aidil
tersentak. Nampaknya perempuan ini gatal jugak rupanya. Selama dia menjadi pengedar
untuk produk Skincerity ini, belum pernah sekali pun pembeli seperti perempuan
didepannya mengenyitkan mata.
“Err…saya
pergi dulu ya. Assalamualaikum!”ucap Aidil seraya mengalas begnya dan terus
keluar dari bilik perempuan itu. Tidak sanggup dia berlama didalam bilik itu.
“Waalaikumsalam.”Nur
Khaleeda melambai tangan. Dia mengangkat tangannya setinggi yang mungkin namun
dia hampa lelaki itu tidak menoleh ke belakang lagi. Tapi tak mengapa, nombor
telefon lelaki itu ada ditangan. Senanglah dia nak contact lelaki itu nanti!
‘Nur
Khaleeda, kau dah ada suami pun masih nak bergatal jugak!’monolognya sendiri.
******
Pulang
dari rumah, Nur Khaleeda terkejut kasut suaminya ada di rak kasut. Maknanya
suaminya pulang lebih awal daripadanya. Ala…baru nak menyorokkan produk-produk
ni, abang dah balik. Harap-harap janganlah abang marah ya tengok barang ni.
Detiknya.
Dia
masuk dengan memberi salam. Matanya sempat dikerlingkan ke kiri dan kanan. Mana
tahu suaminya ada disitu.
“Ehem…ehem!”mata
Nur Khaleed membulat apabila mendengar deheman dari arah belakang. Hampir
terjatuh produk kecantikan yang dibeli tadi. Mujur dia tidak cepat melatah.
“Baru
balik? Pergi mana tadi?”
Suara
Amysar Shah yang sinis itu membuatkan kepala Nur Khaleeda tertunduk ke bawah.
“Aik?
Abang cakap sikit dah tunduk bawah. Ini apa ni?” Suara suaminya yang kedengaran
tegas itu menakutkan dirinya. Habislah aku…gumamnya.
“Abang
cakap ni. Naiklah muka tu keatas. Pandang abang.”
“Beli
apa tu?”terangkat kening Amysar Shah apabila melihat produk yang ada ditangan
isterinya. Dia sudah tahu produk apa yang ada pada isterinya namun sengaja
ditanya semula. Geram betul dengan sikap isterinya ini. Kalau boleh, semua
produk kecantikan yang ada kat Malaysia ni dia nak beli.
Bila
dah beli, bukannya nak pakai. Terbiar aje produk tu tanpa diusik.
“
Eda beli produk kurangkan kedut. Kenapa abang tanya? Tak salah kan Eda beli
produk ni?”tiba-tiba dia bersikap berani berlawan kata dengan suaminya.
Amysar
Shah mencekak pinggang. Wah…dah pandai melawan cakap ni. “ Sejak bila Eda
pandai lawan cakap abang ni? Abang tunggu dari pukul enam tadi nak ajak Eda
pergi pasar malam. Mana Eda pergi sebenarnya ni?”
“Eda
beli nilah takkan abang tak nampak kot?Nur Khaleeda mengunjurkan produk
kecantikan yang dipegang betul-betul dimata suaminya.
Amsyar
Shah mengeluh panjang. Makin kurang ajar nampaknya isteri dia ni.
“Abang
selalu cakap dengan Eda, beli barang ikut kemampuan aje. Tengok sekarang, duit
Eda dah tinggal sikit. Beli barang mahal-mahal nak buat apa? Tak bawa ke kubur
pun.”sindir Amysar Shah sinis.
“Dah barang tu sesuai dengan Eda, beli ajelah. Lagipun barang mahal kan lagi berkualiti. Bukan macam barang murah kat pasar malam tu. Tak berkualiti langsung!”Nur Khaleeda mencebik. Sudah lama dia tidak berkunjung ke pasar malam semenjak dia dinaikkan pangkat. Baginya, barang di pasar malam no class!
Amysar Shah merenung wajah isterinya yang seakan tidak berpuas hati dengannya. “ Eda kena ingat, Allah akan tarik bila-bila masa aje nikmat yang Eda dapat tu. Eda jangan nak riak sangatlah dengan apa yang Eda dapat sekarang.”
“Abang suka bagi nasihat macam rakan-rakan Eda kat pejabat tu. Eda tak sukalah. Biarlah Eda nak beli apa yang Eda suka. Bukannya korang bayar pun.”jawab Nur Khaleeda selamba. Tidak terdetik sedikit pun nasihat yang diberikan suaminya apatah lagi rakan-rakan sepejabatnya.
Amysar Shah mengeluh buat kesekian kalinya. ‘Susahnya nak lenturkan sikap isteriku ini.’bisiknya dalam hati.
“Dah barang tu sesuai dengan Eda, beli ajelah. Lagipun barang mahal kan lagi berkualiti. Bukan macam barang murah kat pasar malam tu. Tak berkualiti langsung!”Nur Khaleeda mencebik. Sudah lama dia tidak berkunjung ke pasar malam semenjak dia dinaikkan pangkat. Baginya, barang di pasar malam no class!
Amysar Shah merenung wajah isterinya yang seakan tidak berpuas hati dengannya. “ Eda kena ingat, Allah akan tarik bila-bila masa aje nikmat yang Eda dapat tu. Eda jangan nak riak sangatlah dengan apa yang Eda dapat sekarang.”
“Abang suka bagi nasihat macam rakan-rakan Eda kat pejabat tu. Eda tak sukalah. Biarlah Eda nak beli apa yang Eda suka. Bukannya korang bayar pun.”jawab Nur Khaleeda selamba. Tidak terdetik sedikit pun nasihat yang diberikan suaminya apatah lagi rakan-rakan sepejabatnya.
Amysar Shah mengeluh buat kesekian kalinya. ‘Susahnya nak lenturkan sikap isteriku ini.’bisiknya dalam hati.