Selasa, 17 Februari 2015

BAB 30 (Tajuk?Biarlah rahsia) FULL ENTRY BAB TERAKHIR



Dhia menyentuh cadar katil disebelah tempat tidurnya. Sepatutnya Raymi Zikri sudah pulang ke rumah saat ini namun kelibat suaminya masih tidak muncul-muncul di dalam bilik mereka sebaik sahaja majlis perkahwinan mereka selesai petang tadi.
Ingatkan selepas majlis perkahwinan selesai, Raymi Zikri akan membawanya naik ke bilik semula namun jangkaannya meleset. Ibunya yang membawa dia ke sini dengan kerusi roda. Sungguh kecewa dirinya dengan sikap suaminya itu.
Mujur ibu tidak perasan apa yang berlaku diantara mereka, jika tidak riuh mulut ibu membebel kepadanya.
“Abang, janganlah buat Dhia begini. Baliklah. Dhia mintak maaf…Dhia janji Dhia tak buat abang kecewa lagi.”rintih Dhia keseorangan bersama tangisan yang berlagu pilu. Ikutkan kali ini, sudah tiga kali dia menangis hari ini kerana suaminya.
“Ehem, ehem.”
Raymi Zikri berdehem selepas pintu bilik dibuka. Jauh di lubuk hatinya, dia malas untuk masuk ke sini sebenarnya. Dia malas untuk bertentang mata dengan Dhia setelah apa yang dilakukan isterinya itu petang tadi.
Dhia tergamam. Abang! Hati kecilnya menjerit. Gembira suaminya sudi kembali ke bilik mereka.
“Abang dah balik?”
“Tak nampak ke abang dah balik ni?”
Dhia terpempan. Lain yang dicakap, lain yang keluar dari mulut suaminya.
Raymi Zikri bergerak menuju ke almari miliknya. Dibuka almari tersebut lalu dikeluarkan baju tidur miliknya.
“Boleh Dhia tahu abang pergi mana tadi?”
Senyap. Tiada jawapan yang keluar dari mulut suaminya. Dhia mengeluh. Apa nak jadi dengan hubungan mereka ini. Ini baru berapa hari mereka kahwin dah jadi begini. Belum lagi sepuluh tahun.
“Abang…tak boleh ke maafkan Dhia? Dhia akui Dhia silap ajak Sally ke majlis kita tapi Dhia rasa abang tak patut buat begini pada Dhia. Dhia tak rasa masalah itu terlalu besar buat kita. Abang aje yang membuatkan masalah itu menjadi berat.”luah Dhia.
Raymi Zikri mencampak baju tidurnya ke atas jubin dengan kasar. Darahnya tiba-tiba naik mencanak. “Sayang kata senanglah. Yang sakitnya hati abang! Abang kecewa tau
“Abang terlalu sensitif.” sinis suaranya.
“Ya, aku memang lelaki yang sensitif. So what?!”
Dhia mencemik. Jika tadi dia menantikan suaminya dengan penuh harapan yang tinggi entah kenapa kata-kata suaminya membuatkan dia jadi bosan dengan sikap lelaki itu.
Raymi Zikri meneruskan langkah masuk ke bilik air apabila melihat tiada jawapan daripada isterinya.
“Aku tak mampu lagi nak duduk sini. Aku tak boleh nak hadapi semua ini lagi.” katanya sendiri selepas Raymi Zikri masuk ke bilik air. Dhia nekad. Selepas ini apa yang suaminya akan katakan padanya nanti dia tidak akan ambil peduli lagi. Harapannya hanya satu sahaja malam ini. Keluar dari rumah ini dan jangan balik-balik lagi ke sini! Cukuplah dia menjadi isteri yang terlalu mengharapkan kemaafan daripada seorang suami seperti Raymi Zikri.
Cukuplah sekali!
Dhia sudah memikirkan apa yang dia akan lakukan sebaik sahaja suaminya tidur. Beg kecil yang sudah lama diperam dalam almari akan digunakan untuk meletakkan sebahagian pakaiannya.
Memang dia tidak sabar untuk keluar dari rumah ini!
Dhia meluruskan tubuhnya. Selimut yang membaluti tubuhnya sejak tadi dibetulkan sebelum matanya dibuat-buat pejam. Malam ini dia perlu kuatkan diri bangkit dari pembaringan dan senyap-senyap keluar dari bilik ini dan rumah mewah ini!
Raymi Zikri keluar dari bilik air selepas lengkap berbaju tidur. Langkahnya terhenti di depan bilik air apabila melihat Dhia yang sudah memejamkan mata.
“Tadi dah tidur sekarang ni pun nak tidur lagi. Awal betul ya sayang nak tidur.”
Dhia tahan sedih dalam hati. Sayu betul dia dengar suaminya panggil sayang. Kalau sayang kenapa tak boleh memaafkan Dhia?keluhnya dalam diam.
“Buat-buat tak dengar atau sengaja tak nak dengar? Abang tau sayang tak tidur lagi.” Bisik di telinga Dhia. Dia perasan mata Dhia bergerak-gerak ke kiri dan kanan. Tahu sangat yang Dhia tidak tidur lagi.
Berdebar-debar Dhia waktu itu namun dia tahan. Sakit hatinya pada suaminya tidak dapat dibendung lagi. Dia harus kuat menghadapi semua ini!
Sebaik punggung Raymi Zikri berlabuh di atas katil, dia duduk bersila sambil membetulkan rambutnya. Sempat lagi mengerling Dhia tajam dengan mulutnya dicebikan.
“Abang kecewa dengan kenyataan sayang dan abang nak sayang tahu mungkin abang akan kembali berhubungan dengan Sally semula. Abang nak tidur dulu. Good night!” Raymi Zikri sengaja menyakitkan hati Dhia dengan berkata begitu walaupun sebenarnya tidak. Nak bersama Salina semula? Jangan harap aku akan kembali pada dia!
Dia baring mengiring ke kanan. Malam ini dia malas mahu mengadap wajah Dhia. Selama mereka berkahwin ini dia sering tidur mengadap muka Dhia tanpa rasa bosan. Entah mengapa malam ini dia tidak suka melihat wajah itu.
Bibir Dhia menggeletar perlahan. Nak jalinkan hubungan bersama Salina? Dia menghembus nafas perlahan. Perasaan kecewa pada Raymi Zikri makin menjadi-jadi.
Tunggu ya bang. Sekejap aje lagi Dhia akan keluar dari rumah ini. Sekejap aje lagi. kata hatinya. berkobar-kobar pula rasanya nak angkat kaki dan keluar dari rumah ini.
Tidak lama selepas itu, bunyi dengkuran halus suaminya mula kedengaran. Matanya yang lama terpejam dibuka. Tegak matanya merenung kipas siling yang berputar. Dia berpaling sekilas ke belah kanan. Nyenyak betul Raymi Zikri tidur. Baguslah. Lagi nyenyak suaminya tidur lagi senang dia keluar dari sini.
Dhia turun dari katil. Kakinya dijungkitkan sedikit agar tidak memberi sebarang bunyi di atas jubin.
“Perut...bertahan ya. Jangan berikan kesakitan pada diriku waktu ini. Aku perlu keluar dari sini.”ujarnya sendirian. Beg kecil di dalam almarinya terus dibuka dan diambil beberapa helai baju dan seluar. Tidak terkecuali kain pelikat milik suaminya diambil bagi memudahkan dia tidur dengan selesa selepas dia keluar dari sini.
“Abang, Dhia tak boleh berlama disini. Terlalu lama disini Dhia makin kecewa dengan sikap abang.” Katanya dengan nada sebak.
“Nampaknya kebahagiaanku bukan disini. Kebahagiaanku di luar rumah ini. Selamat tinggal duka, selamat tinggal kecewa dan selamat tinggal abang sayang..."
Tiada langsung riak kecewa terpancar di wajah Dhia. Yang terpancar di wajahnya hanyalah riak kosong.
Lama dia merenung tubuh suaminya yang sedang lena dibuai mimpi sebelum dia mengangkat kaki meninggalkan bilik ini tanpa berpaling sedikit pun ke belakang.

“Abang, Dhia nak pergi. Mungkin Dhia takkan kembali ke sini lagi. Abang jalanilah kehidupan tanpa Dhia selepas ini. Selamat tinggal.”ucap Dhia penuh emosi. Digenggam bagasi kecilnya bersama tas tangannya.
“Kau pergilah. Tak ada siapa pun akan halang kau. Pergilah. Tak tengok muka kau senang hati aku lepas ni.”cemuh Raymi Zikri. Sudah bertukar panggilan sayang yang selalu meniti dibibirnya
Meruntun hati Dhia mendengarnya. “Kalau Dhia nak mati, abang takkan halang Dhia kan? Dhia rasa nak mati esok. Senang. Tak payah lihat muka abang. Tak payah tengok muka nenek, mak, abang Raz dan siapa-siapa yang Dhia kenali selama Dhia hidup ni.”
Raymi Zikri terdiam. Apa kena dengan isteri dia ni? Tiba-tiba cakap pasal mati. Kalau nak keluar dari rumah ini, dia boleh terima lagi. Bab mati dia memang tidak boleh terima! Dalam marah-marahnya, dia masih cinta dan sayangkan isterinya.
“Kau jangan cakap yang bukan-bukan boleh tak?!” Raymi Zikri buat-buat marah.
“Dhia serius ni, bang. Dhia lagi suka mati kalau abang tak dapat maafkan Dhia.”
“Dhia!!”
Raymi Zikri pantas membuka mata dan bingkas bangun. Ya Allah, dia bermimpi rupanya! Dia berpaling ke tepi. Tubuh Dhia tiada disitu. Terkebil-kebil matanya memandang cadar yang sepi tanpa tubuh Dhia.
Ke mana pula isterinya pergi? Raymi Zikri mula rasa cemas yang teramat sangat. Dia bangun menuju ke bilik air. Isterinya tak ada!
“Astagfirullahalazim, sayang!!” Raymi Zikri duduk di hujung katil dengan perasaan berbaur kesal. Rasa bersalah dalam diri makin menebal. Dia meraup rambutnya berkali-kali. Mungkinkah Dhia meninggalkannya kerana sikapnya?
Ini tak boleh jadi. Aku mesti mintak maaf pada dia balik. Mesti! tekadnya.
“Hesy, bodohnya aku. Kenapalah aku masih duduk atas katil ni.”dengusnya. Segera dia berlari anak keluar mencari isterinya. Waktu sudah tengah malam. Mintak-mintaklah Dhia masih tidak jauh dari rumah nenek. Jika tidak mesti dia menyesal seumur hidup!

Sewaktu dia sampai di luar pagar rumah nenek, matanya menoleh ke kiri dan ke kanan. Cemas jangan cakaplah. Lagi cemas perasaannya berbanding di dalam bilik tadi.
“Jamil, awak cari kat sana, saya cari kat situ.”tunjuknya dengan terburu-buru.
Mujur Jamil membantunya mencari Dhia jika tidak terhenti nafasnya mencari Dhia sendirian. Sudahlah kawasan tempat tinggal Dhia agak luas. Manalah mampu dia mencari sorang-sorang.
“Baik, Tuan.” Jamil angguk. Dia bergegas meninggalkan Raymi Zikri dan memulakan pencarian. Sebagai pekerja di rumah mewah ini, dia turut merasa gelisah dengan kehilangan tidak terduga salah seorang majikannya.
“Sayang! Jangan jauh dari abang. Baliklah sayang. Baliklah!”jerit Raymi Zikri kuat setelah dia keseorangan disitu. Tiada orang di depan rumah nenek jadi tidak salah rasanya dia menjerit sekuat hati.
Dhia tersentak apabila mendengar jeritan Raymi Zikri yang bertalu-talu itu. Baru hendak keluar dari pintu pagar rumah, suaminya terlebih dahulu mencarinya di luar rumah! Apa yang harus dia buat? Dhia memeluk erat beg kecilnya. Dengan kudrat yang tidak kuat, Dhia cuba juga untuk keluar dari rumah mewah ini sedaya yang mungkin. Asalkan Raymi Zikri tidak berjaya menjumpainya.
“Abang, Dhia mintak maaf kalau Dhia tak menyahut panggilan abang. Dhia takkan kembali pada abang buat masa ini. Dhia perlu tenangkan diri. Insyallah kita akan jumpa nanti.”katanya sendiri.
Dhia bergerak meninggalkan kawasan yang makin gelap itu. Bunyi anjing menyalak menakutkannya. Tapi dia tidak boleh berpatah balik, dia harus berani melawan ketakutannya pada bunyi-bunyi sebegitu.
Ya, Dhia harus kuat.
Keberaniannya tidak bertahan lama. Sebuah motorsikal berkuasa tinggi yang berada dihadapannya direnung tidak berkelip. Dhia jadi terkedu tidak terkata.
“Inilah masanya untuk aku membalas dendam pada kau Dhia. Joe, move it!”suara seorang gadis di belakang tubuh lelaki yang menunggang motosikal menyentakkan hatinya.
Salina? Ya Allah, apa semua ini? Dhia jadi tidak tentu arah.
Bunyi ngauman motor dihadapannya menakutkan Dhia. Adakah ini petanda akhir dia di dunia ini?
Dhia memejamkan mata. Pasrah dengan apa yang berlaku dengan dirinya kini. Motor semakin menghampiri dan dia semakin lemah.
“Selamat tinggal abang…”
“Sayang jangan tinggalkan abang!!”
Kuat jeritan Raymi Zikri apabila dia melihat Dhia berada dihadapannya. Paling dia terkejut melihat sebuah motorsikal berkuasa tinggi meluncur laju dihadapan isterinya. Cepat-cepat dia berlari mendapatkan Dhia namun malangnya motorsikal tersebut melanggar dirinya. Terpelanting tubuhnya disitu.
 Dhia membuka luas matanya. Abang?
“Joe, tinggalkan kawasan ni cepat. Cepat!”arah Salina dengan nada kelam-kabut apabila mendapati sasarannya tidak mengena. Joe bertindak meninggalkan kawasan itu setelah mendapat arahan daripada Salina.
Dhia disitu terkaku. Longlai lututnya apabila melihat keadaan Raymi Zikri yang bergelumang dengan darah di wajah dan tengkuknya.
“Abang!!!!”

Selasa, 10 Februari 2015

BAB 29 (Tajuk?Biarlah Rahsia) FULL ENTRY




“Ray, bukak pintu ni. Cepat!!” ketuk Puan Khadijah dari luar dengan nada marah-marah. Terburu-buru lagaknya mengetuk pintu. Seperti sedang cemaskan sesuatu.
Raymi Zikri tergamam. Baru hendak berbaring sebentar nenek sudah memanggilnya. Keluhan berat dilepaskan sebelum dia turun dari katil dan menuju ke muka pintu bilik. Jalannya seperti orang kurang waras sahaja.
“Abang, nenek nak apa tu?” soal Dhia antara dengar dan tidak. Matanya masih terpejam rapat. Lagi dua puluh minit majlis akan berlangsung dia perlukan rehat yang cukup. Sebentar lagi pasti ramai tetamu yang mahu merapati mereka dan dia kalau boleh tidak mahu nampak penat dihadapan tetamu.
Raymi Zikri tidak mempedulikan soalan Dhia sebaliknya dia membuka pintu. Wajah nenek yang merah padam itu dipandang tidak berkelip.
Apa kena dengan nenek aku ni? Masa jumpa tadi tak adalah muka garang macam ni. Jumpa kali kedua dah jadi lain macam pulak. desis Raymi Zikri dalam hati.
“Hurm…nenek nak apa? Ray baru aje nak baring.” Raymi Zikri mengosok matanya. Tadi dia temankan Dhia tidur sekarang ini dia pula yang terasa nak tidur.
“Kamu tengok siapa yang datang ni!” marah Puan Khadijah sambil menarik pergelangan tangan seorang gadis tidak jauh darinya.
Raymi Zikri membulatkan mata. Terkejut dengan apa yang dilihatnya. Salina? Nafasnya bagaikan terhenti sekarang ini. Dia segera berpaling ke belakang. Ternyata Dhia lebih terkejut berbanding dirinya.
“Ray tak ajak dia pun nek…” terketar-ketar Raymi Zikri menjawab.
“Habis tu apa dia buat kat sini?” Mencerlung matanya memandang cucunya. Marahnya meluap-luap.
“Puan, lepaskan saya.” Hampir menangis Salina disitu kerana puan Khadijah membuatnya begini.
“Aku takkan lepaskan kau selagi aku tak dapat jawapan dari cucu aku!”
“Bukan abang Ray yang ajak saya. Dhia yang ajak saya ke sini. Saya datang ajelah.” tergagap-gagap dia menjawab.
“Apa?!!” jerkah Puan Khadijah. Dhia yang ajak Salina ke sini?
“Dhia, betul ke apa yang budak ni cakapkan?”
Dhia di atas katil terkedu tidak terkata. Nampaknya selepas ini dia akan dimarahi Puan Khadijah dengan teruk.
“Betul ke tidak?!” marah Puan Khadijah kuat. Dia paling pantang majlis penting buat keluarganya dihadiri orang yang dibenci.
“Betul, nek.” Dhia juga ikut tergagap-gagap apabila menjawab. Kepalanya menunduk sahaja.
“Tak faham betullah aku dengan korang ni.” rengus Puan Khadijah. Dia menurunkan tangan Salina dengan kasar.
“Nenek, Dhia mintak maaf. Sepatutnya Dhia tak ajak Salina ke sini.” Salahnya kerana terlalu ikutkan perasaan sehingga perasaan suami dan nenek tidak dihiraukan.
What ever!” Puan Khadijah menjuih bibir sebelum dia berlalu semula ke bawah. Berdiri di sini bersama gadis yang dibenci serta cucu-cucunya membuat dia sakit hati sahaja. Ada baiknya dia melayan tetamu di bawah.
Dhia sedih. Nampaknya nenek tidak dapat menerima kemaafannya.
Itulah Dhia. Lain kali sebelum buat tu, fikir. Jangan ikut suka aje. bisik satu suara yang tidak dikenali.
“Kau pergi balik, Sally. Merosakkan majlis aku aje, huh!” Raymi Zikri merengus buat kesekian kalinya. Dia menyilangkan tangan sebagai tanda yang dia terlalu bencikan gadis dihadapannya ini.
“Sally ingatkan kedatangan Sally ke majlis hari ni akan buat Sally dan abang Ray bersama semula tetapi nampaknya tidak. Kak Dhia penipu! Sally takkan diamkan diri selepas ini. Sally akan sakitkan hati akak sebagaimana sakitnya hati Sally dimarahi Puan Khadijah sebentar tadi. Akak tengoklah apa Sally akan buat nanti.” Itu tekadnya selepas ini. Meruntuhkan rumahtangga Dhia adalah keutamaannya sekarang. Tidak kira apa yang berlaku, dia tetap mahukan Raymi Zikri sebagai kekasih akhir hayatnya!
Tidak sangka Dhia sakit. Patutlah nampak tak bermaya sekarang ini. Muka pun nampak puncat aje bila mengenakan solekan.
Salina berlari anak meninggalkan Dhia dan Raymi Zikri dengan raut wajah yang bengis. Tak mengapalah dia tidak dapat menjamu selera di majlis ini. Janji hatinya puas dapat melihat Dhia dimarahi Puan Khadijah dihadapan matanya. Tidaklah dia terlalu kecewa sangat bila balik nanti.
“Puas kan hati Dhia dapat sakitkan hati nenek dan abang? Puas?!” Tadi dia cuba untuk mengawal riak marahnya namun selepas kedatangan Salina ke sini tiba-tiba barannya kembali menggunung.
Dhia diam sahaja. Mahu berlawan dirinya tidak terdaya.
“Abang cakap ni!!”jerit Raymi Zikri.
“Abang janganlah marah Dhia macam nenek tadi. Dhia takut. Senyumlah sikit.” Akuinya jujur.
“Sayang ingat setelah apa yang sayang buat tadi boleh buat abang tersenyum gembira? Lain kali fikir dulu sebelum sesuatu. Jangan main redah aje tanpa fikirkan perasaan suami sendiri!” marah Raymi Zikri tanpa memikirkan perasaan isteri tercinta.
“Abang, Dhia ajak dia ke majlis kita bukan ada niat apa-apa pun. Dhia cuma nak...” kata-katanya terhenti disitu.
“Cuma apa? Cuma nak tunjukkan pada dia yang kita sedang bahagia, begitu?!” Raymi Zikri pantas mencelah. Garang riak mukanya sehingga Dhia jadi takut.
“Bukan niat Dhia begitu, bang...” Hampir menangis Dhia saat itu. Sampai hati Raymi Zikri meninggikan suara kepadanya.
Sepatutnya majlis perkahwinan ini diselang-seli dengan gurauan dan gelak ketawa dari suami tercinta tetapi apa yang dia dapat? Dia dimarahi dengan teruk oleh suaminya.
“Dah, diam. Jangan banyak cakap. Solek muka tu balik. Macam muka pontianak aje rupanya.” Dalam dia marah-marah Dhia sempat lagi dia menilik muka isterinya itu.
Dhia akhirnya menangis. Sudah berapa kali dia cuba tahan dari menangis dihadapan Raymi Zikri namun tidak sangka tangisannya pecah juga dia hadapan suami tercinta.
“Dhia betul-betul mintak maaf, bang…” Diantara dengar atau tidak Dhia mengucapkan ayat itu.
Lima belas minit kemudian, Jamil datang di depan biliknya. Majlis perkahwinan mereka akan berlangsung selepas ini. Mereka tidak boleh terlambat. Lambat nanti tetamu tertunggu-tunggu.
“Dah siap?”
“Dah bang…kejap ya Dhia nak bangun.” Dhia cuba untuk bangkit dari katil sendirian. Dia tahu dia tidak mampu. Nak harapkan Raymi Zikri mendukungnya, lelaki itu masih dalam keadaan marah.
“Jangan mengada-ngada nak bangun sendiri! Sayang tu sakit!”dalam marahnya, Raymi Zikri tetap mengambil berat tentang kesihatan dan keadaan isterinya.
“Biar abang dukung.” sambungnya lagi. Cepat-cepat dia mengangkat tubuh Dhia dan membawanya keluar dari bilik.
“Abang…”
“Diam.” Sepatah itu sahaja yang dijawab Raymi Zikri. Dia terus membawa Dhia turun ke bawah. Sebahagian tetamu sudah berkerumun di tepi tangga. Hanya senyuman hambar yang dia berikan kepada tetamu yang hadir.
Dhia rasa tidak selesa apabila Raymi Zikri mendukungnya dengan wajah tegang. Mahu sahaja dia menggunakan kerusi roda yang diambil dari hospital dan menolaknya sampai ke tempat pelamin.
“Abang, ini majlis kahwin kita. Ramai tetamu akan memerhatikan tingkah laku kita. Dhia tahu abang masih marah pada Dhia tapi satu aje yang Dhia mintak sebelum kita duduk atas pelamin. Senyum. Itu aje yang Dhia mintak dari abang.”katanya dengan nada perlahan.
Raymi Zikri tidak beriak. Kekal tegang dan serius sahaja mukanya. Kepalanya menegak sahaja tanpa menunduk memandang Dhia. Apa yang Dhia katakan padanya tidak diambil peduli. Apa yang penting majlis perlu diteruskan dan sebaik sahaja majlis selesai, dia mahu menenangkan diri diluar. Duduk di rumah ketika ini bikin jiwanya tertekan. Dia rasa benci pula untuk melihat wajah Dhia selepas kedatangan Salina tadi.
“Abang...abang dengar tak apa yang Dhia cakapkan ni?” Dhia cuba memujuk suaminya.
“Jangan banyak cakap. Diam aje. Selagi tetamu tak ada kat depan mata abang selagi itulah abang takkan tersenyum depan sayang.”
Dhia diam. Terasa hati kecilnya dengan kata-kata suaminya. Menyesal sungguh dia menyuruh Salina datang ke sini tadi. Jika tidak pasti hubungan mereka akan kembali seperti biasa.
“Dhia sayang abang. Maafkanlah Dhia.” Akhirnya dia bersandar di dada Raymi Zikri. Dia cuba untuk tidak menangis saat ini. Dia tidak mahu Puan Khadijah dan tetamu yang lain perasan akan kepincangan rumahtangga mereka di majlis perkahwinan ini.
Nafas Raymi Zikri jadi tidak menentu. Di sabarkan hatinya untuk tidak memarahi Dhia di hadapan tetamu. Isterinya cuma bersandar di dadanya sahaja bukan berkata-kata.
“Kalau sayang abang, sayang takkan berani ajak Salina ke sini. Tak sangka sayang ada niat mahu abang kembali pada Sally.”
Dhia diam.
“Sepatutnya abang fikir dua kali sebelum abang kahwin dengan sayang. Hurm…”
Mengeletar bibir Dhia tatkala mendengar ungkapan itu. Fikir dua kali nak kahwin dengan aku?
Abang maafkan Dhia!! ucapnya dalam hati.


Khamis, 5 Februari 2015

BAB 28 (Tajuk?Biarlah Rahsia) FULL ENTRY



Dhia duduk berteleku berbaring di atas katil tanpa sedikit pun memandang Raymi Zikri yang sedang membetulkan sampin di hadapan cermin. Cincin di tangan kanannya dipandang sayu. Cincin inilah yang membawanya ke alam bahagia. Cincin ini jugalah tanda dia sudah menjadi isteri kepada Raymi Zikri.
Meskipun baju pengantinnya kali ini tidak seindah baju pengantinnya ketika berkahwin dengan Imran dahulu, tidak mematahkan semangatnya untuk berdampingan bersama Raymi Zikri di atas pelamin sebentar lagi.
“Sayang…diam aje. Senyumlah sikit.” ucap Raymi Zikri setelah siap membetulkan sampin. Dia berjalan menghampiri Dhia lalu mencium dahi isterinya.
Dhia mengeluh sedikit sebelum dia mengangkat wajah dan tersenyum nipis kearah suami tercinta.
“Segak suami Dhia ni. Macam pahlawan melayu dulu-dulu.” pujinya.
“Mestilah. Sayang pulak walaupun tengah baring tetap cantik macam bidadari.” Raymi Zikri mencuit manja dagu Dhia. Jika Dhia memujinya, apa salahnya dia memuji isterinya balik?
Dhia tersenyum hambar.  Alhamdulilah, Raymi Zikri masih memujinya cantik. Begitu pun, hatinya masih libang-libung dengan kenyataan doktor semalam sebelum suaminya pulang menjenguknya ke hospital.
“Abang, boleh Dhia tahu apa impian abang lepas kita kahwin?” tanya Dhia teragak-agak. Doanya dalam hati janganlah Raymi Zikri menjawab anak dalam pertanyaannya ini. Tangannya mencuit dagu suaminya.
Raymi Zikri tersenyum simpul. Impian? Memang dia ada banyak impian selepas berkahwin dengan Dhia. Sebelum berkahwin dia tidak pernah terfikir apa-apa impian pun. Bila lepas kahwin baru dia terfikir impian yang dia perlu kecapi bersama Dhia.
“Abang ada banyak impian lepas kahwin dengan sayang. Tapi semua impian itu biarlah abang simpan dalam hati. Abang takut tak jadi.” Katanya dengan muka masam. Benar, dia ada banyak impian yang perlu dia lunaskan bersama Dhia tetapi cukuplah sekadar dia dan Allah sahaja yang tahu.
“Ala abang ni, cakap ajelah. Satu pun tak apa. Dhia tak kisah. Janji Dhia tahu apa impian abang.” Dhia jawab takut-takut bersama debaran yang mengunung tinggi.
“Kejap ya. Abang nak ambik sesuatu dalam bagasi abang. Lupa pulak nak bukak lepas dukung sayang balik semalam.” Raymi Zikri menepuk dahi. Lupa pula dia hadiah untuk isteri tercinta. Memang banyak hadiah yang dia beli dari Dubai selepas dia berjumpa nenek di hotel.
“Abang bawak apa?” Mahu bangkit dari pembaringan, Dhia tidak mampu.
Raymi Zikri menghampiri isterinya semula. Sebuah kotak besar berbentuk empat segi berwarna hitam dibuka. Dua pakaian kecil yang comel dan satu jubah labuh berwarna maroon dipamerkan kepada Dhia.
“Cantik kan semua baju yang abang beli ni? Abang belikan khas untuk Dhia. Bila abang ternampak jubah ni, abang pantas teringatkan impian utama abang.”
“Cantik memang cantik. Terima kasih, abang tapi apa kaitan jubah dengan baju kecil ni dalam impian abang?” Dhia bertanya walaupun dia sudah tahu apa yang Raymi Zikri mahu katakan padanya selepas ini.
“Baju kecil ni untuk anak kita dan jubah labuh ini abang nak sayang pakai bila sayang mengandung nanti. Tak sabarnya abang nak ada anak dengan sayang. Harap-harap malam pertama yang abang ‘buat’ pada sayang hari tu akan berhasil dalam beberapa bulan lagi. Kalau sayang nak tahu, itu impian abang paling utama selepas kahwin dengan sayang dan abang harap sayang akan laksanakan impian abang tu secepat yang mungkin.”
Merah padam wajah Dhia mendengarnya. Masya Allah, apa yang ditakuti sudah terluah di bibir Raymi Zikri. Dhia jadi gundah-gulana. Rambut Raymi Zikri diusap lembut.
“Abang, maafkan Dhia sebab tak dapat tunaikan hasrat abang. Doktor sahkan Dhia tak boleh mengandung…lepas ni.” tergagap-gagap Dhia berkata.
Raymi Zikri terpana. Pantas dia berdiri tegak. Mukanya berubah menjadi merah padam. “Tak err…boleh mengandung? Sayang jangan bergurau dengan abang. Pasal anak ni tak boleh dibuat main. Abang tak suka.”
“Dhia cakap betul bang. Ini kenyataan bukan gurauan.” Dhia mengambil tangan kanan Raymi Zikri yang berdiri tegak disebelahnya lalu digenggam erat.
Raymi Zikri mengelengkan kepalanya berapa kali. Tangan kanan yang dipegang isterinya ditarik kasar lalu dia terduduk di atas jubin bilik.
Tergamam Dhia disitu. “Abang, Dhia tak ada niat nak sakitkan hati abang tapi…”
Stop it!”
“Bukan Dhia sengaja, bang.” terketar-ketar Dhia berkata. Takutnya dia saat ini melihat raut wajah Raymi Zikri yang berubah garang.
I say stop it!”jerkah Raymi Zikri sekuat hati.
Dhia tersentak. Luluh hatinya mendengar jerkahan pertama daripada suaminya. Salahkah dia berterus-terang keadaan yang sebenar? Dia tidak mahu Raymi Zikri terus berimpian memiliki anak dengan cepat selepas ini.
I’ll make a move, now.”
“Abang…” meleret-leret suara Dhia. Tanpa sedar, air matanya mengalir laju.
Raymi Zikri buat-buat tidak dengar. Dia melangkah keluar dengan perasaan kecewa. Baru mengimpikan anak bersama Dhia dalam masa terdekat ini, Dhia sudah mengatakan dia tidak boleh mengandung selepas ini. Hancur impiannya. Hancur harapannya.
Buat mood aku hancur aje! dengus Raymi Zikri selepas pintu dihempas dengan kuat. Dia merenung pintu dengan cebikan di bibir.
Puan Khadijah yang sedang mengarahkan pekerja untuk meletakkan bunga mawar di tepi tangga terkejut apabila mendengar hempasan dari bilik atas. Segera dia naik ke atas dan melihat apa yang berlaku.
Hurm…Ray rupanya yang hempas pintu tu. Puan Khadijah mengelengkan kepala. Dia melangkah menghampiri Raymi Zikri yang sedang bersandar di tepi dinding, berhadapan dengan bilik. Nampak cucunya itu sedang menghadapi masalah. Tapi masalah apa? Rasanya setakat ini cucunya itu tidak mengalami masalah yang berat.
“Cucu nenek. Awat ni?” Puan Khadijah menepuk bahu Raymi Zikri sehingga terangkat bahunya kerana terkejut.
Raymi Zikri berpaling ke kiri. Riak wajahnya kembali kepada asal. Dengan nenek dia tidak boleh bermasam muka nanti banyak soalan pulak yang ditanya.
Selepas kejadian di hotel kelmarin, Puan Khadijah telah banyak berubah terutama dari segi sikap. Sikap neneknya telah berubah seratus peratus daripada asal. Makin garang dan makin pemarah! Entah mengapa dia agak takut dengan sikap nenek ini. Mungkinkah perubahan sikap itu ada kaitan dengan Abang Raz? Mungkin kot.
“Tak ada apa-apalah, nek. Ray tengah gementar aje. Biasalah kali pertama naik pelamin.”
“Betul ni?” Puan Khadijah angkat kening. Jawapan Raymi Zikri tidak memuaskan hatinya. Pasti ada sesuatu yang berlaku ni. desisnya dalam hati.
“Betul ni?” Sekali lagi Puan Khadijah bertanya.
Raymi Zikri membetulkan baju melayunya. “Betul. Nothing to worry ya, nek.”
“Nenek dengar pintu terhempas tadi. Kamu gaduh dengan Dhia ke?”
“Tak ada, nek. Nenek ni suka fikir yang bukan-bukan. Dahlah, Ray nak masuk bilik dulu.”
“Masuklah. Nenek nak tengok jugak kamu masuk dalam bilik.” ujarnya sinis. Dia pasti ada sesuatu yang berlaku diantara Raymi Zikri dan Dhia. Jika tidak, hempasan pintu itu takkan berlaku pada majlis perkahwinan hari ini.
Raymi Zikri berdebar-debar. Ya Allah, nenek ni menakutkanlah! jeritnya dalam hati. Dia teragak-agak mendekati pintu biliknya. Tombol pintu dipegang dengan rasa gementar.
“Nenek turunlah dulu, nanti Ray masuk.” Dalam tidak sedar, dia terlepas kata yang memungkinkan nenek memikir yang bukan-bukan terhadap hubungan dia dan Dhia sekarang ini.
“Aik, bilik kamu kan? Buat apa nak suruh nenek turun bawah baru kamu masuk? Kamu gaduh dengan Dhia ya?” sekali lagi ayat sinis diucapkan kepada cucunya.
Aduh, Ray. Tengok! Apa yang kau cakap tadi nenek dah perasaan kau ada masalah dengan Dhia. satu suara berbisik di telinganya.
“Ray masuk dululah nek.” Raymi Zikri mengetap bibir. Baru aje keluar, dah kena masuk balik. Ray, Ray. Kepalanya digelengkan. Tanpa menunggu lagi, terus dia masuk semula ke bilik. Muram sahaja wajahnya.
Puan Khadijah mencebik. Tahu sangat Raymi Zikri ada sembunyikan sesuatu daripadanya. Tengok riak wajah pun dia dah tahu. Dia berpatah balik semula turun ke bawah. Sempat juga dia berpaling semula ke belakang melihat samada cucunya sudah masuk ke bilik ataupun belum.
Apabila melihat kelibat Raymi Zikri masuk ke bilik, Puan Khadijah segera turun ke bawah membantu apa-apa yang patut.
Di dalam bilik, Raymi Zikri bersandar di belakang pintu. Dhia yang baru sahaja berhenti menangis terkejut bukan kepalang apabila suaminya masuk ke bilik mereka semula.
“Abang…Dhia tak sangka kata-kata Dhia akan membuatkan abang marah sampai begini sekali. Dhia mintak…”
Keep your mouth shut!” Raymi Zikri menengking Dhia. Dia berjalan laju kemudian masuk ke bilik air dan menghempas pintu.
“Abang, jangan buat Dhia begini…” Dhia meraung keseorangan disitu.