Selasa, 7 Oktober 2014

BAB 5 (TAJUK? Biarlah Rahsia)


Dhia kembali semula ke pejabat setelah seminggu tidak bekerja. Tapi dia datang semula ke sini bukan kerana mahu bekerja. Ada perkara lain yang perlu dilakukannya. Keputusannya kali ini muktamad! Tiada siapa boleh bangkang kata-katanya.
            Dhia tahu Raymi Zikri ada dipejabat hari ini namun dia nekad untuk tidak berjumpa mahupun bertembung empat mata dengan sahabatnya itu. Lagi bagus jika tidak berjumpa dengan Raymi Zikri. Kalau jumpa aje mesti nak bergaduh.
            “Assalamualaikum Puan Dhia… Selamat pagi.” Siti bangun apabila melihat pengurus pemasaran yang sudah lama tidak bertemu datang berjumpa dengannya.
            “Waalaikumsalam, Siti.” Dhia mengukirkan senyuman kepada receptionist itu. “Oh, ya. Jangan panggil saya Puan lagi. Panggil Cik Dhia cukup. Itu yang terbaik.” Katanya dengan nada penuh yakin.
            Siti terkedu dengan ayat itu. Cik Dhia? Maknanya pengurusnya ini dah bercerai ke? OMG!! Ini kena khabarkan pada kawan-kawan yang lain ini.jeritnya dalam hati. Dia memang ratu gosip di dalam syarikat ini. Apa-apa yang berlaku di syarikat ini, pasti dia yang tahu dulu.
            “Baik err… Cik Dhia.” Terangguk-angguk dia berkata.
            “Encik Raymi kat mana?”
            “Dia ada kat dalam bilik dengan Cik Iman. Tengan bincang pasal sebutharga lanyard yang diminta dari syarikat Petrofac.”jelas Siti.
            Dhia mengangguk. “Kalau macam tu tak mengapalah. Saya nak jumpa Encik Habibur dulu. Kalau Encik Ray lalu depan awak, awak jangan cakap apa-apa pasal kedatangan saya ke sini. Saya tak nak dia tahu apa-apa pun pasal saya, faham?”tegasnya.
            Siti mengangguk laju.
            Raymi Zikri yang kebetulan baru keluar dari bilik kerjanya bersama Cik Iman terkejut besar apabila melihat kelibat Dhia di kaunter pertanyaan. Sudah hampir dua minggu dia mencari Dhia. Ke mana Dhia menghilang selama ini? Laju langkahnya menghampiri Dhia yang berdiri didepan Siti.
            “Cik Dhia…Encik Raymi datang.” Siti menunding jari telunjuknya.
Dhia mengeluh panjang.
Baru tak nak tengok muka lelaki tak guna ini. Tak pasal-pasal dia muncul. Dhia mengumam dalam hati. Kedatangan Raymi Zikri disisinya dipandang sepi. Malas mahu melihat sahabatnya ini. Buat sakit hati aje.
            “Tahu pula kau nak bekerja hari ini. Ingatkan dah lupa mana tempat kerja kau.” sinis sahaja kata-kata Raymi Zikri tetapi Dhia buat-buat tidak endah. Jarinya mengetuk perlahan meja Siti yang. Pandangannya terarah pada nama syarikat yang terpamer luar di belakang Siti. Nama yang cukup gah dan mantap. Namun sayang, ini mungkin kali terakhir dia melihat nama itu.
            Raymi Zikri mengetap bibir. Geramnya dia dengan sikap tidak endah Dhia padanya. Tahulah aku tinggalkan dia kat bus stop tempoh hari. Tapi kenapa nak buat muka macam itu pada aku? Kalau iya pun, pandanglah muka aku yang hensem lagi maco ini. Ini tidak pandang pun macam nak tak nak aje. desisnya dalam hati.
            “Saya nak jumpa bos dululah, Siti. Rasa macam ‘panas’ lah bila ada kat sini lama-lama.” Sengaja dia berkata begitu untuk sakitkan hati Raymi Zikri.
Raymi Zikri yang mendengar terus panas hati. Dia tahu kata-kata itu ditujukkan buat dirinya.
            “Hei, Dhia! What wrong with you hah!”jerkahnya tanpa mempedulikan Siti dan Cik Iman yang berada disitu yang seakan tidak percaya . Tangan Dhia dicapai lalu digenggamnya erat.
            Makin berapi kemarahan Dhia terhadap Raymi Zikri. Suka hati mak ayah nenek dia aje pegang tangan aku ni. Dia ingat tangan aku ni macam tangan Puan Khadijah ke yang senang dipegang dan dicapai?
            “Behave yourself, Encik Raymi Zikri. Kita bukan suami isteri untuk bersentuhan macam ini.” Tangannya direntap kuat lalu dia melangkah meninggalkan Raymi Zikri yang nampak terpinga-pinga dengan kata-katanya. Baru dia tahu Dhia yang kau kenal tak macam dulu lagi.
            Raymi Zikri melempar file yang berada ditangannya. Habis berselerak kertas-kertas di dalam file itu. Terserlah wajah tegangnya sehingga Siti dan Cik Iman takut untuk bertentang mata dengannya. Dia peduli apa dengan itu semua!
            Baginya, Dhia sudah jauh berubah. Gadis itu bukan seperti dahulu lagi. Dhia seperti ingin menjauhkan diri darinya. Baru dua minggu dia tidak berjumpa dengan Dhia, dia rasa gelisah dan tidak tentu arah . Kalau lebih dari sebulan Dhia tida didepan matanya, mungkin dia akan jadi seperti cacing kepanasan.
            Beberapa hari selepas mereka tidak berjumpa, dia nekad untuk meminta maaf pada Dhia diatas apa yang berlaku pada malam itu. Dia tahu dia yang bersalah kerana meninggalkan Dhia keseorangan di bus stop itu tanpa membawanya tinggal bersama-sama dirumah nenek. Tetapi takkanlah sampai begini sekali Dhia berubah sampai langsung tak nak pandang wajah dia?
            Dhia, maafkan aku. Sebab aku, kau jadi begini. Raymi Zikri menghela nafas panjang.

“Saya dah fikir masak-masak, bos dan saya yakin ini keputusan terbaik saya.”
Surat berhenti kerja diserahkan pada Encik Habibur setelah dia memberitahu apa yang berlaku dalam hidupnya sejak dua minggu ini. Yakin sahaja kata-katanya. Dia tidak akan menoleh ke belakang lagi.
            Encik Habibur tersenyum nipis. “Saya tak sangka awak akan berhenti mengejut macam ini. Susah saya nak melepaskan pekerja yang baik seperti awak, Dhia. Banyak kerja dan projek penting yang awak dapatkan untuk syarikat ini. Saya terhutang budi dengan awak.”
            Dhia turut sama mengukirkan senyuman nipis. Dia tahu Encik Habibur payah mahu melepaskannya tetapi apa boleh buat, ini keputusannya. Ini haknya.
            Dhia rasa dia tidak mampu untuk berlama di syarikat ini. Takut jiwanya goyah dengan kata-kata pujian yang dilemparkan Encik Habibur. Dia segera bangun dan berdiri tegak di hadapan lelaki itu. “Saya tak boleh berlama-lama di sini, bos. Saya ada perkara penting nak uruskan diluar.” Beg tangannya disangkut ke bahu. Bersiap sedia untuk keluar dari bilik Encik Habibur. “Terima kasih sebab sudi terima perletakan jawatan saya. Saya minta diri dulu, bos.”
            “Tak nak minum dulu, Dhia? Tak puas saya berbual dengan awak.” Encik Habibur berasa berat hati untuk melepaskan gadis ini keluar dari syarikatnya.
            “Minta maaf, bos. Saya tak boleh berlama disini. Saya minta diri dulu. Assalamualaikum.” Dhia meminta izin untuk keluar dari bilik itu. Encik Habibur menjawab salam sambil tersenyum kepadanya. Lega rasa hatinya apabila Encik Habibur menerima perletakan jawatannya.
            Dhia keluar dari bilik Encik Habibur dengan riak wajah tenang. Memang dia rasa lega yang teramat sangat apabila berhenti kerja dari syarikat ini. Dapatlah dia menjauhkan diri dari lelaki yang tak guna itu, siapa lagi kalau bukan Raymi Zikri.
            “Kau dah berubah, Dhia…”
            Dhia terperanjat. Mujur dia tidak cepat melatah. Dia buat-buat selamba apabila suara yang paling dia tidak suka dengar bersandar di tepi bilik Encik Habibur. Meluatnya dia tengok wajah Raymi Zikri. Rasa mahu dicekik-cekik sahaja leher lelaki itu. Biarkan dia tidak bercakap sampai seminggu! Baru padan muka dia!
Pekakkan telinga aje, Dhia. Tak payah layan sangat dia tu. Satu suaranya membisik agar dia cepat-cepat meninggalkan tempat ini. Tanpa menjawab kata-kata Raymi Zikri, dia berjalan meninggalkan Raymi Zikri.
Raymi Zikri tersentak. Dhia ni sengaja buat aku marah! Orang nak berbaik dengan dia, dia buat tak endah saja.
Segera dia berlari anak mendapatkan Dhia yang sudah berdiri di hadapan lif. Dia perlu menghalang gadis itu pergi dari sisinya. Banyak yang perlu mereka bincangkan. Tangannya didepakan dihadapan Dhia. Berkerut dahi Dhia melihat tingkah laku Raymi Zikri yang tidak manis dipandang pekerja-pekerja disini. Tubuhnya dibelakangkan sedikit, memberi peluang Raymi Zikri berkata-kata. Tidak jadi dia hendak menekan butang lif.
“Kau nak apa lagi, Ray? Nak sakitkan hati aku lagi ke?” hambar sahaja nada suara Dhia. Malas mahu melihat wajah Raymi Zikri, dia berpaling ke tepi.
Raymi Zikri mengetap bibir. Kecewa hatinya melihat reaksi Dhia yang seakan-akan tidak mahu bertentang mata dengannya.
“Aku jumpa kau bukan untuk bertengkar tetapi aku nak minta maaf pada kau.”nadanya bertukar perlahan.
“Minta maaf? Eh, sejak bila pula Raymi Zikri yang aku kenali enam tahun yang dulu pandai meminta maaf ni? Rasanya perkataan minta maaf tak pernah keluar dari mulut kau. Ego dah mula turun ke?” Sengaja Dhia menyakitkan hati Raymi Zikri.
Raymi Zikri tunduk menekur ke lantai. Sentap dengan ayat yang terluncur di bibir mungil Dhia. Memang benar, dia sukar untuk memaafkan orang lain. Dengan neneknya pun dia tidak pernah menuturkan kata maaf. Ini kali pertama dia menuturkan kata tersebut tetapi sayang kata maafnya tidak begitu terkesan di hati Dhia.
“Aku minta maaf sebab lukakan hati kau, Dhia. Aku tak ada niat nak panggil kau penipu hari tu.Kau tahu kan aku tak suka orang menipu aku.”
Dhia mencebik. “Kau ingat senang aku nak maafkan kau selepas aku ditinggalkan keseorangan di bus stop tempoh hari? No way, Ray. Aku ada hati dan perasaan juga tau. Jangan ingat dengan kata maaf, semuanya akan selesai dalam sekelip mata.” Rengus Dhia.
Raymi Zikri bertemu pandang dengan Dhia. Lama. Bergetar jiwanya dengan renungan tajam daripada gadis itu. Dhia pula tampak gelisah. Tidak senang dengan pandangan Raymi Zikri terhadapnya. Cepat-cepat dia menepis tangan Raymi Zikri dan menekan butang lif.
“Aku takkan benarkan kau pergi selagi kau tak maafkan aku.”
“Boleh tak kau jangan nak buat drama tak berbayar kat sini? Ingat sikit pekerja bawahan kau tengah tengok kita.”
“Aku peduli apa. Selagi kau tak maafkan aku, selagi itulah aku akan buat drama tak berbayar kat sini dengan kau.” Raymi Zikri tetap mendepakan tangannya agar Dhia tidak dapat masuk ke dalam lif.
Dhia mengeluh panjang. Perangai Raymi Zikri tidak ubah seperti budak kecil yang mengada-ngada!
“Okey, okey. Aku maafkan kau. Dah, turunkan tangan kau ni. Aku nak balik ni.” Walhal dihatinya, dia bukan ikhlas pun nak memaafkan Raymi Zikri sebenarnya.
“Dhia, ermm… aku sayang kau. Terima kasih sebab sudi maafkan aku.” Ceria wajah Raymi Zikri kerana Dhia sudi memaafkan dirinya.
Raymi Zikri sayangkan dirinya? Hati Dhia makin tidak keruan. Kenapalah dada aku  bergetar bila dia cakap dia sayangkan aku?
Jangan-jangan kau dah jatuh cinta kat dia tak?
Kau jangan Dhia. Dia tu sahabat kau. Dah enam tahun kau berkawan dengan dia.satu suara berbisik kepadanya.
“Maafkan aku, Ray. Aku tak boleh berlama kat sini. Aku nak balik.” Tergesa-gesa dia bercakap.
Raymi Zikri terkejut. “Kau nak balik? Bukan ke kau datang sini nak bekerja semula?”
Dhia mengetap bibir. Terpaksalah dia merahsiakan perletakan jawatannya pada Raymi Zikri. “Aku dah cakap pada Encik Habibur tadi aku nak cuti dalam beberapa hari ni. Minggu depan aku kerjalah balik.”tipunya.
“Tak best lah kau tak ada kat sini. Tak ada siapa nak temankan aku makan nanti. ” Raymi Zikri mengeluh. Tanpa Dhia di syarikat ini, dia rasa bosan yang teramat sangat.
Ting!
Pintu lif terbuka dengan sendirinya. Dhia lega kerana pintu lif terbuka tatkala Raymi Zikri selesai berkata-kata. Dia masuk ke dalam lif dan menekan butang satu di belah kiri pintu lif tersebut. “Aku pergi dulu, Ray. Assalamualaikum…”
“Waalaikumsalam. Jangan lupa call aku tau.” Raymi Zikri mengerakkan ibu jari dan kelengkengnya. Dhia hanya mampu tersenyum nipis. Sebelum pintu lif itu tertutup dengan sendirinya.
Raymi Zikri mengeluh panjang. Baru hendak berbual panjang dengan Dhia, sahabatnya itu sudah pergi meninggalkan dirinya. Tidak mengapalah, malam nanti dia akan telefon Dhia untuk mengetahui lebih lanjut apa yang gadis itu lakukan selepas bergelar janda.
“Hai, Raymi. Panjangnya mengeluh. Ada masalah besar ke?” Sapa Encik Habibur dari belakang.
Raymi Zikri terkejut. Dia berpaling ke belakang. “Tak adalah, bos. Masalah kecil aje.”
“Mesti masalah yang awak alami ni ada kaitan dengan Dhia kan? Yalah, dia dah bertahun kerja kat sini bersama awak. Tiba-tiba pula dia berhenti kerja secara mendadak. Kawan mana yang tak sedih kan? Saya faham perasaan awak tu.” Encik Habibur menepuk perlahan bahu Raymi Zikri.
Raymi Zikri membulatkan mata. Wajahnya berubah suram. “Apa…err…bos cakap? Dhia berhenti kerja?”
“Laa, Dhia tak cakap dengan awak ke yang dia dah berhenti tadi? Dhia…Dhia. Dengan kawan sendiri pun nak rahsiakan pasal ni.” ucap Encik Habibur sambil mengelengkan kepala. Dia terus kembali ke biliknya, menyambung kerja yang tertunggak selepas berbual dengan Dhia.
Raymi Zikri melutut di depan lif bersama keluhan panjang. Rambutnya diraup ke belakang. Kesal dengan sikap Dhia yang sanggup merahsiakan hal sebesar ini kepadanya.
Dhia, kenapa kau buat aku macam ni? Kenapa?!

**Sesiapa yang telah baca tu, jangan LUPA KOMEN YA!! KOMEN KAMU SEMUA
AMATLAH DIALU-ALUKAN BAGI MENAIKKAN SEMANGAT EYA UNTUK TERUS MENULIS...


1 ulasan:

NurAtiZa berkata...

Mcm pernah bace cerita ni sebelum ni....